Maka janganlah disempitkan maksud mencari yang beragama itu hanya pada mereka yang berlabelkan "jenama TAHU agama" tetapi apa yang lebih penting adalah mereka yang MAHU dan terbukti pada perbuatan hariannya dia sentiasa berusaha menuju MAMPU.T2M -- TAHU..MAHU..MAMPU
Suka rangkap ini dalam sebuah artikel. Kadangkala pandangan jadi sempit juga kan. Pandangan manusia, bukan 360 darjah. Maka, luaskan pandangan :)
InsyaAllah minggu depan exam, moga kita-kita dapatbuat sehabis baik. Utamakan usaha dan jangan lupa doa. Kisah kita dalam pengetahuanNya, maka berusahalah ke arah kesempurnaan walaupun kita tidak sempurna. Buat yang terbaik, perang!
InsyaAllah dalam kesempatan yang ada, mahu juga berkongsi artikel daripada iluvislam.com. Semoga bermanfaat, buat diri ini terutama, juga buat sesiapa yang sudi singgah.
What people say, "Sharing is caring." :)
Hassan al-Basri r.a. berkata: "Ketika saya berkeliling di jalan-jalan kota Bashrah dan di pasarnya dengan seorang pemuda ahli ibadah, tiba-tiba saya melihat seorang tabib yang sedang duduk di atas kerusi."
Dia dikelilingi oleh laki-laki, perempuan dan anak-anak.
Di tangan mereka masing-masing terdapat gelas yang berisi air. Mereka meminta petua dan ubat untuk penyakitnya.
Kemudian, pemuda yang bersamaku maju ke depan tabib, lalu dia berkata:
"Wahai tabib, apakah kamu punya ubat yang mampu membersihkan dosa dan menyembuhkan penyakit hati? "
Kemudian, si tabib itu menjelaskan:
"Ambillah sepuluh macam ramuan:
1. Ambillah akar pohon fakir bersama akar-akar pohon tawaddhu' (kerendahan hati),
2. Campurkanlah padanya tumbuhan taubat,
3. Taruhlah ke dalam bekas keredhaan,
4. Tumbuklah dengan penumbuk qana'ah,
5. Masukkan dalam kuali taqwa,
6. Lalu tuangkanlah padanya air malu,
7. Didihkanlah dengan api mahabbah,
8. Tuangkanlah ke dalam gelas syukur,
9. Kemudian kipaslah dengan kipas harapan,
10. Lalu minum dengan sudu pujian.
Sesungguhnya jika kamu mengerjakan hal itu, maka akan menjadi ubat bagimu dari semua penyakit dan bencana di dunia dan di akhirat." - Dipetik daripada Kitab Nashaihul 'Ibad, Imam Nawawi
Ya, pujian itu hanya padaNya, bukan manusia. Manusia layak untuk apa? Manusia layak untuk memohon tempat di syurgaNya. Bagaimana? Kita semua TAHU tetapi tidak semua MAHU memohon tempat itu. Ada juga yang MAHU, tetapi bukan semua MAMPU.
Jom jadi MAMPU! :)
Waallahua'lam.
1 Buah fikiran:
salam'alaik ent ...tahu .. mahu .. mampu .. suka entry kali ni.. semoga kejayyan menanti para mujahid/ah islam..insyaAllah
Post a Comment