Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Sunday, June 28, 2009

Di'tag' *Credit to Hazirah

Assalamualaikum,

Sebenarnya nak tulis tentang rehlah tadi tetapi akhirnya amal di'tag' oleh hazy =) Lepas upload gambar nanti, amal akan cerita tentang rehlah kelak. Nantikan.

1) Copy gambar amal Islam 100% di bawah. Copy satu post ni pun tiada sebarang halangan. Mudah dan menjimatkan masa. harap begitulah.


2) Kemudian pilih 10 orang sahabat anda dan wajibkan mereka melakukan perkara yang sama. Ingat! 10 orang tahu? Labih2, lagi bagus. Terlebih? Jangan melampau sudah.

Peraturan diatas dicopy terus daripada blog hazy. Siapa 10 orang itu ya? Em, ok 10 orang telah ditag. Harap boleh copy dari sini jika kelapangan. Mereka adalah :
  1. Solehah (SF)
  2. Hifa
  3. Ukht Nadiah
  4. Ukht Nani
  5. Siti Aisyah
  6. Husna (Una)
  7. Intan
  8. Maryam
  9. Ukht Nawwar
  10. 'Atikah
Selain 10 orang ni, jika anda melawat blog ini, sila berbuat demikian juga jika tidak keberatan =) AMAL ISLAM 100%!

Indah Kenalan~

Assalamualaikum.

Hari ini 28 Jun 2009, hari kedua bagi pendaftaran pelajar baru UNIMAS. Tidak sabar rasanya nak bertemu dengan adik-adik ni. Al-maklumlah, anak tunggal dalam keluarga (Hehe, kesian abang-abang, mesti rasa terpinggir) Saya anak tunggal! =) Actually, adik beradik ada tiga tetapi lahirnya diri ini ditakdirkan menjadi anak tunggal perempuan dalam keluarga. Manja? Sama sekali tidak!

Hari ini kami ada rehlah di Waterfall Matang. Tempatnya menarik, dapat rapatkan ukhwah sesama kami, tapi adegan terjun-terjun dijauhkan sama sekali. Seramai 15 orang sertai rehlah ni. Nak cerita tentang ni, kena buat dalam satu entry. InsyaALLAH malam ni amal teruskan menaip lagi.

Ukhwah itu manis jika benar-benar kita hargai dan ikhlas menghadapinya. Sahabat yang baik tidak semestinya berada sentiasa dekat dengan kita tetapi dapat mengingatkan kita kepada Yang Maha Esa, susah senang bersama. Sahabat yang baik hanya datang sekali, bak kata seorang teman disini. Mungkin ada betulnya. Setuju!

Amal ada seorang sahabat baik, kami sekolah bersama sejak di sekolah menengah. Pada mulanya amal menganggap dia sangat garang dan tegas. Tetapi bila lama menjadi kenalan, tidak seperti yang disangka. Selama lima tahun kami berjuang bersama-sama dibangku sekolah. Tamat tingkatan 5, kami mengikut haluan masing-masing. Sekarang dia sedang menuntut di Kolej Universiti Islam Selangor dalam bidang Tarbiyyah Islamiyyah, tahun ketiga. Tahun akhirnya, maaf haliza, masa graduation nanti amal tak dapat datang. Balik dari Sarawak mesti jumpa dia, sanggup merentas lautan, bak kata amal =)


Engkau sahabat, engkau teman..

Lupa nak perkenalkan, namanya Norhaliza binti Muaidi. Wah! terkenallah haliza lepas ni. Ada lagi 2 sahabat baik yang tidak diceritakan disini. Low profile lebih baik kan. Hee..Hari tu semasa cuti 2minggu sempat singgah, ziarah KUIS, jumpa haliza dan majidah.

Semoga ukhwah kekal berpanjangan ke nafas terakhir. InsyaALLAH blog ni ada pewarisnya, jika ditakdirkan amal pergi berjumpa yang Maha Mencipta, harap haliza dapat teruskan blog ni. Boleh kan haliza? Nanti amal bagi password. So, pelawat setia blog ni, teruskan kesetiaan anda. Ada ke? Hehe..

Sekian dulu. Jam 1512 petang. Hargai sahabat anda. HARGAI ORANG SEKELILING ANDA! Wallahu'alam.

Friday, June 26, 2009

Harimu..

Assalamualaikum pembaca sekalian tidak kira sahabat handai atau sesiapa yang melawat blog yang tidak seberapa ni. Actually tengah makan, tapi keinginan untuk menulis tiba-tiba datang. Hidup berkompaskan Al-Quran dan sunnah, ke pelosok mana sekalipun tidak akan tersesatan. Sabtu lepas adalah HARI BAPA SEDUNIA! dah wish ke belum? ke ada yang lupa =) mesti ada. Hari tu dengar di IKIM, HARI BAPA SEDUNIA disambut setiap weekend minggu ketiga bulan jun.
"SELAMAT HARI BAPA BUAT BAPA-BAPA SEDUNIA!"
Sebenarnya hari bapa adalah setiap hari, tidak perlu tunggu minggu ketiga pada bulan jun. Betul tak? Begitu juga dengan hari ibu dan hari guru. Perhargaan buat mereka adalah sepanjang masa. Terdetik nak menulis sajak khas HARI BAPA.
Bapa, abi, abah, papa, BABAH..
Gelaran itu membezakan kalian,
Daripada jutaan yang lain,

Pengorbanan?
Tiada tandingan,
Nasihat?
Sejuta pengertian,
Gurau sendamu,
Didikanmu tiada ganti,
Anak didikanmu meningkat dewasa,

Anak-anak sekalian,
Dimana kalian letak jasa mereka?
Berapa kali engkau mengungkap kata sayang buat mereka?
Berapa kali engkau menziarahi/menghubungi mereka?

Lakukan sekarang,
Kerana esok belum tentu secerah hari ini..
Buat bapa-bapa sedunia, juga khas buat allahyarham ayahanda tersayang. TERIMA KASIH atas setiap curahan kasih sayang kalian. Jasa kalian menggunung tinggi, lelah untukku daki. Semoga ALLAH merahmatimu, menganugerahkan mahkota paling berharga di akhirat kelak. BABAH, dikau bapa TERBAIK buatku. Amal rindu, sayang babah tetapi ALLAH lebih rindu dan sayang babah. SayangNya tiada tandingan, lebih-lebih lagi diri ini, hambaNya yang lemah.

Pembaca sekalian, selagi ibu bapa anda masih ada disisi, jangan sesekali mensia-siakan mereka. Merekalah orang yang paling berharga didunia! Peluklah mereka selagi mereka masih ada =)

Sayangi keluarga anda sepertimana anda ingin ALLAH menyanyangi anda!

Wednesday, June 17, 2009

Evaluasi Diri

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Dalam menjejaki titik pertemuan sebuah kebahagiaan yang diimpi, sering kali kita jatuh tersungkur dengan dugaan dariNya. Tetapi adakah selepas itu kita terus bangkit dan meneruskan perjalanan atau terus mengerang kesakitan dan tidak bangun-bangun kembali. Itu yang membezakan kita dalam menempuh cabaran kehidupan fana ini.

Sedang membelek-belek laman friendster, terbaca satu buletin yang di publish oleh cikgu/pensyarah kimia saya semasa di matrikulasi. Ia menepati jejalur kehidupan, kalau baling batu, mesti kena tepat atas kepala (metafora ke apa ni..) Abaikan ayat sebelum ini. Sama-sama kita hayati bait-bait artikel dibawah, semoga selepas ini kita sedar akan asam garam kehidupan, dan siap siaga dengan apa jua halangan yang bakal kita hadapi kelak. Selamat membaca!

HIDUP penuh cabaran. Ramai yang kecundang dan tidak kurang pula melihat dunia dengan wajah suram, kelam dan serba berjerebu. Hidup tidak bermaya dan penuh sedih seakan tidak ada harapan lagi, kecewa dan tertekan.di sini beberapa tip untuk menghadapi tekanan iaitu dengan cara anda berkomunikasi dengan diri anda sendiri. Bercakaplah dengan diri anda. Mulakan dengan...

1. Aku harus siap menghadapi hidup ini. Apa pun yang terjadi hidup di dunia ini hanya sekali. Aku tidak boleh gagal dan sia-sia tanpa berguna.

Tugasku adalah menyempurnakan niat dan ikhtiar. Segala yang terjadi aku serahkan kepada Allah Yang Maha Mengetahui, yang terbaik bagiku. Aku harus sedar yang terbaik bagiku menurutku belum tentu yang terbaik menurut Allah s.w.t. Bahkan, mungkin aku menuruti keinginan dan harapanku sendiri. Pengetahuanku mengenai diriku atau apa pun amat terbatas sedangkan pengetahuan Allah menyelimuti segalanya. Dia tahu awal, akhir dan segalanya. Sekali lagi betapa pun aku amat menginginkan sesuatu, tetapi hatiku harus ku persiapkan untuk menghadapi kenyataan yang tidak sesuai dengan harapanku. Kerana mungkin itulah yang terbaik bagiku.

2. Aku mesti redha dengan kenyataan yang terjadi. Bila sesuatu terjadi, inilah kenyataan dan episod hidup yang harus aku jalani. Aku harus menikmatinya dan aku tidak boleh larut dalam kekecewaan berterusan. Kecewa dan sakit hati tidak akan merubah segalanya selain membuatkan diriku sengsara. Hatiku mesti menerima kenyataan, namun tubuh serta fikiranku harus tetap bekerja keras mengatasi dan menyelesaikan masalah ini. Apabila nasi sudah menjadi bubur, aku harus mencari ayam, kacang, bawang goreng dan sambal, agar bubur ayam istimewa tetap dapat aku nikmati.

3. Aku tidak boleh menyusahkan diri. Aku harus yakin hidup ini bagai siang dan malam pasti silih berganti. Tidak mungkin siang terus-menerus dan tidak mungkin juga malam terus-menerus. Pasti setiap kesenangan ada hujungnya. Begitupun masalah yang menimpa pasti ada akhirnya. Aku sepatutnya sabar. Aku harus yakin setiap musibah terjadi dengan izin Allah Yang Maha Adil, pasti sudah diukur dengan sangat cermat oleh-Nya dan tidak mungkin melampaui batas kemampuanku, kerana Dia tidak pernah menzalimi hamba-Nya. Aku tidak boleh menzalimi diriku, dengan fikiran buruk yang menyusahkan diri. Fikiranku kenalah jernih, terkawal, tenang dan profesional. Aku harus berani menghadapi persoalan demi persoalan, tidak boleh lari dari kenyataan, kerana lari sama sekali tidak menyelesaikan masalah, bahkan sebaliknya hanya akan menambah masalah. Semua harus aku hadapi dengan baik. Aku tidak boleh menyerah kalah.Mesti segala sesuatu ada akhirnya, walaupun persoalan yang aku hadapi seberat mana sekalipun, seperti yang dijanjikan Allah:

"Sesungguhnya bersama kesulitan itu pasti ada kemudahan." Janji yang tak pernah dimungkiri Allah.

4. Evaluasi (menilai) diri. Segala yang terjadi mutlak adalah izin Allah dan Allah tidak berbuat sesuatu yang sia-sia.Pasti ada hikmah di sebalik setiap kejadian. Sepahit apa pun pasti ada kebaikan yang terkandung di dalamnya, apabila disingkap dengan sabar dan benar.
Harus aku renungkan mengapa Allah menakdirkan semua ini menimpaku. Boleh jadi peringatan atas dosaku, kelalaianku atau mungkin detik kenaikan kedudukanku di sisi Allah. Mungkin aku harus berfikir untuk mencari kesalahan yang harus aku perbaiki. Setiap kejadian bagai cermin peribadiku. Aku tidak boleh gentar dengan kekurangan dan kesalahan yang terjadi.

Cuma yang penting kini aku mengetahui diriku sebenarnya dan aku bertekad sekuat tenaga untuk memperbaikinya. Allah Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat.

5. Allahlah satu-satunya penolongku. Aku harus yakin, walaupun bergabung seluruh manusia dan jin untuk menolongku, tidak mungkin terjadi apa pun tanpa izin-Nya. Hatiku harus bulat dan yakin hanya Allahlah yang dapat menolong dan memberi jalan keluar terbaik dari setiap urusan. Tidak ada yang mustahil bagi-Nya, kerana segalanya adalah milik-Nya dan sepenuhnya dalam kekuasaan-Nya.Tidak ada yang dapat menghalang apa yang ditakdirkanNya. Hanya Allah tempat penyerahanku, tawakkalku..

Waallahu'alam.



**Hari Rabu hari ini, kelas berakhir sudah. Letih juga..lecture pathology and anatomy..tepu kepala dibuatnya. But over all, it's interesting to know..structures, a lot of names, terms to remember. Like Wernicke's area for language comprehension and Broca's area for articulation of speech, both of it located at our brain, at the dominant cerebral hemisphere of our brain (frequent use it). If there any lesion, the function 'll be disturbed, can't functiong well. Take care of yourself and use your brain wisely. Hopefully dengan sedikit perkongsian ini dapat menambahkan ilmu dan pemahaman pembaca sekalian. Wassalam.

Tuesday, June 16, 2009

Koleksi Hadith 40 - Ketiga

Assalamualaikum,

Alhamdulillah dikurniakan udara dan pernafasan yang baik untuk kita terus hidup menempuh segala onak ranjau kehidupan yang kian mencabar. Melalui setiap ujian yang telah ALLAH sediakan bagi hamba-hambaNya yang terpilih.

Hari ini hendak diteruskan hadith yang ketiga daripada himpunan 40 hadith oleh Imam Nawawi. InsyaALLAH semoga bertambah ilmu pengetahuan dan dapat dimanfaatkan bersama.

عَÙ†ْ Ø£َبي عَبْدِ الرَّحمنِ عبدِ الله بْÙ†ِ عُÙ…َرَ بْÙ†ِ الخطابِ رضي الله عَÙ†ْÙ‡ُÙ…َا Ù‚َالَ: سَÙ…ِعْتُ رَسُÙˆْÙ„َ ا للهِ
صَÙ„َّÙ‰ اللهُ عَليهِ ÙˆَسَÙ„َّÙ…َ ÛŒَÙ‚ُولُ: بُÙ†ِÙŠَ الإِسْلاَÙ…ُ عَÙ„َÙ‰ Ø®َÙ…ْسٍ: شهادَØ©ِ Ø£َÙ†ْ لاَ Ø¥ِلهَ Ø¥ِلاَّ الله ÙˆَØ£َÙ†َّ Ù…ُحمدً ا
رَسُولُ الله، ÙˆَØ¥ِÙ‚َامِ الصَّلاةِ، ÙˆَØ¥ِÛŒْتَاءِ الزَّØ¢َاةِ، ÙˆَØ­َجِّ الْبَÙŠْتِ، ÙˆَصَÙˆْÙ…ِ رَÙ…َضَانَ

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn 'Umar ibn al-Khatthab ( رضي الله عنهما ) beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: lslam itu terbina atas lima perkara: Naik saksi mengaku bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah Utusan Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke baitullah dan menunaikan puasa pada bulan Ramadhan.

(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim)
Pengajaran hadis:
Hadis ini juga menerangkan tentang rukun lslam lima perkara. Hadis ini mengumpamakan lslam sebagai sebuah binaan yang tertegak megah dengan lima batang tiang. Tanpa lima perkara ini lslam seseorang akan goyah dan runtuh. lni membayangkan betapa rukun-rukun ini mestilah ditegakkan oleh setiap muslim dengan penuh ikhlas dan tanggungjawab. Menegakkan rukun lslam bermakna kesempurnaan, keteguhan, keutuhan dan keelokan binaan lslam sebaliknya kecuaian bererti keruntuhan, kehancuran dan kemusnahan lslam.

Wahai pembaca yang diredhai ALLAH,

Islam tidak tertegak dengan sendiri. Dengan itu ALLAH mengutuskan Nabi Muhammad, Rasulullah bagi menyampaikan risalah dan peringatan kepada umat akhir zaman. Dimukjizatkan Al-Quranul Karim sebagai panduan buat manusia sejagat. Islam itu mudah lagi sempurna. Usah gusar atau mempertikaikan kesyumulan Islam.

Tiang? Tiang-tiang itu perlu kita jaga agar ia tidak tumbang, jagai ia supaya senantiasa tegak berdiri. Jika runtuh tiang itu, sudah pastinya tiang itu akan menimpa diri kita. Untuk menjadikan tiang itu tegak dan teguh, pasti ada cara. Itulah sebabnya kita diwajibkan menuntut ilmu, lebih-lebih lagi ilmu agama. Tidak ketinggalan ilmu akhirat.

Pelihara Islam sebaiknya, sehabis kudratmu. Semoga ALLAH membalasi dengan yang lebih baik daripada itu. InsyaALLAH. Yakin pada ALLAH, perbetulkan niat berjuang dijalan ALLAH, sudah pasti niat, amal perbuatanmu tidak sia-sia. InsyaALLAH. 'Mu' disini terutama dituju buat diri sendiri yang kadang-kala alpa, lupa tujuan hidup didunia.

Semoga diberikan hidayah buat diri ini dan pembaca sekalian. InsyaALLAH. Segala yang baik itu datangnya daripada Yang Maha Esa. Wallahu'alam.



**Sejak akhir-akhir ni teringat arwah babah. Pertemuan dengan Pencipta adalah janji temu yang paling berharga. Walaupun dia tidak lagi berada dihadapan mataku, tetapi dia bersama Penciptaku, itu lebih bahagia buat hambaNya yang merindui bertemu dengan Pencipta. Setahun lebih dia pergi, tidak bermakna hidup ini berakhir. Walaupun perit dan sayu, ia banyak mengajarku. Semoga ruhnya ditempatkan dalam golongan hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh, amin. AL-FATIHAH..
"Try till SUCCEED" - Babah
**Study time. No more play-play =) Sometimes play make we more success!

Saturday, June 13, 2009

Hamba Dunia

Assalamualaikum,

Tajuk kali ini agak sensitif bunyinya bagi mereka yang menjadikan dunia tempat kehidupan yang tiada akhirnya. Dunia? Apa ada di dunia ini? Indah sangatkah. Pernah sekali seorang sahabat bertanyakan kenapa ramai orang suka couple. Mereka tidak rasa bersalahkah. Jawapan itu bukan ada pada saya. Cuba tanya orang empunya diri. Dari perspektif mata yang melihat, ada yang cemburu melihat kemesraan orang-orang ini. Ada juga yang senang melihat, rasa cemburu 'kenapa aku tidak seperti mereka'. Pada hakikatnya pembaca sekalian, pandangan mata hanya menipu, keindahan itu bukan sewenang-wenangnya dinilai sedemikian rupa. Realitinya, indah pada mata manusia tetapi tidakkah kita fikir pandangan ALLAH terhadapnya.

Tetapi janganlah pula apabila kita melihat sesuatu yang mungkar itu, kita kutuk, keji manusia itu. Ingatlah, mereka juga manusia biasa, tidak ma'sum seperti para anbiya'. Itulah gunanya amar makruf nahi mungkar, memang susah untuk dipraktikkan tetapi sesuatu itu perlu bermula. Ruh manusia itu perlu dididik dan ditarbiyyah dengan qudwah hasanah, pekerti yang luhur dan perkataan yang hak bukannya batil.

Janga biarkan dunia memperhambakan kita. Indah dunia hanya sementara, akhirat jua kekal hingga ke akhirnya. Jangan kerana harta kita berpecah belah, jangan kerana jawatan kita bertikam lidah, jangan kerana manusia kita terpisah, terputus ukhwah. Jangan biarkan. Harta, jawatan, cinta manusia itu tidak kekal abadi. Hanya sebagai asbab turun naik iman manusia.

Dunia adalah perantaraan ke akhirat bagi mengumpul bekalan untuk dipersembahkan kepada Yang Maha Mencipta, Ya Rabbul Jalil. Waallahu'alam. Bersama perbaiki diri dan tingkatkan amalan.
Reducing zikrun-nas, increasing zikrullah.



** sekarang sudah seminggu dalam tahun ke-2, cabaran mula terasa. Tetapi itulah perjuangan yang mesti, harus diteruskan sama ada sampai ke matlamatnya atau berhenti di medan syahid. Nak study tetapi teringat blog ini. Semoga peringatan (terutama buat diri sendiri ini) yang sedikit cuma ini dapat menjauhkan kita daripada jatuh ke lembah-lembah kesibukan dunia yang membawa kepada kelalaian. Waallahu'alam.



Dunia hanya menipu,
Indahnya hanya sementara,
Terpedaya, hamba dunia,

Akhirat kekal abadi,
Indahnya, syurga diimpi,
Bekalan amalan menjadi taruhan,
Penentu hidup masa HADAPAN.

Tuesday, June 2, 2009

Jalan-jalan Sampai..~

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh

Alhamdulillah, skrg sudah masuk tahun ke-2. Dua-tiga hari suara tidak keluar, tapi alhamdulillah dah hampir pulih 100%. Jumpa haliza, fini dan zati pun xmampu nak bercerita panjang. Cuti, lepas balik dari kelantan, pergi sekolah, ajar math..wah! lupa sudah tapi alhamdulillah dapat recall balik. Dua hari di sekolah menjadi facy, melawat pula ke Kolej Matrikulasi Perak, banyak betul perubahan! Tempat makan? Banyak! SEMOGA BERJAYA BUAT ADIK-ADIK KESAYANGAN SEMUA!!

Balik dari matrikulasi terus xsihat. Letih barangkali, jalan-jalan sampai demam suara hilang. Cuti lagi? Tunggu raya akan datang ni. Cabaran makin mencabar, perlu terus-menerus usaha menempuh apa jua yang ada di depan mata. InsyaALLAH, pengharapan, penyerahan, pergantungan hanya pada Yang Maha Esa.
Dan bertawakkallah kepada ALLAH! Cukuplah ALLAH menjadi wakilmu (tempat penyerahan urusan) -Surah Al-Ahzab:3-


Panorama Indah d' Kota Bharu, Kelantan

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh
30 Mei 2009
: Jam 0730
Bold
Bertolak dari rumah, kami sekeluarga ke Kota Bharu, Kelantan. Lokasi cuti-cuti Malaysia kali ini. Al-maklumlah cuti bukan selalu, susah nak dapat. Cuti kali ini cuma 2 minggu, alhamdulillah ini pun dah cukup baik. Perjalanan jauh, pasti menarik!

Bersarapan di Bente (betul ke eja ni? hmm..) Nasi Lemak sebagai santapan pagi ini. Teruskan perjalanan lagi. Abang pandu kereta 140km sejam agaknya, memang laju. Seram..perjalanan dijangka mengambil masa 8-9jam. Lagipun belum tempah mana-mana hotel lagi di sana.

: Jam 0445

Susahnya nak cari hotel dengan jalan di bandar Kota Bharu yang banyak sehala. Pusing-pusing satu bandar agaknya dengan kereta yang 'comot'. Al-maklumlah sepanjang perjalanan cuaca tidak menentu, hujan..panas..hujan..panas. Abang Aizat dah start demam. Dengan lori-lori balak dan lori-lori askar yang memercikkan air-air tanah kepada kereta. Hehe..kasihan.

Tibalah kami dihadapan sebuah hotel, tidaklah begitu mewah. Memadai sekadar untuk bermalam. Matlamat utama nak berjalan-jalan sekitar Kota Bharu ni. Lebih kurang 19 tahun lamanya tidak menjejakkan kaki di sini. MGU nama diberi kepada hotel ini. Hotel ini untuk pengetahuan semua merupakan hasil kerjasama sebuah koperasi, Majlis Guru Ugama (kalau tak silap ni nama penuh MGU..) tetapi sekarang dah ditukar namanya kepada Hotel Firdaus (kenapa Firdaus yang dipilih? Kebetulan agaknya..) Hotelnya sederhana tetapi selesa, ditengah-tengah bandar Kota Bharu.

Sempat juga messege sahabat-sahabat yang juga orang kelantan untuk bertanyakan lokasi-lokasi menarik yang boleh dilawati. Thanks for your information..syukran! Antara tempat-tempat yang dicadangkan adalah :
  • Rantau Panjang
  • Pantai Cahaya Bulan
  • Pantai Irama
  • Muzium Negeri Kelantan
  • Masjid Muhammadi
  • Pasar Siti Khadijah
  • KB Mall
31 Mei 2009
: Jam 0830

Tiba masa cari kedai makan untuk bersarapan. Kemudian kami berangkat ke Rantau Panjang. Perjalanan mengambil masa dalam 1 jam. Menarik perjalanan, semua tak tahu arah. Main redah sahaja tetapi alhamdulillah berjaya sampai ke destinasi dengan berpandungan sign board dan firasat hati dariNya.

Dalam perjalanan, ke sana..pemandangan, cantik! Hijau dan biru, sinergism yang serasi tetapi jauh berbeza. Juga nampak tempat pengajian seorang sahabat, tetapi tidak pasti sama ada pengajiannya disitu atau di kawasan lain, Kolej Kemahiran Tinggi Mara nama diberi. Dalam perjalanan pulang, sempat singgah di Restoran Ema, mee bandung jadi santapan untuk tengahari. Alhamdulillah!

Petangnya selepas rehat, bergerak ke pasar Siti Khadijah. Rambang mata. Macam-macam ada, rambang-rambang akhirnya tak beli apa-apa di situ. Jalan punya jalan sempat juga singgah di Arked Uda berdekatan dengan pasar SK.

Singgah di sebuah kedai, beli beberapa helai tudung, semasa bayar, mak cik itu bertanya, "anak sekolah(mengaji) di mane? dari sekolah agame? (ikut laghot klate..hee)"

"Sekarang belajar di sarawak, tgh cuti. Tak, saya bukan pelajar sekolah agama, sekolah biasa je, mak cik." Mak cik berkata lagi,"Baguslah suka labuh-labuh, molek-molek mace nih." (rasanya dpt dikenalpasti apa yang ingin mak cik ini ingin sampaikan) Sempat juga dia tanya berapa adik-beradik, tinggal di mana. Mak cik yang comel, kecil sahaja orangnya. Jumpa lagi mak cik!

Penat berjalan, malamnya berehat dan makan malam!

1 Jun 2009
: Jam 0840

Bergerak pulang ke Kuala Lumpur. Sebelum itu, singgah sarapan dahulu seperti biasa. Masa balik macam nampak sekolah lama haliza tetapi tak berapa pasti akan itu, SRK Melor kalau tak silap nama sekolah tersebut.

Masa balik ada babak kejar mengejar. Mungkin kami dikejar. Alamak, tidak! Ada bas transnational mengejar kami dari belakang. Abang memandu pecut ke hadapan, sempat memotong 2-3 buah kereta. Bas itu terus memotong dan memotong. Dahsyat bas ni! Adegan pendek sahaja, kebetulan memang bas itu laju.

Rehat dan solat di tempat rehat (di mana ye? tak ingat..) Makan apa? makan mee hoon sup. Menu makan ingat, tempat tak ingat pula.

: Jam 0500

Alhamdulillah. Tiba di rumah. Percutian yang tidak mungkin dilupakan!
Mama kata destinasi tahun hadapan adalah terengganu. InsyaALLAH, kita hanya merancang. Bukan senang dapat bercuti bersama keluarga. Ini kali pertama kami sekeluarga bercuti bersama sejak pemergian ayahanda/babah tersayang ke pangkuan Ilahi pada 23 Disember 2007. InsyaALLAH saki-baki cuti yang tinggal akan digunakan sebaik mungkin. 4 hari lagi sebelum berangkat pulang meneruskan perjuangan di bumi kenyalang. Nampaknya mungkin kedua cuti ini sangat-sangat pack. Esok akan ke sekolah, esok-esoknya pula akan ke matrikulasi, esok-esok-esoknya pula ada meeting reunion..Lesen tidak diperbaharui lagi ni. InsyaALLAH sempat. Semoga hari-hari sahabat semua diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah.

Panorama Indah d' KUIS

Assalamualaikum warahmatullah wa barakatuh
29 Mei 2009
: Jam 0930

Bermulalah perjalanan menaiki LRT yang terlebih dahulu memerlukan tenaga untuk melangkah kesana. Wah, kena berjalan ke stesen LRT Wangsa Maju, ingat nak suruh mama hantar..hee, mama kena jaga anak orang. Exercise sekali sekala..apa salahnya. Lagipun sejak cuti ni mana ada pergi exercise mana-mana pun. Aish..berat badan, alamak! bertambah sudah =)

: Jam 0940

Jumpa Hazy di stesen LRT tu. Kebetuan dia baru sampai. Kami berdua menaiki LRT dari stesen Wangsa Maju ke KL Sentral. Kemudian, menaiki komuter ke Bangi. Sampai di KL sentral, kami terkial-kial cari kedai top-up (kredit dh abih ni, kne beli..jap g ssh nk call haliza) Lepas tu, beli tiket ke Bangi, lepas tu mulalah was-was nak turun ikut tangga mana. Hehe..kami ni, macam-macam =)

Dalam perjalanan..uish, mulut ni banyak sangat cerita. Hazy..hehe, cerita..cerita..cerita, kami bercerita. Cerita tentang apa?? Erm, macam-macam, tentang universiti masing-masing dengan pergerakan Islamnya. Setiap universiti ada cara yang tersendiri dalam menyampaikan msg dakwah masing-masing. Tetapi yang pasti, di UKM lebih aktif..itu memang diakui. Ada juga cerita tentang pusat pengajian Islam yang lain dengan anak-anak didik kelahirannya.

Cerita tentang anak buah Hazy memang kelakar..hehe, mesti cute. Semoga kakak ipar Hazy selamat melahirkan anak dalam kandungannya (due date 1 Jun kan Hazy? Macam mana sekarang?)

: Jam 1130

Sesampainya kami di Bangi, masa nak naik prebet, lagi satu hal (tak reti la plk ni, cmne ni hazy. Jom tnya pak cik tu) Kebetulan ada seorang pak cik sudi hantar ke kami ke Kolej Universiti Islam Selangor aka KUIS. RM4 seorang, alhamdulillah tak mahal sangat.

: Jam 1150

Alhamdulillah, kami selamat sampai di KUIS, tempat yang selama ini ingin dilawati. Wah, cantiknya pemandangan subhanallah! teruja melihat keindahan sekita KUIS ni. Tetapi sebelum tu, Haliza, Majidah, Hazirah dan Amal sempat makan tengahari bersama-sama. Haliza belanja, thanks!

: Jam 1230

Sempat jalan-jalan di sekitar KUIS (sebahagian dulu..luas tu) Kawasan luas, panas..terik juga. Seronok dapat melawat tempat orang ni. Ajak orang ke tempat sendiri, tak tahu bila mereka boleh datang (selamat datai ke sarawak..) Sempat berbincang lagi, "apa kata kita buat KUIS ni macam ala-ala kat negara arab, yela..panas-panas ni, macam sama je, sesuai ni..takyah nak pergi jauh-jauh" Pendapat yang bernas!

: Jam 0440

Kami berdua bertolak pulang. Penatnya jalan sekitar KUIS ni. Besar kawasannya. Seperti biasa naik komuter ke KL Sentral dan seterusnya menaiki LRT ke Wangsa Maju. Tetapi kali ni Hazy turun di Terminal Putra, rumahnya di Gombak. Dalam LRT, kena kepit!! Waa, tak tahan ramai sangat orang, peak hour la katakan. Ada seorang lelaki ca-ya-nun-alif pegang besi dekat tepi tu tapi..siku dia betul-betul atas bahu Amal, siku sentuh bahu juga kadang-kadang tu. Waa..macam mana ni! Amal menghimpit ke tepi, dia pun semakin ke tepi. Aiyak, sempit! Betul-betul terkepit! Amal cuba ke tepi lagi, sampai ke pintu. Alamak! Dah tak tahan rasanya ni, oxygen please! Bertahan dan bertahan sehingga sampai di Wangsa Maju. Lega! Itulah pengalaman terhimpit dan terkepit yang amat dahsyat!
Terfikir juga, kalau dapat LRT boleh terhimpit macam tu. Bagaimana dalam kubur kelak? Adakah luas kubur kita? Adakah selesa seperti di dunia? Fikir-fikirkan, hidup kita bukannya lama, tetapi kadang-kadang alpa dan lupa (peringatan buat diri sendiri juga) Inilah pengalaman di KUIS. Sambil menziarahi sahabat-sahabat Haliza dan Majidah di sana, menuntut di tahun ke 3 sempat melihat keindahan alam ciptaanNya. ALLAH mencipta sesuatu itu bukan sia-sia dan tidak akan sia-sia. Itu pasti!
 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

Blog Archive

 
Blogger Templates