Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Ta'aruf

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh,

Nama penaku Fikraa 'Abdullah yang mula bergiat aktif dalam bidang penulisan ini sejak tahun 2006. Berasal dari Kuala Lumpur dan selamanya anak jati Kuala Lumpur. Dilahirkan pada tahun lewat 80-an oleh ibu yang sangat penyayang. Dahulunya melanjutkan pelajaran di salah satu universiti tempatan di Sarawak. Alhamdulillah kini bergelar seorang doktor di sebuah hospital besar di Ipoh. Alhamdulillah dengan izin-Nya jua. Insya Allah berazam ingin menjadi perantara-Nya yang tegar dalam merawat jasmani dan rohani insan-insan yang diberi ujian oleh-Nya. Amanah yang besar yang perlu dilaksanakan sebaiknya dengan penuh rasa tanggungjawab.
Insya Allah.


Mengapa aku menulis?
  • Bekalan dunia bagi akhiratku, sesungguhnya hidup kita tidak lama
  • Mengingatkan diri sendiri yang seringkali alpa dan lupa
  • Berkongsi ilmu serta pendapat sendiri mengenai hal tertentu
 Kenapa FIKRAA?

Kerana banyak fikir-fikir.
Kerana banyak buah fikiran.
Kerana banyak perkara yang terfikir.
Fikiran Itu Kurniaan Rahmat dan Anugerah ALLAH
Diharapkan agar penulisnya akan terus istiqamah dalam penulisan yang bermanfaat buat diri sendiri dan Insya Allah buat sahabat-sahabat yang sudi membaca pada masa terluang. Sebelum menerima jemputan Ilahi, inilah masa yang ada bagi bercucuk tanam di dunia. Insya Allah.

"Dan setiap yang bernyawa tidak akan mati kecuali dengan izin Allah, sebagai ketetapan (ajal) yang telah ditentukan masanya (yang telah ditetapkan oleh Allah)…" [Surah Ali Imran : 145] 

Kita sebenarnya adalah WARGA AKHIRAT, yakni tempat yang kekal abadi; sementara dunia ini ialah rumah tumpangan sementara saja yang penuh kepalsuan dan tipu-daya. Oleh itu kita mestilah bijak memilih mana satu BEKALAN dan mana satu BEBAN. Perkara yang dikategori sebagai BEBAN akan menyusahkan perjalanan ke akhirat, manakala perkara yang dikategorikan sebagai BEKALAN akan berfaedah untuk kehidupan di sana.

"Beramallah untuk dunia seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya. Beramallah untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati keesokannya." [HR Bukhari dan Muslim] 

Waallahu'alam.

0 Buah fikiran:

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

 
Blogger Templates