Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Thursday, June 12, 2014

Soal Jawab Perubatan di UNIMAS

Assalamualaikum wa rahmatullah wa barakatuh,

Lama rasanya laman ini tidak diusik-usik, ditambah-tambah kandungannya. Sekali tengok, banyak komen berkaitan dengan medik dan UNIMAS. Soalannya, mungkin berulang dari semasa ke semasa dengan soalan yang sama. Insya Allah disini dimuatkan soalan-soalan pelawat-pelawat yang sudi ziarah ke sini. Moga perkongsian ini bermanfaat buat sesiapa sahaja yang punya persoalan yang sama.

Soalan 1:
Salam. Kak, kiranya UNIMAS cawangan Kuching ni hanya untuk perubatan sahaja ke?

Jawapan 1:
Buat pengetahuan adik-adik, entry yang adik-adik baca di blog adalah entry tahun 2010. Maka dalam masa 4 tahun ini, begitu banyak perubahan telah dibuat. Kini, Fakulti Perubatan UNIMAS terletak di dalam Kampus Induk (Main Campus) di Kota Samarahan. Baru digunakan pada tahun ini oleh pelajar-pelajar tahun 1 dan 2. Manakala Fakulti cawangan Kuching, digunakan oleh pelajar-pelajar klinikal tahun 3, 4, dan 5. Ini bagi memudahkan pergerakan ke Hospital dan klinik-klinik bagi tujuan praktikal. Namun, ada berita mengkhabarkan, semua pelajar akan dipindahkan ke Kampus Induk tetapi tidak pasti bila akan dilaksanakan.

Soalan 2:
Assalamualaikum akak. Saya dapat asasi sains hayat di situ jugak. Nak tanya, kalau saya nak bidang yang ke arah medik, itu bergantung pada result spm atau pun result asasi?

Jawapan 2:
Waalaikumussalam. Bagi pelajar Asasi UNIMAS, pointer UNIMAS yang menentukan your next step, bukan result SPM. Insya Allah buat yang sehabis baik dan berdoalah, yang terbaik daripada Allah akan tiba! :)

Soalan 3:
Salam, nak tanya, ada lagi tak interview untuk perubatan lepas keluar result fasa 2 matrikulasi?

Jawapan 3:
Waalaikumussalam. Bagi soalan ini, tidak dapat jawapan yang pasti kerana ia melibatkan pihak MARA, JPA dan pihak-pihak lain yang menawarkan tajaan bagi pelajar-pelajar lepasan matrik, asasi dan sebagainya. Boleh hubungi pihak yang berkenaan.

Soalan 4:
Kak....ambil perubatan dekat UNIMAS tak ada biasiswa bantuan ke?

Jawapan 4:
Insya Allah belajar di mana-mana pun ada bantuan samada pihak JPA, MARA, Yayasan negeri atau pihak-pihak swasta yang lain. Insya Allah tidak perlu dirisaukan perihal kewangan ini kerana bantuan selalu ada, yang penting adalah betulkan niat kita dan bersungguh dalam menuntut ilmu.

Soalan 5:
Akak...ramai orang kata student dapat 4.00 flat saja dapat apply medik, yang tak dapat 4.00 flat ada peluang tak?

Jawapan 5:
Insya Allah ada peluang, akak dahulu pun bukan pelajar 4.00 flat. Buat yang terbaik, Insya Allah tawakal setinggi-tingginya dan Allah akan beri apa yang terbaik untuk kita.

Soalan 6:
Adakah program perubatan UNIMAS hanya untuk bumiputera sahaja?

Jawapan 6:
Program perubatan UNIMAS untuk semua. Bukan hanya untuk bumiputera, cuma ada rationya (tidak pasti berapa). All the best!

Soalan 7:
Kak..nak tanya, berapa orang yang repeat. Kalau boleh bagi ratio/anggaran. Terima kasih.

Jawapan 7:
Bagi soalan ini, anggarannya tidak menentu setiap tahun. Tiada kuota bagi pelajar repeat. Betulkan persepsi, repeat itu bukan halilintar, bukan ribut taufan yang buat kita putus harap. Mereka yang repeat itu bukan pemalas, bukan juga tidak pandai, itu ketentuan yang perlu dilalui. Jadikan itu sumber kekuatan untuk terus berjuang, tiada istilah rugi atau buang masa. Adakah kita tahu apa yang terbaik untuk diri kita? Tidak. Allah lebih tahu :)

Ada juga adik-adik yang menyatakan pointer mereka, dan bertanyakan adakah mereka layak? Terus terang dimaklumkan disini bahawa persaingan sangat tinggi, masing-masing. Makanya, yang terbaik akan diterima masuk dengan izin Allah. Sebaik-baiknya 3.8 ke atas kerana kini UNIMAS mempunyai pelajar asasi mereka sendiri, keutamaan atau kuota akan diberikan kepada mereka.

Buat adik-adik yang berhasrat untuk berjumpa di UNIMAS, kini penulisnya telah menamatkan pengajian dan berada di Semenanjung Malaysia. Insya Allah mungkin boleh berjumpa di lain masa dan ditempat yang berbeza. SELAMAT DATANG ke UNIMAS, universiti yang sarat dengan cerita, kisah pengajaran buat diri untuk menjadi seorang manusia yang berstatus hamba.

Setakat ini sahaja buat masa ini. Waallahu'alam.

2 Buah fikiran:

Unknown said...

assalamualaikum akak,bestnya klu dapat jd mcm akak.harap2 ALLAH izinkan sy tuk jadi seperti akak.saya mmg teringin untuk pegang gelaran DR.Tapi sy masih ragu2 untuk meletakkan cita-cita sebagai doktor kerana merasakan diri tidak mampu untuk menaggung risiko belajar perubatan itu sendiri,tetapi saya juga teringin yg teramat sangat.bole saya tahu apa yang sepatutna saya buat dan apa ciri2 yang perlu untuk merangkul gelaran PELAJAR PERUBATAN?satu lagi,bolehkah pelajar DIPLOMA macam saya untuk amek perubatan kat unimas atau mcm akak cakap unimas dah ada matrik diorang sendiri?ka macam mana?klu bole saya nak tahu requirement tuk amek perubatan melalui lepasan diploma?

[Harapan/Cita-cita yang mulia] said...

Waalaikumussalam wbt.

Ciri-ciri pelajar perubatan ni subjektif. Sebab kami sendiri mempunyai ciri/karakter yang berbeza-beza. Cuma generally, perlu kuat, rajin usaha dan tidak mudah putus asa.

Untuk UNIMAS, akak tak pasti sama ada dibuka untuk pelajar diploma. Setahu akak, ditawarkan kepada pelajar ASASI, matrik dan STPM. Requirement boleh dibaca sebab selalunya disertakan guideline bersama tawaran.

Menjadi seperti akak, bukanlah sesuatu yang terbaik :) sebab adik boleh jadi lebih baik. Insya Allah. Insya Allah betulkan niat, apa bidang sekalipun, ada amanah yang perlu kita laksanakan :)

Waallahualam.

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

 
Blogger Templates