Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Hidup Muslim

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh,

Segala puji hanya bagi-Nya, Pemilik segala apa yang ada di antara langit dan bumi. Dengan rahmat-Nya, mengurniakan makhluk ciptaan-Nya dengan pelbagai kelebihan dan keistimewaan. Dengan rahmat-Nya, manusia hidup dengan jasad bersama ruh yang saling bekerjasama bagi menjadikan anggota berfungsi berpandukan manual akal juga hati yang saling memantapkan gerak dan langkah kita. Insya Allah.

Insya Allah, mari kita ambil iktibar daripada penulisan seorang sahabat ini, yang kini selaku nakhoda bahtera kapalku. Isinya jelas menggambarkan konsep hidup seorang MUSLIM, Insya Allah. Moga bermanfaat dan dapat mengingatkan kita di kala lupa dan alpa. Insya Allah.


Hidup MUSLIM

Adakah kita ini MUSLIM? Satu persoalan yang sangat mudah dan 100% confirm kita dapat jawab dan mana-mana manusia yang beragama Islam akan menyatakan mereka dirinya adalah MUSLIM. TETAPI, apabila bertanyakan adakah anda mengamalkan gaya hidup muslim, satu persoalan yang sangat sukar dijawab kerana ia merupakan satu persoalan yang mempunyai jawapan dalam bentuk praktikaliti dan bukan kefahaman semata.

Apa matlamat hidup seorang MUSLIM? Disini jawapan paling mudah adalah kita lihat pada Surah Adz-Dzariat juz' 27, ayat 56. Yang bermaksud : "Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembah Aku." Di mana Ayat ini menerangkan the ultimate purpose kita hidup di dunia ini tak lain tak bukan untuk menyembah Allah S.W.T, itu adalah asas matlamat hidup seorang muslim.

TETAPI, apabila kita melihat ayat sebelumnya iaitu ayat 55, dimana bermaksud : "Berilah peringatan sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang muslim." Ayat ini apabila kita tadabbur dan cuba memahami secara jelas, Ia adalah salah satu lagi matlamat bagi seorang muslim, dimana seorang muslim itu perlu mengajak manusia lain kearah untuk mencapai matlamat utama iaitu menyembah Allah S.W.T. Dengan makna lainya adalah "dakwah".

Kebanyakan manusia tahu, kita adalah khalifah dimuka bumi ini, tetapi sejauh mana kita menjalankan tugas kita sebagai khalifah? Tanya pada diri dan iman kita :) Dakwah - satu asas matlamat hidup muslim merupakan satu word yang bila kita dengar, kan membuatkan kita seram sejuk dan ayat-ayat yang selalu terfikir di kepala.

"Ala bosan la, ni mesti ceramah-ceramah. Ni kerja-kerja ustaz je, aku mana layak, ilmu agama tak tinggi!"

Apa makna dakwah ni? Ini adalah satu asas yang perlu kita faham. Iaitu mengajak manusia ke arah kebaikan tapi berasakan kerana Allah S.W.T. Dimana, "baik" ini adalah merupakan satu word yang sangat luas. Dakwah ini tidak semestinya hanya kepada orang bukan Islam, tetapi orang Islam sendiri. Even kita ajak pergi main bola, pun dakwah jika time main bola itu kita bagitahu, kena tutup aurat, niat kerana Allah. Itu adalah dakwah.Ajak makan bersama-sama, lepas itu ingatkan baca doa dulu, basuh tangan dulu. Itu pun dakwah. Dengar kata lain nya dakwah ni pun banyak peringkatnya, dan banyak methodnya, yang penting ia adalah mengajak kepada kebaikan berniatkan kerana Allah S.W.T.

Dakwah hanya kerja ustaz ustazah? Nak tunggu ilmu agama dah tinggi baru berdakwah? Sesungguhnya anda silap, silap anda berfikiran demikian. Dakwah ini adalah tanggungjawab bersama, tidak kira sejauh mana pun tahap ilmu yang kita miliki. Ia adalah kesedaran yang perlu ada pada setiap individu yang bergelar muslim dimana kebaikan perlu disampaikan everywhere, everyday until we die. Itulah matlamat hidup seorang muslim.

Method seorang muslim yang baik ini umpama seorang doktor yang merawat seorang pesakit yang dijangkiti virus yang boleh merebak. Jika ia tidak dirawat, virus ini akan berjangkit dari manusia lain ke manusia yang lain, bahkan ia boleh menjadi lebih bahaya. Apabila virus itu bermutasi dan berjangkit ke persekitarannya, seperti tumbuh-tumbuhan dan binatang-binatang disekelilling, keadaan menjadi bertambah serius. Kita boleh katakan disini, virus itu adalah fenomena jahillyah yang berlaku sekarang. Jika tidak dirawat dari awal, ia akan merebak kepada manusia-manusia yang lain, dan kesannya berlakulah kerosakan di atas muka bumi ini.

Untuk merawat virus itu, bukan semudah itu sahaja. Seorang doktor itu perlu tahu symptom nya terlebih dahulu, mengetahui puncanya, dan memilih cara yang efektif bagi merawatnya dan memilih ubat yang sesuai dalam merawati virus itu. Virus itu sentiasa bermutasi, maka doktor itu perlu sentiasa mengkaji kaedah-kaedah yang sesuai dalam mencari ubat yang lebih kuat dalam mengubati virus tersebut. Begitu la juga seorang muslim apabila ia berdakwah, mereka perlu pandai mengenal pasti masalah, mempunyai pelbagai method dan perlu kreatif.

Maka kita perlu tahu, hidup MUSLIM ini biarlah bermatlamat, jangan jadikan diri kita muslim yang layu dan lesu seolah-olah robot, setiap hari bangun pagi, mandi, pergi kerja, balik rumah, mandi, rehat, tidur dan bersedia untuk mengulangi rutin harian yang sama pada setiap hari. Jadilah muslim yang hebat dimana apabila dicampakkan dimana-mana tempat, andalah yang menjadi virus yang baik dalam mengubah masyarakat ke arah yang lebih baik.

Hidup biarlah bermatlamat,
Matlamat yang jelas dan ada tindakan,
Hidup biarlah bermanfaat,
Bermanfaat kepada orang lain kerana Allah S.W.T.

Jadilah MUKMIN yang HEBAT!
Insya Allah, SUPERB HEBAT dengan izin-Nya jua.

Biar kita nampak BIASA-BIASA,
Asalkan kita berusaha menjadi hamba-Nya yang LUAR BIASA.

Insya Allah.

JOM jadi VIRUS yang BAIK yang dapat merebak, meluaskan jangkitan kebaikan ke seluruh penjuru alam. Mereplikasikan mutagen-mutagen baik dan membentuk ummah yang kaya dengan kebaikan. Insya Allah.

JOM jadi DOKTOR DAKWAH yang HEBAT yang dapat mengenalpasti karat jahilliyah yang ada dalam diri serta ummah dan segera bertindak bagi membersihkan karat yang ada walaupun tidak semudah yang sangka. Ya, Allah melihat pada usaha hamba-hamba-Nya. JOM usaha!

Waallahu'alam.

0 Buah fikiran:

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

 
Blogger Templates