Berikan khabar gembira kepada orang-orang yang patuh kepada Allah, iaitu orang-orang yang gementar hati mereka apabila mendengar nama Allah, orang-orang yang sabar pada apa yang menimpa mereka, orang-orang yang mendirikan solat, dan orang-orang yang menafkahkan sebahagian daripada apa yang Kami berikan kepada mereka. [Surah al-Hajj:34-35]Khabar buat mereka yang patuh dan taat pada segala perintahNya, menjauhi segala apa jua laranganNya.
Ya, janji Allah itu pasti,
di dunia tiada yang abadi,
cuma bekalan buat akhirat nanti,
yang semuanya kelak diadili.
Allah menjanjikan kita khabar gembira, maka bergembiralah dan berjuanglah ke arah kegembiraan itu. Semoga kelak ditemui jua sinarnya.
Waallahua'lam.
20/10/2010 Pengajaran buat diri, jangan pernah bermain dengan kata-kata :) belajar lagi. Jauhi fitnah dunia dan segala tipu dayanya. Berusaha!
0 Buah fikiran:
Post a Comment