Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Monday, November 25, 2013

PJJ - Pandang Jeling-Jeling

Assalamualaikum wa rahmatullah wa barakatuh,

Perkahwinan Jarak Jauh (PJJ) semakin menjadi sebutan ramai. Insya Allah tulisan kali ini sempena setengah (1/2) tahun kami bersama menelusuri liku-liku, simpang-siur kehidupan yang ada turun naiknya.

KENAPA MEMILIH PJJ?

Pandang jeling-jeling 1: Ada segelintir pihak menganggap PJJ ini sebagai satu alternatif kahwin awal walaupun perlu berjauhan selepas itu kerana takut hubungan itu tidak terjaga dan membawa kepada perkara yang tidak baik. Pendek kata untuk menjauhkan diri daripada zina.

Pandang jeling-jeling 2: Ada segelintir pihak lagi menganggap PJJ ini tidak patut kerana fitrah isteri adalah berada disamping suami. Dengan anggapan andai berjauhan tidak dapat memenuhi tanggungjawab dan amanah juga tidak dilaksanakan dengan baik.Dengan itu matlamat perkahwinan itu sendiri tidak dapat dilaksanakan iaitu penyatuan dua hati menjadi satu.

Namun begitu, manusia itu diberi peluang untuk memilih tetapi Allah jua yang akan melaksanakan pilihan kita. Andaikata dalam aturannya tidak sepertimana yang kita pilih atau rancang, maka tidak akan ada pelaksanaan terhadap pilihan yang kita telah buat.

Jawapannya sungguh subjektif. PJJ 1 atau PJJ 2. Masing-masing ada asbab tersendiri untuk diketengahkan. Apa jua jawapan kita, Allah jualah yang punya jawapan sebenarnya. No doubt!

Bagi pengalaman diri sendiri, saya tidak pernah merancang untuk berkahwin sewaktu belajar. Tidak pernah. Adakah saya berkahwin sewaktu belajar untuk menjaga hubungan? Elak zina? Boleh sahaja tunggu sehingga habis pengajian kerana kami berjauhan (saya di Sarawak, dia di Shah Alam) dan berhubung hanya apabila ada perkara yang ingin dibincangkan. Namun, kuasa Allah mendahului segala-galanya. Kami disatukan dikala saya di tahun akhir pengajian, sementara dia sudah bekerja hampir setahun. Namun kini, kami berdua adalah pelajar universiti kerana Mr. Zawj kini menyambung pengajian di peringkat setersunya dalam jurusan seni bina.

Ini bukan kerja saya.
Ini urusan Allah semata-mata.

Apabila telah diaturkn begitu. Maka perlu alert dengan tugas dan amanah sebagai isteri/suami. Be creative dalam pelaksanaan amanah dan tanggungjawab ini. Perlu diusahakan walau dengan apa cara sekalipun. Apabila Allah dah tetapkan suatu jalan itu, harus ada destinasi yang ingin dituju (matlamat).

Insya Allah.


PJJ ADA RISIKO?

Risiko 1: Bagi yang baru mengenali, akan mengalami sedikit kesulitan dalam mengenali dan memahami isteri/suami anda. Al-maklumlah baru sahaja kenal. Maka, salah faham mudah berlaku, lebih-lebih lagi apabila adanya masalah komunikasi. Namun bagi yang sudah lama kenal juga, kebarangkalian wujudnya permasalahan itu pastinya ada kerana kita berkahwin dengan 'orang' yang berbeza, sebelum kahwin dan selepasnya.

"Kami dah lama kenal. Saya dah kenal sangat dengan sikap/ragam dia."

Ops tidak!

"Kamu tidak akan kenal dia selagimana tidak tinggal bersama untuk jangka masa yang lama."

Sungguh! bukan mudah untuk mengenali. Lebih-lebih lagi bagi yang baru mahu kenal-kenal dengan pasangan. Maka, bersedia dengan apa jua kemungkinan.

Risiko 2: Apabila dua jiwa bersatu, maka wujudlah kasih dan sayang. Itu fitrah. Sesiapa yang tidak pernah kenal sebelum nikah sekalipun, selepas akad nikah, dengan izin Allah datanglah encik dan puan Cinta dalam hati. Maka, detik perpisahan untuk berada di kejauhan itu sangat perit kerana mulalah akan ingat-ingat pada suami/isteri. Hadirlah encik dan puan Rindu.

Maka bersedialah. Dekatkan diri dengan Allah, itu kuncinya. Kerana Allah jualah yang menjaga hubungan suami isteri itu. Jaga hubungan dengan Allah, Insya Allah hubungan yang lainnya akan terjaga.

Risiko 3: Apabila sudah biasa berjauhan, ada segelintir pasangan yang sudah terbiasa. Maka apabila sudah terbiasa, kasih sayang mula menghilang sedikit demi sedikit kerana sebuah kebiasaan yang membinasakan. Mula hadir Encik Benci (tidak suka itu, tidak suka ini).

Mula tidak kisah suami/isteri calling-calling ke tidak.
Mula tidak kisah suami/isteri bergaul dengan siapapun.
Mula tidak kisah apa yang suami/isteri lakukan.

Makan minum tidak ditanya.
Khabar iman apatah lagi untuk ditanya.

Beware!


Hidup berumahtangga itu adalah dengan kasih dan sayang. Lengkap melengkapi dan ingat-mengingatkan dikala lupa dan alpa. Kerana itu jualah kita disatukan.

Dan itu jualah yang saya risaukan akan berlaku dikala berjauhan dengan Mr. Zawj yang tercinta ini. Namun, perlu diingat selalu, kasih sayang itu juga daripada Allah, milik mutlak Allah. Maka, dekat dengan Allah itulah kuncinya. Sebagai manusia, kadangkala kita terjauh dan saat itu akan digunakan syaitan sebaiknya untuk merosakkan segala dinding kasih sayang yang terbina.

Beware!

BAGAIMANA  UNTUK BERHADAPAN DENGAN PJJ?

Bagaimana? Insya Allah ada caranya. Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian, ingin sekali dikongsikan bersama. Bukan sahaja boleh dipraktikkan dalam hubungan suami-isteri, tetapi boleh digunakan dalam hubungan berkeluarga. Agar ia harmoni sentiasa. Insya Allah. Ada beberapa kaedah yang boleh digunapakai, Insya Allah. Moga hubungan terus terpelihara. Bersiaplah andaikata memilih PJJ pada awal perkahwinan.

Tips 1: Berbincang dengan bakal pasangan perihal medium komunikasi sewaktu berjauhan.

Ini sangat-sangat penting dan tidak boleh diambil mudah. Zaman sekarang ini, macam-macam medium ada. Daripada yang free sehinggalah yang berbayar. Contohnya seperti skype, viber dan seangkatan dengannya ataupun menggunakan plan mobile yang berpatutan.

Saya dan Encik Zawj berhubung menggunakan Digi Smart Plan. Dapat berhubung free tanpa sebarang charge dikenakan. Kadangkala kami guna skype untuk video call. Kini, dunia di hujung jari tetapi tidak semua perkara dihujung jari kerana kasih sayang mekarnya di dalam hati.

Tips 2: Walaupun berjauhan, kerap kali berhubung antara satu sama lain.

Paling tidak pun seminggu sekali kerana masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Lebih-lebih lagi pelajar seperti kami, masa berhubung menjadi terhad namun kami tetap berhubung tiap-tiap hari sekurang-kurangnya 5-10 minit.

Tips 3: Luahkan apa sahaja yang terpendam, jangan disimpa-simpan.

Menangis bila perlu kerana itu akan lebih menghidupkan hati. Namun jangan berlebih-lebih kerana itu hanya akan melemahkan hati. Marah, sedih, rindu, geram, luahkan sahaja semua. Namun, luahkan pada Allah terlebih dahulu sebelum meluahkan pada cinta ke-3 mu.

Encik-encik Zawj yang perlu banyak bersabar (hehe) kerana kaum hawa ini lembut hatinya. Mudah menangis. Namun, kaum hawa jangan jadi terlalu lemah, kerana tangisan semata-mata tidak dapat menyelesaikan apa-apa.

Tips 4: Gunakan nama panggilan yang sewajarnya bagi mengeratkan kasih dan sayang.

Tips 5: Andai berjumpa setelah sekian lama berjauhan, guna masa untuk lakukan aktiviti bersama-sama.

Gunakan masa semaksimanya seperti beriadah, berkayak, berbasikal dan sebagainya. Selain itu, jangan lupa solat jemaah bersama, adakan sesi tazkirah bersama, tadabbur ayat-ayat cinta Allah. Boleh juga hadiri majlis ilmu bersama. Ini tidak lain dan tidak bukan untuk mengeratkan hubungan memekarkan lagi kasih sayang yang selama ini memang subur. Insya Allah.

Tips 6: Ketahui jadual waktu, aktiviti mingguan pasangan.

Ambil tahu jadual waktu kerja atau study pasangan anda agar mudah untuk berhubung dan dapat mengurangkan salah faham. Selain itu, tahu juga bila waktu rehatnya, bila jadual usrahnya, program yang lainnya. Insya Allah ini dapat mengelakkan salah faham.

Pelbagai cara lagi boleh digunakan, terpulang pada individu tersebut untuk mengekalkan Sakinah Mawaddah wa Rahmah dalam hidup berumah tangga dan keluarga mereka.

Semoga sedikit perkongsian ini bermanfaat.

Hidup berkeluarga juga, perlu sangat-sangat dijaga keharmoniannya. Kunci utama kebahagiaan itu adalah pengabdian secara total kepada Allah. Ihfazillah, yahfazka (teringat nama anak buah yang comel, Ihfaz!) yang membawa maksud, 'Jagalah Allah, nescaya Allah akan menjagamu'. Jaga hubungan dengan Allah, Allah akan jaga hubungan kita dengan manusia.


Insya Allah. Keluarga muslim bermula dengan individu muslim.
Individu muslim itu dibina daripada dalam ke luar.
Pelihara IMAN, jaga AMAL :)
Insya Allah.

******************************

Happy anniversary NIFSU SANAH, suamiku!
6 bulan itu sangat sekejap berlalu, sekelip mata.
Pandang jeling-jeling (PJJ), "Eh dah 6 bulan! Alhamdulillah. Semua dengan izinNya."


Rasa seperti baru semalam kita bernikah, tetapi kini berjauhan.
Pejam jeling-jeling, sudah 6 bulan.

Daripada tidak kenal, kepada lebih kenal.
Daripada bisu tidak berbicara, kini dia teman gelak tawa.
Daripada tunduk malu bila bersua, kini wajah dia ku tatap sentiasa.

Moga Allah pelihara kami dan kamu-kamu semua.
Dalam barakah Allah sentiasa :)

Melangkah dan terus melangkah untuk jadi hamba yang tahu BERSYUKUR.
Berkejar dan terus berkejaran untuk menggapai REDHA-NYA di puncak tertinggi
Insya Allah.

JOM!
Waallahu'alam.

Sunday, November 24, 2013

Rabbi Yassir


Cukup Allah bagi kami, kepadaMu kami berserah dan kami memohon pertolongan. Moga dipermudahkan segala urusan. Kerana yang memudahkan itu hanya Allah, tiada selain darinya.

JOM amalkan bersama :)
Balighu anni walau ayah (Sampaikanlah walaupun satu ayat).

24/11/2013 Akibat tak dapat balik, rasa nak tulis saja :) Moga bermanfaat.

Thursday, November 21, 2013

New Author: Hasil Tangan

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Moga laman ini akan terus bernyawa dan subur hendaknya dengan kehadiran insan yang sudi sama menulis. Insya Allah. Dengan kekangan masa dengan agenda dunia (moga tidak sia-sia, bersama akhirat jua) ini, hadir insan ini untuk turut sama memberi dan berkongsi.

"Amal, kenapa tak update blog?"

"Memang nak update. Tapi tulah dia, tak update-update lagi ni. Habis ilham terbang. Abang jadi author sekali ye."

"Boleh-boleh. Nanti add abang as author ye."

"Baik! Insya Allah."

Sudah lama blog ini tidak berubah wajah. (Sabar-sabar). Insya Allah bakal berubah tetapi bukan sekarang. Masih banyak agenda, perkara yang lebih aula menanti untuk dilangsaikan. Insya Allah.

Muhasabah buat diri ini.

Kita menulis bukan untuk saja-saja. Setiap perbuatan kita bukan saja-saja. Setiap perkataan yang keluar, setiap baris kata yang ditaip bukan sekadar tatapan mata bagi memenuhi ruang sahaja. Tetapi ia lebih daripada itu. Memberi dan terus memberi. Dan itu bukan mudah untuk istiqamah. Mungkin ada dalam hati-hati yang terdetik.

Mengharapkan orang LIKE (Eh! ini bukan mukabuku).
Mengharapkan orang puji dan hargai (Eh! kita bukan anak raja).
Menunjukkan kitalah yang terhebat (Eh! saya dan kamu hanya hamba)

Oh tidak!

Moga dijauhkan daripada segala apa yang membawa kepada kerosakan hati dan keruntuhan umat. Insya Allah. Moga diperlihara daripada fitnah-fitnah yang memudarkan keindahan alam ciptaanNya ini.

Terima kasih Encik Zawj kerana sudi membantu!

Encik Zawj, Ahmad Zulkamal Mohd Ziyadi selesai dengan presentationnya.
Nama pena beliau adalah Takwaman :) Beliau juga merupakan blogger suatu ketika dahulu. Moga bermanfaat! Insya Allah.

Encik Syukur di Bumi Jogja 2

Hari ini, biarlah lukisan alam ini berbicara kerana bicara alam ini jauh lebih indah terus, direct daripada Penciptanya. Tulisan tangan ini juga begitu, ilham daripadaNya. Cuma gambar memberi seribu kata, cuma perlukan mata yang terbuka untuk melihat dan hati untuk perhati dan menghayati. Insya Allah.


Lukisan alam 1: Gambar di atas memperlihatkan insan yang gigih berusaha walaupun pendapatannya tidak seberapa. Mungkin ada yang berkata, "tak berbaloi berpenat lelah, hasilnya cuma sedikit." Ini bukan soal banyak atau sedikit, ini soal usaha, dan rasa untuk mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik.

Allah tidak memandang hasilnya tetapi melihat setiap langkah dan helaan nafas kita dalam berusaha mendapatkan hasilnya. Kita rasa tidak berbaloi kerana kita hidup senang. Kita rasa hasilnya sedikit sehingga kita lupa yang sedikit itu juga adalah rezeki daripada Allah dan mereka bersyukur dengan itu.

Kita? Mungkin itu sebabnya kurang rasa syukur kerana kita terlalu melihat perkara dan benda yang besar-besar. Dan tidak sedar bahawa diri kita ini jika dilihat daripada skop alam semesta, kita tidak kelihatan langsung. Betapa kerdilnya kita. Bilamana kita memandang rendah pada makhluk lain, ingatlah kita tidak setinggi mana untuk berlagak hero atas muka bumi ini. Hanya pelakon tambahan yang belum tentu baik lakonannya.

Lukisan alam 2: Inilah surau yang kami singgah tempoh hari. Boleh refer pada penulisan yang lepas. Surau yang disangka telah ditinggalkan dan tidak digunakan. Sangkaan meleset apabila gedung berbunyi memecah kesunyian senja yang berlabuh. Kanak-kanak berlari-lari ke surau ini. Adakah kita akan berkejar-kejar ke surau/masjid? (tunduk bawah-bawah).

Jelas. ISLAM itu boleh hidup dimana-mana, tidak kira tempat, tidak kira waktu. Kerana apa? Kerana dalam timeline hidupnya ada matlamat yang ingin dicapai, bukan saja-saja.



Lukisan alam 3 & 4: Kayuhan kaki ini tidak akan terhenti demi mencari sesuap nasi. Kesabaran yang dibawa bukan diletak pada kuatnya kayuhan kaki atau rajinnya tangan tetapi kesabaran itu terletak dalam hati yang ada azam dan tekad yang jitu untuk ubah cara hidup.

Rasa sayu hati bilamana mengenang kemalasan diri, mengenang keluhan yang tidak henti-henti. Mungkin Encik Syukur merajuk sebab lama menunggu untuk disapa. Allah. Moga kita tidak lupa untuk berterima kasih pada Pencipta. Insya Allah.


Ini kami yang kepenatan, berjalan daripada pagi ke malam. Apabila pelajar perubatan bersama pelajar-pelajar architecture, memang rasa lainnya. Pastinya ada perbezaan, dunia kita berbeza. Kerana perbezaan ini juga saya dan Encik Zawj disatukan. Alhamdulillah.


Lukisan alam 5: Wayang kulit ini indah bila dihayati jalan ceritanya. "cekap betul tangan pak cik ni." Bukan setakat memainkan satu watak, tetapi 3 watak sekaligus dalam satu masa. Terpegun! Wataknya pelbagai tetapi yang mengawal karakterya seorang.

Begitu juga peranan manusia. Hidup ini bermatlamatkan SATU tetapi peranan kita sebagai manusia itu banyak (lebih daripada satu). Mungkin saya kini bergelar pelajar perubatan yang sibuk dengan pelajarannya. Tetapi saya juga seorang isteri, anak dan Insya Allah da'ie yang akan selalu bergerak. Setiap satu gelaran, peranan yang akan dimainkan juga berbeza.

Kompleks ciptaan Allah ini bukan saja-saja. Kompleksnya ada makna :) Mainkan peranan kita dengan sebaiknya dengan setiap detik waktu yang Allah berikan pada kita.


Insya Allah mungkin di lain hari, lukisan alam di tempat yang berbeza pula. Harap sangat dapat bertemu dengan Encik Syukur lagi agar diri tidak terasa terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah. Insya Allah. Sebab bilamana tidak berjumpa dengan Encik Syukur, mungkin akan terserempak dengan Encik Lalai Alpa (minta dijauhkan).

Peringatan buat diri ini, untuk dikongsikan dengan semua. Insya Allah.

Lihatlah dengan mata yang terbuka dan bersedia untuk melihat. Tarbiyyah daripada Allah bukan hanya di masjid-masjid atau di surau-surau atau di kuliyyah agama. Tetapi lebih daripada itu. Betul, ini tidak tipu. Melihat pokok, bunga, orang-orang di jalanan juga mampu mendidik hati dengan izinNya.

Insya Allah. Waallahu'alam.

Akhir sekali...


Wahai Encik Zawj, jumpa lagi tahun depan. Moga kita dekat walaupun berjauhan. Moga matlamat kita menggerakkan kita seiring dan sejalan untuk dekat denganNya. Amin. Insya Allah.

Seiring dan sejalan,
Seindah aturan Tuhan,
Mencari redha-Nya,
Matlamat bersama,
Bahagia dalam rahmatNya.

"Abang, nyanyi sikit lagu Nurul dengan Ajai guna lirik ni." (geleng-geleng Encik Zawj).
# Gurau senda itu menjadi seri dikala berjauhan #

Thursday, October 31, 2013

Encik Syukur di Bumi Jogja

Dengan nama Allah, hari ini masih diberi nafas untuk terus dihelakan. Alhamdulillah. Fuh! Masih ada kesempatan untuk terus gerakkan tangan beri manfaat sebanyak yang boleh. Insya Allah.

Beberapa minggu lepas, saya berada di sebuah negara yang belum pernah dijejakkan kaki sebelum ini. Ini kali pertama ke oversea, walaupun sudah berpuluh-puluh kali berulang-alik ke over the sea. Inilah saya! Kali ini menemani encik zawj untuk menjalankan tugasnya disana. Ala-ala field trip, site visit. Ya, mengambil peluang ini untuk lebih mengenali encik zawj, sahabat-sahabatnya dan persekitarannya. Sambil menyelam, kita cari mutiara-mutiara di dasar lautan.

Setibanya di sana, mula dengar bahasa yang sebelum ini hanya didengar di dalam sinetron TV.

"Mbak mahu ke mana?"

"Mbak dari Malaysia ya?"

 Angguk-angguk. "Ya pak."

Sepanjang perjalanan, sentiasa mencari mutiara-mutiara yang boleh di bawa pulang.

Mutiara 1: Usaha tangga untuk ke Menara Jaya

Apabila kita kata berjaya, sangat sujektif. Ada yang sudah dapat masuk universiti, sudah dianggap berjaya. Ada yang dapat jadi top 10 student sudah dianggap berjaya. Ada yang dapat masak satu lauk satu hari, sudah dianggap berjaya. (hehe!) Berbeza-beza kan.

Begitu juga di negara yang sudah saya lawati ini. Jogjakarta. Usaha mereka untuk hidup, Masya Allah. Super awesome! Daripada usia mda hingga ke lanjut usia, masih berusaha untuk mencari sesuap nasi.Saya ke Malioboro, di tepi-tepi jalan ada beca, kereta kuda. Saya bersama group encik zawj (4 orang) mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja. Sepanjang kaki melangkah itu, ada sahaja gerangan yang menegur untuk ajak naik beca, naik kereta kuda. Hanya mampu senyum, tidak terkata apa-apa.

"Enggak apa-apa Pak, kami jalan kaki saja."

Barangkali bagi mereka, siapa yang dapat customer dianggap berjaya. Mungkin (angkat bahu). Sekali naik RM6 harga matawang Malaysia. Akan dibawanya bersiar-siar sekitar Malioboro (bukan pekan kecil tapi besar!). Sebelum pulang, kami sempat naik beca sekitar pekan itu. Wah! Super hebat kaki Pak Cik. Rasa kasihan pula, banyak kawasan berbukit. Berat kami berdua, mahu lebih 100kg. Super tabah Pak Cik ni.

Ramai juga penjual-penjual jalanan. Berusaha keras untuk menjual. Sehingga terpancarlah sifat defensive encik zawj. Kini lebih mengenali. Insya Allah. Alhamdulillah wa Alhamdulillah.

Mutiara 2: Sederhana, cukup apa yang ada

Hidup mereka disana sangat sederhana.Sedangkan kita disini, mencari kemewahan tanpa hala tujuan. Semasa kami berjalan-jalan sekitar pekan untuk melihat struktur bangunan dan cara hidup masayarakat disini. Kami tercari-cari surau. Tiba di satu perkampungan dan ada satu surau yang nampak seperti mahu dibangunkan dan seperti tidak digunakan. Namun kami rehat disitu dan tertidur sehingga masuk waktu maghrib. Orang kampung mula memenuhi surau, kanak-kanak juga ramai.

SubhanAllah!

Kami solat jemaah disana. Mereka hidup sederhana dan serba cukup. Harmoni! Sedangkan kita disini, ada sahaja yang tidak cukup, kononnya hidup tidak sempurna. Ada sahaja yang kurang sehingga tidak terlihat nikmat melimpah ruah yang Allah telah berikan.

Kita lihat masalah itu sebagai suatu kekurangan sehingga lupa masalah itu yang akan menjadikan kita insan yang lebih kuat dan capable untuk hadapi jalan hidup yang seterusnya. Oh kita lupa!


Mutiara 3: Yakin sentiasa dibawa jalan-jalan bersama

Kami sempat ke kawasan perkampungan berhampiran dengan gunung Merapi. Gunung berapi yang dijangka meletus setiap 5 tahun. Kali terkahir meletus adalah pada tahun 2010. Sekarang 2013 (selamat-selamat). Kena beringat, 'Kun fayakun' bukan agenda manusia.

Di bawah kawasan gunung berapi itu, ada yang buka perniagaan. Ada ala-ala kawasan pelancongan, ada jeep untuk bawa naik ke gunung berapi, untuk melihat sendiri kesan-kesan letusan. Kami tidak berkesempatan untuk naik ke atas disebabkan masa yang tidak mengizinkan.

Sempat saya berborak dengan orang disana.

"Kalau gunung berapi ini meletup, kawasan ini bagaimana mbak?" Tanya saya.

"Kawasan ini pun rosak, hancur, kena asap dan debu panas." Jelas kakak itu.

"Lepas rosak, bina semula lah ye tempat ni." Tanya lagi.

"Iya, kami bina semula perkampungan disini tapi sekarang lebih di bawah." Kata kakak itu lagi.

"Mbak tidak takut ke? Mbak tidak cari kerja lain yang lebih selamat." Sambung tanya.

"Kami yakin, disini rezeki kami. Keturunan kami disini." Tenang dia menjawab.

SubhanAllah. Tertanya-tanya, bagaimana mereka hidup. Mampukah saya hidup seperti mereka? Betullah, setiap apa ujian buat hambaNya itu berkadar dengan kemampuan hamba-hambaNya. No doubt!

Mutiara 4: Sabar itu bawa aman

Apabila meletak diri sebagai rakyat di Jogja ini, terasa diri tidak akan tertahan dengan keadaan di sini. Kereta banyak, jalan sesak, bunyi hon di sepanjang jalan. Fuh! Sabar memang kena tinggi.

Pernah kata kepada Encik Zawj, "Abang, kalau Amal bawa kereta disini, mesti ramai orang Amal langgar."

 Pecah gelak tawa.

Tetapi itulah kenyataannya. Allah meletakkan kita dimana kita mampu untuk hidup, mampu menyesuaikan diri. Bukan suka-suka Allah letak kita di serata dunia ini. Hakikatnya, kita bersaudara!

Moga penulisan ini bermanfaat untuk diri kami dan kamu-kamu :)

Waallahu'alam.

Terima kasih Encik Syukur kerana menampakkan diri di bumi Jojga :)

Sunday, August 18, 2013

Baitul Muslim Bukan Milik Aku

Berlanjutan daripada penulisan yang lepas, 1234 Betul Ke?, hari ini membawa diri dan pembaca kepada satu bentuk penulisan yang lebih fakta diselang-selikan dengan realiti. Entry sebelum ini bukanlah indicator bahawa sayalah yang paling O-sem dalam bab menjaga atau paling hebat dalam mengawal perhubungan atau bukan juga paling sempurna dalam tempoh pertunangannya. Bukan!

Ia hanya sebuah nukilan kenangan untuk dibawa ke hari tua, juga peringatan buat diri supaya istiqamah dalam apa jua perbuatan. Insya Allah. Moga baitul muslim yang terbina ini Allah redha. Amin.

Jagalah HAK ALLAH, maka Allah akan menjaga hakmu.

Bila diperkata soal Baitul Muslim atau singkatannya BM, persepsi mula tertumpu pada ustaz-ustazah, orang-orang yang berlatarbelakangkan ilmu pengajian Islam, orang-orang berkopiah dan bertudung labuh. Islam ini milik semua kan? Baitul Muslim perlu diterapkan dalam setiap rumah, dan setiap daripada kita ada peranannya. JOM ubah!

Apabila ditanya, 'Kau nak keluarga yang macam mana nanti?'

'Mestilah nak keluarga yang bahagia, penuh kasih sayang.' Jawapan common.

Apabila ditanya begitu, ramai yang jawab begini. Dan ini menunjukkan KITA SEMUA memerlukan BM ini. Tidak boleh lari haa! Kerana bahagia dan kasih sayang itu hanya akan datang apabila rumahtangga atau keluarga kita dipupuk dengan nilai-nilai Islam. Tidak percaya? It's true! Kena cuba baru tahu.

Bukan bahagia biasa-biasa tetapi BAHAGIA LUAR BIASA!

:)

Apakah itu BM?

Ada golongan yang apabila berbicara soal BM, terus katakan soal kelompok atau institusi mencari jodoh cara Islam. Sehingga ada yang salah faham.

"JOM berbaitul muslim!"

"Eh tak nak lah, aku nak cari sendiri. Tak nak guna agen-agen cari jodoh ni."

Ops! Ada salah faham di situ. Ya, memang ada institusi cari jodoh secara Islam ini. Tetapi Baitul Muslim itu sendiri ada definisinya sendiri.  Baitul Muslim ini bukanlah agensi, bukanlah persatuan semata-mata atau sebagainya (ada persatuan yang menggunakan nama ini). Maknanya perlu difahami dengan jelas.

Baitul Muslim dari istilah bahasanya sendiri bermaksud, rumahtangga muslim. Ia dibinanya daripada dua individu atau pasangan yang faham Islam untuk melahirkan generasi yang juga faham Islam dan mempraktikkannya. Asasnya adalah individu muslim dimana setiap daripada kita perlu sama-sama memegang amanah ini. JOM baiki diri!

 

Rumah? Pastinya perlu dibina, bukan terbinanya ia dengan sendirinya kan. Maka, binalah ia dengan batu-batu asas Islam yang benar dan jelas, juga kukuhkan ia dengan tiang-tiang aqidah yang jitu. Kelak rumah ini hendaklah dihias dengan bunga-bunga akhlak Islami yang indah. SubhanAllah!

Maka, itulah yang selalu dikata-katakan.
RUMAHKU SYURGAKU.

Namun, realitinya hari ini, anak-anak muda lebih suka berada diluar rumah bersama rakan-rakannya. Remaja-remaja kita lebih suka menghabiskan masa di shopping-shopping complex bersama kawan-kawan sebayanya. Kenapa? Bermula daripada rumah itu sendiri. Bukan salah rumah tetapi isinya yang perlu diperhati. Di mana keluarga? Apakah peranan keluarga?

"Habis tu, takkan tak boleh jumpa kawan, takkan tak boleh pergi shopping complex."

"Eh, siapa kata tak boleh jumpa kawan dan pergi ke shopping complex. Boleh, asalkan tidak buang masa begitu saja dan jumpa kawan untuk perkara yang berfaedah, eratkan tali persahabatan."

Bukan tidak boleh. BOLEH, cuma perbetulkan dan pelihara apa yang boleh itu :)

Dalam sesebuah keluarga itu, pasti ada masalah yang timbul. 'Dah cukup Islami dah tetapi kenapa masih ada masalah.' Hidup terlepas daripada masalah, apakah erti hidup? Itu bukan masalah, sebaliknya ujian yang penuh hikmah untuk kita terus berkasih sayang. Mencari penyelesaian yang terbaik demi keluarga, dan yang terutama demi agama.

Kembali kepada BM, kita ada tanggungjawab untuk membentuk dan membina. Siapa kata kita tidak boleh jadi arkitek kan. Boleh, malah boleh jadi arkitek yang lebih hebat daripada yang luar sana (maaf encik arkitek!). Bentuklah ikut acuan Islam, pilih acuan yang betul ya. Binalah dengan bahan bina yang betul sebab kita bukan bina rumah mainan, lego atau tanah liat. Kita mahu bina RUMAH ISLAM.

Anas bin Malik meriwayatkan daripada Nabi SAW., “Apabila seseorang melaksanakan pernikahan, bererti dia telah menyempurnakan separuh (1/2) agamanya, maka hendaklah dia menjaga separuh yang lain dengan bertaqwa kepada Allah” [HR. Baihaqi]

JOM sama-sama usaha. Bukan bagi mereka yang sudah berkahwin sahaja sebab setiap daripada kita ada keluarga kan? Maka, keluarga lah keutamaan kita. Sempurnakanlah apa yang belum, usahakanlah walaupun tidak sempurna mana.

BAITUL MUSLIM milik semua! Semua daripada kita ada peluang untuk merasai nikmatnya. Insya Allah.

Berkaitan dengan isu Mesir, teruskan berdoa. DOA senjata yang paling hebat dari Allah, jangan sia-siakan kehebatan yang Allah pinjamkan pada kita ini. Dalam masa yang sama, bentuk keluarga muslim. Jika semua memainkan peranan, tidakkah bakal bergoncang dunia dengan syiar Islam? Mustahilkah sejarah kegemilangan Islam dulu berulang kembali?

Jawapannya, TIDAK!
Hidup punya tanggungjawab.

:)

Mohon teguran andai ada salah dan silap. Maaf andai tersalah gaya bahasanya, but stand on the reality can make you feel great and move on to the better side. Yes, better view of Islam, our way of life. Insya Allah till Jannah.

Sekadar sebuah nukilan insan kerdil yang cuba jadi 'arkitek' luar biasa :)
Waallahu'alam.

18/8/2013 Asalnya mahu tulis lain, lain pula yang ditulis.
 Sekarang dalam Orthopaedics posting :) Wahai tulang-tulang, sila bersikap baik pada saya.

Maha Suci Allah, menciptakan manusia itu dengan sebaiknya, unik! Perhatikan pergerakan orang sebelah, tulang, otot, denyutan jantung, helaan nafas, semuanya meakukan tugasnya seiring dan sejalan.

Wahai umat Islam, ayuh bergerak seiring dan sejalan.
Pray for ummah!
Pray for Egypt!

Saturday, August 17, 2013

1234 Betul Ke?

Dulu 1234,
Sekarang nombor itu akan berterusan hingga ke akhirnya.

1234 adalah singkatan bagi 4 haribulan 3 2012. Apakah 4/3/2012 ini? Ia tarikh langkah pertama saya dalam menerima si dia, iaitu bekas tunang saya yang kini bergelar suami tersayang. Keputusan untuk bertunang dalam jangka masa yang lama (rasanya setahun tidak lama) mengajar diri untuk tawakkal padaNya 100%, tidak kurang. Bertunang dengan seorang yang hanya baru dikenali nama dan rupanya, seperti tidak jejak di bumi nyata. Mampu berserah, moga ini yang terbaik. Insya Allah.


"Betul ke ni?" Cetusan hati.

Awalnya dirisik oleh kakak ipar beliau. Membuat diri rasa seperti 'apa sedang berlaku ni'. Istikharah dan istisyarah menjadi panduan dalam membuat keputusan. Susah! Bukan mudah untuk tetapkan pendirian setelah apa yang telah berlaku sebelum ini. Kedatangan keluarga beliau, membuatkan lampu merah bertukar green light :) Kesungguhan dan hormat, bukan suatu yang diharapkan tetapi itu yang dapat membuka mata untuk memikirkan perkara dengan lebih serius. Insya Allah.


Kami hanya berta'aruf selepas bertunang. Sedikit demi sedikit tentang beliau, saya kutip sana-sini. Adik, kakak semua jadi sumber kaji selidik saya. Tidak ketinggalan kawan-kawan dan sahabat handai. Komen positif letak tepi, komen negatif ditengahkan untuk dianalisis (cewah! hehe). Oh, kita hampir sama. Info-info yang dikutip, disimpan kemas-kemas dan dicatat semuanya dalam satu file untuk dijadikan sumber rujukan (macam kes mahkamah kan). Biodata ahli keluarga juga diambil untuk melengkapkan lagi kaji selidik saya (hehe!).

Sepanjang pertunangan, kerap kali keluarga beliau datang ke rumah untuk ziarah apabila dapat tahu saya pulang bercuti ke semenanjung. Tidak pernah beliau datang seorang diri, selalunya bersama keluarga. Mulalah tangan sejuk-sejuk bila dapat tahu keluarga beliau hendak datang ziarah. Oh tidak!

Perbincangan perihal perkahwinan dan pernikahan ini banyak melibatkan persetujuan dua belah keluarga. Restu kedua ibu bapa kami harapkan, moga disitu ada barakah dan rahmatNya. Insya Allah. KIta bukan hanya berkahwin dengan si dia sahaja, tetapi 'berkahwin' sekali dengan keluarganya :)

Dah setahun bertunang, "Betul ke ni?"
Masih ada lagi persoalan ni.

"Bertunang macam tak bertunang"

Yelah kan, lihat orang lain bertunang. Semasa bertunang, mereka mesra. Kita ini pula macam kayu, ketuk sekali, bunyi sekali (sampai macam tu sekali, aduhai). Tidak pernah bertanya khabar, "Apa khabar?" Tidak pernah tanya pasal makan minum, "Dah makan ke belum?". Paling common soalan beliau, "Macam mana study?"

Tahu, beliau risau takut-takut pelajaran terganggu waktu tunang.
Insya Allah, tetapkan matlamat, betulkan niat.

Dalam masa yang sama, persiapkan diri untuk bergelar isteri. Mantapkan muwasofat tarbiyyah, usahakan. Walaupun mungkin tidak sempurna, mula gerak untuk ubah. Namun, tidaklah semata-mata untuk bergelar isteri tetapi selalu ingatkan diri bahawa bersiap untuk bertemu Tuhan itu lebih utama. Bersedia ke arah itu akan mempersiapkan kita untuk yang lainnya. Insya Allah.

Pertunangan kami hanya diketahui oleh ahli keluarga dan sahabat terdekat. Bukan tidak mahu dihebahkan tetapi lebih elok didiamkan terlebih dahulu (hipotesis yang dapat dibuat pada masa itu adalah, lebih lama bertunang, lebih besar dugaannya). Kami mengambil keputusan untuk hanya mendiamkan, namun tidak menafikan.

"Rahsiakan pertunangan dan hebahkanlah perkahwinan" [HR Ahmad]


Ya, besar hikmahnya!
Alhamdulillah, hati lebih terpelihara :)
Yang lainnya lebih terjaga, Insya Allah.

Tidak berhubung ke?

Eh kami berhubung. Berhubung bilamana ada keperluan. Bukan setiap hari. Remove beliau daripada friend list di mukabuku pada masa itu dianggap satu jalan yang baik bagi kami untuk lebih memelihara hati masing-masing (remove dia!). Mungkin ada yang tidak bersetuju tetapi bagi saya, ia sangat membantu. Waktu itu, saya lebih banyak berhubung dengan ahli keluarga beliau (cari-cari info lagi).

Hari demi hari berlalu. Setahun 3 bulan pertunangan yang dirasakan lama itu seperti sekelip mata berlalu. Dugaan demi dugaan datang. Bertahan dan terus bertahan.

Dalam hati, "Jika benar dia jodohku, tetapkanlah hati ini. Permudahkanlah."
Masa itu, masih ada persoalan, "Betul ke ni?"

Berat ni!

Ramai yang bertanyakan, "Macam mana dia boleh kenal akak/Amal?"

Diringkaskan cerita, beliau boleh dikatakan pembaca setia blog saya tanpa saya sedari (undetectable!). Boleh dikirakan bertahun-tahu juga dia menunggu masa itu. Masuk tahun ini, sudah 5 tahun lebih. Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca dalam diam.

Diammu, 
Memelihara imanku dan imanmu,

Diammu, 

Menjaga rasa jiwaku dan rasa jiwamu.

Itulah hikmah diam, ia bukan suram.
Hanya tunggu masa untuk bersuara, apabila betul-betul sudah sedia.


Terima kasih, sayang!

Dalam waktu pertunangan ini, adakala kami akan jumpa dalam program Alumni, Get To Know, Thousand Words for Gaza dan MPPB (Minggu Pengurusan Pelajar Baru). Ya, kami boleh berbincang di alam maya dengan lancar (selalunya kami guna YM!). Tetapi...apabila bersua muka sewaktu program, seperti tidak pernah kenal. Sehingga ada yang menegur.

"Amal nak tahu, akak tengok kamu dua ni macam dalam dua dunia berbeza."

Pendek kata, macam alien (hehe!). Macam tidak pernah kenal, sedangkan waktu itu dah bertunang. Jadi alien sekarang better than jadi alien lepas kahwin nanti (ada pula macam tu ya). Sehinggakan mama tengok pun geleng-geleng kepala apabila melihat gelagat kami. Gelagat pilih baju pengantin, saya survey. Apabila sudah jumpa yang berkenan, minta kakak ipar call beliau, minta beliau datang tengok sendiri.

Dalam hati berkata, "Macam mana nak kahwin ni, tengok muka dan call dia pun tak sanggup."

Sehinggakan beberapa saat sebelum nikah pun, masih ada, "Betul ke ni?"
Kali ini, menjawab dalam hati dengan yakin, "Insya Allah, betul. Yakin kerana Allah!"

Bisikan syaitan, sila ketepi!
Tawakkal dan doa paling utama selepas usaha :)

Sehinggalah saya dan beliau dinikahkan.
Dengan sekali lafaz, SAYA kini isteri DIA.
Alhamdulillah.


Syukur hanya padaMu, ya Rabb...
Kisah kami baru bermula, moga sakinah, mawaddah wa rahmah akan terus bersama!
Menyuburkan mahligai syurga dunia kami yang akan dibawa ke akhirat nanti.
Insya Allah.

Jagalah HAK ALLAH, nescaya ALLAH akan menjaga hak kamu :)
Yakinlah!

Lagi satu, jangan kita persoalkan, 'kenapa kau tak kahwin lagi?'
Jangan kita persoalkan, 'Kau, bila lagi ni?'
Itu bukan urusan kita, itu urusan Allah, kita hanya mampu usaha.
Mereka sedang diuji, kita juga sedang diuji.
Doakan yang terbaik! :)

Kahwin awal. Ini bukan pertandingan atau perlawanan.
Semua sudah ada dalam aturanNya.
Doakan yang terbaik, kerana akhirnya, kita semua tetap akan bertemu Tuhan.
Pray for the best!
Pray for ummah!

Doakan kami agar kami selalu ingat matlamat hidup kami :)
Insya Allah. Hanya redha Allah yang kami cari. JOM!
# bersama suami dan anak buah #
17/8/2013 Pantas masa berlalu, daripada tidak kenal, kini kami jadi sahabat paling rapat diluar bila bersama. Dulu, guna panggilan 'Cik Kamal' sebab tak suka panggil orang 'Abang' (geli!)

Friday, August 16, 2013

Raya Kali Ini

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Puasa dan raya kali ini amat bermakna buat diri ini. Kebahagiaan itu milik Allah, maka bersyukurlah. Apabila berkumpul, itu anugerah. Apabila bergelak tawa, bergurau senda, itu anugerah. Anugerah Allah buat hambaNya untuk berkasih sayang. Andaikata selama ini, kasihnya layu, sayangnya tiada seri, maka waktu ini peluang menyuburkan kasih nan layu dan menyerikan sayang yang kian pudar. Ini kalilah!

Alhamdulillah.

Keluarga. Itu anugerah yang tidak ternilai andai ingin dikira-kira berapakah nilainya.
Keluarga. Itu anugerah amat indah untuk disyukuri dan disuburi dengan kasih sayang.
Keluarga. Itu anugerah bahagia bagi bersama menyuburkan keimanan dalam diri.

SubhanAllah.

Bersama membeli-belah :)
Kita melihat orang lain bahagia. Kita melihat orang lain punya keluarga yang riang, gembira dan ceria. Kenapa kita tidak punya semua itu? Bukan tidak punya, cuma perlu tahu bahawa nikmat bahagia itu pelbagai rupa. Cari bahagia dengan cari redha Allah dalam hidup berkeluarga. Syukur! Itu kunci utama untuk sentiasa rasa bahagia.

Raya kali ini, bersama encik suami tersayang. SubhanAllah, siapa sangka seorang insan yang selama ini tidak pernah dikenali. Hari ini, datangnya dalam hidup melengkapkan sebahagian agama, doktor hati, perantara penenang jiwa. Alhamdulillah! Maka, ini kali pertama kami beraya bersama :)

Ragam memilih baju raya :D
Sentiasa akan cuba mengenali antara satu sama lain. Insya Allah. Bahagia dalam berkeluarga, isinya bukan semata-mata CINTA. Dalamnya ada AMANAH, amanah bagi melaksanakan matlamat yang diletakkan dalam perkahwinan untuk dunia dan akhirat. Dalamnya ada JUJUR dan IKHLAS, jujur dan ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab dan peranan sebagai seorang hamba.

Kali ini kita raya bersama, abang kakak (Abang Aizat & Kak Mira) O-sem! :)
# Abang A dan Kak Noni beraya di Terengganu :)

Perkahwinan yang punya redha, dasarnya bukan suka-suka. Dasarnya bukan rasa seronok dan gembira semata-mata. Kerana hakikat kehidupan itu ada suka dan dukanya. Binalah dengan dasar keimanan dalam diri yang perlu sentiasa diupgrade. Insya Allah, redha dan barakah itu ada bersama. Bahagia dalam redhaNya!

Abang, moga JAUH ini lebih menjadikan kita DEKAT :)
Selamat Hari Raya daripada Amal, Kamal & Mama :)
Paling special raya kali ini, dapat beraya dengan keluarga baru. Alhamdulillah! Beraya di kampung suami di Kuala Kangsar dalam keadaan kesihatan yang tidak berapa baik mengajar diri supaya bersyukur dengan nikmat sihat yang Allah kurniakan. Gunakan masa sihat itu untuk bertungkus lumus bersungguh dalam beramal dan menghargai setiap detik berharga bersama keluarga tercinta. Insya Allah.


Full house!
Apabila 9 adik-beradik suami berkumpul, meriah! Alhamdulillah atas segala kurniaan, atas segala kemudahan, atas segala nikmat kasih sayang yang melimpah ruah yang Engkau kurniakan. Alhamdulillah! Penyatuan ini amat bermakna bagi kami :) Alhamdulillah!

Barisan atas: Sofi, si kecil Iyad, Imah, Amal, Abang Sayang, Abang Benny, Kak Madihah
Barisan tengah: Kak Farrah, Abang Emi, si kecil Saifullah, Mak, si kecil Ihfaz, Abah, si kecil Ahnaf, Abang Faiz, Kak Yong, Arham
Barisan bawah (orang bujang): Aiman, Izzah, Aisyah, Hafiz
Semoga Syawal seindah Ramadhan :)
Jangan sia-siakan tarbiyyah Ramadhan ini. Rugilah andai Ramadhan itu berlalu pergi tanpa meninggalkan apa-apa makna dalam diri. Alangkah ruginya andai kita masih sama seperti dahulu tanpa pembaikan diri. Ya, Allah lihat pada usaha kita. JOM usaha! :)

Insya Allah.

Salam sayang dari bumi Sarawak,
Maaf zahir dan batin :)

16/8/2013 Rindu pada insan itu, hanya mampu berdoa dari jauh. Moga didekatkan dalam kejauhan. Kuatkan kami! Be strong, Insya Allah! :)
Abang kata, "Amal, bila nak tulis kisah kita?"
"Kisah Tuan Puteri dan Putera Katak ke abang?" :D
*Akan datang*

Thursday, August 15, 2013

Titik Mula

Assalamualaikum wa rahmatullah wabarakatuh,

Setelah sekian lama diri ini tidak menaip, kini mencari semula titik mula. Hampir 3 bulan tidak menulis. Adakah beku akalku? Adakah ilham tidak muncul-muncul? Adakah kerana rasa cukup setakat ini?

Ya, masih mencari titik mula semula.

Entry yang terakhir, aku masih bujang.
Kini bergelar isteri orang.

Adakah ini akan mengubah 'temanku' ini?
'Teman' yang menjadi penghubung kami selama ini, tanpa ku sedari.

:)

Aku dan dia kini berjauhan.
Moga 'temanku' ini dapat mengisi jiwa aku dan dia :)
Insya Allah.
Moga diisi dengan sinar-sinar butir mutiara yang tidak kan pudar.

Mencari titik mula :)
Tidak akan berhenti menulis, itu keputusanku.
Kini, cari jalan ISTIQAMAH!

'Temanku' = fikraa
:)

Friday, May 17, 2013

Angkat Berat


Tanya A kepada B, "Nak masuk pertandingan angkat berat tak?"

B menjawab, "Ish tak nak lah...buat sakit-sakit badan je. Aku bukan kuat sangat.."

Kemudian A terus menyeru B, "Jomlah, ada hadiah best tau. Ada banyak masa lagi nak berlatih."

B menyahut, "Wah hadiah best, tak boleh lepaskan ni. Bolehlah, kita masuk bertanding sama-sama. Mana tahu boleh menang sama-sama kan."

A tersenyum, "InsyaAllah OK boss!"

 

M mengeluh kesah, "Beratnya barang ni..rumah tingkat 4. Tak larat dah ni."

M terus bermonolog, "Allah, betul-betul tak larat dah ni."

Kaki M terus melangkah, akhirnya sampai juga ke tingkat 4. Fuh!


**********

Cukup itu sebagai pendahuluan. Senario yang berkaitan dengan ANGKAT BERAT. Apabila kita perkata soal angkat berat, pastinya apabila kita angkat barang itu, ia pastinya akan melawan graviti kan. Dan juga pastinya barang itu tidaklah ringan, dah kata berat. Maka tenaga perlulah berganda-ganda nak angkat barang tu.

Bagi senario pertama, rasa-rasa kalau tidak ada HADIAH BEST, adakah masih sanggup bersusah-susah masuk pertandingan angkat berat tu? (perspektif pertama)

Rasa-rasa lah kan, dapat tak HADIAH BEST kalau tak bersusah-susah angkat berat tu? (Perspektif kedua) Apa-apa pertandingan sekalipun, sebelum nak dapat hadiah tu mesti perlu lakukan sesuatu kan. Itu namanya pertandingan. Pastinya, ada menang dan ada juga yang kalah.

Begitulah kehidupan kita di pentas dunia ini. Bersusah-susah hadapi ujian Allah itu bukanlah suatu yang sia-sia sebaliknya itulah tarbiyyah daripada Allah untuk kita, hamba teristimewa. InsyaAllah. Direct contact dengan sentuhan kasih sayang Allah. Indah!

"Betul-betul dah rasa putus asa ni...tak mampu dah"

MAMPU itu hanya milik Allah. Bukan kita. Kita rasa tidak mampu, mungkin kerana kita lupa hikmah setiap kejadian. Mungkin kita leka, seni kehidupan dunia ini bukan hanya dengan kesenangan. Mungkin kita alpa, hidup itu tidak akan sunyi tanpa belaian kasih sayangNya. 

"Apa lah hikmah semua ni...Kenapa aku..."

HIKMAH itu hanya dalam pengetahuan Allah. Bukan kita. Apalah erti ujian andai HIKMAH itu terang-terangan sudah ada di hadapan mata? Suburkah sabar andai segalanya mudah? 

"Hidup orang lain happy je...kenapa aku tak..."

Masa kan andai diminta melukis reka bentuk rumah idaman pun, pastinya masing-masing melukis rumah idaman yang berbeza-beza kan. Mana ada kita meniru rumah idaman kawan-kawan kita. Begitu juga aturan Allah, indahnya aturan hanya dalam pengetahuanNya. AturanNya berbeza-beza, tiada yang serupa. Terbaik buat setiap makhluk ciptaanNya yang istimewa ini. InsyaAllah.

Bersangka baik! :)
Selepas kesusahan, ada kesenangan.
JANJI ALLAH itu PASTI.

Bagi senario kedua, keluh kesah hanya akan buat kita semakin berpeluh-peluh menghadapi segala apa yang ada di hadapan. Fuh! 

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui..." [2:216]

Seperti dalam senario diatas, berpenat lelah dengan rasa penatnya menaiki tangga dan AKHIRNYA sampai juga di tingkat 4. Dalam kita kata 'tak larat dah', 'penat lah', 'ok this is the end' sebenarnya dalam masa yang sama kita sedang dan sudahpun melepasi ujian yang Allah tetapkan itu. Ya, kita lakukan tanpa kita sedar. Hebat kan!

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya..." [2.286]

Kita MAMPU!
Yes YOU are! :)

'Tak larat'
'Penat lah...'
'OK this is the end'

Dalam melalui kehidupan dengan kata-kata negatif ini, tukarlah kepada perkataan yang lebih positif. InsyaAllah sekaligus akan positifkan segala perbuatan dan pemikiran kita. Mahu jadi MUSLIM HEBAT kan? InsyaAllah. Nak! Nak!

'Aku boleh!'
'Banyak lagi kudrat Allah bagi ni...'
'I'm just begin' *sambil angkat-angkat kening*

JOM!
Ini kalilah!
JOM ANGKAT BERAT!

"Dan mengapa pula kami tidak berserah diri kepada Allah, padahal Ia telah menunjukkan jalan untuk tiap-tiap seorang dari kami menjalaninya? Dan demi sesungguhnya, kami akan bersabar terhadap segala perbuatan kamu menyakiti kami. Dan dengan yang demikian, maka kepada Allah jualah hendaknya berserah diri orang-orang yang mahu berserah" [Surah Ibrahim : 12]

Waallahu'alam.

17/5/13 Dulu SETAHUN, sekarang SEMINGGU.
Moga dipermudahkan, InsyaAllah. Allahu yusahhil.


Moga terus dibimbing olehNya untuk menelusuri kehidupan ini. InsyaAllah.
OK, no more 'CIK' after this :) For you as well. Bi iznillah.

Saturday, May 11, 2013

Mutabaah Amal

Assalamualaikum wa rahmatullah wa barakatuh,

Nak kongsi :)
Apakah itu mutabaah amal?

Kata mutaaba’ah berasal dari kata taaba’a (mengikuti) dan raaqaba’ (mengawasi). Dengan erti kata lain, mutaaba’ah bererti pengikutan dan pengawasan. Jadi dengan mutabaah amal kita akan sentiasa muhasabah diri akan apa yang kita buat dalam 1 hari.. Lebih-lebih lagi untuk meningkatkan kefahaman dalam Islam dan mendekatkan diri kepada ALLAH TAALA.

Walau sesibuk macam mana pun hari kita itu, kita pasti akan U-TURN pada Allah bila tengok jadual mutabaah amal yang banyak kosong. Tapi kena pastikan juga yang kita buat sesuatu amal ibadah bukan sebab nak penuhkan kotak-kotak pada jadual mutabaah amal semata-mata.. Tapi apa yang lebih penting ialah IKHLAS semata-mata KERANA ALLAH.
InsyaAllah JOM usaha!
Moga Allah redha :)

Bukan times of hardship je ya :)

Friday, May 10, 2013

Hantaran

15 hari, bukan countdown ya :)
Tetapi bila tengok tarikh hari ini secara automatik akan ada tarikh bakinya.
*Tiba-tiba rasa macam menafikan, itu abnormal*

Maka, bersedialah dengan segala apa yang bakal dilalui nanti.
InsyaAllah, sentiasa doa dan harapkan yang terbaik.

InsyaAllah.

Apabila disebut soal pernikahan, perkahwinan.
Yang akan muncul dalam sudut pemikiran itu adalah;

"Seronoknya kahwin..."
"Bestnya nak nikah, nak kahwin lah lepas ni..."
"Wah, nak kahwin time study lah macam ni..."

Yang ada,

BAHAGIA. INDAH.

Tidak dinafikan, itu ada dalam kehidupan.
Dan itu juga yang diharap-harapkan bagi setiap pasangan.

Tetapi cukupkah hanya sekadar bahagia satu harapan?
Harapan tanpa pelaksanaan?
*Ok, sila ketuk diri sendiri. Tak perlu pandang kiri kanan*

Bersedialah, ujian, dugaan itu tidak akan menyepi.
Doakan yang terbaik :)

JOM kita luaskan sudut pandang kepada arah yang sangat pasti.
Ke arah yang confirm akan berlaku, InsyaAllah.

Apabila sudah lama tidak menulis, inilah akibatnya, satu pendahuluan yang sangat panjang :) Buka MATA untuk melihat lebih jauh ke hadapan, lihat pada ruang yang ada matlamat, bukan hanya ruang yang diisi dengan angan-angan kosong. InsyaAllah.

Tajuk HANTARAN, pastinya hendak perkatakan soal hantaran. Ya, pasti! Apabila ada perkahwinan, pasti ada persiapan hantarannya. Siap dengan warna tema, perhiasan untuk hantaran dan sebagainya. Masing-masing cuba memberikan hantaran yang terbaik kepada pasangan masing-masing. Ada yang murah, ada yang mahal, sampai berlebih-lebih (muhasabah!).

Dahulu waktu abang kahwin, siap kata, "Kena ada dulang-dulang ke? Tak boleh ke letak semua dalam kotak, kita hias kotak tu cantik-cantik. Senang nak bawa sekali."

Sekarang? 
*Terkena ke batang hidung sendiri*

Antara HANTARAN yang common diberikan adalah:
  1. SET SOLAT
  2. AL-QURAN
  3. CINCIN (bagi lelaki)
  4. PAKAIAN KERJA/HARIAN
  5. JAM TANGAN
  6. PERFUME
  7. KASUT
  8. MAKANAN/BUAH-BUAHAN
Ini antara yang barang common diberikan sebagai HANTARAN.

Namun, apabila kita muhasabah diri dalam-dalam, ternyata kita terlepas pandang.

Kita pentingkan HANTARAN buat manusia,
Hingga melalaikan HANTARAN buat Pencipta. 


Kita dahulukan HANTARAN buat bakal pasangan,
Hingga lupa HANTARAN yang perlu disiapkan untuk DIA. 


Kita hias HANTARAN buat bakal pasangan kita secantik-cantiknya,
Hingga tidak ingat untuk hias HANTARAN ISTIMEWA buat ALLAH.


Ya, kita (saya, kamu, kamu dan kamu) kadangkala terlepas pandang perkara yang penting ini. Kita bukan terlepas pandang pada satu benda tetapi banyak perkara. Sehingga kita tidak nampak ladang-ladang pahala dunia yang boleh dibawa ke SANA nanti.

Apa HANTARAN kita buat DIA?
Bagaimana hendak persiapan HANTARAN ini?
Jawapannya tiada disini, kerana jawapan itu sudah ada dalam diri kita.

Perbaiki diri, walaupun berulang-ulang kali GAGAL. Itu bukan alasan untuk berhenti kan. Bangkit semula, gunakan kudrat yang Allah beri ini dengan sebaiknya. Sedar atau tidak MUWASOFAT TARBIYYAH (sifat-sifat yang lahir daripada tarbiyyah Islam) ini ada dalam HANTARAN kita.
  1. SET SOLAT (Shahihul Ibadah - Ibadah yang shahih)
    • Perbaikilah kualiti solat kita sehari-hari. Fahami setiap bacaan dalam solat dan rapikan pergerakan serta betulkan niat pada awal hingga akhirnya. Dan pertingkatkan ibadah sunat (usaha!)
  2.  AL-QURAN (Salimul Aqidah - Aqidah yang sejahtera)
    •  Fahami maksud ayat-ayat cinta Allah dan hayati sebaiknya. Di dalam kitabNya ada segala kisah yang boleh diambil iktibar, peraturan, hukum-hakam, perihal akhlak sebagai panduan menjadi seorang muslim yang betul-betul super kuat. Ada alasankah untuk kita meninggalkannya?
    • Berpegang teguhlah kita pada Al-Quran dan As-Sunnah. InsyaAllah tidak akan sesat sampai bila-bila. InsyaAllah. (usaha!)
  3.  PERFUME (Matinul Khuluq - Akhlak yang mantap)
    • Akhlak yang baik itu wangi harumannya. Sehingga mereka yang datang dekat pun akan dapat juga wanginya itu. Bersederhana dan tidak berlebihan.
  4. CINCIN (Qadirun 'Alal Kasbi - Mampu berdikari)
    • Selepas akad nikah selalunya akan ada part sarung cincin. InsyaAllah perkahwinan akan menjadikan kita lebih matang dan mampu berdikari. InsyaAllah. Walaupun dahulunya sangat bergantung pada keluarga. Ingat, bantuan Allah itu 24 hours! InsyaAllah.
  5. KASUT (Mutsaqqaful Fikri - Berpengetahuan Luas)
    • Ringankanlah langkah kaki kita ke majlis-majlis ilmu, happy circle dan ke tempat-tempat yang dapat mendekatkan diri kita dengan Allah. InsyaAllah cari redha Allah. (usaha!)
    • Selain itu, kuatkan langkah kaki untuk keluar bersenam. Jaga kesihatan (Qawwiyul Jism - Sihat tubuh badan) kerana muslim yang sihat lebih disukai oleh Allah.
  6.  JAM TANGAN (Harishun 'Ala Waqtihi - Sangat menghargai masa)
    • Gunakan masa itu dengan sebaiknya. Hindari diri daripada perbuatan yang sia-sia.
    • Apabila masa dijaga, InsyaAllah teratur segala urusan (Munazhzhamun Fi Syu'unihi - Teratur segala urusan). (usaha!)
  7.  MAKANAN (Nafi'un Li Ghairihi - Bermanfaat kepada orang lain)
    • Amat digalakkan makan secara berjemaah :) Mana tahu kan ada sahabat-sahabat kita yang lapar, berilah manfaat pada yang memerlukan. InsyaAllah, berkat hidup.

  8. PAKAIAN HARIAN (Mujahadatul Li Nafsi - Menguasai diri)
    •  Tutuplah aurat, bermujahadahlah. Walaupun kadangkala terasa berat, bukan mujahadah namanya kalau ringan tanpa memerlukan kesungguhan kan :) Indah!
Inilah serba ringkas yang mampu dicoretkan buat masa ini sebagai booster untuk kita terutamanya diri ini untuk terus muhasabah diri sejauh mana kita persiapankan diri kita untuk janji temu yang hakiki dengan Pencipta nanti.

Utamakan HANTARAN yang terutama.
InsyaAllah HANTARAN yang lainnya akan ikut sama.
InsyaAllah :)

JOM persiapkan HANTARAN TERISTIMEWA ini!
HANTARAN hanya buat-Mu :)
Apa temanya?
Temanya REDHA :)

InsyaAllah.

Kejarlah AKHIRAT, InsyaAllah DUNIA akan iringi sama.
Kalau kejar DUNIA, belum tentu AKHIRAT ikut sama.

JOM muhasabah!
Waallahu'alam.

10/5/2013 Penulisan terpanjang rasanya :) Moga bermanfaat buat diri *ketuk-ketuk*

Thursday, May 9, 2013

Dalam Aturan

Assalamualaikum wa rahmatullah wa barakatuh,

Sekian kalinya menaip lagi dilaman ini, penuh dengan habuk bersawang, debu-debu berterbangan. Allah..lama sungguh tidak menulis. Sangat-sangat lama. InsyaAllah selepas ini cuba untuk bersihkan habuk dan segala debu-debu yang ada. InsyaAllah!

Masa untuk menulis semula. InsyaAllah.
Walaupun punya kekangan masa, InsyaAllah sedaya upaya cuba untuk menulis, memberi peringatan buat diri sendiri terdahulunya. InsyaAllah berkongsi ilmu Allah itu kan indah! :)

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Dengan penuh kerendahan hati, ingin menjemput sahabat-sahabat yang mengenali diri ini secara langsung atau tidak langsung untuk menghadiri walimah saya pada 25 MEI 2013 ini. InsyaAllah. Amat mengharapkan doa sahabat-sahabat semua, semoga alam yang bakal ditempuh nanti dapat dilalui dengan bimbinganNya diiringi redhaNya. InsyaAllah.

 
InsyaAllah untuk detail alamat boleh ke SINI :)

Ramai bertanya, "Macam mana kenal?"

"Kerja apa?"

"Orang mana?"

"Kenapa nak kahwin waktu belajar?"

"Berapa mas kahwin? Berapa hantaran?"

Apabila hendak dicerita satu-satu memang sangat panjang. Namun, jawapan yang mampu diberi selepas ini, "Semua Allah dah aturkan."  Sebab jawapan ini merangkumi semua soalan. Ringkas, padat dan tepat. InsyaAllah.

Betullah, kadangkala kita merancang hal lain, namun Allah terlebih dahulu telah ada perancanganNya yang tersendiri. SubhanAllah. Daripada tidak kenal antara satu sama lain, mula mengenali beliau dan ahli keluarga beliau semasa alam pertunangan ini berkehendakkan diri untuk sentiasa berlapang dada dalam menerima kelebihan dan kekurangan yang ada.

MANUSIA tiada yang sempurna, sifatnya LEMAH.
(seperti saya) Begitu banyak lubang-lubang sana sini.
Bukanlah seorang insan yang sempurna. Tetapi sedaya upaya akan mencari kesempurnaan yang terdaya. Allah kirimkan manusia itu kudrat, tenaga untuk dijana, maka gunakanlah. Bukan jana tenaga untuk keperluan diri sendiri sahaja tetapi juga untuk makhlukNya sedunia.

Besar betul janaan kuasa kita!
Memang sangat besar, cuma tidak digunapakai sebaiknya saja.
(Mula sekarang! Angkat tangan ke depan, genggam erat-erat)

:)

Harap dapat bertemu saudara mara, sahabat handai jauh dan dekat di walimatul'urus nanti. InsyaAllah.

Banyakkan muhasabah,
Kurangkan kelu kesah,
Bangunlah andai rebah,
Persiapkan diri, JANGAN KALAH!

9/5/2013 Tugas hujung minggu bermula :) post-exam!

Friday, March 22, 2013

Ingat yang Pasti

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Setelah sekian lama tidak menulis, sebulan lebih. Sungguh! Sangat-sangat rindu untuk menulis semula. Walaupun tidak ada siapa yang membaca, cukup peringatan buat diri untuk selalu ingat dan tidak mudah lupa dengan matlamat akhirnya hidup di dunia ini. InsyaAllah.

Hari ini, terima satu berita kematian. Ya, kehilangan itu sesuatu yang perit dan pedih. Apatah lagi kehilangan seseorang yang amat kita sayang. Mana mungkin rasa sedih itu tertahan.

Seperti aku, suatu ketika dahulu, kesedihan itu menyebabkan air mata itu tidak mampu mengalir, kerana sedih itu berada jauh dalam hati. Luarannya tidak mampu pancarkan rasa apa-apa pada masa itu. Benar. Allah menguji saat kita betul-betul memerlukan. Allah tarik nikmat saat kita betul-betul rapat dengan anugerahNya.

Ya. ALLAH mahu kita betul-betul rasa perlukan DIA.
ALLAH mahu kita betul-betul rapat dengan DIA berbanding makhlukNya.

Kita sibuk dengan perancangan dunia.
Jangan lupa perancangan untuk akhirat juga perlu ada.

Kita sibuk dengan perancangan dunia.
Jangan lupa hidup ini hanya sementara. Yang dirancang mungkin juga akan tinggal satu bentuk rangka yang terhenti dipertengahan jalan. JOM banyakkan doa, tingkatkan TAWAKKAL. 200%! InsyaAllah.

JOM tingkatkan AMAL!
Sebelum ajal menjemput, sediakan bekalan yang terbaik :)
Kerana itu janji temu yang teragung, InsyaAllah.

**********

Aku, MANUSIA.
Sama seperti kamu, kamu dan kamu,
Sekejap IMAN menggunung tinggi,
Sekejap lagi IMAN jatuh ke dasar bumi.

Aku, MANUSIA,
Sekejap SYUKUR tinggi melangit,
Sekejap lagi SYUKUR lesap menghilang.

Itulah hakikat manusia dimana HATI nya senantiasa dibolak-balikkan. Moga kita-kita ditetapkan hati dengan ruh IMAN dan ISLAM. InsyaAllah.

**********

Andai aku pergi dulu,
Jagalah mereka-mereka itu,
Maafkan segala kata yang tidak terkota,
Moga dianugerahkan teman yang lebih setia.

InsyaAllah.

## Berpuisi di malam hari (but I meant it!)

Friday, February 8, 2013

Walimah

Perjalanan jauh, daripada KL-Seremban-Johor. Satu perjalanan yang panjang, luas mata memandang, daripada jalan bandar, ke jalan pekan, kampung, semua kami rempuh.

Alhamdulillah kami berempat daripada KL, jadi berlima di Seremban dan bersembilan di Johor.
Tahniah, mabruk buat Abang Pian dan pasangan!


بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير

"Semoga Allah memberikan keberkahan kepadamu, memberikan keberkahan atasmu, dan menyatukan kamu berdua di dalam kebaikan." (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 2130. Hadis ini dinilai sahih oleh at-Tirmidzi dan ath-Thusi sebagaimana yang dijelaskan oleh al-Albani di dalam Adab al-Zifaz)

Bila bicara soal walimah, ia lebih kepada tanggungjawab dan amanah selepasnya. Bukan sehingga hujung nyawa tetapi kalau boleh sehingga ke syurgaNya. Bukan manis semasa di dunia, tetapi biar dibawa manis semanis kurma itu hingga ke syurgaNya.

Untuk memastikan manisnya itu berpanjangan, persediaan mestilah bermula daripada sekarang. Jangan biarkan persiapan hantaran itu lebih indah daripada hantaran persiapan diri yang jauh lebih penting.

Ok, untuk menjadi suami dan isteri yang solehah, it's more praktical! :)
InsyaAllah.

Thursday, February 7, 2013

Exam Oh Exam

Setelah sekian kalinya, diri terus menulis dan menulis dengan kudrat yang ada. Mencatat segala apa untuk menegur diri ini yang seringkali lalai dan leka. Itulah saya, manusia biasa yang mencari langkah-langkah dan ramuan yang seenaknya sebagai bekalan berjanji temu dengan Pencipta, Pemilik segala apa yang ada di langit dan di bumi. InsyaAllah.

Exam. Terlalu sinonim dengan pelajar atau lebih dekat lagi dengan mahasiswa. Setelah bergelar mahasiswa atau pelajar, mahu atau tidak, perlu berdepan dengan exam. Dan exam ini tidak ada yang mudah, senang, macam kacang dan seumpama dengannya. 

Semestinya yang keluar daripada mulut mahasiswa atau pelajar ini adalah; 

“Susahnya, tak pernah baca pun..ada ke dalam buku..”

“Mencabar betul, pusing-pusing soalan dia..sedangkan nak jawapan sikit je..”

“Soalan pendek, nak jawapan panjang..markah punya banyak..” 

“Apa soalan tu nak..tak faham lah..”

“Macam senang tapi confius lah..pilihan jawapan lebih kurang je..”

Atau sebaiknya; 

“Alhamdulillah, selesai satu paper..dah buat yang terbaik, tawakkal ‘ala Allah..” Monolog dalaman.

Cuma dengan satu paper exam, bermacam-macam respon kita dapat. Yang membezakan kita adalah tahap ilmu dan level iman kita pada waktu itu. Ada yang memandang exam ini daripada sudut negatif, dan selebihnya ada yang melihat daripada sudut yang positif. Beruntunglah bagi mereka yang memandang daripada sudut positif. Alhamdulillah. Moga jiwa-jiwa yang positif itu akan membawa kita dekat kepada Pencipta, InsyaAllah.

Begitu juga ujian Allah. Allah turunkan ujian dalam bentuk yang sama tetapi respon makhluk ciptaanNya masing-masing berbeza. Contohnya, ujian kehilangan barang. Barangan kesayangan hilang, siapa tidak sedih kan. Namun reaksi yang berbeza-beza dapat kita lihat bagaimana kita berhadapan dengan ujian ini.

Bila barang hilang, ada yang kata;

“Eh macam mana boleh hilang ni, sapa yang amik ni..memang nak kena..”

“Kalau aku tahu sapa amik barang aku ni, habis lah dia..”

“Suka-suka hati je nak amik barang orang, tak cukup duit ke nak beli sendiri..menyusahkan orang je..”

Bila barang hilang, sebaiknya katakanlah; 

“Inna lillahi wa inna ilaihi rajiuun..aku halalkan, mungkin orang tu lebih memerlukan..”

“Inna lillahi wa inna ilaihi rajiuun..moga Allah memberi hidayah kepada insan yang mengambil barang tu supaya kembali ke jalanMu, amin..”

Bukan susah untuk kita berlapang dada dan menerima apa jua aturan Allah dengan hati yang tenang. Cuma kena beringat selalu bahawa segala apa yang ada di atas muka bumi ini bukan milik kita. Tetapi milik Allah. Maka jalan cerita kisah hidup kita juga ada dalam pengetahuanNya. InsyaAllah.

OK kadangkala kita lupa, biasalah manusia itu pelupa macam saya. InsyaAllah akan terus beringat, cari jalan untuk ingat dan berusaha untuk sentiasa ingat. InsyaAllah.

Contoh lainnya, ujian kematian. Insan tersayang pergi buat selama-lamanya, siapa tidak sedih kan? Sedangkan Rasulullah juga menangisi pemergian Khadijah. Namun ada hadnya dalam kita bersedih, tidak sampai memudaratkan diri sendiri. 

Ada yang kata, “Apa lah erti hidup ini tanpa insan tersayang..” Terus hanyut dalam kesedihan sehingga lalai melaksanakan hak Allah. Solatnya entah kemana, terus melayan rasa sedih dalam satu jangka tempoh masa yang lama. Na’uzubillah, minta-minta dijauhkan. 

Sebaiknya katakanlah, “Inna lillahi wa inna ilaihi rajiuun..sesungguhnya daripada Allah kita datang, dan hanya kepadaNya kita kembali.” 

Ya. Apabila berpisah ruh daripada jasad, tiada apa yang tinggal di atas muka bumi ini melainkan sedekah jariah, amal kebajikan, dan ilmu yang bermanfaat. InsyaAllah. Maka semai benih-benih kebaikan atas muka bumi ini sebanyak-banyaknya. JOM sebar kebaikan atas muka bumi Allah ini seluas-luasnya. InsyaAllah.

Lihat kan. Satu bentuk ujian, namun punya respon yang berbeza. Yang membezakan tindakan kita pada masa-masa akan datang adalah iman dan taqwa. Jika ujian dihadap dengan turutan hawa nafsu semata-mata, maka mulalah hati jauh daripada Allah. Bila hati sudah menjauh, jasad dan selainnya akan turut menjauh. Na’uzubillah. JOM tingkatkan iman dan taqwa!

Moga kita-kita akan terus mendekat dengan Pencipta. InsyaAllah.

Exam. Akan mendekatkan kita dengan ilmu. Namun jika dekat dengan ilmu tanpa dekat dengan Pencipta, maka rugilah kita. Mula stay up, mula mata lebam-lebam macam panda bear. Sanggup! Demi memperoleh ilmu untuk exam.

 

Kalau tiada exam (tiada kalau-kalau, exam tetap ada), mula lalai, mula leka dengan perihal yang lain. Kali ini ada package combo, jauh daripada Allah, jauh daripada ilmu. Maka sangat-sangatlah rugi.

Kesimpulan ringkas. Exam itu penting!
Sangat penting.

:) 

JOM nyanyi bangau oh bangau sikit...

Exam oh exam, kenapa engkau ada?
Macam mana aku nak tiada, manusia perlukan aku..

Exam oh exam, kenapa engkau susah?
Macam mana aku nak senang, manusia tak cukup ilmu..

Hadapi exam-exam mendatang dengan tenang. InsyaAllah. Tidak kiralah exam dunia mahupun exam akhirat. Hadapi kedua-duanya dengan tenang ya. InsyaAllah.

Waallahu’alam.

Wednesday, February 6, 2013

Dua Zaman

Oh blog, setelah sekian lama hampir sebulan tidak menulis. Sedangkan banyak sungguh buah fikiran untuk dikongsikan namun melayang pergi begitu saja.

 Dalam sebulan, macam-macam berlaku. Seperti biasa, dalam timeline hidup ada agenda dan urusan yang akan terus berjalan. Tidak kira zaman.

JOM cakap pasal zaman sikit.

Zaman kanak-kanak itu indah tetapi apa yang paling tak best bila kena pergi sekolah, kena bangun di awal pagi, pakai uniform sekolah yang perlu digosok, kena basuh kasut (kalau jadi pengawas tu, kurang sikit kena basuh kasut kan), kena siapkan kerja sekolah bagai, setiap malam kena susun buku ikut jadual (kalau tak ikut jadual tu, alamatnya beg jadi berat macam berat batu bata 3-4 biji). Tetapi yang paling best bila cuti sekolah, boleh goyang kaki.

Zaman universiti itu mematangkan. Siapa dahulunya bersekolah di sekolah harian, kini perlu berjauhan dengan keluarga. Ada yang ke timur barat, utara selatan. Ada kena seberang laut, oversea ataupun over the sea. Kelas ikut jadual, ada yang mula awal pagi, ada yang mula petang. Beg ringan sungguh, cuti pun panjang (kecuali si penulis dan sahabat yang seangkatan). Baju, seluar, kain, silalah basuh sendiri. 

Kalau dekat rumah dulu, mak tengok, mak kata,

“Budak ni lah kan, baju tertimbun-timbun…” Mak pun basuhkan baju.


“Budak ni...kasut hitam macam apa entah…” Mak pun cucikan.

“Aduhai…tidur dah, baju tak gosok lagi tu, esok kelam kabut…” Mak pun gosokkan.

Terima kasih MAK!
(Mama, ibu, ummi, bonda…)

Itulah kenangan, tidak dapat dijual, tidak dapat dibeli pastinya. Sekarang, tiada makna cuti, sentiasa berbekal dengan tugasan, tidak kira tugasan bagi agenda kecil atau pun besar. Otak sentasa menjalankan fungsinya, tidak boleh goyang kaki lagi. Otak kena diperah-perah sikit.

Ciptaan Allah tidak pernah exhausted untuk menjalankan tugasnya, cuba bayangkan kalau otak ini malas-malas nak berfungsi, shut down sekejap lah. Maka apa akan jadi? Cuba bayangkan kalau jantung ini penat untuk pam darah keseluruh badan, rehat kejap lah. Maka akan akan jadi? 

Cuba bayangkan.

Daripada zaman sekolah hingga kini, si otak,si jantung ini sangat-sangat amanah melaksanakan tugas mereka untuk memberi kita peluang menjadi insan yang lebih baik. Bukan daripada zaman sekolah, sejak dalam zaman rahim lagi, kalau tidak percaya, cuba tengok sendiri scanning ibu-ibu mengandung, jantung sudah mula berdenyut. SubhanAllah!

Saya, kamu, kamu dan kamu? Amanah itu macam tenggelam timbul, sekejap nampak sekejap tidak. Sekejap ingat sekejap lagi lupa. Perubahan masa sering membawa kita berubah bersama. Tidak salah berubah ikut peredaran masa kan. Tidak salah. Cumanya, perubahan itu bersama, bergerak seiring dengan panduan daripada Al-Quran dan as-sunnah. Senang kan.

Kembali ke zaman sekolah, buat saya terfikir, dahulu masa sekolah sepatutnya saya ambil peluang ini untuk belajar dari hati, bukan untuk exam semata-mata. Belajar hingga sampai ke dasar pemikiran yang boleh permanently save, bukan short term memory. 

Kalau dulu saya buat betul-betul…Sorry, kini saya berada di alam realiti bukan fantasi ok!
Kalau dulu saya ikut cakap abah…Sorry, masa itu berlalu dan tidak akan kembali ok!

Tidak ada istilah kalau itu, kalau ini. Setiap timeline hidup kita ini, semua Allah dah aturkan. Hatta, berjalan setapak pun, nafas sehela pun, semua dalam aturan Allah. Maka, lalui dengan sebaiknya, ambil peluang dan ruang untuk mendekatkan diri kepada Allah dalam apa jua cara sekalipun. 

Selama ini menulis untuk ketuk pintu-pintu dalam diri yang tertutup, bagi tebuka untuk benarkan kebaikan masuk terus ke dalam hati, InsyaAllah. Itu pun dengan izin Allah.

Zaman terus berlalu, cuma bagaimana kita guna zaman ini untuk pecut ke zon putih yang InsyaAllah menjanjikan seribu satu kebaikan di dunia kekal abadi itu kelak. 

JOM pecut, jangan risau.
Tak kena tangkap gambar dengan AES, no saman.
InsyaAllah setiap pecutan ada redha, ada pahala.

Best kan?
JOM pecut sekarang!
JOM top-up Syukur!
Waallahu’alam.
 

Wednesday, January 9, 2013

Robot bergaya, Muslim?

Berazam untuk terus menulis, InsyaAllah moga-moga bekalan ini ada nilainya di sisi Allah.
Walaupun suatu ketika dahulu, semangat menulis itu mula pudar, OK stop setakat ini.

Namun, hari ini terus menulis bagi tahun ke 7.
Hanya padaNya ada segala kekuatan. InsyaAllah.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Beberapa minggu lepas, semasa masih berada di Sarawak, sempat berkongsi perihal MANUSIA ROBOT. Siapa manusia robot ini? Saya, kamu, kamu atau kamu?

Kita mampu senaraikan seberapa banyak perbezaan antara robot dan manusia. Apa dia?

Manusia itu Allah Penciptanya,
Robot itu hanyalah ciptaan manusia.

Manusia itu dijadikan daripada tanah,
Robot diperbuat daripada metal/besi.

Manusia itu berakal, ada hati,
Robot itu tiada akal, juga tiada hati.

Manusia itu punya ruh,
Robot itu tidak punya ruh.

Manusia itu pelbagai fungsinya,
Robot itu punyai fungsi yang terhad.

Manusia itu ini....
Robot itu ini....

Kata robot, "Kalian boleh senaraikan seberapa banyak kekurangan kami, tetapi pernahkah kalian fikirkan kekurangan/kelemahan kalian?"

Kami robot bergaya! Kamu?

"Kami pun ummat bergaya!"
*jerit ramai-ramai*

"Kamu adalah UMAT YANG TERBAIK yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah…." [3:110]  

Dan ummat yang terbaik itu bermula dengan individu muslim berpandukan maratib amal. INDIVIDU MUSLIM yang beracuankan Al-Quran dan As-sunnah. Aqidahnya utuh, ibadahnya sahih, akhlaknya sentiasa yang terpuji.

Untuk merealisasikan ummat yang terbaik lagi bergaya ini, bukan semudah yang disangka kerana kesenangan itu ada pasangannya iaitu kesusahan. Kemudahan itu ada pasangannya kesukaran. Namun begitu,tidak ada apa yang perlu dirisaukan kerana padaNya ada segala kemudahan itu. Mohonlah, nescaya akan diperkenankan, InsyaAllah.

Muwasofat tarbiyyah boleh dijadikan panduan dalam pembentukan peribadi utuh individu muslim. Apa 10 muwasofat tarbiyyah itu?
  1. Ibadah yang sahih/benar
  2. Aqidah yang sejahtera
  3. Akhlak yang mantap
  4. Sangat menjaga masa
  5. Mampu melawan hawa nafsu
  6. Berpengetahuan luas
  7. Sihat tubuh badan
  8. Mampu berdikari
  9. Bermanfaat untuk orang lain
  10. Tersusun urusan
Sila bersemangat!
Teringin mahu jadi MUSLIM yang BERGAYA kan. Bukan macam robot, tetapi macam sahabat-sahabat di zaman Rasulullah dahulu. InsyaAllah, tidak mustahil kan di sisi Allah? :)

Berkata Iman Hassan Al-Banna ketika melalui marhalah ini "Wajib ke atas setiap muslim memulakan dengan memperbaiki dirinya, kesempurnaan itu dapat dilihat bila ia telah dapat memiliki beberapa perkara yang meletakkan ia di peringkat tertentu yang menjadikan ia mampu untuk memikul tanggungjawab amal Islami."

Mulakan dengan pembaikan diri daripada sekarang.

"Antara tanda-tanda kebaikan Islam seseorang itu, mereka dapat menghalangdiri mereka daripada perkara-perkara yang tidak bermanfaat bagi mereka."

OK yang ini sangat berat, sebab rasanya sampai sekarang masih tidak mampu untuk sisihkan perkara yang sia-sia (lagho) daripada dalam diri. Namun begitu, putus asa itu tidak akan sekali-kali diberi peluang untuk singgah bertapak dalam diri. InsyaAllah.

Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang.

Kalau kita kata, "Sayalah yang paling penyayang, loving. Percayalah pada saya."

Maka jawabnya, "Maaf, hanya Allah yang Maha penyayang dan hanya kepadaNya diletakkan sepenuh kepercayaan. 110%."

OK mulakan langkah untuk jadi muslim bergaya!
InsyaAllah.

Contohi robot yang istiqamah dalam perbuatannya. Maka, moh le kita istiqamah atas jalan-jalan kebaikan. Jangan kita kisahkan kelemahan robot itu kerana sudah terang-terang ia dicipta oleh makhluk yang lemah. Look at the positive side, InsyaAllah.

Akhir kalam, pesanan Imam Hassan al-Banna lagi, "Asas iman ialah hati yang terang, asas ikhlas ialah jiwa yang bersih , asas semangat ialah perasaan yang mantap manakala asas amal ialah azam yang kuat."

Waallahu'alam.

Saturday, January 5, 2013

Hai Pak Cik!

Wahai blog, sudah lama ditinggalkan.
Berhabuk sana-sini, aduh!

Sebulan tidak menulis, dengan urusan yang tidak pernah berkurang.
Dengan agenda dunia yang tidak pernah henti.
Moga agenda dunia itu seiring dengan gerak langkah ke akhirat.
InsyaAllah.

Dalam sebulan, macam-macam perkara berlalu pergi. Daripada exam terakhir posting Ophthalmology sehingga kini sedang bercuti sebelum memulakan elective posting di Hospital Sultanah Nur Zahirah selama sebulan. InsyaAllah. Sepanjang sebulan juga, saya berjumpa pak cik-pak cik yang OSEM! Hebat! Gigih!

Hai pak cik!
Sedang berjalan di tepi jalan, di Satok, Kuching. Melihat seorang pak cik tekun mengilat kasut, tekun menjahit kasut-kasut yang koyak. Memang tekun. Melihat raut wajahnya sungguh tenang, tiada gelisah mahupun resah. Membaiki kasut, itu kerjayanya sekian tahun demi mencari sesuap nasi bagi menyara keluarga.

Hai pak cik!
Berjalan lagi, kali ini di dalam wisma, pusat membeli belah. Melihat sebuah kedai buku agama, kecil, terletak betul-betul ditepi tempat orang ramai. Ada seorang pak cik yang gigih. Gigih bekerja menjaga kedainya walaupun keadaan sekeliling bising dengan muzik berdentam-dentum, tidak tahu apa isinya. Gigih berniaga di tengah-tengah kesibukan warga kota. Tiba waktu solat, pak cik pergi menunaikan solat dan selepas itu mengantikan tempat pekerjanya yang mendirikan solat selepas itu.

Pak cik gigih!
 
Hai pak cik!
Keluar malam ke farmasi terdekat, menemani rakan. Seorang pak cik guard membukakan pintu.

"Terima kasih, pak cik." Hadiah senyuman buat pak cik yang OSEM!

Dengan usia sebegitu, masih kuat bekerja pada waktu malam, meninggalkan keluarga demi mencari rezeki yang halal. Memang OSEM! Sayu melihat wajah pak cik, raut wajah yang dimakan usia namun tetap ada sinar ketenangan dan redha dengan ketentuan. InsyaAllah, moga rezeki yang halal itu dapat memberi sinar bahagia dalam hidup berkeluarga.

Hai pak cik!
Kali ini saya berjalan di Carrefour Wangsa Maju (Alhamdulillah, selamat terbang pulang!), terpandang pak cik-pak cik guard yang kuat bekerja. Mana orang muda-muda ya? Persoalan yang disimpan dalam-dalam, mungkin kina ramai di universiti, menuntut ilmu bagi mengubah nasib keluarga. Sila husnuzon :)

Dalam jalan hidup manusia, semua berbeza-beza. Liku-liku hidup juga berbeza tetapi asalnya punya matlamat yang sama. Cuma manusia itu sendiri lupa janji dan ikrar yang dibuat dalam alam rahim dulu. Manusia itu mungkin saya, kamu, kamu dan kamu.

Apa jua jalan hidup itu, BERSYUKURLAH. Susah senang, bersyukurlah. Miskin kaya, bersyukurlah. InsyaAllah di sana ada tarbiyyah daripadaNya. Sama ada kita sedar atau tidak, itu pilihan kita.

Tidak perlu harta bertimbun-timbun untuk rasa bahagia,
Tidak perlu kedudukan tinggi melangit untuk rasa bahagia,
Bahagia hidup bertuhan itu letaknya pada dekatnya hamba pada Penciptanya.

InsyaAllah.

Kalau pak cik-pak cik boleh sentiasa bersemangat waja, kenapa tidak generasi muda?
*dush-dush*

Waallahu'alam.
JOM muhasabah.

Muhasabah bukan dengan lisan tapi dengan hati.
InsyaAllah.

5/1/2013 InsyaAllah, akan usaha untuk sempurnakan harapan besar tu. Cari kekuatan, jadi kuat! :) InsyaAllah.
 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

Blog Archive

 
Blogger Templates