Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Friday, October 30, 2009

BP..ECG..Jantung atau Hati?

Assalamualaikum,

Satu dua minggu ini, BP..ECG..BP..ECG..Quite interesting topic, more pratical than just a theory. Ini yang akan dipraktikkan sepanjang hidup berkerjaya kelak, insyaALLAH. ECG stands for electrocardiogram - records the heart activity. P-QRS-T and sometimes with U. Bukan mahu cerita sangat mengenai alat ini.

Jantung, denyutannya dapat ditafsir. But you always said "I love you with all my heart". Cinta sepenuh jantung? Atau cinta dengan sepenuh hati..with all my liver? Hati pada perspektif agama itu sendiri adalah abstrak dan subjektif. Ia bukan organ dan sukar ditafsir. Normal internally..sometimes abnormal externally (luaran).



Hati (bukan organ) amat sukar untul ditafsir. Kadang-kala ianya normal dan ada masanya hati ini mengalami penyakit kronik tanpa kita sedari. Fungsi hati (organ) yang bertindak sebagai penyingkir toksin (detoxification) tidak dapat menjalankan tugasnya dengan baik. Pengumpulan toksin menyebabkan organ-organ lain dalam badan juga turut terjejas. Faktor pembekuan (clotting factor) tidak dapat dihasilkan di hati akan mengakibatkan darah tidak dapat dibekukan pendarahan boleh berlaku secara berterusan, boleh mencapai tahap kritikal jika dibiarkan dengan kesan sampingan yang lain.

Begitu jugalah hati(bukan organ) kita. Jika dibiarkan 'berpenyakit' akhirnya ia akan menjadi kronik dan sukar untuk diubati. Penyakit itu lama-kelamaan akan menjadi parah, berdarah, bernanah. Peliharalah kesucian hati kerana pada asalnya ia sememangnya bersih daripada sebarang debu kekotoran.




Menurut Imam Ghazali, hati manusia itu terbahagi kepada 4 sifat iaitu sifat buas, ia seumpama binatang buas yang suka akan persengketaan, permusuhan, dan penyerangan. Kedua, sifat binatang seperti kerakusan, ketamakan dan keangkuhan. Ketiga, sifat syaitan (panduan daripada hadith di bawah) dan keempat, sifat-sifat ketuhanan termasuklah kemuliaan, keilmuan, kehebatan dan kekuasaan.
"Sesungguhnya kami jadikan untuk neraka jahannam kebanyakkannya daripada jin dan manusia. Mereka mempunyai hati tetapi tidak menggunakannya untuk memahami (ayat-ayat ALLAH), dan mereka mempunyai mata tetapi tidak digunakan untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan ALLAH), dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak digunakan untuk mendengar (ayat-ayat ALLAH). Mereka seperti binatang ternakan bahkan mereka lebih sesat daripada itu. Mereka adalah golongan yang lalai." (al-'araf:179)
Hati atau dalam bahasa arabnya bermaksud al-qalbu, maksud literalnya ialah sesuatu yang sering bertukar-tukar. Tidak tetap. Itulah hati manusia, seringkali berjaya dibolak-balikkan oleh musuh utama kita. Di mana tahap iman kita? Ayuh kita muhasabah diri..
"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati." (Bukhari dan Muslim)
Hati dipelihara,
Agar semua perbuatan terjaga..

Waallahu'alam.

Inilah teman hidupku kelak :)

31/10/2009 Kisah ini baru bermula, biarlah Tuhan berbicara bila tiba waktunya..Kita perjuangkan matlamat yang sama..Teruskan perjuangan!

Wednesday, October 28, 2009

First Step Counts..

Assalamualaikum


Syukran buat Ummu Masyita yang menziarahi blog ini baru-baru ini. Kata-katanya ringkas tetapi tinggi bahasa dan maknanya. Alhamdulillah melonjakkan semangat dalam diri, bermula di sini with the first step.

Selagi terdaya, akan ku daki setinggi mana ku mampu sehingga satu tahap ku tegak berdiri tanpa mampu berlari lagi. Metafora, puisi dusta :) Dalam kita mendaki, pasti ada halangan. Sama ada halangan yang sedia ada atau halangan yang kita cipta sendiri. Ataupun kita tertipu dengan tipu daya musuh. Siapa musuh ketat kita? Syaitan, dicipta bagi menyesatkan keturunan Adam di atas muka bumi. Ayuh kita kenal pasti tipu dayanya agar tidak kita tertipu lagi, InsyaALLAH.
  • Musuh kita akan melarang kita melakukan ibadah kepadaNYA
"Assignment banyak lagi ni, lepas siap ni, aku gi solat.."
"Paper work belum lengkap lagi ni, nak turun usrah ke tak..minggu depan jela.."
"Nak turun jemaah di surau ke..tak abih revise lagi..esok kuiz"
  • Musuh kita mendorong kita supaya tergesa-gesa
Solat pada keadaan asalnya 15 minit menjadi 5 minit gara-gara kerja yang tidak pernah siap.
  • Musuh kita mendorong kita beramal kerana manusia
Setiap hari Ahmad turun ke surau untuk solat berjemaah. Itulah rutin hariannya, solat jemaah tidak pernah ditinggalkan. Tetapi pada suatu hari..

"Su tak turun surau ke hari ni. Semalam nampak dia, mesti dia nampak aku..hmm"

Di mana niat Ahmad ketika itu. Musuh berjaya mempermainkannya.
  • Musuh membisikkan kepada kita supaya suka dipuji
Amalan kita diseleweng. Ke mana arahnya? Ingin dipuji?
  • Musuh kita mendorong kita supaya riak
Hari ini Ahmad bangun malam untuk solat tahajjud tetapi...

"Harap-harap ada orang ternampak aku bangun ni..hmm" Ahmad, ikhlaskan hati dalam beribadah.
  • Musuh sering mendatangkan keraguan dalam diri kita
Dalam pendakian kita, jangan kita tewas. Hendak melawannya bukan mudah, peralatan dan persediaan mental perlu cukup. InsyaALLAH, kita mampu lakukannya dan berupaya mencapai puncak tertinggi dengan izin dan redhaNya.

Ini merupakan antara isi kandungan dalam tazkirah yang disampaikan oleh saudara Nurman selepas isya' tadi. Semoga dapat disampaikan kepada rakan-rakan yang lain dan bersama kita manfaatkan. InsyaALLAH.

Waallahu'alam.

28/10/2009 Ianya mustahil bila difikir mendalam..tetapi akhirnya hanya ALLAH yang ketahuinya, penyerahan kepadaNya kunci ketenangan di dalam hati.

Monday, October 26, 2009

Meniti Titian Hidup

Assalamualaikum,
"ISLAM yang sebenarnya bukanlah sekadar pengakuan, panji dan bendera, perkataan atau syiar yang dilaksanakan seseorang dalam bentuk solat, puasa dan haji. ISLAM yang diredhai Allah adalah ISLAM yang melahirkan penyerahan diri kepada ALLAH, melahirkan ketaatan dan ketundukan serta menjadikan seseorang itu rela berhukum dengan kitab Allah dalam semua urusan hidupnya." [Sayyid Qutb]
ISLAM itu senantiasa sejahtera, selama-lamanya akan sejahtera. Kerana itu ISLAM masih segar dalam hati-hati kita dan selamanya akan begitu. InsyaALLAH.

Semai ISLAM itu di dalam hati, bukan sekadar perkataan yang terungkap di bibir sahaja. Semoga sisa hidup yang kian ditelan masa ini dapat kita pergunakan sebaiknya. Utamakanlah akhirat tanpa mengabaikan dunia. Dunia diciptaNya bersebab, bukan sebagai medium keseronokan atau hiburan semata-mata.
Berhibur tiada salahnya,
Kerna hiburan itu indah,
Hanya pabila salah memilhnya,
Membuat kita jadi bersalah..

"Jadilah kamu di dunia seperti seorang pengembara atau seorang yang sedang melalui satu jalan." [Riwayat Bukhari]
Dunia adalah tapak semaian kita, yang hasilnya akan dituai di akhirat kelak. SELAMAT MENYEMAI! Semoga tanaman kita subur-subur semuanya, insyaALLAH. Tanaman yang rosak jangan dibiarkan begitu sahaja, cabut dan tanamlah yang lain. Jangan dbiarkan, kelak ia akan menjangkiti tanaman lain. Fikirkanlah.



Sabtu, 24/10/2009..

Pemeriksaan kesihatan di Kampung Tanjung Parang. Ramai penduduk kampung yang turut serta memeriksa kesihatan mereka. Meriah kampung sebab kebetulan ada perlawanan sepak takraw antara kumpulan pemuda kampung.

Mula-mula datang, "Ada apa kat dewan ni? Ramai orang..."

Pada asalnya mahu terus ke rumah keluarga angkat, tapi kami diarahkan ke dewan terlebih dahulu. "Baik, ikut arahan." Tapi akhirnya singgah juga ke rumah ayah kepada mak angkat, kiranya rumah datuk angkat :) Riuh rumah kerana ada anak yang hilang. Siapa hilang? Nama anak yang hilang, Amal Athirah Zarzilah. Alahai, rupa-rupanya mak angkat Amal mencari-cari anaknya yang hilang rupanya :)

Sesi pagi, ditugaskan menjaga bahagian pameran. Adik-adik banyak bertanya tidak kurang kepada yang dewasa. Apa ni? Apa ada dalam dia? Yang dimasudkan organ-organ dalam badan manusia. Kami membawa model badan manusia that aso shows the internal organs, scalp, otak manusia dan jantung gergasi :) lup..dup..lup..dup.

Di malam harinya, ada sambutan aidilfitri. Meriah juga, ada pertandingan Fashion Show terbuka kepada adik-adik comel :D Rindunya suasana kampung.

Pengalaman menarik, setelah lebih 10 tahun tidak menaiki motorsikal, akhirnya..hehe :D Brooomm..Amal dibelakang, terketar-ketar, "Adik bawa motor ni baik-baik, akak ni berat" Geli hati..mahu pucat muka dibuatnya.

Ku terfikir, "ALLAH menjadikan manusia itu pelbagai, supaya kita berkenal-kenal..yang penting, supaya kita berfikir."

Waallahu'alam.

27/10/2009 Buat blog? Semoga bermanfaat..Jangan lupa beritahu bila siap. Selamat menekuni kitabullah.

Thursday, October 22, 2009

Hilang Baru Dicari..

Assalamualaikum,

"Semalam ada kat sini. Mana pergi consent form ni..Habisla." Sendirian ku bermonolog.

"Tula..semalam tak nak simpan elok-elok. Kan dah hilang.." Ku sambung lagi.

Ya ALLAH, pertemukan aku dengan barang yang dicari. Sessungguhnya aku, hambaMu yang lemah, seringkali terlalai dan lupa. Mohon pertolonganMu ya ALLAH.

Ku cari lagi. Mesti submit hari ni.

"Alhamdulillah..dicelah meja rupanya. Kesimpulan, jangan lalai lagi, hargai setiap apa yang ada, simpan elok-elok." Monolog lagi.

"Alhamdulillah.."
Dialog ringkas, situasi sebenar. Hilang baru nak cari, bila ada buat-buat tak nampak :) Ambil pengajaran. Belajarlah untuk menghargai. Ibarat masa, ia tidak akan berulang. Masa diibarat sebagai pedang, yang mana jika tidak digunakan dengan baik, kita sendiri menjadi mangsanya.

Selagi diberi peluang ini, hargailah, syukurilah segala nikmat yang ada. Jangan diwaktu susah sahaja kita ingatkan DIA, waktu senang? Renung2kanlah, muhasabah diri. Berusaha perbaiki kelemahan diri, semoga kelak setiap usaha ALLAH berkati. InsyaALLAH.


Tengok cimit ni, hargai masa yang ada..tidur je :P Malu-malu ye..

22/10/2009 (2.22PM) Betul ke nama kucing ni..susahnya nak hafal nama-nama kucing dirumah..cimit, tommy, jibam, ciki, cumi, jocker, didi..alahai, ini baru yang menetap dalam rumah..dalam sangkar lagi tak ingat nama..hehe :D

Tuesday, October 20, 2009

Ukhwah keranaNya

Assalamualaikum,

Ukhwah, apa yang kita faham dengan ukhwah? Ikatan persaudaraan sesama Islam? Sejauh mana kita mendalami maksudnya. Bersama kita renungi. Adakah apabila berlakunya persengketaan kecil, ukhwah itu hilang, lenyap, tidak diperkatakan lagi? Tiada penyelesaian? Banyak tanda tanya tetapi adakah kita berusaha untuk menjernihkan kembali keadaan.
"dan Dia (ALLAH) yang menyatukan hati mereka (orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua kekayaan yang berada di bumi nescaya kamu tidak dapat menyatukan hati mereka tetapi ALLAH telah menyatukan hati mereka. Sungguh, ALLAH Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana" (8:63)
Sesungguhnya ummat ISLAM itu bersaudara, mana kan putus air yang dicincang melainkan jika di asingkan keduanya (dengan hembusan nafas terakhir). Mari bersama kita eratkan kembali persaudaraan antara kita. Bersihkan hati, semai dengan rasa kasih dan sayang :) Ingatlah bahawa sisa hidup kita di dunia ini tidak lama. Yang pastinya kita hanya milikNya.

Oleh itu jika ditanya, "Sudah berpunya?" Jawablah, "Sudah" :) Sesungguhnya aku hanya milikNya, tidak ada yang lain. (tiada kena mengena dengan tajuk..)

Gambar yang meninggalkan seribu kenangan (Gambar raya di UNIMAS). Ukhwah fillah abadan abadaa..Sayang kalian semua! Ma'at taufiq wan najjah, semoga perjuangan kita di sini, dirahmati dan senantiasa di bawah payunganNya. InsyaALLAH. Ayuh, majukan langkah, hadapi dengan tenang setiap halangan dihadapan. Kita mampu lakukannya.



Riang Ria Raya 2009

Dua minggu lepas, ada kunjungan ke rumah keluarga angkat. Tenang hati berada disana, mengusik adik-adik angkat..hehe. Kehidupan itu sebenarnya banyak mengajar kita erti syukur kepada Yang Maha Pemurah. Tenang hati walaupun didalam keadaan serba kekurangan. Jaminan hati yang tenang bukan berdasarkan berapa banyak harta yang kita ada, sehebat manakah kita, berapa ramai kenalan yang kita ada, tetapi ketenangan itu juga kurniaan ALLAH buat hamba yang dikehendakinya dan buat mereka yang berusaha mendapatkannya.



Inilah adik-adik saya!


Dengan kakak kesayangan..hehe :P

Waallahu'alam.

20/10/2009 (7.30PM) SELAMAT BERJUANG! Usah menanti yang tidak pasti..

Wednesday, October 14, 2009

Hati-hati, Jangan Terpedaya!

Assalamualaikum warahmatullah wa barakatuh,

Hari ini kertas soalan dihadapan mata, dijawab dengan pengetahuan yang hakiki milik ALLAH. Hanya mengharapkan kebersamaan denganNya dikala itu. Hanya itu yang penting. Hari ini paper MEQ..Modified Essay Question. Antara soalan yang keluar : Peptic Ulcer Disease, Hepatitis B Infection dan Acute Pancreatitis. Dalam kepayahan ada senangnya, terima seadanya. Alhamdulillah, berakhir hari pertama. Ada lagi 2 hari menanti, OSPE dan MCQ, BAQ.

Itu bukan tujuan asal menulis hari ini. Hanya hendak berkongsi terjemahan al-Quran yang membawa erti yang amat mendalam dalam diri. Dalam kita sibuk mencari masa mengkhatamkan al-Quran, alangkah baiknya jika kita membaca sekali penterjemahannya supaya kita kelak menjadi hambanya yang selalu berfikir. Selalu diulang, SESUNGGUHNYA BERFIKIR SESAAT ITU LEBIH BAIK DARIPADA KITA BERIBADAH SEPANJANG MALAM. Dengan berfikir, insyaALLAH dapatlah kita mentaqarrubkan diri kita yang lemah ini denganNya.

Firman ALLAH,
Ketahuilah bahawa, sesungguhnya hidup di dunia, hanya gurau senda, permainan, perhiasan, dan bermegah-megah antara kamu serta berlumba-lumba pada banyak harta benda dan anak-anak. Umpama demikian itu seperti hujan yang menakjubkan orang-orang kafir kerana tumbuh-tumbuhannya, kemudian ia menjadi kering, lalu engkau lihat ia menjadi kuning, kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat seksa yang keras (untuk orang-orang kafir) dan keampunan dan keredhaan daripada ALLAH (untuk orang-orang mukmin). Hidup di dunia tidak lain, hanya kesukaan tipuan. (57:20)
Adakah kita tertipu dengan dunia? Mengikut arus dunia, adakah salah menentang arus? Metafora terlebih nampaknya :) Fikirkanlah, Adakah kita hendak menjadi seperti tumbuh-tumbuhan itu? Yang akhirnya hancur dan kering tanpa meninggalkan manfaat kepada orang lain.
Berlumbalah kamu kepada keampunan daripada Tuhanmu dan ke syurga, yang lebarnya seperti langit dan bumi, disediakan untuk orang-orang yang beriman kepada ALLAH dan rasulNya. Itulah kurniaan ALLAH, diberikan kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dan ALLAH mempunyai kurnia yang besar. (57:21)
Ayuhlah kita berlumba mencari keampunannya tanpa mengira di bulan mana kita berada. Keampunan ALLAH itu amatlah luas, usah buang masa. Saki baki usia kita tidaklah lama, entah esok lusa, kembalinya kita bertemu Pencipta. Tinggallah dunia dengan tipu dayanya.

... ALLAH tidak mengasihi setiap orang yang sombong dan bermegah-megah. (57:23)
Marilah bersama kita merendahkan hati kita. Kerendahan hati merupakan salah satu nilai yang kita kurang hari ini. Ingatlah, setiap apa yang kita perolehi hari ini hanya PINJAMAN, apa gunanya kita bermegah-megah, angkuh, sombong tidak bertempat. (bertempat atau tidak bertempat, hakikatnya bermegah-megah ini sepatutnya tiada tempat dihati kita) Termasuklah ilmu, ilmu bukan bahan pertaruhan kita untuk menjatuhkan, memandang rendah kepada orang lain (peringatan buat diri sendiri juga) Setinggi mana diri kita, doktor, bakal doktor atau menteri sekalipun, pandangan manusia itu tidak pernah sekali sama dengan pandangan ALLAH. Indah di mata manusia tidak menjamin indahnya di pandanganNya. Apa yang dinilai? Iman dan taqwa kita.

Bersama kita muhasabah diri, dimana tahap iman kita hari ini. Jangan biarkan hawa nafsu mengawal diri kita malah diri kita yang sepatutnya mengawal hawa nafsu itu sendiri. Kita hanya insan kerdil yang bakal membuat janji temu dengan Yang Maha Berkuasa. Waallahu'alam.

Awal kalam dimulai salam,
Moga akhirnya kelak diberkati,
Indahnya iman dengan ISLAM,
Indah akhlak dengan kerendahan hati.

Kepada sahabat-sahabat yang lama sudah terputus hubungan, ada kesempatan email kepada amalathirah@yahoo.com. Amat merindui kalian semua. Maaf dihulur kerana sudah lama tidak meng'update blog ini. Ukhwah fillah abadan abadaa.

p/s: study, amal..hehe, tulis blog pula dia..ish3 :)

14/10/2009 (2.20PM) bagaimana dia..semoga bertambah iman, dekat denganNya...
 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

Blog Archive

 
Blogger Templates