Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Wednesday, April 21, 2010

Perubatan di UNIMAS (Part 1)

Assalamualaikum,

UNIMAS atau nama penuhnya Universiti Malaysia Sarawak yang sudah pastinya terletak di Sarawak. UNIMAS pada masa ini mempunyai dua cawangan utama iaitu di Kota Samarahan (Kampun induk) dan Kuching (Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan)

Kenapa Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan berasingan?

Ini kerana kedudukannya yang bersebelahan dengan Hospital Umum Sarawak. Ini memudahkan sesi praktikal dan klinikal pelajar perubatan dan kejururawatan. Lebih-lebih lagi ketika berada dalam tahun ke-4 dan tahun akhir.

Perubatan di UNIMAS guna sistem apa?

Perubatan di UNIMAS menggunakan block system. Mungkin ramai yang tertanya-tanya apakah block system ini. Di sini, sistem semester tidak digunakan di fakulti ini tetapi diamalkan di fakulti-fakulti lain. Oleh yang demikian, pelajar perubatan UNIMAS tidak ada cuti semester, tetapi boleh balik semasa cuti perayaan.

Pada masa ini, berebut-rebutlah kami untuk pulang ke kampung halaman :) Cari tiket murah, tengok promosi tiket penerbangan di sana sini. Itulah kerja kami.

Ramai saudara-mara yang pelik mengapa kami tiada cuti. Cuti selalunya tidak sama dengan universiti lain. Inilah hakikat kami di sini. Tidak cuti, kecuali cuti perayaan dan cuti selepas peperiksaan akhir tahun, perantaraan memasuki sesi pembelajaran yang baru.


Bagaimana block system ini dilaksanakan?


Ini mungkin akan mengelirukan sesiapa sahaja :) Nak mulaka daripada mana ya..Di sini, kos perubatan dibahagikan kepada dua fasa. Fasa pre-klinikal (tahun 1 dan 2) dan fasa klinikal (tahun 3, 4 dan 5) Ya! Perubatan di UNIMAS mengambil masa 5 tahun.

Pre-klinikal (Tahun 1)
- Foundation Block
- Man in Environment Block
- Immunology and Hematology Block
- Musculoskeletal Block
- Endocrinology Block

Pre-Klinikal (Tahun 2)
- Central Nervous System Block
- Gastrointestinal and Hepatobiliary Block
- Cardiovascular and Respiratory Block
- Renal and Reproductive Block

Inilah pelajaran sepanjang dua tahun di sini. Dalam setiap block ini akan merangkumi anatomy (struktur organ, saluran darah, saraf), physiology (fungsi organ, mekanisme), pathology (penyakit-penyakit berkaitan dengan sistem badan, pathogenesis, macroscopic, microscopic), microbiology, pharmocology (ubatan-ubatan berkaitan), parasitology, biochemistry dan radiology (x-ray dan sebagainya)

Nampak banyak kan? Memang banyak :) Tidak dapat dinafikan. Apa yang penting? Kekuatan rohani dan jasmani. Pada tahun seterusnya, tahun 3, 4 dan 5 akan lebih kepada klinikal. Hospital menjadi tempat tujuan kedua. Pesakit menjadi teman seharian :)

Mulai tahun 3, pelajarnya akan diagihkan kepada beberapa kumpulan mengikut posting yang telah ditetapkan.

Posting untuk tahun 3
- Medicine
- Paediatric
- Obstetrics and Gynaecology
- Surgery

Posting untuk tahun 4 dan 5
Kurang pasti kerana belum sampai tahap ini tetapi InsyaAllah akan ada posting psychiatric, ophthalmology, forensic, community dan sebagainya. Banyak lagi perlu dilalui, perjalanan masih jauh lagi. Perlu kuat dan kuat lagi. Perlu dekat dan dekat lagi dengan Dia, kerana Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Bagaimana peperiksaan dalam bidang ini?

Jika dikira daripada awal kemasukan hingga tahun akhir nanti, mahu lebih 50 peperiksaan yang perlu ditempuhi termasuk kuiz, peperiksaan End Of Block (EOB), 1st Professional Exam, Peperiksaan End Of Posting (EOP) dan Final Professional Exam.

Hakikat sebenar belajar dalam bidang ini di UNIMAS memang sukar hendak digambarkan. Buat pengetahuan semua, perubatan di UNIMAS, tiada re-sit paper. Apa yang ada? REPEAT. Ini yang paling menggerunkan, menyeramkan. Kerana repeat mengambil masa satu tahun. Tahun pembelajaran akan menjadi lebih lama.

Tetapi apa yang penting? Kita perlu dekat, dekat dengan Yang Maha Menjadikan. Usaha, doa dan tawakal, itu menjadikan senjata kami di sini menghadapi setiap perang yang telah dirancang.

Seperti yang pernah diungkapkan sebelum ini, tahun itu bukan kayu ukur kepada nilai ilmu itu sendiri. Ya, mungkin senang diungkap tetapi berat lagi bahu yang memikul. Kalian insan terpilih, gunakan kelebihan itu untuk agamamu yang kian ketandusan golongan berilmu dengan ilmu Tuhan. Rezeki manusia itu telah tertulis sejak azali lagi.

Sebagai tambahan, EOB adalah peperiksaan setiap kali akhir sesuatu block itu. Setiap block mengambil masa kira-kira 7-8 minggun untuk dihabiskan. Professional Exam pula tiada jam kredit diperuntukkan tetapi perlu LULUS untuk melayakkan diri ke tahun ke-3. Ia merangkumi pelajaran selama 2 tahun (tahun 1 dan 2)

Kisah ini mungkin agak mengerikan. Ya kah? :) Tiada yang mudah bagi mencapai sesuatu kesenangan, kemenangan dengan redhaNya.

Bagi adik-adik atau sesiapa sahaja yang ingin mengetahui apa sahaj mengenai perubatan di UNIMAS boleh ajukan soalan. InsyaAllah, akan sedia untuk menjawab.

Dengar cerita, UNIMAS akan ada matrikulasinya sendiri. Mari meramaikan Matrikulasi UNIMAS (Asasi UNIMAS mungkin..)

21/4/2010 Menghitung hari untuk pulang. 8 hari lagi :)

Plan..Perancangan harus dibuat supaya masa tidak berlalu begitu sahaja. Plan sekarang!

Pemilik blog ini baru hendak memasuki tahun ke-3. Pertanyaan mengenai tahun ke-4 dan 5 mungkin akan diajukan pada senior lain.

Suka gambar di atas ini. Awan disebalik pokok dan cahaya mentari disebalik awan. Indah kan. subhanallah. Rahsia disebalik kerahsiaan :) suka3!

73 comments:

Anonymous said...

salam,,,sya adlh pljr lpsn spm09,,,bru2 ini mndpt twrn untk program asasi sns hyt d unimas,,,agk takot jgk,,sbb dgr2 ktanya thun ini adlh first batch,,,,mcm mna life di sna? dn jika kta smbong degree nnt,,kita x boleh pilih mna2 uni dh ka ,,,mmg kna stay d unimas,,,
trima kasih atas pertanyaan ini ,,:D

Amal Athirah Zarzilah said...

Tahniah dik..xperlu rasa takut, sama mcm matrik, selepas ini ada peluang masuk U lain juga..tahun ini first batch, pensyarahnya utk hayat ada yang drpd fakulti perubatan..life? Untuk fakulti perubatan di Kuching, asasi di kampus induk, Kota Samarahan..ada kena kuat fizikal dan mental, kejutan budaya pasti ada, jangan mudah terpengaruh, fokus pada matlamat :)

If u're free, adik boleh email akk, InsyaAllah akk cerita lebih lanjut lagi kehidupan di sini..kitak org srwk ka?

amalathirah@yahoo.com

Sofina Chen said...

hai, saya sofie..
saya baru2 ni dpt tawrn dr prbtn di unimas... saya asal selangor.
jd nk tanye.. susah x blaja prbtn kat situ? examnye susah ke?

Amal Athirah Zarzilah said...

Salam..Tahniah :) akk asal KL..hehe..susah tu adik akan rasa sendiri..itu fitrah belajar, lbh2 lagi medic..kena kuat semangat, InsyaAllah boleh :)

Taufik/Topex said...

assalamualaikum,
bagaimana nak memohon untuk program perubatan unimas?

Saya lepasan spm 2010.

Taufik/Topex said...

assalamualaikum,
macam mana nak mohon untuk program asasi perubatan unimas untuk 2011 ye?
saya pelajar lepasan spm 2010.

Taufik/Topex said...

tolong bagitau jawapan kat blog sy eh. Tq:)

Anonymous said...

hei,,sya plajar lpasan spm 10..
i want to ask..asasi sc hayt kat unimas ni oke x??life students asasi kat unimas?bole akak crita?please reply A.S.A.P
sbb sya apply asasi unimas as my 1st choise...tq

AAZar @ Fikraa 'Abdullah said...

About asasi hayat UNIMAS..I'm not sure bout that bcause I'm from matriculation program. So, not really sure about their life there. Medical faculty is at Kuching where as Main campus is at Kota Samarahan.

In my opinion, everywhere, there is obstacles to confront with, so that, have to get ready for becoming life :) InsyaAllah Allah 'll ease your way..

Yang paling penting, niat kena betul, kena tekad utk menuntut ilmu, InsyaAllah semua akan lancar..InsyaAllah, kalau adik tanya ttg fakulti perubatan UNIMAS, InsyaAllah akak dpt jwb dgn detailed.

:)

sAyA kHaiRun said...

salam,akak. sukenye sye bce blog akak nih.. bsemangat saye sbb sye dpt wat asasi sains hayat kt unimas.. sye pun b'azam nk buat medic kt unimas mcm akak jugak!

AAZar @ Fikraa 'Abdullah said...

W'salam wbt dik..moga bersemangat selalu ya :) InsyaAllah berjumpa kita di Fakulti Perubatan UNIMAS nanti, InsyaAllah..belajar sungguh2, InsyaAllah ada hasilnya :)

Keep in touch!
:)

nadiah said...

salam,saya dapat tawaran medic unimas,tapi still hesitate nak pergi ke tak since im from s.alam and x dapat dinafikan ia agak jauh,tapi nak tanya medical facilities kat sana macam mana? pastu lecturers dia pulak okey tak? untuk akak ada bape students? ada scholarship x? and lastly akak rasa patut x saya pergi ..hmmm,buntu..my mom suruh buat rayuan to UITM faculty of medicine since dah buat premed kat sana..
by the way,thanks a lot,soryy sangat byk tanya hehe :)

AAZar @ Fikraa 'Abdullah said...

Waalaikumussalam wbt,

Akak faham,ramai hesitate bila dpt UNIMAS ni sebab jauh..facilities semua ok, setakat belum ada masalah..lecturers pun sangat supportive, cuma student punya attitude kena betul..batch akak ada 101 student buat masa ni, dan di tanggung sepenuhnya oleh JPA..tentang keputusan untuk pergi atau tidak, itu terpulang pd adik, memang keputusan ni berat..tetapi bagi akak belajar di mana2 sama saja, yang penting semangat dan usaha untuk berjaya..di sini InsyaAllah adik lebih berdikari..byk yang boleh d pelajari..nak buat rayuan tu boleh, tapi lambat prosesnya, akk tak pasti mcm mn procedurenya..mg ni dapat membantu adik :)

Anonymous said...

saya dapat medik di unimas ni...mmg beriya2 nk g walaupun saya orang pulau pinang...tapi lepas baca x da cuti sem rasa mcm...hmm...cuma nk tahu lebih sikit psal2 cuti2 ni...dan berapa lama tempoh cuti...camtu la..

AAZar @ Fikraa 'Abdullah said...

Tahniah dik! akk org KL :) ada cuti tapi waktu perayaan dan cuti setahun pengajian bmaksud (antara tahun 1-2, 2-3 dan seterusnya)cuti selalunya tak lama, paling sekejap seminggu..paling lama dlm 5 minggu..tapi InsyaAllah berbaloi pengorbanan masa belajar ni :)

semoga berjaya, InsyaAllah jumpa masa d sarawak nnt..nnt boleh bgtahu nama ya :)

Anonymous said...

terima kasih akak kerana reply pertanyaan saya...kalau boleh saya nk add akak di fb supaya saya lebih senang bertanya ^^ btw..nama saya ARIF...

Anonymous said...

assalamualaikum,kak .. nak tanya kalau medic unimas ni..kita kena apply jpa jugak ke? saya difahamkan untuk critical course sume akan dpt jpa,,akak boleh terangkan sikit x ? thank you
-nadiah

Anonymous said...

Assalamualaikum,sorry agak trlambat bace blog akak ney.saya pelajar foundation sains dkat Uitm.saye brminat dgn medic,so sye nak tanye akak,adakah systm pmilihan medic course pointer 4.0 mnjdi suatu kmstian utk brsaing mndapat tmpat 4 medic trmasok di unimas??
-yaya-

AAZar @ Fikraa 'Abdullah said...

Waalaikumussalam wbt,
4.0 bukan satu kemestian, tetapi 4.0 mencerahkan peluang untuk terpilih dalam pemilihan dan kemasukan pelajar baru. 3.8 ke atas InsyaAllah masih ada peluang :)

Wan Rushdi Wan Ramli said...
This comment has been removed by the author.
Wan Rushdi Wan Ramli said...

assalamualaikum,
macam mana nak mohon untuk program asasi perubatan unimas untuk 2012?
anak saya adalah pelajar SM Sains Kuching yang amat berminat dalam bidang perubatan, mohon pandangan dan panduan daripada pihak tuan/puan, terima kasih.

AAZar @ Fikraa 'Abdullah said...

Waalaikumussalam wbt,
Pertama sekali pastikan buat y terbaik untuk SPM, selepas itu boleh buat keputusan untuk memohon ASASI UNIMAS atau matrikulasi kementerian jika berminat ke UNIMAS tetapi untuk ambil perubatan di pusat pengajian lain, banyak caranya. InsyaAllah banyak peluang untuk masuk ke dalam bidang ini.

Wan Rushdi Wan Ramli said...

t kasih atas pandangan, tp nak tanya satu soalan lg, bila permohonan ke asasi unimas buka, adakah permohonan tu di isi secara online?

AAZar @ Fikraa 'Abdullah said...

ttg itu saya tidak pasti, kena selalu alert dengan tawaran2 ni

Wan Rushdi Wan Ramli said...
This comment has been removed by the author.
Wan Rushdi Wan Ramli said...

terima kasih, doakan juga kejayaan anak saya dlm spm dan seterusnya dapat jejakkan kaki ke Fakulti Perubatan UNIMAS, insyaallah.

Anonymous said...

Assalamualaikum...saya pelajar perubatan Unimas 1st year batch 2011/2012...myb akak dah taw yang kami 1st year ni akan menduduki EOB 2 minggu ni....sy nak tahu mcm mane nak 'study smart' ea....too much of knowledge i have to digest in my mind....smpai migrain dibuatnya...akak ada tips untuk memudahkan revision untuk all the subject?harap akak dapat membantu

AAZar @ Fikraa 'Abdullah said...

Waalaikumussalam wbt,
:) selamat menduduki EOB 2! InsyaAllah bila dah usaha 100% tu, selebihnya serahkan padaNya.

study smart, pray hard! :)
niat kena selalu betulkan, biar senang ilmu tu nak masuk (peringatan buat diri akak juga)..cuba kait-kaitkan, integrate daripada semua sudut..mungkin pada awal2 ni susah sikit nak adapt, InsyaAllah dari semasa ke semasa adik akan dapat rentak menuntut ilmu as pelajar medic d UNIMAS ni :) InsyaAllah, ada apa2 boleh email akak d amalathirah@yahoo.com..InsyaAllah lbh mudah berhubung sebab akak jarang balas komen d sini :) sbb jarang buka.

semoga berjaya! :)
wassalam.

ain said...

salam,saya dapat tawaran asasi sains hayat di unimas ni sese 2012/2013,so mcm mne nt pointer yg untuk layakkn saya mohon ijazah doktor perubatan dkt unimas,,,tq

shera93 said...

..slm akak,,
..akak dlu mtrik kpm ke?c0z sye p0wn ex mtrik gak..nk tnye p0inter akak dlu bpe?..msti tggi,kn?p0inter sye cme 3.89 je, kak..:-(..ade ke pluang sy nk msuk medic unimas ni..

miss wuteva said...

salam.. akak, sy baru je ditawarkan course perubatan di unimas utk sesi 2012/2013.. sy nk tnye, cuti 5 minggu yg akk mention dlm komen tu cuti nk msok tahun1 ke tahun 2.. mcm tu ke? nd sy dgr exam kalau salah jawapan kene potong markah,, so kalau xtaw jawapan xpayah jwb, mcm tu ke? mohon bantu, terima kasih :)

AAZar @ Fikraa 'Abdullah said...

Waalaikumussalam adik-adik yang bertanya, semua org ada peluang masuk UNIMAS, Insya Allah ada rezeki tak ke mana. Pointer better > 3.8 :)

Cuti tidak menentu, berubah-ubah ikut takwim fakulti, paling lama sebulan lebih :)MCQ, kalau betul +1, kalau salah -1, tak jawab 0..kena ada strategi menjawab, Insya Allah nnt adik aan belajar daripada senior-senior disini y banyak pengalaman. Jangan malu bertanya k :)

Wassalam.

Anonymous said...

Salam akak , kalau pointer matrik bagi orang lelaki 3.75 layak tak untuk ambil medik di UNIMAS ?

AAZar @ Fikraa 'Abdullah said...

Wsalam wbt,

Insya Allah, ada rezeki tak kemana dik..ada, Insya Allah. setahu akk result upu dah keluar dah :)

semoga berjaya!

Anonymous said...

Terima kasih akak :-)
Insya ALLAH .

SyafiqahAmir said...

boleh saya tahu course forensik ini memperuntukkan berapa tahun untuk grad?

AAZar @ Fikraa 'Abdullah said...

maaf dik..ni bukan course forensic..ni course medical and nursing y ada di UNIMAS :) nursing 4 tahun..medic 5 tahun

fatin athirah kamal said...

Assalamualkum kak . terima kasih atas perkongsian ilmu ini . akak , saya nak tanya ada tak kos fisiologi di UNIMAS ?

fatin athirah kamal said...

Assalamualaikum kak . terima kasih atas perkongsian ilmu ini . syaa nak tanya ada tak kos yang khas utk fisiolgi sahaja . ?

Anonymous said...

Salam kak, medic ni tahun 1 & 2 ni kiranya byk mbca eh? And tahun 3-5 praktical? Sy Xtau lagi nak ambil engineering or medic. :/

Anonymous said...

Kak, Lps ambil course medic ni agak2 blh dpt kerja ape je eh?

Anonymous said...

Salam, akak just asking.. klw akak tahulah.. sy bln 7 ni dh hbis degree in medical laboratory technology (MLT)kt uitm.. klw nk smbung medic plak bole apply guna result mane satu.. yg spm, matrik or degree ni

Fikraa 'Abdullah said...

Waalaikumussalam adik2,
Pure physiology setahu akak tak ada di UNIMAS.

Medik tahun 1 & 2 lebih kepada theory, byk membaca dan memaham. Tahun berikutnya baru praktikal.

Lepas ambil course medic, InsyaAllah jadi doktor, mmg course ni utk bidang kedoktoran. InsyaAllah.

MLT? Kenapa tak teruskan ke master? Kalau nak ambil medik kena ke blkg semula utk degree in medical dik, guna result matrik setahu akk, x boleh guna result degree tu utk degree MLT.

Waallahu'alam.

Anonymous said...

Salam subject nilai sejagat itu macam mana?Adakah sukar untuk belajar di matrikulasi unimas?

Siti Aminah said...

salam kak. nak tanya,asasi sains hayat dgn asasi perubatan sama ke? satu lagi, okay ke kalau ambik foundation in medical studies di allianze?

Fikraa 'Abdullah said...

Waalaikumussalam wbt.
Sains hayat ni bidang kerjaya lebih luas, sementara sains perubatan, ruang lingkupnya lebih kecil. Berbeza.

Foundation di sana? akak kurang pasti, tapi yang pasti belajar dimana sahaja tetap memerlukan kesungguhan, tiada yang mudah :) melainkan Allah yang permudahkan.

SYAFIQ... said...

KAK SAYA NK TANYE NIE...
X DE SYARAT KHUSUS KAN BAGI MUET KN...JUST AMBIK JEA...
AND ONE MORE QUESTION.....RESULT ASASI YG BOLIH MASUK UNIMAS BRAPE???

PLIZZ REPLY ME A.S.A.P.......

ambe tahu doh said...

kak saye nk tanye nie...
unimas x de syarat khusus kn untuk MUET..
and satu lagi...result yang bolih masuk unimas berape???asasi uitm????

Anonymous said...

hai, saya tgh tunggu result matriks. agak2 pointer brapa ek yg lepas utk masuk ke fakulti perubatan d unimas ni.. tq :)

Fikraa 'Abdullah said...

:) Banyak soalan, ada yang tak mampu nak jawab. Ok. Untuk subject nilai sejagat tu akak tak pernah ambil dulu. Mungkin banyak perubahan dibuat sepanjang 5 tahun ni.

Untuk MUET, 3 dan ke atas :) InsyaAllah.

Untuk pointer. As high as u have. Ikut quota, utk pelajar asasi UNIMAS, matrik n STPM. > 3.8 InsyaAllah. Sekarang grad makin tinggi.

Untuk pengetahuan adik-adik, course ni kemungkinan besar akan dibekukan dan proses mendapatkan kerja juga mungkin sukar berbanding sekarang. Perlu ada resume n interview.

Waallahu'alam. Betulkan niat. Dan hakikatnya, Final Prof Exam UNIMAS memang high class :)

Halida Afandi said...

Salam...dye bru lps mghbiskn pengajian d mtrx mlaka...nk tanye...unimas ade amek x bdk2 mtrx kpm utk ijazah prubtn?

Fikraa 'Abdullah said...

Wsalam wbt. Ada :) InsyaAllah.

dayang siti amira said...

salam..saya baru dapat tawaran asasi sains hayat di unimas..so saya nak tanya kakak macammana pembelajaran di sana?? brapa pointer perlu kita dapat kalo nak smbg degree dlm medic n saya dengar asasi ni ssh dari matrix btol x??sbb tulah saya tkt nak ambek tawaran nie..

Nursyaz Nur said...

Salam.nak tanya klo.da.dpt twaran dr upu boleh tak mohon untuk pindah uni lain?

Fikraa 'Abdullah said...

Waalaikumussalam wbt.
Akak pelajar lepas matrikulasi. Akak tak berapa tahu tentang asasi ni. Sebab asasi UNIMAS ni pun baru lagi.

Tak boleh tukar dik kalau dapat tawaran upu :)

eeqa said...

Assalamualaikum...akak,sy nak tanye. kalau lepas abis asasi sains hayat n dapat pointer tinggi(layak) boleh sambung terus ke utk ijzah perubatn???..mohon reply...plizzzsss

eeqa said...

Assalamualaikum, sy lepasan spm 2012..sy nak tanye, yg mane baik kalau matrik(jurusan sains)@ UNIMAS (asasi sains hayat)..pstu,asasi sains hayat kat unimas boleh sambung degree perubatan ke??? mohon reply...plizzzsss...

Anonymous said...

Salam ,, nak tanya cmana dgn system gred dia ye ? Just lulus atau gagal ke guna pointer?

Anonymous said...

Salam, perubatan unimas ni ada temuduga x?

Anonymous said...

Assalamualaikum akak, saya dapat tawaran asasi sains fizikal di unimas, tapi saya lebih meminati subjek biologi dari fizik. Jadi saya berfikir untuk menukar program asasi saya. Bagi kakak, susah tak untuk struggle dlm bidang sains hayat ni? Keliru lah kak. Kesudian akak untuk menjawab amat saya hargai. Hihi :)

fhhm said...

assalamuaikum kak..nak tya kalau belajar kat unimas medic n nursing
mmg jmn dpt keje ke.cmne lak dgn
bdg sc hyat yg lain mcm sumber haiwan n tumbuhan tu.
then,kalo isi borg utk dgree plih medic tp pointer
x pass nnt dia tukarkan kita ke aliran lain yg kita x mnx or trus x dpt smbg dgree,,
sori ye soalan pnjg sgt,,

Anonymous said...

akak, mcm mna cara pemakaian utk pergi ke kuliah dn sbgnya kt sana..??

Sofea Huraiyah said...

Assalamualaikum Amal.. lama betul tak jumpa/contact. Ni aisyah idris ex-smksp dlu. Rupanya sistem kuliyah medic unimas dan uia tak jauh beza, almost the same :)
Tahniah ye amal sbb dah grad, inshaAllah lebih byk peluang berbakti pd masyarakat.Kte ada jumpa senior awak kt hospital kuantan, sgt baik orangnya :)

All the best ye Amal, may Allah bless and ease your journey towards jannah :)
Moga berjumpa lagi :)

Anonymous said...

Hi!! I got offer for Unimas medic so I'm kinda interested to know more about the curriculum and lecturers. Is it true that first year students are already being assigned to hospitals for training? And the anatomy lessons, are the students exposed to real corpes or mannequins? Lecturers-wise, we've read a lot of forums about tenaga pengajar in Unimas and that some of them are foreigners so students kinda hv problems understanding the lectures. I'm clueless about anything. So could you kindly share some advice on this? Thank you soooo much :)

Fikraa 'Abdullah said...

Waalaikumussalam wbt semua.

Maaf atas kelewatan membalas mesej kalian atas kesibukan akhir-akhir ini.

Perihal asasi UNIMAS, akak kurang tahu sebab akak kelulusan matrik. Insya Allah dapat keputusan baik, apa2 bidang pun kita boleh mohon :)

Grading ada pointer, tapi as medical student di sini. Kami lebih utamakan lulus gagal, berdasarkan sistem di sini. Adik akan tahu dan faham sedikit demi sedikit bila berada di sini nanti, jangan risau.

Perubatan UNIMAS tidak ada temuduga buat masa ni.

Asasi UNIMAS, akak tak pasti boleh tukar kos atau tidak. Bergantung pada kuota pelajar bagi satu2 kos tu.

Pemakaian di fakulti lebih kepada formal pada waktu kuliah :) tutup aurat pastinya.

Jaminan kerja :) waallahu'alam. Bagi pelajar perubatan, under JPA, ada 10 tahun contract dgn hospital kerajaan. Insya Allah ada jaminan kerja disitu. Waktu isi borang, pastikan kriterianya adik-adik penuhi. risau-risau akan dilelong ke kos lain. Masa isi borang, jangan lupa tick pada kotak yang mengatakan setuju sekiranya ditawarkan kos lain.

Insya Allah, you'll start to post to hospital during your clinical years starting from year 3 onwards. During 1st and 2nd year, you'll expose to some kind of clinical work. About lecturer, don't worry about that, you'll get use to it. They are very good in teaching, friendly and kind as well :)

Banyak betul soalan ya. Harap ini membantu :) Insya Allah.

Fikraa 'Abdullah said...

Waalaikumussalam Aisyah!
SubhanAllah lama betul tak dengar apa-apa cerita dari enti. Ana ada cuba contact tapi tak ada balasnya. Mungkin enti dah tukar no. Ana belum grad lagi, Insya Allahhabis degree April tahun depan. Doakan ya :) Macam mana ana nak hubungi enti ye? Rindunya!

Anonymous said...

salam
saya pelajar mesir yg dpt tukar ke unimas
emm nak tanya kalau belajar akak ade buku universiti sendiri atau kene rujuk drpd buku2 rujukan yg standard??

Fikraa 'Abdullah said...

wsalam wbt,
setakat ni guna buat standard bagi setiap posting, namun, pihak unimas ada publish buku bagi memudahkan pelajar to standardize the clinical method. Insya Allah.

Anonymous said...

Assalam akak, sy bakal masuk ke unimas nov ni insyaAllah..
nk tanya yg block system ni kiranya mcm topik utk setahun dikumpul n exam at the end of year ke?
and ramai ke yg pernah kne repeat year?

Fikraa 'Abdullah said...

Waalaikumussalam wbt.
Maaf dik, ini untuk tahun 2008, system dah ditukar. Tak ada lagi exam end of year. Tapi profesional exam 1 masih ada :) Jangan dirisaukan tentang repeat semua tu ye, Insya Allah buat yang terbaik, Insya Allah kejayaan menanti adik-adik.

KamarulAkmal said...

Salam kak, dulu akak dari matrikulasi ke? Klau skarang ni berapa pointer yg diperlukan di matriks utk lepas buat medic di unimas?

Fikraa 'Abdullah said...

wsalam wbt. ya dik akak dari matrikulasi perak. pointer sekarang lebih tinggi sebab adanya asasi unimas sekarang :) aim the highest :)

Nurrul Hadzriena said...

assalammualaikum akak . saya ina n lebih selesa dengannn pnggilan tuhh , really thanks for your writing . its giving me something inside this heart , yeah really i want to furthering on medic as i've made choice and aim since form 4 . kata-kata akak menguatkan semangat ina . syukran ya ukhti . May we met there , jazakallahu Khayr :)