Mungkin ini yang ingin digambarkan, betapa sibuknya seorang H.O, sehinggakan hospital menjadi rumah utama. Lebih daripada setengah hari dihabiskan di tempat ini. Yang dahulunya asing, kini tidak lagi.
15 Disember 2016, tarikh ini sepatutnya saya telah pun menamatkan program Housemanship ini. Namun, Allah lebih tahu. Allah kurniakan seorang puteri buat kami sekeluarga dan memberiku rehat selama 90 hari sebelum betul-betul menamatkan Housemanship ini. Maka Insya Allah bulan 3 tahun hadapanlah nampak gayanya, dengan izin-Nya.
Hari ini, sahabat-sahabat seperjuangan yang lain sudah tahu penempatan mereka untuk M.O (Medical officer) nanti. Mesti semua tengah counting days untuk tamatkan hidup sebagai H.O ini, bestnya. HOORA-HOORAY!
HOORA-HOORAY sangat kan, sebab kehidupan M.O itu menunggu-nunggu untuk ditempuhi.
*tiba-tiba scary*
Saya bukanlah H.O yang hebat, perfect. Biasa-biasa sahaja. Fikir hendak QUIT? Mestilah ada. Siap fikir nak jadi businesswoman, nak buat perniagaan sendiri. Nak jual itu, nak jual ini. Ingat dahulu masa mula-mula, ada sahabat yang berangan nak quit dan nak jadi penjual air, guru tadika dan macam-macam (hehe!). Dan sekarang mereka ini jugalah yang bakal menamatkan Housemanship di pertengahan Disember ini.
Pejam celik. Cepat masa berlalu.
Pemikiran terlalu pantas daripada perbuatan sehingga kita sempat berfikir untuk itu dan ini tetapi tidak sempat hendak laksanakannya. Hingga cukup 2 tahun.
'Eh, dah 2 tahun? Senior dah aku' (eceh! konon)
Rasa-rasa nak kongsi ke tidak tips as H.O? Belum habis H.O lagi, boleh lah share as senior H.O (senior yang tak berapa senior, masih amatur)
Sharing is caring! Yes, I care.
[No.1] Mentally prepared.
Mungkin sebelum memulakan Housemanship, ramai dalam kalangan kita sudah bayangkan yang macam-macam. Disaster, suffer, horrible! Oh, negatifnya.
'Aku tak pandai, macam mana nak survive? Oh, tidak!'
Kalau tidak pandai, boleh terus belajar. It's a journey, learning process is endless. Jangan penat untuk menuntut ilmu, bukan sahaja dengan melangut tengok buku berjam-jam, tetapi kita boleh belajar daripada pengalaman orang lain, specialist, M.O, M.A, kakak-kakak misi.
Pengalaman mereka lebih banyak, mohon diperturunkan ilmu tu.
Fikir diri kita hebat? 'Apa class belajar daripada M.A, kakak misi, kita doktor kot.'
Maka, bersedialah untuk berdepan dengan bayang-bayang kesombongan sendiri, sampai ke akhir, kita masih di tempat yang sama, tidak berganjak pun. Siapa rugi?
Bukan kepandaian yang membawa kita mengharungi 2 tahun hidup sebagai H.O ini, tetapi sikap positif dalam diri dan be humble! Kita hanya manusia, hierarki kita serupa.
Keep learning guys!
[No.2] Well time management.
Tagging? Yes, setiap kali masuk posting baru, maka hendak atau tidak, perlu berdepan dengan tagging week, ada seminggu, ada 2 minggu, terpulang pada department tersebut. Waktu tagging, 7 pagi sehingga 10 malam, selama seminggu/2 minggu.
Maka, berdepanlah kita dengan keletihan yang amat sangat. Masa inilah selalunya timbul rasa nak berputus asa, I wanna QUIT! Tetapi lama-lama rasa ini akan hilang sendiri.
Makan dan tidur, tidur lebih utama :)
Sehingga tidak sempat untuk membuat ulangkaji, tidak sempat nak study untuk off tag assessment. Carilah masa untuk study sewaktu bekerja, fokus waktu bekerja, Insya Allah banyak benda/perkara yang boleh kita pelajari. Ambil masa 10-20 minit sebelum tidur untuk baca satu topik, fokus pada topik yang penting dahulu. Ok, bedtime story!
Boleh tanya-tanya pada senior soalan-soalan yang selalu disoal. Ala-ala soalan ramalan gitu (hehe!)
[No.3] First poster syndrome management.
Syndrome ini hanya akan dialami oleh mereka di dalam posting pertama (first poster). Blur tahap infiniti dah. Semua rasa ada. Takut-takut, seram sejuk, rasa diri seolah-olah diperhatikan. Ini normal, normal OK! Kalau tidak ada rasa itu, tidak tahu lah apa nak kata.
Berdepan pula dengan term-term baru.
Berdepan pula dengan tugas-tugas baru yang sebelum ini tidak pernah buat.
Clerking (dulu masa study, clerking punya detail).
AM/PM/Oncall Review
Post-op Review
Blood taking (entah tube colour semua tak ingat dah untuk apa)
-FBC, RP, TFT, BUSE, RBS, GSH (masa ini mulalah tepuk dahi, apa ni....)
Sistem komputer, aduh! Bertambah-tambah blur disitu. Jangan risau, semua ini sementara, bukan selamanya, bukan penamat karier anda. Senior, kakak misi sedia membantu, Insya Allah. Kan? Mereka sibuk/tak nak ajar?
'Belajarlah sendiri, dulu aku pun belajar sendiri.'
Ok senior, please behave. Yelah tu dulu belajar sendiri (hehe!) Mesti terkial-kial juga dulu.
Insya Allah mesti ada yang sudi ajar.
Semasa 1st poster selalunya kita review pun takut-takut, sangat teliti (sebab tu jadi lambat), tulis panjang-panjang sebab tidak tahu mana yang penting, nak eja term-term tertentu pun agak-agak sebab tidak familiar. Waktu kita tulis pun, semua M.O siap check.
Itu normal! It's all about time. Progressing...
Waktu ini yang memerlukan kekuatan diri, mental dan fizikal. Jangan sedih, putus asa kalau kena marah. Anggap sahaja sebagai teguran untuk kita jadi lebih baik pada masa akan datang. Tetapi jika dia sememangnya suka marah, bertahanlah, dia juga manusia.
Keep strong guys!
[No.4] Be friend.
Bukan suruh jadi friendly sangat, cukup disenangi. Boleh dibawa berbincang, berkawan. Sebab kita bekerja sebagai satu kumpulan, bukan individu. Tak perlu rasa hebat sangat dengan MBBS, MD tu.
This is not my patient, this is our patient!
Bagi saya, persekitaran tempat kerja itu sangat-sangat penting, bukan hanya ia dapat mengurangkan stress, tetapi juga dapat memberi suntikan dalam diri untuk lebih positif, tenang, tiada gelisah. Kadang-kadang ada sahaja M.O yang buat-buat garang, sebenarnya ok sahaja.
Bila wujudnya kerja dalam kumpulan ini, Insya Allah semua akan jadi senang. Sehingga semasa oncall malam pun, tengah lapar-lapar, ada sahaja kakak misi ajak makan. Kalau ada apa-apa, mereka akan back-up. Kalau kita ada buat salah, mereka akan tegur, kita akan terima dengan senang hati.
Bukan tanam-tanam ok.
[No.5] Belajar daripada contoh yang baik. Be responsible.
Belajarlah daripada senior, tetapi perlu tahu siapa yang perlu dicontohi, siapa yang tidak patut dicontohi. Jangan terikut-ikut ke'MALAS'an sesetengah senior. Senior M.I.A (missing in action), kita pun nak buat perkara yang sama juga. Maka lahirlah generasi H.O yang macam chips more, sekejap ada sekejap tiada. Banyak menyusahkan, bukan menyenangkan.
Be responsible. Insya Allah bekerja dengan hati yang ikhlas, walaupun kadang kala diuji dengan sikap dan ragam pesakit/staff/waris peskit/senior, keep yourself fit. Kena marah, it's normal, semua orang ada perasaan marah. Bersabar dan sentiasa memperbaiki diri.
[No.6] Paling penting. Nawaitu lillahi taala.
Ini yang paling penting. Kenapa letak last sekali? Selalunya yang akhir ini yang orang selalu ingat. Insya Allah apabila niat kita betul, segalanya akan teratur dan segala apa yang bakal kita hadapi, Insya Allah dapat kita tempuhi dengan hati yang tenang.
Takut dengan doktor pakar?
Jangan lupa, kita ada yang Maha Pakar segala pakar yang ada.
Dia manusia, kita manusia. Berserahlah pada Dia.
Bangun pagi, rasa MALAS, SERAM, BERDEBAR-DEBAR?
Oh tidak! Tetapi ini yang akan kita lalui jika kita lupa niat kita apabila kita berada atas landasan ini.
Setiap pagi, pasang niat baru. Suntik nilai positif dalam diri setiap pagi. Insya Allah antibodi-antibodi o-sem yang diaktifkan dalam diri kita.
Jom jadi lebih baik.
Selamat menjadi HOUSEMAN yang O-SEM!
Tulis-tulis-tulis, lalu terpanjang tanpa sedar.
Maka bacalah dengan hati yang tenang dan penuh sabar.
Pilih-pilih gambar masa 'free time' waktu bekerja,
Jumpa gambar semasa PTM, 2 tahun lepas...
Group PTM, Insya Allah O-sem gitu! All the best guys! |
Alhamdulillah.
0 Buah fikiran:
Post a Comment