Alhamdulillah, subhanallah wa alhamdulillah..
Hati tenang lihat awan di langit, putih :) berarak mengikut arah tiupan angin. Matahari bersinar menerangi setiap penjuru alam. Bulan menerangi di malam hari, membuat mata-mata ini terpukau melihatnya. Pepohon hijau bertiup, sekali sekala daunnya memantul cahaya indah ciptaan Ilahi. Buat hati tenang, mengingati Allah.
Cuba perhatikan.
Usah gundahkan jiwa yang tandus, usah kacau dek tempias hawa nafsu dan bisikan musuh utama yang sentiasa menunggu kesempatan lalai,alpanya makhluk Tuhan. Kuatlah wahai diri, wahai hati, wahai akal yang mengawal tingkah laku. Masa kan kita lupa, kekuasaan Yang Maha Pencipta? Penyerahan disertai dengan usaha meningkatkan kualiti dalam pengabdian kepadaNya itu lebih utama.
Hayya..taqarrub ilallah!
Hidup ini punya tuntutan, sesibuk mana kita sekali pun tuntutan itu sentiasa di atas bahu kita, untuk dilaksanakan. Tuntutan apa? Tuntutan melaksanakan amanah Tuhan, jua makhlukNya. Dalam melaksanakan tuntutan ini, asas utama dalam agama perlu sentiasa utuh untuk memastikan amanah itu kelak terlaksana tanpa melanggar peratuan (syari'at) yang telah di tetapkan. Juga penting memastikan amanah ini tidak mengundang kemurkaan Yang Maha Kuasa.
Asas utama?
Ya, asas utama iman kita. Perlu sentiasa di top-up, jangan tunggu hingga expired baru mahu top-up ya. Islam itu datang dahulu sebelum iman, kemudian kelak iman itu akan dituruti dengan ihsan. Berimankah kita?
Iman itu pula terbahagi kepada tiga dimensi,Cukupkah sekadar mengatakan, "Siapalah aku, tidak sebaik si Fulan. Si Fulan itu lengkap, semua tahu, iman mantap."
Pertama, percaya sepenuhnya dalam hati ataupun tashdiq bil-qalbi
Kedua, mengucapkan kepercayaan itu dengan kata-kata sebagai pengakuan secara lisan iaitu qaul bil-lisaan
Ketiga, membuktikan kepercayaan dengan amal perbuatan melalui anggota badan iaitu amal bil-jawarikh
Adakah dengan kerendahan hati sebegini akan membantu kita?
Sampai bila, "Siapalah aku, tidak pernah belajar agama pun waktu sekolah dulu. Banyak main-main."
"Aku bukan budak sekolah agama. Mana tahu sangat tentang agama ni."
Adakah agama dipelajari sewaktu di sekolah sahaja?
Adakah hanya pelajar dari sekolah agama sahaja yang wajib mengamalkan suruhanNya?
Tidak!
Sampai bila mahu begini sedangkan Allah memberi kita peluang untuk mencari jalan keluar yang baik, pengakhiran yang baik. Allah beri pilihan, kenapa masih ragu-ragu?
Jawapannya sudah ada. Kita juga tahu apa jawapan yang betul. Tetapi kenapa masih mencari-cari jawapan itu? Kita punya pilihan.
Kita semua ada tuntutan. Tidak kira kecil atau besar. Untuk melaksanakannya memerlukan kesabaran. Juga ilmu, untuk lakukan apa jua sekalipun perlu ada ilmu. Ilmu boleh dicari, boleh dipelajari. Perlu sentiasa re-check diri agar selalu upgraded :) Activate our iman, express it!
Aku juga manusia biasa, makhluk Tuhan. Dahulunya selalu leka. Dahulunya juga akal ini hanya terhenti pada satu titik noktah. Dahulunya juga pernah sedih, pernah kecewa.
Mengaku makhluk Tuhan?
Ayuh bersama tingkat amalan, bersihkan jiwa daripada segala keraguan atas kekuasaanNya. Masih belum terlambat, Allah masih memberi kita masa ini. Adakah untuk dipersiakan?
"Ihsan adalah kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihatNya. Walaupun kamu tidak dapat melihatNya, yakini Allah sentiasa mengawasimu." [Riwayat Bukhari dan Muslim]Indah :)
Kalau dari kecil tidak diajar? Jangan khuatir, masih belum terlambat untuk belajar, kudrat Allah kurniakan bukan untuk perkara, hal-hal yang dunia sahaja. Jom belajar! Dah pandai pun, perlu belajar lagi, amalkan supaya tidak lupa, tidak tersalah.
Tetapi perlu juga beringat, jangan sesekali memandang rendah atau menghina mereka yang tidak faham agama. Faham sangatkah kita? Hidayah Allah itu milik semua, sesiapa sahaja boleh perolehinya, tidak kira kita minta atau tidak, sedar atau tidak. Pelita hidayah itu hanya milik Allah. Penyuluh di kala kegelapan, penunjuk jalan kebenaran. InsyaAllah.
Suka ingatkan bahawa hidup ini bakal tiba ke penghujungnya. KeMATIan itu pasti tiba tanpa diundang. Semoga kita sama-sama mendekatkan diri kepadaNya. Sucikanlah jiwa kita, semoga rasa indah hidup ini adalah semata-mata keranaNya.
Beruntunglah bagi orang yang menyucikan jiwa [Surah as-Syams : 9]Islam..
Iman..
Ihsan..
Gabungan yang mantap!
Semoga hari ini lebih baik daripada semalam. Moga esok lebih baik daripada hari ini dan begitulah seterusnya. Pambaikan demi pembaikan dilakukan, hanya keranaNya. Masih belum terlambat untuk mulakan, gagal? Mulakan semula :) Jatuh, bangun semula.
Waallahua'lam.
15/10/2010 Jangan mudah mengalah, hidup bukan untuk itu. Rancang nak tulis pendek-pendek, jadi panjang lagi. Semoga tulisan ini dapat mengingatkanku selalu.
Top-up..walaupun sekarang dah pakai line :)
Tenang setenangnya melihat alam, bulan selalu menampakkan kewujudannya di atas muka bumi ini di malam hari :)
Wahai diri, kena lebih kuat bermujahadah, kelak tanggungjawab kian bertambah, perlu berusaha lebih. Kalau rasa malas, lawan dengan rajin. Mampukah?
:) Jom lawan malas, kurangkan tidur juga.
Mujahidah mana ada yang selalu tidur, kerehatannya bukan di dunia. Cuba, cuba lagi! Semoga Allah tunjukkan jalan, permudahkan segala urusan. Segala dengan izinNya.
:) Tiga segi -- bukan cinta tiga segi -- ia adalah ISLAM, IMAN dan IHSAN.
2 Buah fikiran:
masya Allah..
penulisan yang mantap!
semua orang mungkin sudah tahu..
tapi masih ramai yang belum memahami.
Terkadang juga terlupa atau sengaja melupakan.
Astagfirullah..
moga kita sama2 terus ada 3 segi ni^^
:) InsyaAllah maryam..
Kadangkala kita terlupa..dalam berlari mengejar impian, kita lupa dahulu kita pernah bertatih belajar untuk hidup berTuhan..hidup dengan ISLAM..IMAN..IHSAN.
Hidup 3 segi!
Waallahua'lam.
Post a Comment