Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Saturday, December 8, 2012

Teh Tarik Ais

Dalam duduk diam-diam, rehatkan diri di awal pagi. Terasa hendak berubah ke peringkat yang lebih baik. Level UP! Tetapi bila fikir-fikir semula, boleh kah?

"Dah cuba banyak kali ni, tapi last sekali u-turn balik ke jalan dulu."

Sudah berazam setinggi gunung. Namun masih jatuh tergolek-golek ke bawah. Bazir peluh!

Eh, mana ada bazir peluh. Berpeluh itu kan sihat. Allah bukan pandang setinggi mana kita panjat, bukan lihat gunung berapa meter kita daki. Pastinya Allah melihat pada usaha-usaha kita mendaki. Nak ke tak nak?

Tergolek-golek?
Jika bukan izinnya Allah, memang semua itu tidak akan terjadi kan. Sengaja digolek-golekkan pada awalnya sebab mahu melihat sejauh mana kita bertahan dengan sakitnya. Tahu erti sakit, biar lebih berhati-hati. Hati-hati, realiti kehidupan itu bukan semudah igauan kita.
"Dan apabila Kami beri manusia merasai sesuatu rahmat, mereka bergembira dengannya (sehingga lupa daratan); dan jika mereka ditimpa sesuatu bencana disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka berputus asa. Mengapa mereka bersikap demikian?) dan mengapa mereka tidak melihat (dengan hati mereka) bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (sebagai cubaan adakah orang itu bersyukur atau sebaliknya), dan Ia juga yang menyempitkannya (sebagai ujian sama ada diterima dengan sabar atau tidak)? Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman." [Surah Ar-Rum 36-37]
Rasa-rasa kalau dapat naik terus itu, rasa-rasalah kan ada tak rasa diri itu 'rendah' lagi? Atau sudah terpampang sana-sini, 'AKU SUDAH BERJAYA!' Snap satu gambar, post dekat facebook. Ramai LIKE! Adakah tu matlamat akhirnya. Pastinya tidak kan? Cuma kadang-kala perlu di POKE-POKE selalu.

OK bahasa facebook ^^'

Kembali kepada adegan golek-golek tadi, rasa sakit itu pengalaman itu kita mendaki lebih tinggi, dengan azam yang lebih melangit. Pengalaman itu menjadikan kita mendaki dengan penuh gaya! InsyaAllah.
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang-orang yang berdusta."[Surah Al-Ankabut 3-4]
Namun kalau LESU?

OK memang tipu lah kan kalau kata tenaga masih di tahap optimum. InsyaAllah bagi arah-arah kebaikan itu ada banyak lorong. Cuba! Belum cuba belum tahu kan. Cuba lorong kebaikan yang lain, yang dapat jadikan kita lebih komited dan istiqamah. Apa yang penting? Cari! Tak cari tak dapat ^^'

Kalau dapat sampai ke puncak, ucaplah ALHAMDULILLAH, maka istiqamahlah.
Sia-sia kalau sudah sampai ke puncak, namun hati dan azam tidak teringin untuk memuncakkan kembali ISLAM yang syumul atas muka bumi ini.

Apabila sudah berada dalam zon putih, maka istiqamahlah. Sebar luaskan zon itu menjadi satu empayar yang besar. Besarkan kembali PALESTIN dalam peta dunia! InsyaAllah.

Bagi yang masih mendaki (seperti aku!) yang masih berada antara zon hitam-putih (seperti aku!), jangan sesekali putus harapan. Sesungguhnya hanya kepada-Nya letaknya segala pengharapan, moga-moga suatu hari nanti dapat bergelar tetamunya yang bergaya di sana. InsyaAllah.

Usaha!
Dan teruskan pendakian OK!

InsyaAllah.
Waallahu'alam.

Yang baik itu hanyalah daripada-Nya.
Akhir kalam FIKRAA berhenti untuk saat ini ^^

OK hmm....

Nak jadi baik, namun bertangguh.
Rasa-rasa boleh ke AIS BATU nak cair tapi masih dalam suhu -100 degree celcius? Freeze!

Letak dalam Teh Tarik panas sedap ni!
Bagi cair, biar dapat serap dalam ruh baik-baik ^^'


 

8/12/2012 OK tajuk lari daripada isi asal (maaf-maaf). Kulit dan isi berpisah tiada, akhirnya bakal bersatu semula ^^ Plan nak tulis 5-6 baris, lain pula jadinya ^^' Aduhai!

Saturday, December 1, 2012

Oh Durian

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh,

 

Hening petang bersama bulatan bahagia, bercerita, berkongsi kisah, ilmu dan teladan. Buat hati terpaut dengan kebahagian berukhwwah. Di akhir berbulatan, sempat bertanya,

"Bulatan minggu depan nak apa-apa tak?"

"Akak, nak durian...!" sahut seorang adik dengan soalan itu.

"DURIAN? InsyaAllah, akak tak dapat janji, kalau sempat akak pecut pergi beli."

Maka, minggu berbulatan yang ditunggu-tunggu tiba lagi. Semerbak harum bau perfume baru surau, sehinggakan muslimin di bahagian sebelah turut dapat menghidu perfume baru itu. Bak kata orang, bila orang dah bau, kenalah hulur kan.

Dalam bulatan, sebagai penutup, letak sebiji durian atas pinggan, APA YANG ADIK-ADIK NAMPAK atau pinggan tu? (Ish, akak ni sempat lagi tanya-tanya sebelum bagi makan)

:)

Maka berpusinglah satu bulatan bahagia ini,

RESPON 1
"Durian ini berduri, kalau nak buka durian tu, kena hati-hati. Susah nak buka tetapi isinya manis. Maka hendak mendapat sesuatu kemanisan itu, kena bersusah-susah dahulu untuk dapatkan hasil yang baik. Kalau tidak sanggup bersusah-susah, macam mana kita hendak dapatkan rasa kemanisan itu kan."

RESPON 2
"Akak, saya nampak duri." :)

RESPON 3
"Saya nampak hijau."

RESPON 4
"Saya nampak tangkai." (tanpa tangkai, mana ada buah berduri tu)

RESPON 5
"Saya nampak ulat atas durian tu, lalu celah-celah duri durian. Ibarat melalui halangan dalam kehidupan ni."

Pelbagai respon daripada adik-adik, semuanya betul, tidak ada yang salah. Mulanya takut-takut untuk mengemukakan pandangan, akhirnya apabila keluar perkataan-perkataan ini, aku tahu mereka NAMPAK APA YANG MEREKA LIHAT.

 

DURIAN. Ya, buahnya berduri, berwarna hijau dan ada tangkai. Sebab itu namanya DURIAN sebab buahnya berduri-duri (betul kah konsep ni) Duri, hijau dan tangkai ini adalah IDENTITI DURIAN. Seperti kita-kita, ada identiti tersendiri. Ada yang bermuka bulat, bercermin mata, berkulit sawo matang. Itu aku! Setiap daripada kita ada identiti tersendiri. SubhanAllah! Hebat kan ciptaan Allah, menciptakan manusia itu dengan berbeza-beza acuan identiti. SubhanAllah!

DURIAN. Berduri itu ibarat IDEAL PERTAHANAN baginya. Bukan senang-senang orang mahu kumpulkan dalam sebuah guni. Bukan boleh senang balig-baling. Semua kena berhati-hati, silap baling jatuh atas kaki, menjerit kesakitan nanti.

Begitulah sepatutnya kita, perlu ada pertahanan diri. Bukan sahaja daripada pertahanan fizikal, malah spiritualnya juga. Fizikalnya, boleh lah bersilat dan sebagainya. Namun, yang lebih penting ada kubu pertahanan atau imunisasi rohani kita. IMAN kita, di mana letaknya? Adakah begitu mudah perkara mungkar boleh menembusi diri?

DURIAN. Buah yang punya rasa yang AWESOME! Isinya kekuning-kuningan, sedap! Tetapi sebelum dapat merasai itu semua, perlulah rasa sedikit keperitan ketika hendak membukanya. Luarnya sudah kental ada duri, isi dalamnya boleh sampai buat kita menggigit jari. SO MUSLIM yang AWESOME, kena baik luar dan dalam. Hati biar dipenuhkan dengan kemanisan iman. InsyaAllah jadi MUSLIM yang IDEAL.

MUSLIM yang IDEAL itu membawa haruman yang wangi seperti DURIAN. Cuba beli durian, bawa naik dalam kereta, InsyaAllah dalam tiga hari perfume itu akan bertahan. Biar kebaikan itu yang meninggalkan harumannya. Bersahabatlah dengan mereka yang ingin mendekatkan diri kepada Pencipta, InsyaAllah haruman yang INGIN MENDEKAT itu akan melekat sekali pada kita.

Namun, jangan kita tinggalkan sahabat kita yang lain, cuba lekatkan sekali haruman kita padanya. Kalau ada bau sampah dengan durian, pastikan bau DURIAN itu menang! :)

InsyaAllah.
Sekadar satu perkongsian di pagi hari.
Semoga beroleh manfaat, dan berusaha menjadi MUSLIM IDEAL yang AWESOME.

InsyaAllah.
Lagi satu sebelum terlupa, IDENTITI itu, PERTAHANAN itu dan lahirnya MUSLIM IDEAL itu hanya dengan izin Allah. Rasa sedap, itu Allah yang jadikan. Duri tajam yang menyakitkan, itu Allah yang ciptakan. InsyaAllah MUSLIM IDEAL itu hanya Allah yang dapat bentuk dengan acuan hidayahnya.

 "Maaf terpanjang, tetapi itu yang mahu disampaikan. Peringatan untuk diri sendiri agar jangan cuma tahu makan, sebaliknya lebih daripada itu, makan sambil rasa kehambaan hidup berTuhan."

Waallahu'alam.

Friday, November 30, 2012

Anak Solehah

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh,

Sedang berborak dengan kakak yang sangat disayangi kerana Allah, maka khas ANAK SOLEHAH ini aku tujukan pada beliau. Juga pada kakak-kakak, sahabiah-sahabiah dan tidak lupa adik-adik yang disayangi kerana Allah.

 

ANAK SOLEHAH itu bukan pada nama, bukan pada perkataannya semata-mata tetapi ia lebih daripada itu. Anak solehah itu taat pada Penciptanya, juga pada kedua ibu-bapanya. Bukan susah hendak jadi anak solehah ni, dan dalam masa yang sama bukan senang juga untuk merealisasikannya.

Bukan senang di sini bermaksud ia merupakan satu amanah yang semestinya bukan ringan, ia penuh dengan cabaran yang perlu ditempuh. Anak solehah itu tiada pingatnya di dunia. Namun, InsyaAllah di akhirat nanti pingat daripada Allah itu yang kita damba-dambakan.

Ayuh, berusaha ke arah SOLEHAH.
Semoga ada redha Allah yang sama-sama akan kita bawa ke SANA.
InsyaAllah.


ANAK SOLEHAH,
Harta berharga buat seisi dunia,
Memberi sinar bahagia buat ibunda dan ayahanda tercinta,
Kecintaan pada-Nya jadi puncak pengabdian,
Patuh dan taat dalam hidup sebagai hamba yang berTuhan,

ANAK SOLEHAH,
Senyuman mengisi ruang lingkup takhta bahagia,
Tangisan dipelihara, terlindung tidak kelihatan,
Namun senyum dan tangis itu fitrah manusia,
Manusia yang punya hati, ada asal-usulnya,
Manusia yang sentiasa bergerak, berjalan ke arah kebaikan,

ANAK SOLEHAH,
Pingat daripada Allah buat si ibunda dan ayahanda,
Hadiah istimewa menghibur hati yang lara,
Anugerah buat dunia untuk pudar sinarnya,
Kurnia sementara sebagai penggerak di dunia,

ANAK SOLEHAH,
Usah bersedih dengan urusan duniamu,
Tetapi risaulah pada urusan akhiratmu di dunia ini,
Urusan yang punya matlamat di akhirnya,
InsyaAllah hanya bermatlamatkan SATU!

ANAK SOLEHAH,
Andai kali ini dikau jatuh,
Bangkitlah dengan senyuman beserta keyakinan,
Yakin bahawa aturan perjalanan itu ada jatuh bangunnya,
Yakin bahawa setiap aturan itu ada dalam pengetahuanNya,

ANAK SOLEHAH,
Tugasmu bukan sampai di sini,
Amanahmu bukan hanya setakat ini,
Bergerak maju usah lesu,
InsyaAllah Penciptamu menanti untuk bertemu,
Insan HEBAT DUNIA, TAQWA AKHIRAT.

InsyaAllah.

Sayang dalam dakapan ukhwah fillah.

"Akak, sila kuat......Aturan Allah itu sentiasa yang terbaik."
InsyaAllah, saya sayang kakak-kakak, sahabiah, adik-adik saya.

Saturday, November 24, 2012

Dah Dekat

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh,

Alhamdulillah, masih bernafas.
Alhamdulillah, masih mampu bergerak.
Alhamdulillah, masih mampu berkata-kata.

Namun sejauh mana kita syukuri nikmat-Nya yang tidak terhingga ini?
Tunduk, nampak tanah, baru sedar.
Hidup ini akan kembali kepada Penciptanya.

Nak sembunyikan nafas?
Nak kakukan pergerakan?
Nak bisukan daripada berkata-kata?

Rasa-rasa boleh lari ke?

OK rasanya diri semakin nakal sekarang. Sana-sini mengusik orang, tetapi gembira lihat orang lain gembira. Gembira tengok orang dalam kesedihan mengukir senyuman di wajah. Jaga hati manusia, moga Allah sentiasa menjaga hati kita. Peringatan buat diri sendiri juga lebih-lebih lagi.

Dah dekat.

Bila sebut perihal dah dekat, KEMATIAN itu pasti tergambar. Belum pasti apa yang kita rancang esok akan terlaksana, semua dengan izin-Nya. Belum tentu perancangan kita selama setahun ini akan terjadi seperti apa yang telah dirancang, segalanya dengan keizinan Yang Maha Menciptakan.

Dah dekat. Semakin dekat, semakin rasa tanggungjawab itu semakin berat. Amanah beratur untuk dilaksanakan sebaiknya. Sedangkan diri masih terus leka, tidak telus dalam pengabdian. Salah siapa? Salah diri sendiri yang tidak usaha untuk fokus.

Kita salahkan persekitaran.
Kita salahkan sahabat.
Kita salahkan keluarga.

Tidak perlu salahkan sesiapa.
Malah, tidak perlu salahkan diri sendiri juga.
Lihatlah ke dalam diri sendiri.

In shaa Allah akan kita jumpa puncanya.

Dah dekat. Matlamat biar SATU. Ya, hidup bermatlamatkan SATU.
In shaa Allah.

Dah dekat. Moga Allah sentiasa memberi diri kekuatan untuk perbaiki diri sedikit demi sedikit. Moga istiqamah dalam pembaikan. In shaa Allah. Mahu menjadi tulang belakang, kena kuatkan tulang belakang sendiri dahulu. Diri sendiri pun sering sakit-sakit belakang, macam mana nak jadi tulang belakang orang kan. Apa tidaknya, tidur merata-rata, daripada atas kerusi, meja, lantai, sofa dan seangkatan dengannya.

In shaa Allah. Nak jadi tulang belakang AGAMA.
Dah dekat, moga kita dimatikan dalam HUSNUL KHATIMAH.
Amin ya Rabb...Menanti jemputan bahagia Ilahi biar dengan amalan yang tip top.
In shaa Allah, JOM sama-sama baiki.

Waallahu'alam.

In shaa Allah esok bakal meluncur dengan si Abyadh ke Kota Samarahan.
:) CINTA DARI HATI!

 

24/11/2012 Dah dekat. Kena selalu beringat tawakkal itu biar lebih 100% melebihi tawakkal seorang bayi di dalam kandungan ibunya yang meletakkan 100% kepada Penciptanya dengan nasib hidupnya nanti, sama dilahirkan, atau digugurkan.

:)
 

Sunday, November 18, 2012

Mana kita?

Ya ALLAH...
Sebak membaca berita saudara kita di sana.
Adakah cukup sekadar SEBAK?
Cukupkah hanya sekadar mengalirkan air mata.
Itulah LEMAH nya kita.
Tidak mampu berbuat apa-apa.

Walaupun dalam situasi cemas itu,
Mereka DI SANA tidak pernah melupakan ALLAH?
KITA?
Dimana kita letak ALLAH sebagai Penguasa langit dan bumi?
DIMANA?

Mungkin kita tidak dapat berada di sana bersama mereka.
TETAPI mereka saudara kita, kirimkanlah doa buat mereka.
DOA kita PENGUAT buat mereka.
DOA itu tanda kasih dan sayang kita kepada mereka.

Yang PASTI,
ALLAH sekali-kali tdak akan meninggalkan mereka.
ALLAH sentiasa bersama-sama mereka.
In shaa ALLAH.
Kita tidak akan pernah kalah.

NAMUN ramai kita sudah kalah sejak awal lagi. Kalah tanpa perlu berperang, kalah tanpa perlu mengerah tenaga untuk mempertahankan agama. Kita KALAH dengan tipu daya dunia. KALAH dengan hiburan yang melalaikan, KALAH dengan agenda materialistik.

Itu LEMAH nya kita.

Ubahlah mana yang mampu, bukan untuk kebaikan orang lain. TETAPI untuk diri kita sendiri, juga terutama buat ISLAM. In shaa ALLAH. Bina kekuatan ke arah itu dan carilah jalan itu. Jangan pernah berhenti. In shaa ALLAH.


Sekadar perkongsian kata-kata semangat, ketuk diri supaya sentiasa berada dalam keadaan sedar. In shaa ALLAH. Basahkan pipi itu, basahkan hati supaya ia tidak dibiarkan kering kontang. In shaa ALLAH.

"Musuh-musuh ISLAM berusaha untuk mengurangi jumlah umat Islam, akan tetapi alam malah berbalik, justeru jumlah umat Islam setiap hari bertambah. Israel ingin menghinakan umat Islam dengan segala macam cara dan berbagai senjata, akan tetapi tidak mungkin umat ini akan jatuh selamanya, iaitu umat Muhammad yang siap berperang di jalan Allah." ungkap Syeikh Yusuf Al-Qardhawi.

"Bangsa Israel yang terkutuk melakukan kedzaliman kepada saudara-saudara kita di Gaza. Wahai bangsa Israel, sesungguhnya di depanmu ada umat yang besar sebagai umat yang satu, satu barisan, yang disatukan oleh Islam, dan disatukan oleh Muhammad SAW."

 "Kita melihat ketika ibadah haji seluruh warna dan jenis berkumpul, dan diantara tanda-tanda kebesaran Allah adalah penciptaan langit dan bumi, tidak akan jatuh umat ini di hadapan kesombongan Israel, dialah umat Al-Qur’an dan umat Islam, dan ini adalah panggilan besar untuk umat islam iaitu dakwah yang tidak ada keraguan di dalamnya, maka kami mengajak seluruh dunia bebaskanlah diri kalian dari menyembah hawa nafsu, dan dari menyembah selain Allah swt, dan menyembah manusia satu sama lain, wahai ahli kitab mari kita bersatu!"

"Ini adalah dakwah untuk umat manusia seluruhnya, untuk saudara kita di Mesir, dan seluruh dunia, karana kita menganggap seluruh dunia ini adalah saudara bagi yang lain kecuali yang membusungkan dada dan mengikuti kemahuan syaitan." demikian seruan Syeikh Yusuf Al-Qardhawi.

Bangunlah daripada lena.
Bangunlah dengan rasa tanggungjawab.

In shaa ALLAH.

JOM kuatkan DOA kita kepada mereka.
In shaa ALLAH.

>

Waallahu'alam.

18/11/2012 Jom gerak! Gerakkan hati sebelum ia mati. 1234, moga ini lebih mematangkan. Kita punya tanggungjawab yang amat besar. In shaa Allah kita usahakan amanah ini sebaiknya.

Saturday, November 17, 2012

Awan Hati

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh,

Semakin lama, hasil penulisan semakin berkurang. Bukan kerana tidak ada apa yang ingin dicoretkan untuk peringatan diri sendiri tetapi lebih kepada memikir cara bagaimana untuk menyampaikannya dalam bentuk penulisan. Ya, berkata-kata itu lebih mudah, lebih senang difahami tetapi kedua-duanya (menulis dan lisan) itu mempunyai tanggungjawab dan amanah yang amat besar.

Sesungguhnya telinga orang yang berkata-kata itu sangat dekat dengan dengan mulutnya.
Sesungguhnya jejari yang menaip itu lebih ligat menyusun kata.

Maka, bertanggungjawablah dengan apa madah kata yang ditinggalkan.
Andaikata, blog ini bakal bersarang tanpa bertuan lagi, ambillah kebaikan yang ada disini. Tinggalkan segala yang sia-sia tiada guna. Juga maafkan jika ada kata-kata yang mengguris hati yang membaca.

Itu sebagai pembuka bicara kalam ini.

In shaa Allah sabtu lepas, sempat pulang ke Kuala Lumpur, tempat kelahiran juga tempat menuntut banyak ilmu daripada pemerhatian dan pengalaman. Semua dengan izin Allah jua. Alhamdulillah urusan dipermudahkan untuk pulang. Alhamdulillah.

Dalam perjalanan pulang ke KL tempoh hari, seperti biasa berseorangan menaiki 'belon' tetapi kebetulan ada juga seorang sahabat yang turut sama, cuma berlainan tempat duduk sahaja. Sempat memberitahu dia satu berita gembira. Alhamdulillah, moga dipermudahkan. In shaa Allah.

Dalam kapal terbang, kira-kira jam 2.30pm 'belon' berlepas dengan perjalanan yang mengambil masa kira-kira 1 jam 45 minit. Alhamdulillah, perjalanan yang dikelilingi awan di atas itu sangat menenangkan. Melihat ciptaan Allah, lupa sebentar agenda dunia yang beratur untuk dilaksanakan. In shaa Allah moga agenda itu seiring dunia dan akhiratnya. In shaa Allah.

Semasa melepasi awan yang berkepul-kepul macam kapas ini, mesti akan bergegar satu 'belon' ini. Waktu itu tawakkal pada-Nya tinggi melambung. Namun dengan kepakaran juruterbang, sekumpulan awan putih itu dapat dilepasi dengan baik. Ingat, dengan izin Allah juga. Alhamdulillah. Macam mana agaknya kalau awan itu gelap kan?

Rasa-rasanya gegaran yang dirasai lebih kuat.
Dan entah ke mana arah tuju 'belon' ini kan, mungkin akan tersasar.

Andaikata juruterbang itu pula tidak mahir macam mana pula?
Ada kah mungkin kapal terbang itu akan terjunam melalui awan gelap itu?

Waallahu'alam.

Begitu jugalah HATI kita. Sekiranya hati kita PUTIH bersih, perkara-perkara yang baik pun mudah masuk ke dalam diri. Juga mudah untuk menerima teguran dan nasihat insan sekeliling. Diri juga bijak menilai baik dan buruk bilamana hawa nafsu itu dapat dikawal dengan baik. Kemahiran itu perlu ada.

Sekiranya HATI itu GELAP macam mana? Sukar untuk perkara-perkara yang baik itu untuk masuk ke dalam diri. Seperti hendak menanggalkan kesan minyak pada baju. Bukan mudah, sental punya sental, belum tentu dapat hilangkan 100%. Apatah lagi dengan teguran dan nasihat insan sekeliling pula, sukar untuk menerimanya kerana merasa diri sudah cukup sempurna atau lebih baik daripada yang lainnya. Lebih-lebih lagi jika kurang mahir untuk mengawal akal dan hati.

NAMUN BEGITU, HATI itu ada PEMILIK HAKIKI nya. Juga Pemilik segala apa yang ada di antara langit dan bumi. Tidak mustahil bagi-Nya untuk membersihkan HATI yang GELAP itu. Juga tidak mustahil bagi-Nya untuk menggelapkan HATI yang PUTIH itu.

Kita diuji oleh-Nya 24 jam setiap hari bukan seperti ujian semester hanya 1-2 jam satu paper untuk 3 ke 4 hari. HATI itu selalu mempengaruhi gerak geri kita, bukan daripada akal semata-mata.

Maka HATI yang putih itu amat penting, walaupun kadangkala akan ada HITAM nya. In shaa Allah sama-sama kita ingat-mengingatkan antara satu sama lain. Bersama-sama memutihkannya semula.

Macam AWAN, bila mendung, awan itu mula menggelap. Akhirnya HUJAN mula turun. Kemudian awan itu memutih semula :) Kadangkala ada Allah hadirkan PELANGI. SubhanAllah. Maka, apabila kita melakukan kesalahan atau perkara munkar itu, segera bertaubat, insaf dan sedar daripada kesilapan dan kealpaan. Menangislah, sedar diri. Mohonlah petunjuk daripada-Nya, hanya Dia yang Berkuasa atas tiap sesuatu itu. In shaa Allah, jalan kemudahan itu akan Allah bentangkan bagi hamba-hamba yang dikehendaki-Nya. In shaa Allah.

 

Begitulah AWAN HATI.
Sekadar coretan insan biasa-biasa yang ada angan-angan jadi luar biasa.
:) In shaa Allah.

Buat saudara kita di Palestin, semoga mereka terus KUAT. Jangan kita berhenti berdoa, DOA ITU SENJATA KITA. In shaa Allah. Bersama bergerak mencari AWAN PUTIH itu.

Waallahu'alam.

17/11/2012 SELAMAT TAHUN BARU 1434H. Semoga terus bergerak mencari zon putih, yang betul-betul putih. In shaa Allah.

"Babah, dia sama macam babah. Mesti babah suka kan?" Monolog sendiri.
Dulu Babah lah teman gurau senda. :D Anak Babah!

In shaa Allah. Nak jadi anak solehah.
Lagi penting, nak jadi hamba yang patuh dan taat!
In shaa Allah.

Sebulan lebih lagi sebelum pulang ke KL lagi. In shaa Allah. Moga dipermudahkan segala kebaikan itu. Moga diletakkan kesukaran untuk melakukan sebarang kemungkaran.

Friday, November 9, 2012

Mujaheed Amaluddin

Mujaheed harapan agama,
Bersungguh-sungguh membina benteng,
Berhati-hati dalam melangkah,
Langkahnya teratur, tersusun, jauh dari salah.

Mujaheed harapan agama,
Matlamatnya tetap, tidak pernah goyah,
Niatnya sentiasa diperbetul,
Setiap helaan nafas tidak akan dipersia-sia.

Mujaheed harapan agama,
Biarpun orangnya nampak biasa,
Namun punya impian yang sangat besar,
Tidak gentar kerna yakin pada Allah ada segala aturan.

Mujaheed harapan agama,
Harapku moga engkau masih wujud,
Masih bergerak di atas pentas dunia ini,
Bergerak dengan amanah daripada-Nya.

Mujaheed harapan agama,
Andai kata engkau keseorangan,
Jangan dilupa Allah itu adalah peneman setia,
Jangan berputus asa, menjauh daripada rahmat-Nya.

Mujaheed harapan agama,
Moga semangatmu terus bersinar,

Walau apa jua dugaan menanti dihadapan,
Teruskan berjuang, menuju SATU tujuan.

Insya Allah.

 

Mujaheed itu harapan agama. Pembentuk acuan masyarakat, generasi yang akan datang. Tetapi itu bukan bermakna si muslimah boleh lepas tangan dengan amanah Tuhan. Tidak akan pernah terlepas. Mainkan peranan sebaiknya, Insya Allah moga itu dapat sedikit sebanyak memberi sumbangan kepada agama. Insya Allah.

Akhir kata, renung-renungkan...

BETULKAN YANG BIASA,
BIASAKAN YANG BETUL.

(Quoted daripada adik Izzany)

Waallahu'alam.

9/11/2012 Semakin lama hidup, sepatutnya kita semakin sedar. Bagi bakar sedikit yang selama ini berada di dalam zon selesa. Insya Allah. Biar semangat bermatlamatkan SATU itu terus membara, jangan diri kita nanti terbakar tanpa berbuat apa-apa.

Selamat hari tua buat siapa-siapa yang semakin tua.


Insya Allah, dengan izin-Nya jua bakal pulang esok. Nak lihat wajah dia lama-lama.

Thursday, November 8, 2012

Supplement

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh,

Clinical Diagnostic Laboratory Posting. Berkehendakkan diri untuk bergerak dan tiba di hospital seawal 8.30 pagi. Petangnya ada kelas di Fakulti. Begitulah sehari-hari, banyak perkara yang dapat dipelajari. Untuk jadikan diri lebih faham dan perihatin dengan tugas dalam bidang-bidang lain, terutama bagi mereka yang bertungkus lumus bergerak dalam makmal bagi menganalisis sample pesakit.

Kelas petang...
Mula bersiap awal-awal dengan tidur di tengah harinya, kerana kini lebih mengenal diri yang cepat layu dalam kelas petang kalau tidak ada persediaan yang cukup. Tidak cukup dengan itu, gula-gula, coklat dimasukkan ke dalam beg sebagai supplement untuk kelas petang andai kata ada 'emergency case' iaitu tahap mengantuk yang tidak dapat ditahan lagi.

Itulah fenomena kelas petang...

Apabila difikir-fikirkan semula. Memang persediaan itu sangat penting, daripada segi mental dan fizikal. Mungkin boleh diaplikasikan dalam kehidupan seorang muslim itu. Kita tahu hidup di atas pentas dunia ini ada satu bentuk teater di mana Allah jua Pengarahnya. Dan kehidupan yang Allah jadikan ini tidak akan pernah sia-sia.

Untuk beraksi atas pentas dunia ini, kita juga perlukan supplement supaya apabila Allah datangkan 'emergency case' nanti, kita tidak mudah kena 'heart attack' mahupun 'stroke'. Dan supplement itu kalau boleh biar lebih daripada satu, itu lebih baik kan. Kalau di atas dunia ini kita sanggup menghabiskan duit untuk beri supplement demi menjaga kesihatan. Kenapa tidak kita bekalkan supplement bagi diri kita untuk kebaikan dunia akhirat kan? Tepuk dada, tanya iman.

 

Ambil supplement tablet IMAN.
Ambil supplement tablet ILMU.
Ambil supplement tablet IKHLAS.

Jangan dilupakan suntikan ISTIQAMAH.

Insya Allah moga dengan itu, kita akan lebih bersedia dalam menjalani timeline dunia sebaiknya sehingga tiba masanya menerima jemputan Allah. Ya, timeline dunia tiada siapa dapat jangka dari satu saat ke satu saat. Betulnya ramalan atau jangkaan itu hanya suatu kebetulan, dengan izin Allah jua. Sepenuhnya, hanya Allah sahaja yang tahu setiap inci cerita hidup ini.

Maka supplement itu sangat-sangat penting sebagai perisai hidup berpandukan kompas lengkap dunia, AL-QURAN. ALLAH..moga kami terus sentiasa beringat. Insya Allah. Mudahnya kami lupa, sungguh mudah kamu alpa. Moga dapat ingat selalu.

Insya Allah.
Waallahu'alam.

8/11/2012 Tak dapat jadi model atas pentas antarabangsa dengan pakaian serba mewah pun tak rugi apa-apa. Asalkan dapat jadi model atas pentas dunia dengan pakaian iman dan akhlak terpuji. Insya Allah. 

Sama-sama usahakan! JOM!
Insya Allah.





Sunday, November 4, 2012

Betul

Betul! Bukan main-main.
Betul! Tak tipu.

Betul. Apa yang orang faham dengan BETUL? Sangat subjektif. Cuma ingin menconteng blog ni dengan kisah yang BETUL. Insya Allah bermanfaat untuk diri ini yang mudah leka dan alpa.

BETUL #1
Berjalan di pasaraya, berjalan-jalan sambil menunggu sahabat sedang membeli barang. Ada seorang anak kecil, lelaki. Menangis, meraung sakan, berlari sana sini tidak menentu arahnya.

Makkkkkk...!!!
Makkkkkkkkk.....!!!

Anak kecil itu berlari lagi, ke sana sini mencari ibunya. Cemas juga tengok anak kecil itu, usianya ada dalam lingkungan 5 tahun. Hendak ditahan anak kecil itu untuk bertahan, susah. Keadaannya sangat tidak menentu.

Maaakkkkkk....!!!

Allah..Akhirnya, rupa-rupanya ada ayahnya di sana. Cuma anak kecil ini tidak nampak ibu ayahnya ada di tempat yang sama sedang membeli barang. Sebaik sahaja melihat ayahnya, terus anak kecil itu berlari laju ke arah ayahnya. Lalu dipeluk ayahnya. Sayu....(tersenyum melihat adegan ini).

Senakal mana anak itu, kalau hilang ibu ayahnya, tetap meraung juga mencari-cari kan. Maka, dalam berkasih sayang (yang halal ya), sayang BETUL-BETUL. Hargai sebaiknya, kerana itu salah satu anugerah Allah kepada hambaNya. Jangan bilamana sudah hilang baru tercari-cari, maka ada yang akan menysal tidak sudah.

BETUL #2
Alhamdulillah kini berakhir posting psychiatric dan bakal bermula posting Clinical Diagnostic Lab pada esok hari. Fenomena belajar hari ini selalu melupakan niat pada awalnya. Adakah mungkin sebab kita tidak BETUL-BETUL niat? Atau niat kita yang tidak BETUL?

Minggu pertama.
"Ok, berazam akan konsisten belajar tiap-tiap hari. What ever it is I have to study everyday!"

Minggu akhir sebelum exam.
"Menyesalnya tak study daripada awal. Kalau study daripada mesti mesti gempak."

Siapa yang perlu dipersalahkan? Tepuk dada tanya iman, andai ditanya selera, ia hanya akan dipengaruhi nafsu semata-matanya. Maka, tanyalah iman untuk BETUL-BETUL mendapatkan kepastian. Namun, iman itu perlulah sihat supaya jawapan dapat diberikan dalam kewarasan. Insya Allah.

BETUL, dalam menuntut ilmu Allah, kita perlu selalu membetulkan niat. Kadangkala tanpa kita sedar, niat itu akan sedikit tersasar daripada landasannya.

BETUL #3
Apabila sebut Hospital Sakit Jiwa atau Hospital Mental, mesti ramai berkata, "Hospital orang tak betul tu?" Persepsi yang perlu diubah, diperbetulkan agar insan-insan yang diuji dengan sakit ini juga mampu hidup seperti orang lain.

Bila fikir semula, "Ada ke orang tidak betul?"

Semua manusia itu makhluk ciptaan Allah, memang BETUL-BETUL Allah dah ciptakan dengan sebaik-baik kejadian. Ya, khaira ummah! Ummat yang terbaik, Insya Allah. Maka apa salahnya kita realisasikannya kan. Menjadi ummah yang betul persepsi diri, tidak menghukum manusia lain sebaliknya terima seadanya manusia di sekeliling dan berusaha untuk jadi lebih baik.

Insya Allah.

Maka, jom BETUL-BETUL beramal kerana-Nya.

Teringat satu peristiwa di Hospital Sentosa (Mental Hospital),
Pelajar perubatan bertanya, "Lepas keluar daripada hospital ni, nak buat apa?"
Pesakit menjawab, "Nak kerja, lepas tu nak kahwin."
Pelajar perubatan tanya lagi, "Lepas ni jangan lupa makan ubat ye, nanti boleh kerja dan kahwin."
Pesakit bertanya, "Dah kahwin?"
Pelajar perubatan menjawab, "Belum."
Pesakit bertanya lagi, "Ada peluang lah ni."
Pelajar perubatan itu hanya mampu tersenyum.

Dalam hatinya terdetik, manusia itu dilahirkan dengan fitrah. Walaupun diuji dengan sakit mental, ada yang mengamuk tidak bersebab, ada yang mengalami kemurungan yang serius sehingga tidak berkata satu patah kata walaupun disoal beberapa kali, ada yang mampu berkata-kata tanpa henti dengan idea-idea yang melebihi tahapnya, mereka tetap manusia. Ya, manusia yang BETUL. Cuma ujian itu menjadikan mereka sedemikian rupa.

Teringat kata seorang sahabat, beliau berkata,
Sepatutnya kita perlu sedar diri. Mereka yang sedemikian rupa tidak punya dosa apa-apa. Apa jua yang mereka katakan itu tidak menjadi dosa sebab mereka tidak waras pada masa berkata-kata. KITA? Kita yang waras ini selalu lupa, malah selalu menambah dosa berbanding menambah pahala.

Maka kita perlulah sentiasa memperBETULkan diri,
Untuk menjadi hamba-Nya yang dapat berfungsi dengan BETUL.

Maka kita perlulah BETUL-BETUL sedar diri,
Moga suatu hari nanti, kita BETUL-BETUL merasai nikmat syurga-Nya.

Insya Allah.
Waallahu'alam.

Nak lekat gambar bersama Ustazah Fatimah Syarha dan Dr. Farhan Hadi (Bekas pelajar UNIMAS) di sini sebagai kenangan. Gambar BETUL ni :)

 

4/11/12 1234.....dah sampai 8. Semakin jauh masa berlalu, semakin dekat kita kepada pengakhiran hidup kita yang bakal menerima jemputan Pencipta.

Maka bersedialah kita, terima dengan redha.
Insya Allah.

Saturday, November 3, 2012

Damai

SubhanAllah.
Alhamdulillah.
Allahu Akbar!

Tadabbur alam merupakan salah satu refleksi diri yang sangat berkesan. Alhamdulillah sangat tenang berjalan di tepi pantai, lihat atas nampak biru langit dengan kepulan awan putih yang indah. SubhanAllah! Maka berjalanlah melihat alam ini selagi diberi nikmat melihat yang jelas lagi terang ini. Maka lihatlah dengan berzikir di dalam hati memuji kebesaran-Nya sambil telinga mendengar deruan keamanan ombak. Sempat merakam dengan pancaindera, sempat juga klik-klik ambil gambar.

Kongsi keamanan bersama-sama.
Kongsi ketenangan untuk semua!


Insya Allah bakal bawa keluarga ke sini :)

Lihatlah ombak...



SubhanAllah kulit kerang melekat pada batu. Menarik!

Batu yang unik :)




Paling suka lihat awan :) Putih!


Nama saya.......Fikraa 'Abdullah :)

Nama sahabat saya........sahabat Fikraa 'Abdullah :)

Lokasinya di Pantai Damai berdekatan dengan Santubong :) Sempat masuk salah satu resort di sana. Insya Allah merancang untuk membawa keluarga ke sini. Insya Allah. Moga dipermudahkan berkongsi ketenangan ini bersama keluarga. Insya Allah bakal panjat Gunung Santubong :)

Insya Allah.
Insya Allah.
Insya Allah.

Sunday, September 23, 2012

Dia Untukku



Alhamdulillah semalam berlangsung Forum DIA UNTUKKU :)

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Alhamdulillah dipermudahkan. Dengan diri yang berlegar ke sana-sini dengan walkie talkienya. Pengalaman itu orang kata banyak mengajar diri yang baru hendak belajar. Dapat bersua muka dengan sahabat-sahabat, saudara se-Islam membuatkan diri terus bersemangat menjalankan tugas. Dengan izinNya jua.

Ini ringkasan Forum tersebut.
Credit to Nurul Asna Hidayah yang sempat buatkan ringkasan ini.
Moga bermanfaat buat semua!

:)


Boleh besarkan image untuk lebih jelas :)

Cinta terutama adalah CINTA ALLAH.
CINTA yang mulia hanya dengan berlandaskan CINTA ALLAH.

Kendali CINTA sebaiknya.
Bukan berlandaskan hawa nafsu,
Bukan berpandukan gerak hati tanpa iman,
Bukan berdasarkan fatwa hati yang tiada arah tujuan.

Nice forum! :)

CINTA ITU FITRAH,
NAMUN, JANGAN BIARKAN IA JADI FITNAH!

Waallahu'alam.

23/9/2012 Baik, Insya Allah lepas ni nak lekat gambar forum :) Kenangan!

Doa beliau telah termakbul, kini tersandang satu amanah berat di bahu. Insya Allah moga dapat laksanakan amanah ini sebaiknya. Demi ummah ini, akan terus bergerak :) Insya Allah.

Takziah mendahului tahniah.
Doakan diri ini untuk terus kuat dan mampu buat. Jzkk!

Saturday, September 15, 2012

Persepsi

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh,

Apa itu persepsi? Seringkali kita guna perkataan ini bukan? Persepsi terhadap diri sendiri, orang lain dan juga persekitaran. Kalau ditanya Mr. Google, banyak definisi yang dinyatakan, cuma tinggal taip sahaja. Antara maksudnya adalah satu proses yang mana penerimaan naluri kita diterjemah dan digabungkan menjadi satu pandangan yang menyeluruh terhadap persekitaran kita. Ada juga yang kata ia adalah proses mengorganisasi dan mentafsir maklumat yang diperoleh melalui sensori kita seperti apa yang kita dengar dan lihat.

Pendek kata, persepsi seseorang itu mudah dipengaruhi oleh persekitaran dan orang sekeliling. Sangat mudah. Persepsi itu juga sering berubah-ubah bergantung kepada bagaimana kita kendalikan organ sensori kita seperti mata dan telinga, juga tidak dilupa bagaimana kita menilai, mentafsir suatu maklumat atau input.

Maka, sebab itu anugerah Allah itu perlu kita pelihara dengan sebaik mungkin.

Kerana apa?
Kerana apabila salah persepsi, dengan itu juga sewenang-wenangnya kita menilai seseorang itu. Baik buruk seseorang itu semudah itu kita nilai dengan dipengaruhi keadaan sekeliling. Ada kalanya persepsi itu berbentuk positif dan ada kalanya juga persepsi itu negatif.

Ha, yang negatif yang kita risaukan. Sebab ianya akan mula menimbulkan rasa tidak senang, buruk sangka dan sebagainya. Lahir pula perasaan tidak percaya, dan paling ditakuti sekali adalah apabila kita rasa kitalah yang betul, kitalah yang baik, kitalah segalanya yang POSITIF. Bahaya!

Itu persepsi terhadap manusia.

**********

Semalam, selepas berusrah bersama adik-adik tahun 1 yang baru masuk, juga sahabat-sahabat perjuangan. Aku bergerak ke Hospital Sentosa. Rancangan asalnya hendak ke Perodua untuk servis kereta tetapi batalkan hasrat itu kerana rasa mahu ke hospital.

 

Di hospital, pesakit yang ku cari rupa-rupanya sudah discharged. Maka, terfikir-fikir hendak buat apa di hospital kerana tujuan asalnya mahu berjumpa dengan pesakit itu. Ok, tukar plan! Pergi ke Female Acute Ward untuk berborak-borak dengan pesakit di sana. Sedang berborak-borak itu, datang ibu pesakit hendak membawanya pulang. Alhamdulillah, dapat pulang juga kakak itu, gembira jelas terpancar di wajahnya.

'Ok, nak buat apa ni?'

Akhirnya, ambil keputusan untuk baca case note pesakit yang baru keluar itu. Cuma dapat clerk separuh jalan sahaja, pesakit itu sangat tenang. Sedang baca-baca itu, mula berborak dengan nurse :) (sejak bila diri jadi peramah ni, tetapi terus terang memang senang mesra kot).

Ya, kami berborak soal persepsi.

Kata nurse itu, "Sejak akak bekerja dekat sini, ramai tanya kenapa akak pilih untuk kerja di sini. Ada kawan kata, 'Ha, kau kerja dekat hospital mental, hospital orang gila tu?' macam-macam lagi orang kata."

Kata nurse itu lagi, "Kalau boleh akak nak tukar persepsi diorang sikit-sikit tentang orang sakit mental ni. Tak semua mereka gila. Semua orang ada tendency untuk gila kalau stress memanjang, tekanan di tempat kerja dan macam-macam la."

Ya, sejak aku posting disini, aku banyak perhati. Mereka sakit, tetapi bukan mereka yang minta ada sakit macam itu. Itu ujian Allah buat mereka. Ujian buat kita? Kita belum tahu lagi bagaimana perjalanan hidup kita kelak.

Sambung nurse itu lagi, "Ada mereka yang hidup susah, ada anak beranak yang sakit mental di rumah, tak mampu datang ke hospital sebab masalah kewangan dan pengangkutan. So, kami datang ke rumah mereka."

Jadilah ummat yang perihatin pada keadaan sekeliling. Insya Allah akan usahakan. Walaupun kakak itu non-muslim (bidayuh) tetapi dalam diri beliau banyak cas-cas positif yang boleh kita ambil, banyak pengajaran yang boleh kita peroleh secara tidak langsung. Alhamdulillah

Terima kasih kakak!

**********

Itu persepsi terhadap manusia. Bagaimana persepsi terhadap ISLAM? Alhamdulillah waktu usrah semalam, berbicara sedikit soal persepsi. Dengan keadaan tidak bersedia, diminta untuk bagi kesimpulan (adik-adik suka kenakan kakak mereka ni) Sila sabar wahai diri :)

Persepsi terhadap ISLAM?
Boleh tengok video ini, video inilah yang menjadi bahan dalam usrah semalam. Alhamdulillah.
Persepsi - Youtube Iproduksi

Sejak kecil, kita sudah bina persepsi kita sendiri terhadap ISLAM. Sedikit sebanyak persepsi kita itu dipengaruhi dengan keadaan sekeliling dan insan-insan sekitarnya. Mereka yang dibesarkan dalam suasana Islami, Alhamdulillah mereka dapat buat penilaian dengan baik, dan betul.

Bagaimana dengan mereka yang dilahirkan dalam suasana yang sebaliknya?

Pastinya persepsi mereka negatif terhadap ISLAM. Mungkin akan timbul dalam diri mereka ISLAM itu susah, tidak relevan, penuh dengan keganasan dan sebagainya. Ada antara mereka yang meningkat dewasa dan dengan izin Allah, pandangan mereka terhadap ISLAM mula berubah apabila mereka berhijrah ke kelompok yang berbeza, yang lebih baik panduan hidup mereka. Maka, persepsi itu mula berubah.

Ya!
ISLAM itu MUDAH,
ISLAM itu INDAH.

Siapa yang menyusahkan? Kita.
Siapa yang menjadikan ia tidak relevan? Kita.

KITA. Sebenarnya kita yang membawa persepsi terhadap ISLAM. Kita yang membentuk persepsi orang lain terhadap ISLAM. Kita! Kita adalah super-model ISLAM. Tanpa perlu berkata apa-apa, kita mampu menyampaikan mesej bagaimana sebenarnya ISLAM itu. Nampak mudah, tetapi amanah ini berat dan mencabar.

Maka, mari kita usahakan.
Perbetulkan persepsi terhadap ISLAM dengan perbaiki diri kita.
Perbetulkan persepsi terhadap ISLAM dengan patuh dan taat pada perintahNya.

Insya Allah kita usahakan sama-sama.
Insya Allah.

Waallahu'alam.

15/9/2012 Hari demi hari, rasa ada kematangan dalam penulisan. Adakah dalam penulisan sahaja? Diri sebenarnya tidak sematang pemikiran? Kena banyak muhasabah ni.

:) On going preparing...Insya Allah.
Jadi hambaNya yang lebih dekat denganNya.

Thursday, September 13, 2012

Patience & Passion

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh,

Alhamdulillah,
Hari ini bergerak daripada jam 8.00 pagi, dengan bersarapan dan ke Hospital Sentosa, Kuching dan sampai ke kawasan kolej kediaman pada jam 7.30 malam. Hospital Sentosa adalah hospital orang sakit jiwa/mental (psychiatry) sama seperti hospital-hospital sakit mental yang lain di semenanjung seperti hospital bahagia Tanjong Rambutan. Pengalaman demi pengalaman ditimba sebaik mungkin untuk kemaslahatan dalam berkerjaya pada masa akan datang. Insya Allah.

Alhamdulillah,
Banyak mengingatkan diri, kewarasan itu milik Allah. Dalam sekelip mata sahaja Allah boleh menarik kewarasan kita. Bila-bila masa sahaja kita boleh jadi tidak tentu arah, fikiran tidak menentu dan hilang akal, hatta dalam kurang daripada sesaat segala apa yang Allah pinjamkan pada kita, boleh diambilNya semula. Maka, berhakkah kita berbangga dengan apa yang kita ada? Sedangkan itu semua bukan milik kita, tidak ada satu pun milik kita. Semua milikNya jua. SubhanAllah.

Alhamdulillah,
Pesakit di Hospital Sentosa, walaupun mereka sakit, fikiran mereka terganggu, kita perlu sedar bahawa mereka juga manusia. Manusia yang sama Penciptanya macam kita. Tidak dilupa bahawa mereka juga ada perasan. Ada antara mereka tidak meminta untuk berkelakuan sebegitu.Ada antara mereka kesal dengan apa yang telah terjadi dalam keadaan mereka yang tidak sedar. Maka, layani mereka seadanya sebagai seorang manusia yang sama seperti kita.

Kalau lihat insan-insan daif ditepi,
Jangan kita cemuh, pandang hina pada mereka. Jangan pula kita menggelar mereka 'sampah masyarakat'. Sedangkan sampah yang diproses semula dengan cara yang betul mampu memberi manfaat pada alam. Wajarkah kita memandang sebegitu pada mereka? Mereka juga ada potensi untuk jadi insan yang baik dan sempurna. Insya Allah. Setiap seorang daripada kita punya potensi untuk menjadi insan yang berguna untuk agama khususnya. Insya Allah.

Maka, berbaiklah sesama manusia :)
Di mana tempat kita berada, setinggi mana sekalipun kita, kita tetap manusia yang punya Pencipta. Insya Allah moga redha Allah kita peroleh dalam berlapang dada sesama kita. Insya Allah.


Dalam kuliah 2 hari lepas, Dr. Yasmin ada sampaikan satu pesana yang amat bermakna!

"To treat patient, you need to have patient and passion."

PATIENT and PASSION.

That's right!

Dua elemen ini sangat penting. KESABARAN dan KESUNGGUHAN, semangat dalam melakukan sesuatu perkara itu amat penting. Bukan sahaja dalam memberi khidmat rawatan kepada pesakit, tetapi boleh dipraktikkan dalam semua hal seperti bekerja, mengajar dan sebagainya.

Juga Insya Allah boleh diaplikasikan dalam kehidupan sebagai muslim. Bersabar dalam menempuh onak duri kehidupan, dan bersungguh dalam mengejar redha Allah dengan istiqamah dalam pembaikan. Insya Allah. Insya Allah jalan untuk sampai ke matlamat itu ada pelbagai, terpulang pada kita mahu memilih jalan yang mana, Insya Allah akhirnya nanti akan bertemu pada satu titik persamaan yang punya redha Allah.

Alhamdulillah,
Alert pada persekitaran dapat mengajar kita banyak perkara tanpa kita sedar.
Alert pada sikap seseorang mampu mengajar kita untuk segera muhasabah.
Alert pada setiap perucapan boleh jadikan diri kita tenang dalam pentarbiyyahan.

Insya Allah.
:)

Maka, sila ALERT!

Insya Allah muhasabah untuk berusaha bagi tetap bergerak walaupun hanya selangkah atau hanya dengan langkahan yang kecil untuk menjadi hambaNya yang lebih baik. HambaNya yang sedar hidup ini hanya sementara. Insya Allah.

Waalahu'alam.

13/9/2012 Alhamdulillah sudah 7 tahun diri ini menulis, pejam celik harap sangat moga bermanfaat.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Insya Allah usaha lebih kuat daripada Prof Ar., lebih sabar, lebih kental :)

Mama, anak mama dah cukup besar ke? :D

Saturday, September 8, 2012

Zero

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh,

Kini semakin perlahan jari jemari untuk menaip cebisan idea, perkongsian dan mutiara ilmu yang diperoleh. Semakin banyak menulis, rasa perlu semakin ada rasa tanggungjawab dengan apa yang ditulis. Semakin panjang entry itu, semakin perlu ada rasa peduli untuk pastikan entry/post itu tidak sia-sia. Insya Allah.

Diri ini sememangnya kuat memerhati. Memerhatikan gerak geri manusia sekeliling. Mungkin kerana itu juga diri sendiri tidak sedar selama ini turut diperhati daripada jauh. Maka, berhati-hatilah selalu. Kita selalu diperhatikan, 24 jam! Jangan dirisaukan dengan pandangan manusia, pemerhatian manusia itu kerap kali meleset tafsirannya. Tetapi pandangan Allah itu jangan kita lupa, Allah Maha Melihat.

Jangan hanya di hadapan manusia sahaja kita mulia,
Jangan hanya di hadapan manusia sahaja kita soleh/solehah,
Jangan hanya di hadapan manusia sahaja kita tertib.

Rugi, kerana pandangan manusia itu tidak punya makna.

Setiap hari aku memerhati gerak geri manusia. Sangat gembira melihat orang sekeliling menjadi lebih baik, dan lebih baik. Melihat insan-insan tersayang mula bergerak daripada tidak tahu kepada tahu, dengan berkat ingin tahu daripada Allah.

SubhanAllah.
Alhamdulillah.

Melihat insan sekeliling yang dahulunya zero, kini perlahan-lahan melangkah menjadi hero/heroin. Hebat! Ramai insan sekeliling bergerak hatinya mendekati Pencipta. Alhamdulillah.

Namun, hati ini sayu dikala melihat terus ke dalam diri sendiri. Adakah aku akan berhenti setakat mana tahap aku berada sekarang ini? Adakah hanya sampai tahap ini sahaja aku mampu pergi?

Adakah langkahan ini hanya berhenti setakat ini?

 Aku bukan sahaja aku tetapi kita semua. Adakah kita berpuas hati dengan amalan kita hari ini? Bagaimana dengan esok? Adakah sama dengan hari ini?

**********

Berbicara soal matlamat dengan beliau. SubhanAllah, matlamat kita sama, mungkin sahaja kebetulan. Insya Allah moga matlamat itu tidak hanya tinggal satu impian yang tidak dilaksanakan. Perlahan-lahan bergerak, mengatur langkah bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Insya Allah.

Berbicara soal dakwah.

Dakwah itu perlu kreatif, perkembangkan usah diperkecilkan skopnya.
Hatta pemandu teksi, penjual tiket bas pun mampu menyampaikan.
Menyampaikan dengan mempamerkan akhlak yang baik, tutur kata yang sopan.
Itu ada nilainya yang tersendiri :)

Keluar kelompok selesa, dengan itu Insya Allah kita akan lebih rasa tanggungjawab.

Tugasan manusia itu semakin berat bilamana semakin meningkat umurnya. Dengan itu, amanah berat sedia menanti di hadapan sana. Tidak semudah yang disangka, sulaman dugaan itu perlu kita tempuh dengan tenang dan redha dengan aturanNya. Insya Allah akan mudah dengan izinNya jua.

:)

Insya Allah.
Persiapkan diri hadapi segala apa jua kemungkinan dalam aturan kehidupan ini.
Persiapkan diri untuk bertemu dengan Pencipta, bukan untuk bertemu dengan si dia.

Sila betulkan konsep dalam perubahan dan pembaikan.
Kerana Allah, bukan makhlukNya.

**********

Alhamdulillah beraya lagi.
Bila dikira berapa rumah sudah diziarahi di Sarawak ini, Insya Allah ada dalam 14 buah rumah.
Maka, lekatlah satu gambar kenangan :)


Kenangan hari ini tidak mungkin akan terukir sama di hari esok.
Maka hargai sebaiknya peluang dan kesempatan yang ada :)

Insya Allah.
Banyakkan muhasabah ya!

Waallahu'alam.

8/9/2012 Mabruk'alaikuma buat Zainab (Alumni KMPk) dan pasangan. Moga berbahagia sehingga ke syurgaNya. Insya Allah.

Membina generasi ummah yang KUAT!
Membina benteng pertahanan diri yang KUKUH!

:) Insya Allah.
(Pejam celik, kena belajar masak laksa sarawak ni! wajib!)

Tuesday, August 28, 2012

Mabruk!

  Tahniah!
Barakallahu lakuma wa baraka 'alaikuma fi khayr!
Mabruk Puan Anis & Encik Kimi!

Alhamdulillah daripada KL, akhirnya jejak juga di Melaka :)
Maka, berkumpullah kami beramai-ramai daripada serata alam.
Alhamdulillah!

Alhamdulillah kenangan raya tahun ini ada manisnya yang tersendiri :) Tersenyum sendiri, gembira bersua dengan sahabat jauh dan dekat. Ukhwwah fillah abadan abadaa. Waallahu'alam selepas ini ada peluang atau tidak lagi untuk bersua. Insya Allah, moga dipermudahkan.

Dah jarang lekat-lekat gambar dalam blog.
Insya Allah moga jadi satu kenangan sampai bila-bila.
Insya Allah andai dipanjangkan umur, kenangan di hari tua :)

Rindu keluarga (tetapi bukan homesick ya)
Lekat sekali gambar beraya!


Dan ini gambar yang paling best!
The latest AZRA IMANI KAMARULZAMAN :)
Rindu sangat pada ini budak, yek..yek!

(bila nak tumbuh rambut ni???)





Hubungan persaudaraan itu perlu dierat-eratkan, tidak kira jauh mahupun dekat. Yang pastinya kita saudara se-Islam yang satu. Ziarahlah ke rumah sanak-saudara, moga itu dapat menjaga kejernihan dalam jalinan persaudaraan, moga disana terselit kemanisan dalam kemesraan. Insya Allah.

Indah kasih sayang kerana Allah!

Perasaan kasih dan sayang itu anugerah Allah, maka jangan disalahguna sewenang-wenangnya. Jangan salahkan perasaan itu kerana hakikatnya diri kita sendiri yang sepatutnya dididik untuk mengawal ia dengan sebaiknya. Insya Allah. Sama-sama kita usaha!

Sekian.
Maaf zahir dan batin daripada Amal sekeluarga :)

TaqabalAllahu minna wa minkum...
Taqabal ya kareem...

Waallahu'alam.

28/8/2012 Terima kasih atuk, opah! :) Insya Allah moga harapan tok, pah dapat kami laksanakan. Insya Allah.

Pejam celik, nak masuk 6..Maka 1234, berusahalah untuk terus kehadapan, moga lebih dekat dengan Dia, Insya Allah. Game OUT! Ibadah IN! :)

Azra, jumpa tahun depan. Kita main kejar-kejar k! :D Insya Allah.

Thursday, August 16, 2012

Pandu

Pandu cermat --> Pantai Belawai :)
100km/jam?

Pandu. Pandu diri untuk siap dan sempurna. Sekadar satu cebisan perkongsian, daripada tazkirah Ustaz Wan. Muslim itu perlu siap dan sempurna.

Pandu laju atau perlahan, itu bukan indicator hasil akhirnya.Yang lebih penting adalah ada niat dan usaha untuk berusaha melangkah ke arah siap dan sempurna. Andai laju, tetapi jalannya serong, sesat, tidak guna guna berusaha keras menekan pedal minyak kan. Al-Quran dan As-Sunnah, selamanya menjadi panduan hidup. Insya Allah.

Siap dan sempurna?

Siap. Apa yang kita faham? Contohnya, seseorang yang telah bergraduasi dalam bidang masing-masing pasti akan terdetik dalam hati, "Sudah siap ke aku nak tempuhi hari mendatang ni?"

"Sudah siapkah aku nak jadi guru?"

"Sudah siapkah aku nak jadi doktor?"

"Sudah siapkah aku nak jadi jurutera?"

"Sudah siapkah aku nak jadi arkitek?"

"Sudah siapkah aku nak jadi peguam?"

Tidak kira bidang apa sekalipun, SIAP sahaja belum lagi cukup. Maka perlulah berusaha gerak ke arah SEMPURNA. Ya, manusia itu tidak sempurna dari segi segalanya kerana ia hanya milik Allah. Namun, tanpa gerak, bila mungkin akan ada tujunya ke arah SEMPURNA itu.

Apa guna jadi guru tanpa ilmu agama dalam diri, tidak SEMPURNA.
Apa guna jadi doktor tanpa hikmah dalam kerjaya, tidak SEMPURNA.

Maka, ILMU FARDHU 'AIN + ILMU FARDHU KIFAYAH = SEMPURNA!
Insya Allah.

Sudah pastinya untuk cukup-cukup SEMPURNA itu bukan mudah kan. Sedangkan diri penuh dengan karat jahiliyyah, yang pastinya untuk hilangkan karat itu bukan kerja mudah. Tetapi, moga usaha untuk bergerak ke arah itu menjadi nilaian Allah.

Sedar! Bahawa hidup ini hanya sementara, bukanlah lama. Maka, untuk mula gerak itu bukanlah boeh tangguh-tangguh, bukan boleh, "Awal lagi, nanti lah.." Awal lagi? Ibarat hidup ini kita tahu bila penghujungnya ya, hati-hati wahai diri.

Selalu terungkap,

"Nak kahwin ni, kau dah sedia ke?"

"Nak mula kerja ni dah sedia ke?"

Innamal 'amalu binniat. Setiap amal perbuatan itu bermula dengan niat. Maka, andai kata itu niat kita hanya untuk kerja atau kahwin atau segala hal duniawi semata-mata, maka itulah yang akan kita peroleh. Andai kata kita niatkan kerana Allah, nescaya yang lebih baik, yang tidak disangka-sangka daripada Allah bakal kita perolehi. Insya Allah.

Dengan itu, geraklah dan berusahalah ke arah SEMPURNA itu dengan niat kerana Allah.
Insya Allah segala hal duniawi itu, perihal kerja, kahwin dan sebagainya itu akan turut SEMPURNA.

Motivasi diri!
:)

Insya Allah.

********************

Alhamdulillah. Selamat dengan Community Medicine and Public Health posting. Alhamdulillah banyak yang dipelajari, baik daripada segi ilmu perubatan itu sendiri dan juga ilmu yang lainnya. Insya Allah Psychiatric posting menunggu dihadapan selepas balik raya. Insya Allah, penuh semangat untuk melangkah! Maka, akan berhadapan dengan insan-insan yang punya masalah mental.

Moga-moga diri akan sentiasa bersyukur dengan kewarasan yang ada.
Insya Allah.

Jadi doktor siap dan sempurna!
Insya Allah :)

Kenangan di sibu, puasa di sana.
Selamanya tinggal kenangan indah belaka!

 Shipyard visit (atas kapal ni)
Jauh pandang ke hadapan.
Moga kita jadi doktor yang berpandangan jauh.
Pandangan daripada kacamata akhirat :)
Insya Allah.

K.A.M.I 24
Research kami berakhir sudah, banyak pengalaman kami perolehi.
Moga pengalaman dan ilmu itu bermanfaat untuk semua kelak :)

Insya Allah.
Doakan kami dalam memberi mampu berbakti :)

Waallahu'alam.

16/8/2012 Mahu jadi anak, isteri, ibu yang solehah :) Insya Allah.

Paling penting, mahu jadi HAMBA ALLAH yang solehah, patuh dan taat.
Baru muka berseri-seri jumpa Pencipta di sana nanti, Insya Allah.
Allahu yusahhil wa barakatillah :)


Sunday, August 5, 2012

Teknologi

Hari ini berkata soal IT! Menarik bidang ini, bukan semua orang mampu berkecimpung dalam bidang ini. Namun kita selalu juga salahkan IT, kita salahkan teknologi yang giat berkembang dihadapan mata.

Facebook!

Twitter!

Youtube!

Smartphone!

Ya, mungkin juga ini salah satu agenda Yahudi yang ingin melalaikan kita. Namun, manusia itu sendiri yang menzalimi diri mereka sendiri, bukan salah siapa-siapa. Orang Yahudi tidak pernah paksa umat Islam ikut kehendak mereka.

Namun, apabila Islam sudah menjadi salah satu cara hidup, itu semua tidak menjadi satu masalah atau penghalang untuk istiqamah menjadi hambaNya yang patuh dan taat. Itu juga bukan bermakna tali perjuangan itu bakal putus dengan berkembangnya teknologi ini. Sebaliknya, inilah medium yang boleh dimanipulasikan semula untuk menyambung dan mengkukuhkan lagi ikatannya.

Dalam facebook,
Dakwah boleh terus berjalan,
Tarbiyyah boleh terus hadir dalam hati,
Ukhwwah boleh terus mekar bagai taman.

Dalam twitter,
Hati mampu terus mencari kebenaran,
Akal mampu terus bezakan batil dan haq,
Jasad mampu dikawal, terus diberi didikan.

Dalam youtube,
Mata melihat harus bijak memilih,
Mata melihat harus pandai mengarahkan pandangan,
Mata melihat harus ingat itu anugerah pinjaman.

Dengan smartphone,
Perisian Al-Quran dan tajwid mudah sahaja didapati,
Rantaian mesej penuh pengisian terus bergerak,
Ukhwwah berjauhan terasa terus dekat di hati.

Maka, jangan disalahkan teknologi sebaliknya daripada kita DIPERGUNAKAN oleh pihak-pihak yang cuba melalaikan, melekakan kita, lebih baik kita PERGUNAKAN medium itu sebaiknya untuk kebaikan agama kita. Indah kan!


Ya, dakwah itu perlu kreatif!
Namun, perlu ingat bahawa Allah jua yang Maha Pemberi hidayah :)

Ada juga satu keadaan, seseorang itu direndah-rendahkan kerana BUTA IT,

"Kau ni apalah, buta IT betul!"

Maka jawablah dengan tenang, tanpa sebarang kegusaran,

"Biar BUTA IT, jangan BUTA HATI"

:)

"Dan barangsiapa yang buta (hati) di dunia ini, nescaya dia buta pula di akhirat dan lebih sesat jalannya." [17:72]

Peliharalah mata hati ini,
Agar mudah untuk mengerti,
Erti sebenar kehidupan yang sementara ini,

Yang pastinya kepadaNya kita kembali.
[Status FB Jumaat lepas, maka sampai-sampaikanlah]



Waallahu'alam.

5/8/2012 Ceramah Ustaz tadi memang best!

Antara yang sangat tertarik -- Kenapa kita disuruh merancang? Kerana Allah juga Pakar Perancang, semua telah diaturkan terlebih dahulu. Perancangan daripada kita dihidupkan sehingga akhir hidup kita. Maka rancanglah, Allah jua yang menentukan. Insya Allah.

-- Salah ke plan untuk mati dalam iman? Tidak salah, sebaliknya itulah dituntut! Maka, perancangan sangat-sangat penting, itu adalah usaha. Selebihnya, tawakkallah kepada Pencipta.

-- Akal dan ruh perlu diupgrade bersama, jangan diabaikan salah satu daripadanya :) 

:)

Sunday, July 29, 2012

Terlambatkah?

Tidak pernah terlambat untuk membersihkan diri. Istilah terlambat itu tidak pernah ada dalam mencari jalan-jalan kebaikan yang terbentang luas. Kita hanyalah manusia, yang selalu mencari-cari jalan pulang sedangkan jalan-jalan itu telah ada di hadapan mata. Ada mata ini yang tidak melihat?


Apabila terfikir,

“Bertuahnya orang tu, persekitarannya baik untuk berubah jadi baik.”

“Bertuahnya orang tu, orang-orang sekeliling sentiasa support dia untuk berubah.”

Kenapa perlu fikir tuah orang lain, sedangkan Allah itu sentiasa ada untuk memberi, sentiasa ada untuk membimbing, SUPPORTER YANG TERBAIK!

Semua daripada kita ada peluang untuk melangkah, tanpa kita sedarlangkah itu juga dengan izin Allah. Arah kebaikan itu juga Allah yang tunjukkan, maka banyakkan berdoa. Jangan berputus asa untuk mencari, berusaha untuk bertahan. Cekalkan hati dengan kata-kata mereka di sekeliling yang melemahkan  niat untuk mencari jalan itu.

Teruskan mencari tuah itu, Insya Allah ada Allah sediakan. Tanpa kita sedar tuah itu ada di hadapan mata. Insya Allah.


**********

Bulan Ramadhan, perbanyakkan muhasabah diri. Banyak program di rumah panjang, perjalanan ke sana mengambil masa 45 minit dengan menaiki van menempuh jalan raya yang bersimpang siur, jalan tar tidak rata, berlubang sana-sini. Maka, tawakkal mengiringi perjalanan. Bahaya jalannya, tetapi itu juga yang perlu ditempuh untuk sampai ke destinasi.

Maka terfikir, untuk sampai ke destinasi ataupun matlamat hidup, perjalanan yang berliku, banyak halangan itu perlu kita tempuh. Cuma mahu atau tidak? Itu pilihan yang kita ada.

Dalam perjalanan itu juga, melihat orang-orang rumah panjang berjalan kaki. Cara mereka berpakaian, mimik wajah mereka, semua dilihat. Hati menjadi sayu.

“Kurangnya aku bersyukur, ya Allah.”

Mereka cuma berjalan kaki jauh dari satu destinasi ke satu destinasi.
Mereka hanya berpakaian biasa-biasa, sangat sederhana berselipar.
Mereka mempamerkan wajah yang tenang walaupun hidup dengan serba kekurangan.

Respect!

Please respect other people!
Whoever they are.

Hidup kita?

Banyak sungguh keluhannya, dalam keadaan sedar atau sebaliknya. Pakaian mahu yang bermewah sahaja, mahu yang berjenama. Biar orang tidak kata kita ketinggalan zaman, tidak up-to-date. Kita lebih risau dengan pandangan manusia daripada pandangan Allah, yang Maha Melihat.

Apabila dalam keluh kesah itu, muka pun jadilah semacam sahaja. Masam mencuka. (Ya, mengaku muka ini akan masam mencuka dan mulut mendiam apabila dalam keadaan yang tidak disukai atau marah.) Maaf, itu dalam keadaan berbeza. Namun, hakikatnya wajah itu biar suka tersenyum ya.

:)

Persoalannya disini,

“Sudah cukupkah kita bersyukur?”
“Betul ke kita benar-benar bersyukur?”

“Susah betul nak jawab soalan ni.”

Maka, jawabnya perlu banyak muhasabah diri. Sedar status sebenar diri. Doktor, arkitek, jurutera, guru, juruterbang, jururawat atau apa kerjaya sekalipun, status kita sama!

HAMBA ALLAH yang punya MATLAMAT.

Bukan bermatlamatkan berjaya dalam kerjaya yang diceburi, sebaliknya lebih daripada itu iaitu berjaya membawa kerjaya yang diceburi itu ke jalan yang Allah redha dan berguna untuk agama. Insya Allah.
JOM sama-sama kita usahakan!

:)

Insya Allah.
Waallahu’alam.

29/7/2012 Menulis untuk ingatkan diri sendiri. Amal, sila  ingat selalu :)

Biar terpelihara awal dan akhirnya :) Insya Allah. Kerana matlamat kita selepas ini sangat besar, moga Allah permudahkan dan izinkan matlamat ini dilaksanakan dan terlaksana. Insya Allah.

Pelik + tidak percaya + macam mimpi sampai sekarang :)
Betul ke ni???

Saturday, July 28, 2012

Hadiahkan Senyuman

Hari ini, 28 Julai 2012, hadiah diterima oleh orang tersayang dengan wajah gembira, Insya Allah. Harap-harapnya begitu. Dengan ayat-ayat cinta untuk orang tersayang, moga ini dapat imarahkan rasa kasih sayang dalam berkeluarga. Insya Allah.

Mama call (waktu itu diri ini ada di rumah panjang selesai dengan program intervensi),

“Amal! Mama dah terima hadiah tu.” Dengan nada yang gembira.

Alhamdulillah mission accomplished!

:)

“Dah dapat? Amal baru hantar semalam petang.” Pelik, produktif pejabat pos kita!

“Dah..”

“Mama! Touching tak dengan ayat amal?” Sempat lagi bergurau senda di situ.

“Mestilah!” Alhamdulillah, mission doubled-accomplished!

Betul, saat menulis pun sudah ada rasa sebak. Tahun ini, ada hadiah Ramadhan istimewa buat orang tersayang. Mama suka baca buku kisah-kisah nabi, sahabat-sahabat dan kisah tauladan. Maka, raikan apa yang orang yang tersayang kita suka! Insya Allah, menggembirakan hati orang sekeliling kita itu pengerat ikatan sedia ada, sama ada hubungan kekeluargaan, ataupun hubungan saudara se-Islam. Mari raikan!


Mama,
I’m always your little girl!
Even if I got married,
I’m always your sweet, bitter little girl!
Love you ma!


:)

Tidak berani tulis,

Mama,
I’m really miss babah.
Truly!
(ayat ini hanya akan buat mama sedih, itu bukan misinya)

Insya Allah, harap juga hadiah yang lagi satu sampai pada insan yang ditujukan hadiah itu.

Ramadhan tahun ini, mungkin akan sangat berbeza dengan Ramadhan tahun hadapan andai Allah masih memberi peluang untuk diri ini merasai nikmat Ramadhan akan datang. Sudah 5 tahun menyambut Ramadhan berjauhan daripada keluarga. Insya Allah, tahun ini 2 Ramadhan terakhir akan bersama keluarga tersayang.

Namun, itu bukan pematah semangat untuk terus menuntut ilmu Tuhan di Bumi Kenyalang ini. That’s a spirit!
Hadiah itu hakikatnya menggembirakan. Akan membuatkan hati-hati yang suram, jadi riang. Insya Allah. Hadiah itu tidak semestinya berbentuk fizikal,yang boleh dilihat. Kadangkala, kita tidak mampu untuk membeli hadiah mahal-mahal, yang nampak grand.

Apa yang perlu dirisaukan, hadiah itu bermatlamatkan untuk menggembirakan, mengeratkan, penghargaan dan segala apa jua yang positif. Maka, hadiah bukan berbentuk fizikal (seperti doa, kasih sayang) juga sangat-sangat bermakna, lebih bermakna daripada yang lain sebenarnya.

Dengan kata,

“Saya doakan awak Berjaya dunia akhirat. Insya Allah amin.”

Wah, sangat bermakna!
Hanya dengan sebaris kata tanpa sebarang hadiah berbentuk hadiah di hadapan mata.

“Tahniah! Mabruk! Atas kejayaan awak dapat tamatkan pengajian dengan jayanya.”

Wah, sangat bermakna!
Hanya dengan sebaris kata ucapan tahniah tanpa sebarang hadiah terpampang depan mata.

Namun dalam hati, mesti akan terdetik,

“Ucapan je, tak ada hadiah ke?” :D

Cuba berlatih untuk tidak melihat pada kebendaan, sebaliknya bersyukur dengan ingatan dan doa yang disampaikan. Cuba untuk menjadikan setiap kata-kata itu penuh makna, walaupun hanya sebaris ayat. Andai kata ada rezeki untuk terima hadiah berbentuk fizikal itu, maka terimalah dengan tangan yang terbuka dan hati yang riang gembira! Tidak salah di situ.

Maka, belajarlah untuk bersyukur dalam apa jua keadaan. Insya Allah akan menjadikan nilai kehambaan itu lebih tinggi, bukan pada pandangan manusia tetapi disisi Allah. Insya Allah.

Insya Allah.
Waallahu’alam.

28/7/2012 hampir 5! Alhamdulillah, Allahu yusahhil..betulkan matlamat awal dan akhirnya :) Persiapkan diri untuk laluinya selepasnya. Insya Allah.

Insya Allah Nov nanti seorang sahabat bakal melangkah ke alam baru (berdua sudah..) Alhamdulillah. Mabruk ‘alaikuma! Insya Allah walaupun tidak mampu untuk hadir ke walimah enti, Insya Allah doa itu sentiasa ada. Selamat berbahagia hingga ke syurgaNya!

Friday, July 27, 2012

Bersih

Bersih. Semua orang menitikberatkan soal kebersihan kan? Siapa suka kotor? Pastinya semua daripada kita sukakan bersih. Ini bukan bercerita soal bersih 2.0 atau seangkatan dengannya tetapi bersih luar dalam diri kita sebagai hambaNya.

Sejak dua menjak ini, blog ini kian ditinggalkan disebabkan oleh talian internet yang tidak berapa baik di Sibu (Sibu bukan wilayah Celcom) dan kekangan masa serta tanggungjawab lain. Namun, ini sesekali tidak akan mematahkan semangat untuk terus menulis untuk memberi selagi ada masa dan peluang, bak kata pepatah, selagi nyawa dikandung badan.

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA BUAT SEMUA!

 

Pagi ahad ini, membasuh badan Abyadh yang kian berdebu dan bertukar warna. Untuk basuh Abyadh ini, air bersih secukupnya diperlukan, sabun atau shampoo kereta, kain pengelap juga diperlukan sama. Bulan puasa bukan alasan untuk biarkan badan Abyadh kotor kan? Mula membasuh dengan teman yang gembira menemani. Terima kasih!

Basuh. Memang mahu bersihkan luar dalam. Kalau bersih luar saja, dalam kotor pun tidak berapa baik. Bersih dalam sahaja tetapi luar penuh debu dan kotoran pun tidak boleh juga. Maka, kesimpulannya perlu bersihkan luar dan dalam.

Basuh-basuh. Ya, basuh bahagian dalam lebih mencabar, kerana banyak celah-celah yang perlu dicapai. Banyak debu-debu terselit-selit di bahagian yang tersorok. Memang mencabar.

Itu daripada konteks membasuh kereta. Bagaimana pula jika diaplikasikan dalam kehidupan seorang hamba Allah. Pastinya semua daripada kita mahu bersih, suci rohani dan jasmani kan?

Kalau bersih luar (jasmani) sahaja?
That’s not right!

Kalau bersih dalam (rohani) sahaja?
That’s wrong neither!

Kalau bersih luar dalam (rohani dan jasmani)?
That’s perfect!
 
Insya Allah. Ya, manusia itu tidak dapat lari daripada melakukan dosa (debu, kotoran) tetapi Allah senantiasa memberi peluang untuk kita berubah dan mencari redhaNya dalam perjalanan hidup ini. Cuma kita, mahu atau tidak?

Iman, Iman, awak sihat tak hari ni?
Imam, Iman, betul ke apa yang aku buat ni?

Andai iman lemah, bagaimana ia hendak memandu kita?
Bagaimana matlamat itu akan lebih terarah?

Maka untuk itu, perlu ada cara yang betul dan strategi yang berkesan :) bahasa sastera mana bakal keluar lepas ni. Seperti sabun, shampoo, air dan kain pengelap, begitu jugalah kita perlukan persiapan sebelum mengorak langkah untuk menjadi hambaNya yang bersih luar dalam.

Clean and clear :)

Untuk bersihkan rohani dan jasmani, mana lebih susah? Pastinya pembersihan rohani itu lebih mencabar. Kenapa? Kerana kita tidak nampak bersih kotornya, tidak seperti fizikalnya yang boleh dilihat dengan mata kasar. Pembersihan rohani perlu bermula dengan pembersihan hati. Hati yang baik dapat menjadi indicator (penunjuk) sama ada rohani kita dalam keadaan baik atau tidak. Maka, jagalah hati. Andai kotor, maka bersihkan.

Tidak ada istilah ‘terlambat’ dalam proses pembersihan ini.

Peluang yang baik telah Allah berikan untuk proses ini, iaitu hadiah Ramadhan yang di dalamnya ada berjuta rahmat. Insya Allah. Ambil peluang, cari ruang untuk meningkatkan nilai diri sebagai hambaNya yang tidak lupa dan beriltizam untuk meneruskan rantai-rantai perjuangan Rasulullah SAW.  Insya Allah. Checklist?
Why not?


Mulakan daripada sedikit.
Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.
Wow!

Dalam melakukan kerja harian, apa salahkan kita kaitkan dengan hidup kita sebagai hambaNya, juga khalifah di atas muka bumi ini. Boleh ingat Allah 24 hours kan? Wow!

Penulis juga manusia biasa, yang masih merangkak untuk proses pembersihan ini. Cuba-cuba untuk mengorak langkah, tanpa takut dengan kegagalan. Sebaliknya, belajar daripada kejatuhan. Insya Allah.

Sama-sama kita usahakan.
Waallahu’alam.

27/7/2012 Entry tertangguh :)
 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

Blog Archive

 
Blogger Templates