Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Saturday, November 17, 2012

Awan Hati

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh,

Semakin lama, hasil penulisan semakin berkurang. Bukan kerana tidak ada apa yang ingin dicoretkan untuk peringatan diri sendiri tetapi lebih kepada memikir cara bagaimana untuk menyampaikannya dalam bentuk penulisan. Ya, berkata-kata itu lebih mudah, lebih senang difahami tetapi kedua-duanya (menulis dan lisan) itu mempunyai tanggungjawab dan amanah yang amat besar.

Sesungguhnya telinga orang yang berkata-kata itu sangat dekat dengan dengan mulutnya.
Sesungguhnya jejari yang menaip itu lebih ligat menyusun kata.

Maka, bertanggungjawablah dengan apa madah kata yang ditinggalkan.
Andaikata, blog ini bakal bersarang tanpa bertuan lagi, ambillah kebaikan yang ada disini. Tinggalkan segala yang sia-sia tiada guna. Juga maafkan jika ada kata-kata yang mengguris hati yang membaca.

Itu sebagai pembuka bicara kalam ini.

In shaa Allah sabtu lepas, sempat pulang ke Kuala Lumpur, tempat kelahiran juga tempat menuntut banyak ilmu daripada pemerhatian dan pengalaman. Semua dengan izin Allah jua. Alhamdulillah urusan dipermudahkan untuk pulang. Alhamdulillah.

Dalam perjalanan pulang ke KL tempoh hari, seperti biasa berseorangan menaiki 'belon' tetapi kebetulan ada juga seorang sahabat yang turut sama, cuma berlainan tempat duduk sahaja. Sempat memberitahu dia satu berita gembira. Alhamdulillah, moga dipermudahkan. In shaa Allah.

Dalam kapal terbang, kira-kira jam 2.30pm 'belon' berlepas dengan perjalanan yang mengambil masa kira-kira 1 jam 45 minit. Alhamdulillah, perjalanan yang dikelilingi awan di atas itu sangat menenangkan. Melihat ciptaan Allah, lupa sebentar agenda dunia yang beratur untuk dilaksanakan. In shaa Allah moga agenda itu seiring dunia dan akhiratnya. In shaa Allah.

Semasa melepasi awan yang berkepul-kepul macam kapas ini, mesti akan bergegar satu 'belon' ini. Waktu itu tawakkal pada-Nya tinggi melambung. Namun dengan kepakaran juruterbang, sekumpulan awan putih itu dapat dilepasi dengan baik. Ingat, dengan izin Allah juga. Alhamdulillah. Macam mana agaknya kalau awan itu gelap kan?

Rasa-rasanya gegaran yang dirasai lebih kuat.
Dan entah ke mana arah tuju 'belon' ini kan, mungkin akan tersasar.

Andaikata juruterbang itu pula tidak mahir macam mana pula?
Ada kah mungkin kapal terbang itu akan terjunam melalui awan gelap itu?

Waallahu'alam.

Begitu jugalah HATI kita. Sekiranya hati kita PUTIH bersih, perkara-perkara yang baik pun mudah masuk ke dalam diri. Juga mudah untuk menerima teguran dan nasihat insan sekeliling. Diri juga bijak menilai baik dan buruk bilamana hawa nafsu itu dapat dikawal dengan baik. Kemahiran itu perlu ada.

Sekiranya HATI itu GELAP macam mana? Sukar untuk perkara-perkara yang baik itu untuk masuk ke dalam diri. Seperti hendak menanggalkan kesan minyak pada baju. Bukan mudah, sental punya sental, belum tentu dapat hilangkan 100%. Apatah lagi dengan teguran dan nasihat insan sekeliling pula, sukar untuk menerimanya kerana merasa diri sudah cukup sempurna atau lebih baik daripada yang lainnya. Lebih-lebih lagi jika kurang mahir untuk mengawal akal dan hati.

NAMUN BEGITU, HATI itu ada PEMILIK HAKIKI nya. Juga Pemilik segala apa yang ada di antara langit dan bumi. Tidak mustahil bagi-Nya untuk membersihkan HATI yang GELAP itu. Juga tidak mustahil bagi-Nya untuk menggelapkan HATI yang PUTIH itu.

Kita diuji oleh-Nya 24 jam setiap hari bukan seperti ujian semester hanya 1-2 jam satu paper untuk 3 ke 4 hari. HATI itu selalu mempengaruhi gerak geri kita, bukan daripada akal semata-mata.

Maka HATI yang putih itu amat penting, walaupun kadangkala akan ada HITAM nya. In shaa Allah sama-sama kita ingat-mengingatkan antara satu sama lain. Bersama-sama memutihkannya semula.

Macam AWAN, bila mendung, awan itu mula menggelap. Akhirnya HUJAN mula turun. Kemudian awan itu memutih semula :) Kadangkala ada Allah hadirkan PELANGI. SubhanAllah. Maka, apabila kita melakukan kesalahan atau perkara munkar itu, segera bertaubat, insaf dan sedar daripada kesilapan dan kealpaan. Menangislah, sedar diri. Mohonlah petunjuk daripada-Nya, hanya Dia yang Berkuasa atas tiap sesuatu itu. In shaa Allah, jalan kemudahan itu akan Allah bentangkan bagi hamba-hamba yang dikehendaki-Nya. In shaa Allah.

 

Begitulah AWAN HATI.
Sekadar coretan insan biasa-biasa yang ada angan-angan jadi luar biasa.
:) In shaa Allah.

Buat saudara kita di Palestin, semoga mereka terus KUAT. Jangan kita berhenti berdoa, DOA ITU SENJATA KITA. In shaa Allah. Bersama bergerak mencari AWAN PUTIH itu.

Waallahu'alam.

17/11/2012 SELAMAT TAHUN BARU 1434H. Semoga terus bergerak mencari zon putih, yang betul-betul putih. In shaa Allah.

"Babah, dia sama macam babah. Mesti babah suka kan?" Monolog sendiri.
Dulu Babah lah teman gurau senda. :D Anak Babah!

In shaa Allah. Nak jadi anak solehah.
Lagi penting, nak jadi hamba yang patuh dan taat!
In shaa Allah.

Sebulan lebih lagi sebelum pulang ke KL lagi. In shaa Allah. Moga dipermudahkan segala kebaikan itu. Moga diletakkan kesukaran untuk melakukan sebarang kemungkaran.

0 Buah fikiran:

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

Blog Archive

 
Blogger Templates