Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Thursday, November 8, 2012

Supplement

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh,

Clinical Diagnostic Laboratory Posting. Berkehendakkan diri untuk bergerak dan tiba di hospital seawal 8.30 pagi. Petangnya ada kelas di Fakulti. Begitulah sehari-hari, banyak perkara yang dapat dipelajari. Untuk jadikan diri lebih faham dan perihatin dengan tugas dalam bidang-bidang lain, terutama bagi mereka yang bertungkus lumus bergerak dalam makmal bagi menganalisis sample pesakit.

Kelas petang...
Mula bersiap awal-awal dengan tidur di tengah harinya, kerana kini lebih mengenal diri yang cepat layu dalam kelas petang kalau tidak ada persediaan yang cukup. Tidak cukup dengan itu, gula-gula, coklat dimasukkan ke dalam beg sebagai supplement untuk kelas petang andai kata ada 'emergency case' iaitu tahap mengantuk yang tidak dapat ditahan lagi.

Itulah fenomena kelas petang...

Apabila difikir-fikirkan semula. Memang persediaan itu sangat penting, daripada segi mental dan fizikal. Mungkin boleh diaplikasikan dalam kehidupan seorang muslim itu. Kita tahu hidup di atas pentas dunia ini ada satu bentuk teater di mana Allah jua Pengarahnya. Dan kehidupan yang Allah jadikan ini tidak akan pernah sia-sia.

Untuk beraksi atas pentas dunia ini, kita juga perlukan supplement supaya apabila Allah datangkan 'emergency case' nanti, kita tidak mudah kena 'heart attack' mahupun 'stroke'. Dan supplement itu kalau boleh biar lebih daripada satu, itu lebih baik kan. Kalau di atas dunia ini kita sanggup menghabiskan duit untuk beri supplement demi menjaga kesihatan. Kenapa tidak kita bekalkan supplement bagi diri kita untuk kebaikan dunia akhirat kan? Tepuk dada, tanya iman.

 

Ambil supplement tablet IMAN.
Ambil supplement tablet ILMU.
Ambil supplement tablet IKHLAS.

Jangan dilupakan suntikan ISTIQAMAH.

Insya Allah moga dengan itu, kita akan lebih bersedia dalam menjalani timeline dunia sebaiknya sehingga tiba masanya menerima jemputan Allah. Ya, timeline dunia tiada siapa dapat jangka dari satu saat ke satu saat. Betulnya ramalan atau jangkaan itu hanya suatu kebetulan, dengan izin Allah jua. Sepenuhnya, hanya Allah sahaja yang tahu setiap inci cerita hidup ini.

Maka supplement itu sangat-sangat penting sebagai perisai hidup berpandukan kompas lengkap dunia, AL-QURAN. ALLAH..moga kami terus sentiasa beringat. Insya Allah. Mudahnya kami lupa, sungguh mudah kamu alpa. Moga dapat ingat selalu.

Insya Allah.
Waallahu'alam.

8/11/2012 Tak dapat jadi model atas pentas antarabangsa dengan pakaian serba mewah pun tak rugi apa-apa. Asalkan dapat jadi model atas pentas dunia dengan pakaian iman dan akhlak terpuji. Insya Allah. 

Sama-sama usahakan! JOM!
Insya Allah.





0 Buah fikiran:

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

Blog Archive

 
Blogger Templates