Apabila terfikir,
“Bertuahnya orang tu, persekitarannya baik untuk berubah jadi baik.”
“Bertuahnya orang tu, orang-orang sekeliling sentiasa support dia untuk berubah.”
Kenapa perlu fikir tuah orang lain, sedangkan Allah itu sentiasa ada untuk memberi, sentiasa ada untuk membimbing, SUPPORTER YANG TERBAIK!
Semua daripada kita ada peluang untuk melangkah, tanpa kita sedarlangkah itu juga dengan izin Allah. Arah kebaikan itu juga Allah yang tunjukkan, maka banyakkan berdoa. Jangan berputus asa untuk mencari, berusaha untuk bertahan. Cekalkan hati dengan kata-kata mereka di sekeliling yang melemahkan niat untuk mencari jalan itu.
Teruskan mencari tuah itu, Insya Allah ada Allah sediakan. Tanpa kita sedar tuah itu ada di hadapan mata. Insya Allah.
**********
Maka terfikir, untuk sampai ke destinasi ataupun matlamat hidup, perjalanan yang berliku, banyak halangan itu perlu kita tempuh. Cuma mahu atau tidak? Itu pilihan yang kita ada.
Dalam perjalanan itu juga, melihat orang-orang rumah panjang berjalan kaki. Cara mereka berpakaian, mimik wajah mereka, semua dilihat. Hati menjadi sayu.
“Kurangnya aku bersyukur, ya Allah.”
Mereka cuma berjalan kaki jauh dari satu destinasi ke satu destinasi.
Mereka hanya berpakaian biasa-biasa, sangat sederhana berselipar.
Mereka mempamerkan wajah yang tenang walaupun hidup dengan serba kekurangan.
Respect!
Please respect other people!
Whoever they are.
Hidup kita?
Banyak sungguh keluhannya, dalam keadaan sedar atau sebaliknya. Pakaian mahu yang bermewah sahaja, mahu yang berjenama. Biar orang tidak kata kita ketinggalan zaman, tidak up-to-date. Kita lebih risau dengan pandangan manusia daripada pandangan Allah, yang Maha Melihat.
Apabila dalam keluh kesah itu, muka pun jadilah semacam sahaja. Masam mencuka. (Ya, mengaku muka ini akan masam mencuka dan mulut mendiam apabila dalam keadaan yang tidak disukai atau marah.) Maaf, itu dalam keadaan berbeza. Namun, hakikatnya wajah itu biar suka tersenyum ya.
:)
Persoalannya disini,
“Sudah cukupkah kita bersyukur?”
“Betul ke kita benar-benar bersyukur?”
“Susah betul nak jawab soalan ni.”
Maka, jawabnya perlu banyak muhasabah diri. Sedar status sebenar diri. Doktor, arkitek, jurutera, guru, juruterbang, jururawat atau apa kerjaya sekalipun, status kita sama!
HAMBA ALLAH yang punya MATLAMAT.
Bukan bermatlamatkan berjaya dalam kerjaya yang diceburi, sebaliknya lebih daripada itu iaitu berjaya membawa kerjaya yang diceburi itu ke jalan yang Allah redha dan berguna untuk agama. Insya Allah.
JOM sama-sama kita usahakan!
:)
Insya Allah.
Waallahu’alam.
29/7/2012 Menulis untuk ingatkan diri sendiri. Amal, sila ingat selalu :)
Biar terpelihara awal dan akhirnya :) Insya Allah. Kerana matlamat kita selepas ini sangat besar, moga Allah permudahkan dan izinkan matlamat ini dilaksanakan dan terlaksana. Insya Allah.
Pelik + tidak percaya + macam mimpi sampai sekarang :)
Betul ke ni???
3 Buah fikiran:
Moga dipermudahkan perjalanan kamu, kita dan semuanya=)
Kak Mira!!! :)
Insya Allah kak..Allahu yusahhil. dah lama tidak menulis, banyak kekangan masa dan keadaan. ada peluang, post semua yang dah tulis sebelum2 ni :)
Insya Allah. Moga bermanfaat! Bekalan hidup untuk ke sana :)
Post a Comment