Hening petang bersama bulatan bahagia, bercerita, berkongsi kisah, ilmu dan teladan. Buat hati terpaut dengan kebahagian berukhwwah. Di akhir berbulatan, sempat bertanya,
"Bulatan minggu depan nak apa-apa tak?"
"Akak, nak durian...!" sahut seorang adik dengan soalan itu.
"DURIAN? InsyaAllah, akak tak dapat janji, kalau sempat akak pecut pergi beli."
Maka, minggu berbulatan yang ditunggu-tunggu tiba lagi. Semerbak harum bau perfume baru surau, sehinggakan muslimin di bahagian sebelah turut dapat menghidu perfume baru itu. Bak kata orang, bila orang dah bau, kenalah hulur kan.
Dalam bulatan, sebagai penutup, letak sebiji durian atas pinggan, APA YANG ADIK-ADIK NAMPAK atau pinggan tu? (Ish, akak ni sempat lagi tanya-tanya sebelum bagi makan)
:)
Maka berpusinglah satu bulatan bahagia ini,
RESPON 1
"Durian ini berduri, kalau nak buka durian tu, kena hati-hati. Susah nak buka tetapi isinya manis. Maka hendak mendapat sesuatu kemanisan itu, kena bersusah-susah dahulu untuk dapatkan hasil yang baik. Kalau tidak sanggup bersusah-susah, macam mana kita hendak dapatkan rasa kemanisan itu kan."
RESPON 2
"Akak, saya nampak duri." :)
RESPON 3
"Saya nampak hijau."
RESPON 4
"Saya nampak tangkai." (tanpa tangkai, mana ada buah berduri tu)
RESPON 5
"Saya nampak ulat atas durian tu, lalu celah-celah duri durian. Ibarat melalui halangan dalam kehidupan ni."
Pelbagai respon daripada adik-adik, semuanya betul, tidak ada yang salah. Mulanya takut-takut untuk mengemukakan pandangan, akhirnya apabila keluar perkataan-perkataan ini, aku tahu mereka NAMPAK APA YANG MEREKA LIHAT.
DURIAN. Ya, buahnya berduri, berwarna hijau dan ada tangkai. Sebab itu namanya DURIAN sebab buahnya berduri-duri (betul kah konsep ni) Duri, hijau dan tangkai ini adalah IDENTITI DURIAN. Seperti kita-kita, ada identiti tersendiri. Ada yang bermuka bulat, bercermin mata, berkulit sawo matang. Itu aku! Setiap daripada kita ada identiti tersendiri. SubhanAllah! Hebat kan ciptaan Allah, menciptakan manusia itu dengan berbeza-beza acuan identiti. SubhanAllah!
DURIAN. Berduri itu ibarat IDEAL PERTAHANAN baginya. Bukan senang-senang orang mahu kumpulkan dalam sebuah guni. Bukan boleh senang balig-baling. Semua kena berhati-hati, silap baling jatuh atas kaki, menjerit kesakitan nanti.
Begitulah sepatutnya kita, perlu ada pertahanan diri. Bukan sahaja daripada pertahanan fizikal, malah spiritualnya juga. Fizikalnya, boleh lah bersilat dan sebagainya. Namun, yang lebih penting ada kubu pertahanan atau imunisasi rohani kita. IMAN kita, di mana letaknya? Adakah begitu mudah perkara mungkar boleh menembusi diri?
DURIAN. Buah yang punya rasa yang AWESOME! Isinya kekuning-kuningan, sedap! Tetapi sebelum dapat merasai itu semua, perlulah rasa sedikit keperitan ketika hendak membukanya. Luarnya sudah kental ada duri, isi dalamnya boleh sampai buat kita menggigit jari. SO MUSLIM yang AWESOME, kena baik luar dan dalam. Hati biar dipenuhkan dengan kemanisan iman. InsyaAllah jadi MUSLIM yang IDEAL.
MUSLIM yang IDEAL itu membawa haruman yang wangi seperti DURIAN. Cuba beli durian, bawa naik dalam kereta, InsyaAllah dalam tiga hari perfume itu akan bertahan. Biar kebaikan itu yang meninggalkan harumannya. Bersahabatlah dengan mereka yang ingin mendekatkan diri kepada Pencipta, InsyaAllah haruman yang INGIN MENDEKAT itu akan melekat sekali pada kita.
Namun, jangan kita tinggalkan sahabat kita yang lain, cuba lekatkan sekali haruman kita padanya. Kalau ada bau sampah dengan durian, pastikan bau DURIAN itu menang! :)
InsyaAllah.
Sekadar satu perkongsian di pagi hari.
Semoga beroleh manfaat, dan berusaha menjadi MUSLIM IDEAL yang AWESOME.
InsyaAllah.
Lagi satu sebelum terlupa, IDENTITI itu, PERTAHANAN itu dan lahirnya MUSLIM IDEAL itu hanya dengan izin Allah. Rasa sedap, itu Allah yang jadikan. Duri tajam yang menyakitkan, itu Allah yang ciptakan. InsyaAllah MUSLIM IDEAL itu hanya Allah yang dapat bentuk dengan acuan hidayahnya.
"Maaf terpanjang, tetapi itu yang mahu disampaikan. Peringatan untuk diri sendiri agar jangan cuma tahu makan, sebaliknya lebih daripada itu, makan sambil rasa kehambaan hidup berTuhan."
Waallahu'alam.
0 Buah fikiran:
Post a Comment