Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Friday, November 30, 2012

Anak Solehah

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh,

Sedang berborak dengan kakak yang sangat disayangi kerana Allah, maka khas ANAK SOLEHAH ini aku tujukan pada beliau. Juga pada kakak-kakak, sahabiah-sahabiah dan tidak lupa adik-adik yang disayangi kerana Allah.

 

ANAK SOLEHAH itu bukan pada nama, bukan pada perkataannya semata-mata tetapi ia lebih daripada itu. Anak solehah itu taat pada Penciptanya, juga pada kedua ibu-bapanya. Bukan susah hendak jadi anak solehah ni, dan dalam masa yang sama bukan senang juga untuk merealisasikannya.

Bukan senang di sini bermaksud ia merupakan satu amanah yang semestinya bukan ringan, ia penuh dengan cabaran yang perlu ditempuh. Anak solehah itu tiada pingatnya di dunia. Namun, InsyaAllah di akhirat nanti pingat daripada Allah itu yang kita damba-dambakan.

Ayuh, berusaha ke arah SOLEHAH.
Semoga ada redha Allah yang sama-sama akan kita bawa ke SANA.
InsyaAllah.


ANAK SOLEHAH,
Harta berharga buat seisi dunia,
Memberi sinar bahagia buat ibunda dan ayahanda tercinta,
Kecintaan pada-Nya jadi puncak pengabdian,
Patuh dan taat dalam hidup sebagai hamba yang berTuhan,

ANAK SOLEHAH,
Senyuman mengisi ruang lingkup takhta bahagia,
Tangisan dipelihara, terlindung tidak kelihatan,
Namun senyum dan tangis itu fitrah manusia,
Manusia yang punya hati, ada asal-usulnya,
Manusia yang sentiasa bergerak, berjalan ke arah kebaikan,

ANAK SOLEHAH,
Pingat daripada Allah buat si ibunda dan ayahanda,
Hadiah istimewa menghibur hati yang lara,
Anugerah buat dunia untuk pudar sinarnya,
Kurnia sementara sebagai penggerak di dunia,

ANAK SOLEHAH,
Usah bersedih dengan urusan duniamu,
Tetapi risaulah pada urusan akhiratmu di dunia ini,
Urusan yang punya matlamat di akhirnya,
InsyaAllah hanya bermatlamatkan SATU!

ANAK SOLEHAH,
Andai kali ini dikau jatuh,
Bangkitlah dengan senyuman beserta keyakinan,
Yakin bahawa aturan perjalanan itu ada jatuh bangunnya,
Yakin bahawa setiap aturan itu ada dalam pengetahuanNya,

ANAK SOLEHAH,
Tugasmu bukan sampai di sini,
Amanahmu bukan hanya setakat ini,
Bergerak maju usah lesu,
InsyaAllah Penciptamu menanti untuk bertemu,
Insan HEBAT DUNIA, TAQWA AKHIRAT.

InsyaAllah.

Sayang dalam dakapan ukhwah fillah.

"Akak, sila kuat......Aturan Allah itu sentiasa yang terbaik."
InsyaAllah, saya sayang kakak-kakak, sahabiah, adik-adik saya.

0 Buah fikiran:

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

Blog Archive

 
Blogger Templates