Sejak dua menjak ini, blog ini kian ditinggalkan disebabkan oleh talian internet yang tidak berapa baik di Sibu (Sibu bukan wilayah Celcom) dan kekangan masa serta tanggungjawab lain. Namun, ini sesekali tidak akan mematahkan semangat untuk terus menulis untuk memberi selagi ada masa dan peluang, bak kata pepatah, selagi nyawa dikandung badan.
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA BUAT SEMUA!
Pagi ahad ini, membasuh badan Abyadh yang kian berdebu dan
bertukar warna. Untuk basuh Abyadh ini, air bersih secukupnya diperlukan, sabun
atau shampoo kereta, kain pengelap juga diperlukan sama. Bulan puasa bukan
alasan untuk biarkan badan Abyadh kotor kan? Mula membasuh dengan teman yang
gembira menemani. Terima kasih!
Basuh. Memang mahu bersihkan luar dalam. Kalau bersih luar saja, dalam kotor pun tidak berapa baik. Bersih dalam sahaja tetapi luar penuh debu dan kotoran pun tidak boleh juga. Maka, kesimpulannya perlu bersihkan luar dan dalam.
Basuh-basuh. Ya, basuh bahagian dalam lebih mencabar, kerana banyak celah-celah yang perlu dicapai. Banyak debu-debu terselit-selit di bahagian yang tersorok. Memang mencabar.
Itu daripada konteks membasuh kereta. Bagaimana pula jika diaplikasikan dalam kehidupan seorang hamba Allah. Pastinya semua daripada kita mahu bersih, suci rohani dan jasmani kan?
Kalau bersih luar (jasmani) sahaja?
That’s not right!
Kalau bersih dalam (rohani) sahaja?
That’s wrong neither!
Kalau bersih luar dalam (rohani dan jasmani)?
That’s perfect!
Insya Allah. Ya, manusia itu tidak dapat lari daripada melakukan dosa (debu, kotoran) tetapi Allah senantiasa memberi peluang untuk kita berubah dan mencari redhaNya dalam perjalanan hidup ini. Cuma kita, mahu atau tidak?
Iman, Iman, awak sihat tak hari ni?
Imam, Iman, betul ke apa yang aku buat ni?
Andai iman lemah, bagaimana ia hendak memandu kita?
Bagaimana matlamat itu akan lebih terarah?
Maka untuk itu, perlu ada cara yang betul dan strategi yang berkesan :) bahasa sastera mana bakal keluar lepas ni. Seperti sabun, shampoo, air dan kain pengelap, begitu jugalah kita perlukan persiapan sebelum mengorak langkah untuk menjadi hambaNya yang bersih luar dalam.
Clean and clear :)
Untuk bersihkan rohani dan jasmani, mana lebih susah? Pastinya pembersihan rohani itu lebih mencabar. Kenapa? Kerana kita tidak nampak bersih kotornya, tidak seperti fizikalnya yang boleh dilihat dengan mata kasar. Pembersihan rohani perlu bermula dengan pembersihan hati. Hati yang baik dapat menjadi indicator (penunjuk) sama ada rohani kita dalam keadaan baik atau tidak. Maka, jagalah hati. Andai kotor, maka bersihkan.
Tidak ada istilah ‘terlambat’ dalam proses pembersihan ini.
Peluang yang baik telah Allah berikan untuk proses ini, iaitu hadiah Ramadhan yang di dalamnya ada berjuta rahmat. Insya Allah. Ambil peluang, cari ruang untuk meningkatkan nilai diri sebagai hambaNya yang tidak lupa dan beriltizam untuk meneruskan rantai-rantai perjuangan Rasulullah SAW. Insya Allah. Checklist?
Why not?
Mulakan daripada sedikit.
Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.
Wow!
Dalam melakukan kerja harian, apa salahkan kita kaitkan dengan hidup kita sebagai hambaNya, juga khalifah di atas muka bumi ini. Boleh ingat Allah 24 hours kan? Wow!
Penulis juga manusia biasa, yang masih merangkak untuk proses pembersihan ini. Cuba-cuba untuk mengorak langkah, tanpa takut dengan kegagalan. Sebaliknya, belajar daripada kejatuhan. Insya Allah.
Sama-sama kita usahakan.
Waallahu’alam.
27/7/2012 Entry tertangguh :)
0 Buah fikiran:
Post a Comment