Alhamdulillah,
Hari ini bergerak daripada jam 8.00 pagi, dengan bersarapan dan ke Hospital Sentosa, Kuching dan sampai ke kawasan kolej kediaman pada jam 7.30 malam. Hospital Sentosa adalah hospital orang sakit jiwa/mental (psychiatry) sama seperti hospital-hospital sakit mental yang lain di semenanjung seperti hospital bahagia Tanjong Rambutan. Pengalaman demi pengalaman ditimba sebaik mungkin untuk kemaslahatan dalam berkerjaya pada masa akan datang. Insya Allah.
Alhamdulillah,
Banyak mengingatkan diri, kewarasan itu milik Allah. Dalam sekelip mata sahaja Allah boleh menarik kewarasan kita. Bila-bila masa sahaja kita boleh jadi tidak tentu arah, fikiran tidak menentu dan hilang akal, hatta dalam kurang daripada sesaat segala apa yang Allah pinjamkan pada kita, boleh diambilNya semula. Maka, berhakkah kita berbangga dengan apa yang kita ada? Sedangkan itu semua bukan milik kita, tidak ada satu pun milik kita. Semua milikNya jua. SubhanAllah.
Alhamdulillah,
Pesakit di Hospital Sentosa, walaupun mereka sakit, fikiran mereka terganggu, kita perlu sedar bahawa mereka juga manusia. Manusia yang sama Penciptanya macam kita. Tidak dilupa bahawa mereka juga ada perasan. Ada antara mereka tidak meminta untuk berkelakuan sebegitu.Ada antara mereka kesal dengan apa yang telah terjadi dalam keadaan mereka yang tidak sedar. Maka, layani mereka seadanya sebagai seorang manusia yang sama seperti kita.
Kalau lihat insan-insan daif ditepi,
Jangan kita cemuh, pandang hina pada mereka. Jangan pula kita menggelar mereka 'sampah masyarakat'. Sedangkan sampah yang diproses semula dengan cara yang betul mampu memberi manfaat pada alam. Wajarkah kita memandang sebegitu pada mereka? Mereka juga ada potensi untuk jadi insan yang baik dan sempurna. Insya Allah. Setiap seorang daripada kita punya potensi untuk menjadi insan yang berguna untuk agama khususnya. Insya Allah.
Maka, berbaiklah sesama manusia :)
Di mana tempat kita berada, setinggi mana sekalipun kita, kita tetap manusia yang punya Pencipta. Insya Allah moga redha Allah kita peroleh dalam berlapang dada sesama kita. Insya Allah.
Dalam kuliah 2 hari lepas, Dr. Yasmin ada sampaikan satu pesana yang amat bermakna!
"To treat patient, you need to have patient and passion."
PATIENT and PASSION.
That's right!
Dua elemen ini sangat penting. KESABARAN dan KESUNGGUHAN, semangat dalam melakukan sesuatu perkara itu amat penting. Bukan sahaja dalam memberi khidmat rawatan kepada pesakit, tetapi boleh dipraktikkan dalam semua hal seperti bekerja, mengajar dan sebagainya.
Juga Insya Allah boleh diaplikasikan dalam kehidupan sebagai muslim. Bersabar dalam menempuh onak duri kehidupan, dan bersungguh dalam mengejar redha Allah dengan istiqamah dalam pembaikan. Insya Allah. Insya Allah jalan untuk sampai ke matlamat itu ada pelbagai, terpulang pada kita mahu memilih jalan yang mana, Insya Allah akhirnya nanti akan bertemu pada satu titik persamaan yang punya redha Allah.
Alhamdulillah,
Alert pada persekitaran dapat mengajar kita banyak perkara tanpa kita sedar.
Alert pada sikap seseorang mampu mengajar kita untuk segera muhasabah.
Alert pada setiap perucapan boleh jadikan diri kita tenang dalam pentarbiyyahan.
Insya Allah.
:)
Maka, sila ALERT!
Insya Allah muhasabah untuk berusaha bagi tetap bergerak walaupun hanya selangkah atau hanya dengan langkahan yang kecil untuk menjadi hambaNya yang lebih baik. HambaNya yang sedar hidup ini hanya sementara. Insya Allah.
Waalahu'alam.
13/9/2012 Alhamdulillah sudah 7 tahun diri ini menulis, pejam celik harap sangat moga bermanfaat.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Insya Allah usaha lebih kuat daripada Prof Ar., lebih sabar, lebih kental :)
Mama, anak mama dah cukup besar ke? :D
0 Buah fikiran:
Post a Comment