InsyaAllah ini adalah sambungan entri sebelumnya. Sedang dalam 'cuti interval' sebelum memasuki posting terakhir dalam 3rd year ini, terfikir untuk menulis, mengingatkan diri, juga mencari cara untuk hidup lebih dekat denganNya.
Cari jalan, cari cara hidup lebih Allah redha :)
Cara pertama, iaitu berkasih sayang sudah pun dihurai panjang dalam entry sebelum ini. Islam itu indah, cara hidupnya juga indah jika diamalkan secara keseluruhannya. InsyaAllah.
Kedua,
Kesihatan. Kesihatan buat makhluk-makhluk adalah daripada Penciptanya. Manusia sihat mampu bergerak melaksanakan urusan sehariannya dengan baik, bergerak memikul amanah dan tanggungjawab. Namun, sering juga kesihatan yang baik itu disalahguna. Tidak digunakan untuk mendekat tetapi menjauh, jauh dan terus lupa pada pencipta mereka.
Kesihatan yang baik,
Digunakan untuk meramaikan pusat-pusat hiburan.
Kesihatan yang baik,
Digunakan untuk melepak tanpa tujuan bersama teman.
Kesihatan yang baik,
Digunakan untuk bercakap kosong,
Digunakan untuk mendengar yang melalaikan.
Alangkah ruginya begitu kan. Kerana kita punya pilihan untuk melakukan perkara yang lebih baik, yang punya manfaat pada diri. Kita punya pilihan untuk mengubah diri untuk menjadi lebih baik, dalam mencari jalan pulang yang terbaik untuk bertemu Pencipta.
Betapa pentingnya menjaga kesihatan terserlah apabila Rasulullah s.a.w. menyebut dalam sebuah hadis, “Permintaan yang paling disukai Allah daripada hamba-Nya ialah meminta dianugerahkan kesihatan yang sempurna.”
Kita seringkali memohon kesihatan yang baik. Tidak salah untuk berdoa, tetapi biarlah kesihatan yang baik lagi sempurna itu mendorong kita melakukan perkara-perkara yang baik-baik. Ya, perkara yang punya redha Allah, itu penting.
Dari aspek kesihatan, bagaimana untuk jadikannya indah?
:)
Indah dalam hidup bersyariat,
SyariatNya yang penuh dengan barakah.
InsyaAllah.
Kita seringkali mengaitkan kesihatan dengan bersukan. Ya, bersukan itu adalah salah satu cara untuk menjaga kesihatan. Meningkatkan metabolisma serta menaikpulih stamina badan.
Betul! Tidak salah.
Namun, batas-batas dalam bersukan perlulah dijaga dengan baik.
Moga ia menjadi satu ibadah, yang mendekatkan hamba kepada Penciptanya. InsyaAllah.
Sihat luaran, sihat dalaman. Sihatkah hati ini?
Dalam menjaga keterbatasan ini, kita boleh jalinkan hubungan baik dengan teman-teman. Eratkan tali persaudaraan yang sudah kuat terikat, jadikannya lebih kukuh.
Saya sihat, kamu sihat!
Batas-batas dalam bersukan ini perlu dijaga dengan baik agar perkara yang baik ini tidak menjadi bisa kepada diri sendiri yang akhirnya mendatangkan murka Allah. Tidak susah menjaga, asalkan kita MAHU dan TAHU untuk menjaga, dan akhirnya membuahkan rasa MAMPU untuk laksanakannya. InsyaAllah, tidak berat!
Main bola,
Siapa kata pakai seluar bawah lutut boleh melambatkan pergerakan?
Siapa kata pakai seluar bawah lutut tidak ada 'style'?
Mahu ada style seperti pemain bola profesional, kenapa tidak mahu ada style seperti seorang muslim? Cool muslim! PerintahNya terjaga baik disamping menjaga kesihatan diri.
Aurat, jangan lupa. Sepaklah bola tu sampai sakit kaki :)
Sekadar satu contoh sukan. Untuk kita lebih menjaga-jaga, kerana kadangkala kita terlupa.
Mari kongsikan!
Adab-adab bersukan dalam Islam.
(1) Bersukan kerana Allah
Bersukan tetapi tidak mengabaikan solat fardhu, mendapat pengisian yang lengkap dari aspek rohani dan jasmani. Utamakan solat dahulu, selepas selesai, maka bersukanlah kerana Allah!
(2) Menutup aurat
Seperti contoh yang telah dinyatakan diatas. Ianya dituntut di mana sahaja selagi berada di tempat awam atau berada di hadapan ajnabi (lelaki mahupun perempuan yang halal dinikahi).
(3) Sukan yang tidak melalaikan
Sekiranya sukan yang hendak diikuti itu antara perkara yang melalaikan dan boleh menyebabkan seseorang itu meninggalkan kewajipan atau tanggungjawab, ianya telah dikategorikan sebagai melanggar hukum Islam kerana amanah yang diberikan oleh Allah tidak boleh diabaikan.
(4) Sukan yang tidak memudaratkan
Sukan yang dilakukan hendaknya bertujuan untuk menyihatkan tubuh badan, bukannya mendatang kemudaratan.
(5) Sukan yang mendatangkan manfaat
:)
Halal, suci dan bersih :) Makan!
Makanan juga perlu dijaga, biar halal suci dan bersih!
Untuk tahu lebih lagi mengenai Produk Halan dan Tuntutannya. Klik sini.
InsyaAllah.
Sekadar satu perkongsian yang sedikit.
Lebih kepada mendapat diri yang mencari-cari cara :)
Untuk kehidupan yang lebih baik, InsyaAllah.
Jom ubah!
Kesihatan yang baik,
Digunakan untuk meramaikan jemaah di surau dan masjid,
Digunakan untuk dekat-dekat dengan Dia dan bukan 'si dia'.
Kesihatan yang baik,
Digunakan untuk beriadah bersama teman-teman,
Digunakan untuk berjaulah bersama sahabat sambil tadabbur alam,
Digunakan untuk bersukan kerana Allah.
Kesihatan yang baik,
Digunakan untuk berkata perkataan yang mendekatkan kepadaNya,
Digunakan untuk amar ma'ruf nahi munkar.
"Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa yang ada di bumi yang HALAL lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh Yang terang nyata bagi kamu" [al-Baqarah: 168]
Makanlah apa sahaja di muka bumi ini, asalkan ia halal :)
"Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang HALAL lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah Yang kepadanya sahaja kamu beriman" [al-Maidah: 88]
Tidak susah kan? Jauhi syubhah, dekati yang halal. Produk muslim kian bertambah di pasaran. No doubt! Makan itu juga biarlah berpada-pada, jangan terlebih. Adab makan jangan diletak tepi, praktikkan supaya jadi biasa yang tidak mudah kita lupa. InsyaAllah.Untuk tahu lebih lagi mengenai Produk Halan dan Tuntutannya. Klik sini.
InsyaAllah.
Sekadar satu perkongsian yang sedikit.
Lebih kepada mendapat diri yang mencari-cari cara :)
Untuk kehidupan yang lebih baik, InsyaAllah.
Jom ubah!
Kesihatan yang baik,
Digunakan untuk meramaikan jemaah di surau dan masjid,
Digunakan untuk dekat-dekat dengan Dia dan bukan 'si dia'.
Kesihatan yang baik,
Digunakan untuk beriadah bersama teman-teman,
Digunakan untuk berjaulah bersama sahabat sambil tadabbur alam,
Digunakan untuk bersukan kerana Allah.
Kesihatan yang baik,
Digunakan untuk berkata perkataan yang mendekatkan kepadaNya,
Digunakan untuk amar ma'ruf nahi munkar.
Tiba-tiba terasa banyak lagi tanggungjawab, banyak lagi kena baiki.
Sempat atau tidak untuk sampai ke puncak kebaikan itu bukan persoalan tetapi usaha ke arah itu lebih utama untuk kita memulakan langkah, langkah tanpa henti. Berjalan tanpa henti!
InsyaAllah.
Muhasabah diri :)
Waallahu'alam.
14/12/2011 Semakin panjang menulis, semakin banyak tanggungjawab.
2012 bakal menjelma. Menjelma dengan tanggungjawab-tanggungjawab baru yang SATU! Akan ku usaha menjaga hakmu, InsyaAllah.