Hari demi hari kita lalui, suka duka sudah kita rasai. Kekuatan yang datang tanpa kita sedari semua itu daripadaNya. Apabila dikenang kembali peristiwa lampau yang perit, buat kita tertanya-tanya;
'Bagaimana aku boleh hadapi semua tu dahulu?'
'Macam mana aku boleh kuat macam tu?'
Apabila kita lalui hari-hari ini dengan pengharapan juga ingatan padaNya, InsyaAllah ketenangan itu akan datang sendiri tanpa diundang. Apabila kita serahkan segala usaha dan penat lelah itu padaNya, InsyaAllah dianugerahkanNya yang terbaik buat kita.
Namun begitu, dalam menjalani hari-hari ini kita perlu selalu JAGA DIRI, jangan hanya berserah tanpa usaha untuk JAGA DIRI.
JAGA DIRI,
Termasuklah zahir dan batinnya sekali.
Biar terjaga hati dan perbuatannya,
Biar terjaga tutur kata dan peribadinya,
Biar terjaga pancaindera, juga langkahnya.
Kerana dengan menjaga diri itu, membuat agama kita terpelihara, terjaga martabatnya yang ulung, juga maruahnya yang agung. Apabila Islam itu bermula daripada dalam diri, maka InsyaAllah sejahteralah kehidupan dunia yang bertunjangkan akhirat.
Maka, jangan sesekali pisahkan agama dengan kehidupan.
Tidak kira dimana, tidak kira semasa berhadapan dengan siapa pun.
Tidak kira ke mana kita dicampakkan, ke dalam golongan mana sekalipun.
Jangan pernah kita goyah,
Jangan sesekali kita rebah,
Jauh sekali untuk berubah.
Seandainya, di sekeliling kita insan-insan yang sefikrah, insan-insan yang alim, berilmu. Maka bersyukurlah kerana dengan itu kita selalu beringat, kita selalu ditegur, terasa selalu diperhatikan. Namun, perbetulkan hati, agar apabila suatu hari nanti apabila ditakdirkan kita berada ditengah-tengah kelompok yang berbeza, kita tahu JAGA DIRI.
Seandainya, di sekeliling kita pada masa ini, insan-insan yang tidak sefikrah dengan kita atau kurang faham akan agama. Maka, usah risau, mereka juga makhluk ciptaan Allah yang berhak tahu tentang agamanya. Dengan itu, sampaikanlah, moga-moga dengan itu pegangan kita bertambah utuh, tidak lagi ampuh.
Maka, dalam situasi apa pun kita tetap insan bertuah.
Asalkan pandai JAGA DIRI walau dimana, saat bila sekalipun.
Jangan disalahkan orang-orang disekeliling kita.
Jangan disalahkan persekitaran yang tidak seberapa.
Kerana apa?
Kerana semuanya bermula daripada dalam diri kita.
Diri kita, dan bukan orang lain mahupun persekitaran.
Jadilah ibarat bijih benih (yang berkualiti), sekiranya dicampakkan ke daratan, tumbuh subur dan semakin subur. Sekiranya dicampakkan ke lautan menjadi pulau yang mampu menyelamatkan serta menjadi tempat perlindungan dikala kesesatan.
[hyperbola dan personifikasi yang terlebih had]
Hebat!
Manusia, makhluk ciptaan Allah semua hebat!
Jangan pula cuma mengikut arus aliran sungai, sehingga akhirnya hanyut. Andai ingin mengikut arus itu tidaklah salah, tidak salah jika tujuannya ingin menyelamatkan sahabat, teman, insan yang hanyut.
Menyelamatkan itu kerja mulia!
Maka, JAGA DIRI agar tidak hanyut,
JAGA DIRI semasa menyelamatkan insan lain.
Kata kunci di sini : JAGA DIRI!
Ya, untuk menjaga diri itu bukan satu perkara yang mudah kerana ia perlu disertai dengan mujahadah yang berterusan. InsyaAllah, bersama kita usahakan.
Bersama muhasabah diri,
Agar selepas ini lebih pandai jaga diri.
Waallahu'lam.
23/10/2011 'Amal, sila jaga diri kamu elok-elok' monolog pada diri :)
'Amal, kini bertambah satu lagi ilmu yang perlu dipelajari' monolog lagi.
Sila jaga diri!
0 Buah fikiran:
Post a Comment