Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Sunday, December 4, 2011

Hijrah

Assalamualaikum wa rahmatullah,

Awal Muharram :) Semua azam dan iltizam mula disusun semula selepas berlubang sana-sini, terlepas pandang itu ini. Semua re-arrange! Semua pakat-pakat tambah matlamat baru dalam hidup, tahun hadapannya tukar lagi.

Hakikatnya, hidup ini matlamatnya hanya SATU.

Mencari redha Allah dalam setiap gerak geri,
Mencari redha Allah daripada setiap tutur kata,
Mencari redha Allah pada setiap helaan nafas.

1 Muharram 1433H, dengan doa, "Maka kami mohon kepadaMu ya Allah, keterpeliharaan daripada syaitan yang direjam, para penolongnya dan tentera-tenteranya, dan kami mohon pertolongan menghadapi nafsu yang sentiasa menyuruh kami kearah kejahatan, dan mohon pertolongan untuk bergiat dengan amalan yang menghampirkan kami kepadaMu dengan sehampir-hampirnya."

Allahumma amin, ya Rabb.


Hijrah bukan pada zahirnya sahaja, tetapi seluruhnya.
Bukan hanya sekadar bayang-bayang :) metafora!

InsyaAllah moga 1433H merakam sejarah yang lebih baik daripada tahun sebelumnya.
Tajdid niat, terus usaha untuk menjadi hambaNya yang bertaqwa.

JOM LAKSANAKAN MATLAMAT!

Pada 2 Muharram 1433H, pada malam hari melangkah ke hospital atas tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan sebagai seorang pelajar. Melihat kanak-kanak di atas katil, ada yang menangis, ada juga yang tidur. Ada yang nampak macam sihat, ada juga yang nampak sangat lesu, lemah tidah bermaya.

Ada seorang budak lelaki, menarik perhatianku untuk mendekati dia. Menarik perhatianku untuk tahu apa masalah kesihatannya. Lalu mendekati ibunya dan bertanya:

(Senyum dahulu)

"Akak baru masuk ya? Kenapa ya dengan anak akak?"

"Tiba-tiba dia mengadu tidak boleh jalan. Akak ingat dia main-main, akak cuba bangunkan dia, tapi lepas tu dia jatuh."


Dalam hati, kenapa dengan adik ni ya?

Bertanya dan terus bertanya untuk membuat satu kesimpulan pada akhirnya. Tetapi masih juga tidak menemukan jawapan yang pasti daripada cerita ibunya. Melihat adik ini, seperti tidak percaya, betulkah tidak boleh berjalan. Ada kemusykilan di situ.

Keesokkan harinya, kami mengikut jejak kisah adik ini. Apa sebenarnya yang berlaku. Doktor pakar sedang membuat pemeriksaan ke atasnya, ward round. Doktor pakar itu menyuruh adik ini berjalan tetapi dia tidak mahu, bertegas tidak mahu!

Pada masa itu ibunya menjauhkan diri seketika kerana memberi laluan kepada doktor-doktor untuk sesi pemeriksaan. Disuruhnya lagi untuk berjalan, bertegas juga tidak mahu!

Betulkah adik ini tidak boleh berjalan atau saja-saja tidak mahu berjalan?

Aku berbisik pada ibunya,

"Akak, cuba panggil anak akak dari jauh. Nak lihat dia boleh berjalan tak."

Ibunya memanggilnya daripada jauh. Dia menjerit mahukan ibunya, tetapi ibunya tetap juga menyuruhnya berjalan. Dia menjerit lagi!

Dan akhirnya, dia berdiri dan cuba melangkah....

Ya Allah, dia hampir sahaja jatuh. Nasib baik ada doktor dan burse berdekatan dengannya. Lemah gemalai kakinya. Terkejut melihat ditambah perasaan yang sangat sedih dengan keadaan adik itu. Lemah selemah-lemahnya kaki dia.

Kesimpulan daripadanya,

(1) Kanak-kanak kecil selalu berkata benar, jarang sekali untuk menipu kecuali jika didikannya begitu. Kita? Ya, dahulu kita juga berkata benar, tidak pandai menipu apatah lagi memutar belitkan fakta. Tetapi sekarang?

Banyak fakta benar menjadi tidak benar apabila ada fakta yang diselewengkan.
Banyak fakta benar menjadi tidak benar kerana ditambah fakta yang tidak sepatutnya.

Dahulu tidak pandai menipu. Ya, kita dilahirkan cukup sempurna dalam keadaan yang suci tanpa dosa. Tetapi sekarang?

Itulah kehidupan, di mana kita belajar daripada dunia. JIKA DUNIA MENJADI GURU KITA, MAKA ROSAKLAH SEMUA.

Belajarlah daripada panduan daripadaNya. Mulainya dengan mengenal Allah, juga pesuruhNya.

Belajarlah daripada alam kecil kita, alam kanak-kanak kita. Bukan belajar daripada sudut kematangan tetapi daripada sudut kata-kata yang luhur dari hati. Dahulu bahasa kita tuturkan sepatah-sepatah. Tetapi sekarang?

Semua menjadi semakin singkat kan. Ditambah pula, bahasa-bahasa atau kata-kata asing yang entah datang daripada mana. Hanya tertutur dibibir tanpa tahu akan maksudnya, bahaya!

Fikirkanlah.

(2) Kanak-kanak ini sentiasa perlukan ibunya. Dalam keadaan apa sekalipun tetap ingin bersama ibunya. Sweet! Seperti adik ini, tidak kisah keadaan dirinya yang diketahuinya akan jatuh tetapi tetap juga mahu melangkah.

Hebat! Aura seorang ibu.

Itu sewaktu kecil. Samakah ketika kita sudah besar?

Oh tidak, bukan ibu lagi menjadi teman rapat tetapi lebih kepada rakan-rakan. Tidak salah ada sahabat akrab. Namun begitu, jangan lupa ibu kita, yang dahulunya kita rapat dan erat dengannya. Sekarang pula menjauh dengan alasan,

"Mak tak faham perasaan aku. Tak kenal aku ni macam mana."

Tak kenal?
Mungkin ibulah orang yang terlebih kenal kita.
Mungkin ibu juga yang tahu akan kelemahan kita.

Ingat, syurga seorang anak letaknya dibawah telapak kaki ibu, dan buat si isteri di bawah telapak kaki suami. Dekati ibu kita, kasihilah dengan kasih sayang anugerah Allah. Inilah tempat kasih sayang yang sepatutnya.

Kasihilah ibumu,
Kasihilah ayahmu,
Kasihilah keluargamu,

Kasihilah dengan kasih sayang anugerah Allah,
Kerana inilah tempat yang haq,

Bukan pada insan yang tidak halal bagimu,

Bukan pada perkara yang sia-sia,

Sebarkan bahagia!


Apabila melihat, kita mentafsir. Walaupun tidak mencapai apa yang diinginkan tetapi biarlah ia mendekatkan diri kita kepada Tuhan. InsyaAllah.

4 Muharram 1433H, lahir insan penyeri hidup yang ditunggu-tunggu, AZRA IMANI BINTI KAMARULZAMAN, anak buah sulungku :)


Mak Su berkata, "Azra nanti kena jadi anak yang solehah, dengar kata mak ayah. Laksanakan semua perintah Allah dan jauhi laranganNya ya. Mak Su sayang Azra!"

Naik pangkat jadi Mak Su, juga satu anugerah.
InsyaAllah lebih mematangkan.
Kematangan untuk menempuh hari mendatang.

Waallahu'alam.

4/12/2011 InsyaAllah, InsyaAllah, InsyaAllah :)

2 Buah fikiran:

ZaHRa InSyiRaH said...

salam..thanks akak...hu2

zahra insyirah said...

salam..thanks tlg igtkan..sedih hati ni bila mbacanya...mnginsafkan

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

 
Blogger Templates