Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Saturday, December 3, 2011

Sedikit Sahaja?

Assalamualaikum wa rahmatullah,

Entry tertangguh, asalnya untuk raya Aidil Adha :)

Lekat-lekat kali ini adalah sebagai satu tanda kenangan bersama, walaupun hanya dalam 2 hari sahaja. Namun kenangannya, SubhanAllah amat indah. Lekat 1 gambar kenangan Aidil Adha.

Di hari raya Aidil Adha yang lalu, terima mesej dari insan yang dihormati:
Antara bait-baitnya...

"PENGORBANAN pada hari raya Adiladha ini mengingatkan kita supaya mengutamakan Allah SWT sebagai Rabb. Kita juga diminta dengan penuh kesedaran untuk mengenepikan kepentingan diri sendiri demi mengutamakan syariatNya. InsyaAllah. Itulah cita-cita yang harus dikekalkan dalam kehidupan harian kita demi mencari keredhaanNya" [Pak Cik MZ]

Sungguh setuju dengan kata-kata beliau. Hebat!

Sedangkan manusia hari ini, ramai yang lebih mengutamakan dunia, lebih mengutamakan diri sendiri daripada kepentingan agama. Lebih-lebih dalam menjaga hak diri sendiri sehingga lalai melaksanakan amanah, perintah Allah.

Ya, kita lupa!

Sedangkan alasan untuk kita lupa itu adalah terlalu sedikit berbanding dengan alasan untuk kita selalu beringat.

Bangun pagi, buka mata! Itu merupakan satu anugerah.
Bangkit daripada duduk, stabil! Itu anugerah.
Buka mulut, keluar suara! Itu anugerah.

Tetapi ke arah mana kita gunakan segala anugerah bernilai ini?

Ya, kita memerlukan SEDIKIT PENGORBANAN, cuma sedikit.


Pengorbanan itu bukan hanya dengan mengangkat senjata, lebih daripada itu

Percaya atau tidak, pengorbanan yang sedikit itulah jika dilakukan dengan ikhlas akan memberi impak kebaikan yang sangat besar dalam kehidupan kita. Bukan sahaja untuk hari ini, bahkan untuk jangka masa yang lama.

Pelbagai kisah zaman Rasulullah yang boleh kita jadikan satu sumber kekuatan dalam diri untuk turut serta berkorban walaupun sedikit. Ya, bak kata pepatah sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Betul kan? Pengorbanan ini bukan sahaja dapat menjadi bukit tetapi juga dapat menjadi satu ladang yang subur untuk dituai di akhirat sana. InsyaAllah.


*********************

Kisah pertama, kisah Muaz bin Arfa' dan Auf bin Arfa' yang masing-masing sudah berusia 15 dan 16 tahun pada ketika itu. Semangat yang ada dalam dada mereka sangat mantap! Sehingga berjaya menjatuhkan Abu Jahal, sehingga akhirnya Abu Jahal tersungkur jatuh.

Lihat, kedua-dua mereka akhirnya syahid di dalam medan perang tersebut tetapi dengan dapat melemahkan benteng pengawasan terhadap Abu Jahal sehingga menyebabkan Abu Jahal lemah dan tersungkur, ini memudahkan Abu Jahal ditewaskan sehingga tamatnya riwayatnya di medan peperangan tersebut.

Dahulu pernahku ceritakan dalam satu entry. Boleh baca di sini.

Kisah kedua, kisah Halimatus Sa'adiah, ibu susuan Nabi Muhammad SAW. Siapa yang mahu menyusukan anak Aminah yang telah kematian suaminya Abdullah? Upah apa yang akan diberikan nanti?

Namun ketika harapan untuk Aminah hampir pudar, datanglah seorang wanita dari pendalaman iaitu dari perkampungan Bani Saad ke rumah Aminah. Wanita itu ialah Halimah binti Abu Zu'aib as-Sa'adiah yang lebih terkenal dengan nama Halimatus Sa'adiah. Dia juga merupakan isteri kepada al-Harith bin Abdul Uzza (Abu Kabsyah). Ketika semua wanita desa berebut-rebut mencari anak-anak pembesar Quraisy yang kaya. Halimatus Sa'adiah hanya melihat kerana dia seorang yang sangat lemah lembut dan penyabar. Ketika dia merayau-rayau di sekitar kota Mekah, akhirnya sampai lah dia di depan rumah Abdul Muttalib.

Lebih lanjut, boleh baca di sini.

Sebesar manalah jasa Halimatus Sa'adiah ini? Setakat menyusukan si anak yang miskin, tidak kaya seperti anak-anak pembesar yang lain. Tetapi dengan pengorbanan dan rasa simpati yang sedikit ini, besarnya seorang pesuruh Allah yang dihormati dan hebat. Hebat dalam dakwahnya, hebat dalam segala bidang.

Yang mewariskan Sunnahnya untuk diteladani, ditinggalkan kalamullah yang mulia sebagai panduan hidup sebagai seorang hamba. Hebat kan?

Jangan terlalu memikirkan untuk satu bentuk pengorbanan yang besar. Andai kata pengorbanan yang besar itu disertai riak dan sombong, maka sia-sialah semua. Tiada lagi nilaiannya disisi Allah. Yang ada cuma penat dan lelah.

Namun bukanlah ini bermakna kita tidak boleh berkorban. Tetapi berhati-hati, kerana BERKORBAN ITU MEMERLUKAN PENGORBANAN. Metafora sungguh!

Berkorbanlah demi agamamu,
Biar kelak ia teguh berdiri,
Dengan generasi rabbani,
Yang tidak kenal erti lesu.

Berkorbanlah demi agamamu,
Biar kelak ia tidak lagi ampuh,
Mampu bertahan tanpa keluh,
Sebaliknya bersemangat jitu selalu.

Get ready entry Ma'al Hijrah :)

Muhasabah diri bukan sahaja ketika lemah, tetapi juga ketika kuat!
Kuat sangatkah kita sebagai hamba?
Sebab itulah perlu muhasabah selalu.

Waallahu'alam.

Kenangan Adil Adha 1432H yang lalu C:

3/12/2011 3 bulan lagi. Betulkah keputusan ini? Was-was dah datang dah, muhasabah!

Insan ini tiada yang istimewa. Muhasabah!

Yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku semua dalam pengetahuanNya jua. Aturan Allah itu adalah yang terbaik, kenapa perlu gusar? Kamu tidak ada alasan untuk itu!

0 Buah fikiran:

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

 
Blogger Templates