Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Thursday, November 17, 2011

Pedoman Si Kecil

Setiap hela nafas,
Setiap gerak tangan,

Setiap dengup jantung,

Setiap derap kaki,
Takkan pernah bermakna tanpa cinta-Mu,

Ya Allah.


Satu lirik yang cukup indah, untuk buat kita-kita fikir sejenak. Ya, Allah melimpahkan cinta-Nya pada kita-kita, tanpa itu masihkah diberikan nikmat pernafasan, bebas gerak tubuh badan, tulang empat kerat ini? Masihkah berdegup jantung ini?

Itu semua tanda cinta-Nya buat makhluk ciptaan-Nya yang unik lagi istimewa.
Namun, selalu jua kita lupa.

Mula rasai diri ini semakin hari semakin lemah, sangat-sangat memerlukan Dia, tempat pergantungan dan pengharapan tidak tidak pernah sekalipun mengecewakan. Tidak pernah sekalipun membuat diri ini tersungkur lesu, sebaliknya meniup semangat dalam diri terus perjuangan matlamat hidup.

Ya! Matlamat yang SATU!

**********

Setiap hari melangkah ke hospital, membawa Abyadh bersama, bawa Abyadh tetapi mula dengar bunyi-bunyi, kena servis badan si putih.

Sejak memasuki posting Paediatrics (segala perihal kanak-kanak) subhanAllah rasa sangat bermakna bila mendekati kanak-kanak ini. Bukan calang kanak-kanak, kanak-kanak, insan kecil yang istimewa dan bertuah apabila sudah diuji sejak kecil lagi dengan pelbagai jenis penyakit. Bertuah juga buat ibu-ibu yang setia menjaga anak-anak kecil ini siang dan malam.

Melihat dalam-dalam wajah mereka, terdetik di dalam hati:

"Jika ibu-ibu ini sangup bersengkang mata memastikan anak mereka selamat sihat, kenapa tidak aku bersengkang mata untuk memberikan khidmat terbaikku kepada mereka nanti"

"Kenapa aku berkira soal tidurku?"

"Kenapa aku hanya memikirkan soal penatku?"


Ibu-ibu ini jauh lagi penat, dengan hati mereka yang sayu melihat anak mereka terlantar di atas katil hospital. Namun kesedihan itu mereka simpan dalam-dalam, yang ada pada luarannya hanya satu senyuman ketenangan.

Hebat!



Si kecil 1,

Dari jauh ku lihat dia diatas katil ditemani ibunya. Wajah pucat lesi, kurang darah. Tetapi masih ligat di atas katil bermain seorang diri. Ku dekati dia, 11 bulan, sangat-sangat comel, bulat! Peramah juga.

Main geleng-geleng.
Main kenyit-kenyit mata.

Dia sakit, bukan sakit yang biasa-biasa, yang boleh sembuh dalam 1-2 hari. Tetapi tetap juga dia gembira, mampu tersenyum yang hakikatnya dia tidak mengerti apa-apa. Ya, menangis apabila sakit, besar perut dia.

"Bagaimana pula dengan diri kita?"

Sakit sedikit sahaja sudah mengeluh sepanjang hari.
Sakit sedikit sahaja sudah lemah seluruh anggota badan.
Psycho!

Nikmat kesihatan itu satu anugerah yang kadangkala kita lupakan, bahkan sia-siakan sahaja sehingga datang waktu sakit. Baru ingat semula pada waktu sihat. Kasihan waktu SIHAT!

Si kecil 2,

Masuk-masuk ward, dia datang dekat. Siap hulur tangan, apa lagi sambut sahaja lah. Apa orang kata, orang hulur, kita sambut. Waktu dukung, dengar nafas berbunyi, batuk-batuk. Dalam keadaan macam ini, masih lagi aktif, berjalan ke sana-sini. Bukan jalan dekat-dekat tetapi jauh-jauh.

Hebat kan?

Walaupun sakit, masih juga aktif bergerak.
Jom contohi anak-anak hebat ini.

Semakin dihalang dengan macam-macam bentuk dugaan dan cabaran, terus juga melangkah. Bukan langkahan yang perlahan-lahan tetapi semakin laju dan laju.

Hebat!

SubhanAllah.

Si kecil 3,

Terlantar dia di atas katil, tidak seperti kanak-kanak lain, kurang upaya. Namun, ibu bapa setia menemani anak kesayangan mereka.

Walaupun dia tidak boleh berjalan,
Walaupun dia tidak boleh bercakap,
Namun dia tetap tersenyum.

Ibu bapa dia sangat-sangatlah kuat. Wajah tenang, senyum sahaja walaupun di dalam hati mereka, kesedihan itu pasti juga ada. Kuat, sangat-sangat kuat!

"Saya akan usahakan supaya anak saya boleh berjalan. Tidak ada yang mustahil."

Tidak ada yang mustahil!
Hebat!
SubhanAllah.

Ramai lagi si kecil-si kecil yang aku perhatikan, sangat luar biasa semangat mereka. Rasa bersemangat walaupun pada awalnya rasa sayu. Mereka juga tidak terlepas daripada tangisan apabila disuntik oleh jururawat. Tetapi menangis mereka tidak lama, sekejap sahaja.

Andai manusia itu mengambil iktibar,
Ya, manusia itu tidak akan terlepas daripada tangisan walaupun sekuat mana pun kita. Menangis itu fitrah manusia, ada menangis waktu sedih, ada juga yang menangis kerana terlalu gembira.

Andai bersedih,
Jangan terlalu lama sedihnya sehingga berlalu sahaja waktu-waktu emas kita bersamaNya.
Jangan terlalu lama sedihnya sehingga lupa bahagia itu ada dengan izinNya.

Muhasabah diri.
Di mana letaknya sedih kita?
Di mana letaknya aduan kita?

Serahkan segalanya kepada Yang Maha Mengetahui,
Guru teragung dalam pentarbiyyahan untuk kita jalani kehidupan.
Guru terulung memberikan pengajaran dalam setiap inci pedoman.

Serahkan segalanya kepada Yang Maha Berkuasa,
Arkitek teragung dalam menyusun atur kehidupan hamba-hambaNya.

Arkitek terulung menyesuaikan bentuk ujian buat makhluk ciptaanNya.


Serahkan segalanya kepada Yang Maha Bijaksana,

Jurutera teragung menguatkan enjin-enjin hati hamba-hamba yang selalu bergerak.
Jurutera terulung memastikan mesin-mesin anggota hambaNya mampu berfungsi.


Serahkan segalanya kepada Yang Maha Menyembuhkan,

Doktor teragung hati-hati hambaNya yang harapkan kasih sayangNya.

Doktor terulung merawat hati-hati hamba yang kosong, juga keliru.

Doktor terhebat membimbing hamba-hambaNya ke jalan redha.


KepadaNya segala bentuk penyerahan dan pengharapan.
InsyaAllah.

Sila jadi lebih baik!
InsyaAllah.

Waallahu'alam.

17/11/2011 Lagi 3 bulan, InsyaAllah masuk tahun berikutnya.

Semakin dekat, semakin banyak kena baiki! InsyaAllah moga dipermudahkan dalam pembentukan jalan pulangku. Hidup bukan lama.

Mama! SubhanAllah wa Alhamdulillah.

0 Buah fikiran:

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

 
Blogger Templates