Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Tuesday, October 18, 2011

Bakal Pulang

Assalamualaikum wa rahmatullah,

Peperiksaan End of Posting masih berbaki 2 hari, tetapi tangan tetap juga mahu menaip walaupun cuma ringkas sekadar mengguna waktu terluang di waktu petang.









Bakal pulang,

InsyaAllah bakal pulang ke semenanjung dua hari daripada sekarang, InsyaAllah. Ya, dengan izin Allah jua. Tiket yang telah dibeli sebulan lebih dahulu akhirnya sampai masa untuk digunakan. Agenda sudah beratur untuk hujung minggu ini, maka laksanakanlah mengikut kemampuan diri. InsyaAllah, program!

Namun, tanggungjawab itu melebihi masa yang ada.
InsyaAllah, andai digerakkan jasad ini ke sana, maka sampai juga ke sana.

Yang paling penting, setiap saat, setiap waktu, tajdid niat seorang hamba itu sangat penting. Kerana manusia itu hakikatnya mudah lupa, mudah juga untuk leka.

Tajdid niat,
Ya kerana manusia itu BAKAL PULANG,
Pulang kepada Penciptanya,
Pulang mencari kebahagiaan dan ketenangan hakiki di sana,
Moga itu sebaik-baik tempat pulang.

Sewaktu ke program atau majlis ilmu, tajdid niat,
Sewaktu hendak melangkah keluar rumah, tajdid niat,

Kerana niat itu mudah terpesong andai tidak selalu diperbaharui, tidak selalu diingatkan. InsyaAllah dengan itu juga membuat kita selalu ingat kepadaNya, di setiap saat, setiap waktu. Indahnya!

Bakal pulang,

Jangan hanya ingat untuk pulang ke pangkuan keluarga saja, kena lebih-lebih lagi ingat untuk pulang ke pangkuanNya. Tidak perlu tiket, tidak perlu apa-apa pengakuan, tetap akan pergi juga apabila tiba masanya.

Hidup itu InsyaAllah, mati itu pasti!
Semua dengan izinNya jua.

Kita semua bakal pulang.
Sudah bersediakah?

Manusia,
Mudah leka,
Tidak kira daripada perkataannya,
Mahupun perbuatannya,
Mahupun hatinya,
Sering jua leka, dan lupa.

Jaga perkataan,
Jaga perbuatan,
Jaga hati.

Moga semuanya selamat-selamat sahaja hendaknya, InsyaAllah. Kata-kata buat peringatan diri sendiri yang turut juga bergelar manusia. Ya, manusia biasa. Ingatlah, matlamat hidup itu bukan dua, bukan tiga, cuma SATU!

Hidup bermatlamatkan SATU!

Mencari redhaNya yang boleh membawaku ke syurgaNya.
Indah, subhanAllah.

Muhasabah diri, mencari jalan pulang yang terbaik.
Yang Allah redha, InsyaAllah.

Lupa-lupa, ketuk!
Ketuk dengan kata-kata sendiri :)

Waallahu'alam.

18/10/2011 bakal pulang, bakal berjumpa dengan dia! :) "Mama! I'm home"

Cukup dengan menggembirakan hati orang yang kita sayang mampu membuat hati kita turut tersenyum :D InsyaAllah, anugerah terhebat dariNya.
Align Center

0 Buah fikiran:

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

 
Blogger Templates