Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Tuesday, December 13, 2011

Hidup 1


Dush! Kasihan...

Semenjak dua menjak ini, banyak sungguh berfikir. Bila rasa-rasa fikiran telah terlalu jauh melangkaui apa yang telah Allah atur dan bakal berlaku, cepat-cepat patah balik. Terus ingat, HIDUP INI SEMENTARA, TAK LAMA!

Kenapa perlu fikir terlalu jauh sehinggakan apa yang ada dihadapan mata realitinya belum lagi kita tempuh, belum tentu dapat kita hadapi seadanya. Maka, berfikirlah seadanya.

Melihat gambar-gambar kotak-kotak comel, terus memberiku ilham untuk menulis. Pertama biar sampai pada diri ini dahulu, namun manfaatnya biar dikongsikan bersama, InsyaAllah buat siapa sahaja yang sudi singgah, atau pun tersinggah.

:)

Cari cara untuk hidup dalam syariatNya yang indah.
Sangat indah!

Pertama,

Rasulullah bersabda, "Allah menciptakan 100 rahmat, satu rahmat dibahagikan kepada seluruh isi dunia ini, sedangkan 99 bahagian lagi dibahagikan di akhirat (iaitu di dalam syurga)" [Riwayat Muslim]

Dengan 1 bahagian inilah manusia itu berkasih sayang!

Berkasih-sayang dalam syariatNya. Siapa kata tidak boleh bercinta? Siapa kata tidak boleh romantik? Pastinya boleh apabila semuanya dalam syariatNya, tiada yang melanggar perintahNya. Sebaliknya, menambah barakah dalam perhubungan, moga-moga redha Allah ada bersama.

Bagaimana?


Belajar bersama!

Dalam menuntut ilmu, kita boleh berkasih-sayang. Sesama rakan seperjuangan, juga bercinta dengan ilmu Allah. Itu kan indah. Perkongsian ilmu itu InsyaAllah disertai barakah Illahi. Bukan setakat berdua, lebih ramai, lebih ilmu, lebih baik daripada yang sebaik-baiknya.

InsyaAllah, zaman belajar ini bakal menjadi kenangan yang tidak mungkin kita lupa.
Benar!

[Akan ku ingat gelaran indah ini~ Tuan Puteri, Bendahara, Temenggung, Mahsuri, Parameswara, Alam Syahbandar dan juga semua dayang-dayang!]

:)


Berkasih-sayang dalam berkeluarga!

Dahulu waktu kecil-kecil, mak ayah memimpin tangan kita. Risau-risau anaknya jatuh, bahaya berjalan seorang diri kan. Apabila membesar, kita mula berkata,

"Takpe-takpe, orang pandai jalan sendiri. Malulah dah besar pun ada orang nak pegang."

Akhirnya, lebih banyak kita luangkan masa bersama teman-teman diluar berbanding keluarga di rumah. Lebih selesa dengan teman-teman daripada keluarga sendiri.

Amboi, sudah besar, malu berpegang tangan pula.
Kalau berpegang tangan dengan si dia yang bukan halal bagimu, malu?
:)

Pilihan antara redha dan murka.
Maka pilihlah.

Apa salahnya berpegangan tangan kan. Romantik! Berkasih-sayang pada tempatnya, InsyaAllah beserta dengan lembayung rahmatNya jua. Pegang erat-erat, jalan lepas ibarat ada cas-cas magnet yang menarik, berlainan kutub. Ibu bapa adalah anugerah, sangat-sangat bernilai.

Apabila mereka sudah tiada,
Maka rindu itu akan datang,
Tiada lagi sentuhan mereka.

Apabila kita sudah dinikahi (bagi muslimah),
Maka rindu akan datang kerana berjauhan,
Tiada lagi belai manja yang dulu,
Namun tidak akan sekalipun hilang kasihnya.

Apabila kita sudah bergelar suami (bagi muslimin),
Komitmen kian bertambah,
Masa bersama mereka kian berkurang,
Namun tidak akan sekalipun hilang sayangnya.

InsyaAllah.


Ooo..besarnya mulut :)


Alangkah nikmatnya andai dikongsi bersama!

Hidup dalam aturanNya itu sangat-sangat istimewa. Sehingga semasa makan juga dianjurkan untuk ada rasa kasih sayang. Makan bersama-sama secara berjama'ah, indah! Selain daripada dapat merapatkan ukhwah yang renggang, perselisihan juga dapat dileraikan.

Romantik masa makan? Kenapa tidak? Suapkanlah sahabat di sebelah-sebelah kita, sweet!

ISLAM IS THE WAY OF LIFE :)

"Berjama'ahlah dalam menyantap hidanganmu dan sebut nama Allah padanya, nescaya akan mengandung berkat bagimu" [Silsilah Hadits-hadits Shahih no. 664]

Hadis ini dikhabarkan oleh Rasulullah berkenaan dengan seseorang yang datang kepadanya dan berkata: Wahai Rasulullah, kami ini setiap kali makan tidak pernah kenyang. Maka Rasulullah berkata: Pasti masing-masing kamu makan sendiri-sendiri. Dia menjawab: Benar ya Rasulullah. Rasulullah berkata: Berjama’ahlah dalam menyantap makananmu.

Selain merapatkan persaudaraan yang telah lama terjalin, dapat juga kenalan baru. Dapat juga membaiki hubungan yang selama ini jauh jaraknya walaupun selalu bersua muka. Lebih-lebih penting apabila dapatkita ikuti sunnah Rasulullah, InsyaAllah padanya ada manfaat yang sangat hebat.

Nabi SAW pernah bersabda : "Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku."

:)

Cinta Allah, cinta rasulNya.
InsyaAllah.

Cari cara untuk hidup lebih berkat,
Untuk hidup yang singkat ini beroleh manfaat, bukan sahaja pada diri sendiri tetapi juga kepada alam juga isinya. Cari cara untuk setiap masa, setiap waktu itu ada rasa hidup berTuhan.

InsyaAllah.
Bi iznillah 'ala kulli hal.
Allahu yubarik fikum.

Bakal bersambung..In shaa Allah~

Waallahu'alam.

14/12/2011 Sindrom habis exam, habiskan masa menulis. Pastinya untuk sedarkan diri, sambil-sambil cari cara untuk naikkan kualiti hidup berTuhan.

Biar jadi mahal, jangan terlalu murah!

0 Buah fikiran:

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

 
Blogger Templates