Kemuncak ujian Allah itu tidak bertepi, namun ia bertepatan dengan kemampuan kita. Apa erti hidup tanpa ujian kerana ujian itu menyedarkan kita, betapa lemahnya kita sebagai hambaNya. Betapa layunya kita dikala berseorangan menghadapi ujian. Walaupun demikian, kita perlu ingat bahawa kita hidup berTuhan dan itulah keistimewaan yang kita ada.
Namun, seandainya...
dikala bersedih, segera mencari keseronokan khayalan,
dikala berseorangan, segera mencari teman bukan halal,
dikala menangis, segera mengadu bukan pada tempatnya,
Apakah erti kita menganut agama Islam?
Kerana daripadaNya segalanya hadir,
dan kepadaNya juga segalanya pergi.
Hidup ini tidak akan pernah sepi dengan ujian. Dan ujian itu tidak semestinya berbentuk kesusahan, kesedihan dan kekecewaan. Ujian Allah itu merangkumi semua aspek yang menguji tahap keimanan, ketaqwaan hambaNya. Kesenangan, kemewahan, kejayaan itu juga ujian yang tidak kurang hebatnya.
Aku menelefon mama semalam,
Ya, kata-kata seorang insan bernama ibu itu besar impaknya pada insan bergelar anak.
"Jangan risau, ujian baik InsyaAllah sambutlah dengan baik."
"Mama, anak mama ni macam-macam la kan."
Pecah gelak tawa dalam talian telefon, jarak jauh tetapi dekat rasanya.
"Mama, doakan amal dapat buat keputusan dengan baik ya."
"InsyaAllah, jangan risau. Mama doakan anak mama yang seorang ni."
:)
Tenang hati selepas menelefon mama tersayang, teringat arwah babah.
Babah,
Nasihat babah, amal rindu.
Pandangan babah, amal rindu.
Gurauan babah, amal rindu.
Bacaan solat babah, amal rindu.
Allah....
Kuatkan aku, hambaNya yang sedaya upaya akur dan taat dengan perintahMu.
Tempatkan ayahandaku dalam kalangan hambaMu yang bertaqwa.
Amin.
Ujian baru sedikit, tetapi terasa begitu berat. Kenapa? Kerana kita tidak bergantung sepenuhnya kepadaNya. Kenapa?
Kerana kita fikir, kita hebat.
Kerana kita fikir, kita mampu sendirian.
Kerana kita fikir, ujian itu hanya dalam bentuk kesusahan.
Kita lupa...
Kalau tahu sudah lupa, kenapa tidak mahu ingat?
Inilah masanya, jangan tunggu peluang mendekatiNya itu tiba.
Peluang itu sentiasa ada, kejar!
Jangan biarkan ujian itu melemahkan kita untuk mendekatiNya, bahkan sebaliknya menguatkan azam untuk memperbaiki kelemahan. Juga membina sekukuh-kukuhnya benteng iman yang selama ini rapuh dan mudah runtuh.
Inilah masanya :)
Tersenyumlah wahai diri,
Sesungguhnya tanggungjawab itu melebihi masa yang ada.
Laksanakan tugas ini sebaiknya.
InsyaAllah moga Allah permudahkan.
Waallahu'alam.
25/9/2011 Mampu tersenyum, hati keliru :) Namun hati ini mesti terus bergerak kepadaNya, kerana penyelesaian itu sentiasa ada. Ada padaNya, cepat gerak!
'Amal, jangan seperti kanak-kanak nakal lagi' Pesan pada diri pada diri :)
Inilah masanya :)
Tersenyumlah wahai diri,
Sesungguhnya tanggungjawab itu melebihi masa yang ada.
Laksanakan tugas ini sebaiknya.
InsyaAllah moga Allah permudahkan.
Waallahu'alam.
25/9/2011 Mampu tersenyum, hati keliru :) Namun hati ini mesti terus bergerak kepadaNya, kerana penyelesaian itu sentiasa ada. Ada padaNya, cepat gerak!
'Amal, jangan seperti kanak-kanak nakal lagi' Pesan pada diri pada diri :)
0 Buah fikiran:
Post a Comment