Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Tuesday, October 26, 2010

Y 351 : T2M



Maka janganlah disempitkan maksud mencari yang beragama itu hanya pada mereka yang berlabelkan "jenama TAHU agama" tetapi apa yang lebih penting adalah mereka yang MAHU dan terbukti pada perbuatan hariannya dia sentiasa berusaha menuju MAMPU.
T2M -- TAHU..MAHU..MAMPU

Suka rangkap ini dalam sebuah artikel. Kadangkala pandangan jadi sempit juga kan. Pandangan manusia, bukan 360 darjah. Maka, luaskan pandangan :)


InsyaAllah minggu depan exam, moga kita-kita dapatbuat sehabis baik. Utamakan usaha dan jangan lupa doa. Kisah kita dalam pengetahuanNya, maka berusahalah ke arah kesempurnaan walaupun kita tidak sempurna. Buat yang terbaik, perang!

InsyaAllah dalam kesempatan yang ada, mahu juga berkongsi artikel daripada iluvislam.com. Semoga bermanfaat, buat diri ini terutama, juga buat sesiapa yang sudi singgah.

What people say, "Sharing is caring." :)

Hassan al-Basri r.a. berkata: "Ketika saya berkeliling di jalan-jalan kota Bashrah dan di pasarnya dengan seorang pemuda ahli ibadah, tiba-tiba saya melihat seorang tabib yang sedang duduk di atas kerusi."

Dia dikelilingi oleh laki-laki, perempuan dan anak-anak.

Di tangan mereka masing-masing terdapat gelas yang berisi air. Mereka meminta petua dan ubat untuk penyakitnya.

Kemudian, pemuda yang bersamaku maju ke depan tabib, lalu dia berkata:

"Wahai tabib, apakah kamu punya ubat yang mampu membersihkan dosa dan menyembuhkan penyakit hati? "

Kemudian, si tabib itu menjelaskan:

"Ambillah sepuluh macam ramuan:

1. Ambillah akar pohon fakir bersama akar-akar pohon tawaddhu' (kerendahan hati),
2. Campurkanlah padanya tumbuhan taubat,
3. Taruhlah ke dalam bekas keredhaan,
4. Tumbuklah dengan penumbuk qana'ah,
5. Masukkan dalam kuali taqwa,
6. Lalu tuangkanlah padanya air malu,
7. Didihkanlah dengan api mahabbah,
8. Tuangkanlah ke dalam gelas syukur,
9. Kemudian kipaslah dengan kipas harapan,
10. Lalu minum dengan sudu pujian.

Sesungguhnya jika kamu mengerjakan hal itu, maka akan menjadi ubat bagimu dari semua penyakit dan bencana di dunia dan di akhirat." - Dipetik daripada Kitab Nashaihul 'Ibad, Imam Nawawi

Ya, pujian itu hanya padaNya, bukan manusia. Manusia layak untuk apa? Manusia layak untuk memohon tempat di syurgaNya. Bagaimana? Kita semua TAHU tetapi tidak semua MAHU memohon tempat itu. Ada juga yang MAHU, tetapi bukan semua MAMPU.

Jom jadi MAMPU! :)

Waallahua'lam.

Sunday, October 24, 2010

Y 350 : Lontar




Luahkan agar tidak menjadi racun,
Lontarkan tinggi-tinggi ke awan,
Andai jatuh semula ke bumi,
Itulah fitrah tarikan graviti,
Tidak mungkin dapat lari.

Ayat ini jelas metaforanya menandingi segala. Andai faham itulah pemikiran, andai sebaliknya hanya mampu membaca. Ayat makin bermadah pujangga, entah daripada mana datangnya. Abaikan :)

Alhamdulillah, tadi ber'chatting' dengan seorang adik yang periang :) Kata-kata dia amat mendalam maksudnya. Ayat di atas, originally by her but already edit a bit by me. Jangan marah ya, cuma tambah ayat. Harap maksudnya tidak lari.

Maksudnya : Kita manusia sekali-kali tidak akan dapat lari daripada berhadapan dengan masalah, ujian, dugaan dan musibah. Segalanya dengan aturanNya, tidak mungkin dapat main elak-elak lagi. Mahu tepis-tepis, tertembus juga akhirnya. Dengan itu, Allah menjadikan kita bersaudara, kuat-menguatkan antara satu sama lain. Kelemahan kita dilindungi, ditambahbaik oleh saudara/sahabat kita dan begitulah sebaliknya. Saling melengkapi antara satu sama lain.

InsyaAllah semoga sama-sama bermuhasabah diri. Dalam menghadapi ujian dan dugaan, pengutamaan aduan adalah denganNya, biarlah rintihan kita hanya denganNya beserta semangat daripada orang tengah pilihanNya.

Waallahua'lam.

24/10/2010 Seringkali belajar, tidak akan serik :)

Terima kasih pada dia kerana memberiku semangat malam ni :) Lain kali kita share ayat lain ya. Terima kasih pada dia-dia yang banyak mengajarku erti sebuah perjalanan hidup.

Wednesday, October 20, 2010

Y 349 : Lekat-Lekat



Main lekat-lekat di blog sendiri, sebelum ini suka conteng-conteng di 'muka-buku' kakak ipar, abang dan sepupu, juga sahabat-sahabat.

Main lekat-lekat biar ingat sampai bila-bila, hingga ke tua. Dah tua, buka blog, "Alahai apa kerjaku waktu muda ni.." Main lekat-lekat.

Main lekat-lekat bukan sebarangan lekat, lekat penuh dengan makna tersirat, juga tersurat. Hanya mata yang dapat melihat dapat fikirkan apa yang terkandung dalam aksi lekat-lekat yang padat.

Main lekat-lekat, buat diri tersenyum sendiri :) Gelagat diri yang suka ambil gambar sesuka hati. Kata sahabat, "Mula la Amal tu..." apabila lihatku membuka kamera pada telefon bimbitku. Semua tutup muka, tidak kurang juga yang mula beraksi. Nantikan gambar kalian kena lekat-lekat dalam blog yang biasa-biasa ini.

Main lekat-lekat, selamat melihat walaupun rasanya tiada siapa yang sudi melawat :)



Awan Sibu sentiasa dalam kenangan :)




Awan Terengganu terlekat-lekat di ingatan :)




Sentiasa dekat di hati :) Aksi raya 2010

Berhenti dahulu lekat-lekat, nanti InsyaAllah ada sambungannya. Lihatlah ciptaan Allah nan indah, ada lagikah alasan untuk kita tidak bersyukur atas segala kurniaNya?

Nikmat kekeluargaan, nikmat alam yang indah. SubhanAllah indah. Tempatnya di dunia, pinjaman Allah buat hamba-hambaNya. Rindu padaNya bertambah-tambah bila lihat semua ini, tetapi masih juga terkadang leka dan alpa.

Berfikir sejenak, bumi terbentang luas, ciptaanNya di sana-sini. Tetapi adakah yang masih melihat apa yang terjadi? Ya, kita sibuk memikirkan kepentingan diri sehingga lupa kewajipan amanah Ilahi. Kita mudah lupa.

Maka, beringatlah selalu.

Dan Aku (yakni Allah) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepada-Ku. [Surah Ad-Zaariyat:56]
Waallahua'lam.

20/10/2010 Ku bahagia lihat orang lain bahagia. Moga bahagia di dunia dan akhirat, InsyaAllah :) Aku tak mahu jadi hamba yang lupa.

Original photo, no editing has been done. Just arrangement take placed :) Captured by Fikraa, not others except 2.

Y 348 : Gembira


Berikan khabar gembira kepada orang-orang yang patuh kepada Allah, iaitu orang-orang yang gementar hati mereka apabila mendengar nama Allah, orang-orang yang sabar pada apa yang menimpa mereka, orang-orang yang mendirikan solat, dan orang-orang yang menafkahkan sebahagian daripada apa yang Kami berikan kepada mereka. [Surah al-Hajj:34-35]
Khabar buat mereka yang patuh dan taat pada segala perintahNya, menjauhi segala apa jua laranganNya.

Ya, janji Allah itu pasti,
di dunia tiada yang abadi,
cuma bekalan buat akhirat nanti,
yang semuanya kelak diadili.

Allah menjanjikan kita khabar gembira, maka bergembiralah dan berjuanglah ke arah kegembiraan itu. Semoga kelak ditemui jua sinarnya.

Waallahua'lam.

20/10/2010 Pengajaran buat diri, jangan pernah bermain dengan kata-kata :) belajar lagi. Jauhi fitnah dunia dan segala tipu dayanya. Berusaha!

Tuesday, October 19, 2010

Y 347 : Dulu



Aku bukanlah seorang wanita yang memiliki harta bertimbun, bukan juga seorang yang mempunyai paras wajah yang anggun jelita bak bidadari, jauh sekali bersusur galurkan keturunan yang dihormati dan disegani. Apa yang ada pada diriku hanyalah agama yang menjadi pegangan dan panduan hidup untuk aku terus gah berdiri di muka bumi Allah ini. Maka milikilah hatiku dengan izin Allah, milikilah cintaku keranaNya, milikilah diriku kerana agamaNya dan milikilah jiwaku keranaNya.
Ayat ini ku petik daripada taman FB juniorku yang juga suka menulis :) Ada kebenaran dalam kata-katanya, sesungguhnya hanya Allah Yang Maha Mengetahui akan setiap sesuatu. Pemilik jiwa ini.

Bukan itu menjadi tujuan utama ku menulis hari ini. Cuma mahu conteng-conteng apa yang dirasa boleh dikongsi dan dijadikan pengajaran sepanjang seharian ku jalani hidup ini. Hari ini tepat jam 7.30 pagi bergerak keluar dari rumah, menaiki van ke Hospital Sibu seperti kebiasaan.

Hari ini 'Hari OT' -- Operation Theatre. Maknanya hari ini ramai yang akan dibedah, dibongkar rahsia rongga dalam badan dalam-dalam. Pastinya dilakukan ditempat tertutup, ada privacy bukan hanya 'buka tutup' tetapi untuk membantu dengan izinNya.

Hari ini dapat lihat 3 pembedahan dilakukan. LIVE! Alhamdulillah belajar lagi daripada setiap tanda keagunganNya. Satunya, hysteroscopy. Kedua, Elective Lower Abdominal Cesarean Section. Ketiga, Total Abdominal Hysterectomy and Bilateral Salpingo-Oophorectomy. Jangan risau akan istilah yang digunapakai. Hanya istilah.

Yang Kedua itu mengingatkanku sesuatu.

"Amal, tengok macam mana mak Amal lahirkan Amal dulu." Sahabatku berkata.

"Yelah kan, bukan senang." Dalam hati mula sebak.

Sewaktu melihat, teringat pula seorang yang amat penting dalam hidupku, yang melahirkan aku ke dunia ini dengan izinNya. Dahulu, mungkin aku nakal dalam perut mamaku. Main-main dalam perut, pusing-pusing, akhirnya ter'duduk' dalam perut mamaku. Bila sudah duduk, macam mana mahu dikeluarkan secara normal? Normalnya, kepala dibawah, kepalaku diatas, selesa duduk :)

Waktu itu, mungkin aku gembira duduk dalam perut mama. Gerak-gerak, tumbuk-tumbuk orang yang pegang perut mama :) Gaya bebas dalam perut, siapa tahu kan.

Itu kisah dulu, sebelum aku melihat dunia.

Di dalam OT pagi ini, ku lihat perut ibu itu dihiris layer by layer sehingga sampai ke bahagian untuk dikeluarkan air ketuban. Saat air ketuban keluar melalui perut ibu, doktor segera bertindak. Mencari kaki bayi dalam perut si ibu, akhirnya kaki itu dijumpai. Tarik! Waktu kemuncak, seram. Tinggal kepala yang tinggal untuk dikeluarkan dari perut ibu, kaki si bayi dipegang dan dihayun ke perut ibu. Alhamdulillah, kepala bayi berjaya keluar. Girl!

Selamat datang ke dunia!

[Ayat ganas, jangan digunakan di tempat-tempat lain] :D

Itulah kisah hari ini. Manusia itu lahir ke dunia bukan dengan cara jatuh dari langit Tuhan. Bukan juga keluar daripada kerak bumi. Kita lahir daripada perut ibu, perut emak, perut mak, perut bonda, perut ummi, perut mama. Mereka insan mulia, pengorbanan melahirkan pewaris, mujahid, mujahidah agama ini, InsyaAllah.

Lahirnya kita ke dunia yang asing ini dengan tangisan. Tangisan syukur kepadaNya, tanda perjalanan baru sahaja bermula. Moga di akhirat nanti, kita tidak menangis kerana dicampakkan ke api membara, bersedia menjilat setiap tubuh yang menghampirinya.

Kita yang melukis lukisan hidup kita, kita yang memilih. Buat pilihan yang terbaik! Ya, mengikut aturanNya, kita akur. Terbaik!

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. [Surah al-'Imran : 185]
Waallahua'lam.

19/10/2010 :) Jalani hidup dengan senyuman yang sebenar-benarnya.

Terima kasih kepada mama kerana sudi lahirkan insan biasa ini.

"Mama, Amal nak jadi orang hebat."

"Jadilah, tiada siapa halang. Anak mama memang hebat." Kataku dulu-dulu pada mama. Mama rajin layan anak perempuan dia, arwah babah lagi suka layan. Satu geng dengan babah dulu :)

Monday, October 18, 2010

Y 346 : TIdak



Alhamdulillah..
Subhanallah wa Allahuakbar..

KISAH 1

Sementara menunggu nasi 'kering', hendak conteng di blog ini perihal pengajaran yang ku peroleh hari ini. Walaupun tidak banyak tetapi itu yang ku peroleh.

Alhamdulillah selepas sesi Bed Site Teaching, pulang untuk makan tengahari, perut berkeroncong sepanjang 2 jam berdiri di sisi katil-katil hospital sewaktu sesi ini :) Ayat mesti selalu hyperbola. Selepas zohor, kembali ke hospital, kali ini langkah tidak terus ke wad tetapi melangkah laju ke klinik pesakit luar.

Alhamdulillah doktor banyak bagi tunjuk ajar, ilmu yang tersemat di dada dilontarkan kepada anak buahnya yang bakal menjejaki alam kerjaya tidak lama lagi, InsyaAllah. Aku lihat ramai pesakit setiap hari, bermacam jenis penyakit. Ya, nikmat sihat itu bukan selamanya, bila-bila masa sahaja boleh ditarik nikmat itu.

Ya, sekarang bukan masa untuk bersenang-senang. Masa kian ke penghujungnya! Setelah apa yang berlaku, aku belajar jangan sia-siakan masa yang ada untuk perkara yang tidak pasti. Yakin pada Allah dalam segala hal. Sangat yakin, InsyaAllah.

Muhasabah,

Sepanjang aku hidup,
Apa yang telah aku lihat?
Apa yang telah aku dengar?
Apa yang telah aku perkatakan?

Adakah mata ini aku guna untuk melihat tanda kekuasaanNya?
Adakah telinga ini aku guna untuk mendengar asma' Allah, kalamullah?
Adakah mulut ini aku guna untuk memujiNya, selawat atas kekasihNya?

Adakah hati aku masih hidup untuk bergelar hambaNya?
Bergetar tatkala asma'Nya disebut,
Sayu pilu mengenangkan sumbangan pada ad-deen,
Amat sedikit, masihkah ada waktu?
Untuk aku berbakti buat agamaku.

Kisah 2

Selepas 'bersoal siasat' dengan pesakit, sempat kami berborak-borak. Jam menunjukkan pukul 4.20 petang. Kakak ini peramah orangnya :) Suka!

"Akak ni kalau kakak dengan mak tak suruh pegi hospital ni, memang akak tak datang. Tapi sebab pendarahan banyak sangat, akak datang juga. Lepas tu tiada siapa nak buat kuih." Kakak memulakan cerita.

"Kakak kerja apa?"

"Kakak berniaga sendiri-sendiri, buat kuih. Kakak dan mak akak tolong bungkuskan. Anak saudara akak pula tengah tunggu masa nak bersalin. Dia nak akak ada dengan dia waktu dia bersalin. Tak mahu mak dia jaga. Dah beli tiket nak ke Shah Alam 26 haribulan ni tapi kena masuk wad ni tak tahulah macam mana." Sambung cerita.

"Macam tu pula ya. Akak buat kuih seorang-seorang lah ya, patutlah kurang makan, tak sempat makan. Sana-sini perlukan akak." Tersenyum aku.

"Yelah, akak tak tahu nak kata TIDAK. Susah sangat nak kata tidak. Tapi tak kisah, selagi akak senang, akak buat kuih tu dan pegi jaga anak buah akak." Kata-kata dia buat aku berfikir panjang.

Aku hanya mampu tersenyum dengan kata-kata kakak itu :) Ya, aku juga ada masalah itu, tidak tahu untuk kata tidak. InsyaAllah, dengan kudrat yang Allah beri ini, akan aku penuhi segalanya mengikut kadar kemampuanku. Aku bukan siapa-siapa, hanya manusia biasa yang mencari jalan pulang terbaik bertemu Penciptaku. InsyaAllah belajar untuk kata TIDAK pada perkara yang sepatutnya. Masih belajar.

Aku faham, kakak cuba menggembirakan hati semua orang. Walaupun dalam keadaannya yang kurang sihat, dia masih mampu tersenyum dan membuat aku tersenyum :) Hati senang, jiwa mulia. InsyaAllah. Mari gembirakan semua!

InsyaAllah, esok kakak ini akan menjalani pembedahan kecil untuk kenalpasti punca pendarahannya. Semoga kakak sihat selalu dan diberi kekuatan menjalani hidup ini walaupun hakikat perjalanan hidup ini bukan suatu yang mudah.




Kenangan bersama mereka :)
Moga jadi anak soleh, solehah ya..


Wallahua'lam.

18/10/2010 Dua minggu sebelum exam..counting~

Dalam buku ada ilmu, tidak salah juga belajar daripada manusia. Ya manusia itu dicipta dengan ilmu Allah Yang Maha Perkasa. Terima kasih kakak!

Terpedaya atau tertipu dengan dunia? Belajar..

Makan time :D

Sunday, October 17, 2010

Y 345 : Tidak Kira



Tidak kira bidang apa sekalipun yang kita dalami, semuanya memerlukan kesungguhan dan niat yang betul. Niat mencari redha Allah. Setiap bidang ada tahap kesukaran masing-masing. Seperti diriku, bidang kejuruteraan bukan bidangku, semua istilah masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Tidak faham :)

Siapa kata hendak jadi jurutera berjaya itu senang?

Dalam bidang perubatan sekalipun, ada tahap kesukaran yang perlu dihadapi dengan tenang. Bukan senang ingin merawat pesakit, dan sesungguhnya kesembuhan itu datangnya daripada Allah. Ubat? Bukan semua ubat sesuai untuk semua pesakit.

Dalam hidup ini juga, tidak semua keadaan sesuai dengan diri kita. Lain orang lain caranya tetapi moga-moga matlamat kita sama. InsyaAllah.

Alhamdulillah baru balik dari hospital. Tujuan untuk jumpa pesakit, bersoal jawab tentang penyakit mereka, tetapi mungkin nasib tidak menyebelahi kami. Ginekologi Wad kosong! Balik dengan hampa, kena terus bersemangat.

Our great teachers are our patients, not books. Begitu juga bidang lain seperti guru, mereka perlu belajar daripada pelajarnya. Guru-guru zaman sekarang perlu punyai ilmu 'psycho' :) demi kebaikan pelajar itu sendiri. Jurutera juga perlu belajar daripada mesin-mesin mereka, perlu fahami fungsinya.

Ya, tidak kira bidang apa, semua punya keistimewaan tersendiri, saling melengkapi antara satu sama lain.

Bermula dengan ibu, siapa kata ibu tidak bekerja, SURIRUMAH adalah pekerjaan yang sangat berat, juga sangat mulia. Kerjanya 24 jam sehari, tidak ikut masa. Ibu mendidik kita, kemudian guru mula mengambil alih sedikit peranan ibu dalam mendidik. Kemudian, hasil didikan mereka ini, lahirlah seorang pendakwah terulung, guru, jurutera, ahli kimia, pakar forensik, doktor, peguam, peniaga, pengurus dan sebagainya.

Dan mereka-mereka ini akan melengkapi antara satu sama lain. Lihat. jurutera mencipta alat yang digunakan dalam bahagian penyelidikan, berguna untuk ahli sains. Alat-alat ini dijual oleh peniaga-peniaga terpilih, urusan kewangan pula diuruskan di bank-bank. Berkait sungguh!

Alat-alat yang doktor guna pun bukan doktor sendiri yang cipta. Ujikaji darah pun bukan doktor yang buat, X-Ray pun ahli pengimejan yang uruskan. Tetapi ini tidak bermakna kerja sebagai seorang doktor itu senang kan.

Tidak kira apa sahaja yang kita lakukan, niat biar betul. Kesungguhan perlu seiring sejalan dalam menuju redhaNya. Tidak kira pandangan manusia itu tinggi atau rendah pada kita, yang penting adalah redhaNya.

Tidak kira apa yang bakal kita tempuh, hakikat hidup berTuhan ini memerlukan kita untuk terus dekat denganNya. Wahai sahabat, jangan bersedih!

Tidak kira langit tinggi atau rendah kita tetap hamba,
Hamba yang perlu berusaha menggapai redhaNya.

Waallahua'lam

Y 344 : Di bawah LangitMu



Di Bawah LangitMu
Bersujud Semua
Memuji Memuja AsmaMu
Dan Bertasbih Semua

MakhlukMu Tunduk
Mengharap Cinta Dan KasihMu

Cahaya Ilahi
Hangatnya Di Hati
Di Langkah Sejuta Wajah
Terbata Penuh Salah
Jalani Sang Hidup
Terluka Terhempas Berdosa

Hitam Putih Jalan Hidup
Pahit Getir Warna Dunia
Tangis Tawa Rasa Hati
Terluka Atau Bahagia
Rasa Bangga Sementara
Setiap Duka Tak Abadi
Semuanya Wajah Kan Dipuji
Pada Allah Kita Kan Kembali

By Opick :)

Ya, akhirnya kepadaNya kita akan kembali. Tiada yang abadi, gembira kita hari ini bukan bermakna esok hari akan lebih gembira. Gembira, suka duka cuma sementara.

Gementarlah wahai hati mendengar asma'Nya,
Gementar hati mukmin itu,
Gementarnya hati itu terasa semakin dekat denganNya,
Gementar pada makhlukNya,
Kelak dijauhi makhluk itu sejauh-jauhnya.

Waallahua'lam.

17/10/2010 Sahabat, semoga engkau bahagia selalu. Cukup itu membuatku bahagia :)

Mama, nak jadi macam mama. Sabar mama menggunung tinggi, kalah gunung-gunung di dunia :) Keputusan selanjutnya, ku serah pada dia. My master key :)

Saturday, October 16, 2010

Y 343 : Yang 10



Hayatilah Sifat Mahmudah

by Abu Basyer [edited by AAZar]

InsyaAllah, hari ini kita berkongsi tentang 10 sifat mahmudah, sifat terpuji yang patut ada pada setiap yang bergelar muslim, hambaNya yang terpilih untuk menjadi penghuni-penghuni syurga di akhirat sana. InsyaAllah, waallahua'lam.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Asas penting dalam kehidupan seorang Mukmin adalah memiliki asas akhlak Islam yang mantap. Akhlak yang nampak lahir dalam kehidupan adalah berasaskan iman kepada Allah s.w.t. Tanpa iman yang kukuh tidak mungkin seseorang mampu melahirkan akhlak Islamiyah dalam kehidupannya. Sifat mahmudah adalah peribadi seorang Mukmin yang memiliki akhlak Islamiyah dan ianya lahir daripada satu proses tarbiyah Imaniah.

Adapun sifat-sifat Mahmudah itu ada 10 sifat iaitu:-

1. Taubat - keazaman untuk meninggalkan segala kesalahan dan dosa-dosa yg telah dilakukan.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah amat menyukai orang-orang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri." (Surah Al-Baqarah ayat 222)

Lebih-lebih dari kepada golongan muda, bukan mudah muda-mudi untuk kesali apa perbuatan dosa yang dilakukan. Muda? Membuatkan kita lupa, nilaian umur itu tidak menentukan panjang atau pendek umur kita. Sedangkan kematian itu boleh tiba dalam pelbagai keadaan tanpa sebarang undangan. Maka bertaubatlah sebelum pintu penerimaan taubat itu tertutup dikala ruh tiba di halkum.

2. Takut kepada Allah (taqwa)

Firman Allah maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa kepada-Nya dan janganlah kamu mati melainkan kamu menyerah diri ( kepada Allah s.w.t )." ( Surah Ali Imran ayat 102 )

Ya, ihsan memainkan peranan penting disini. Seolah-olah kita melihatNya dan Dia sentiasa mengawasi setiap tingkah laku kita. Sumbang langkah, sia-sialah segala amalan. Maka, atur langkah agar sentiasa di atas landasanNya.

3. Mahabbah (kasih sayang) sesama Mukmin.

Dari Muaz bin Jabal meriwayatkan, aku mendengar Rasulullah s.a.w. meriwayatkan hadis qudsi : Allah Azzawa Jalla berfirman yang bermaksud : "Orang-orang yang mencintai satu sama lain kerana kebesaran dan kemuliaan-Ku akan duduk diatas mimbar-mimbar nur pada hari qiyamat, (bahkan) nabi-nabi dan para syuhada akan beriri hati kepada mereka." (Hadis Riwayat Tirmizi)

Sayangilah keranaNya, di sanalah salah satu nikmat hidup di dunia fana ini. Nikmat persaudaraan yang terjalin indah tidak kira jauh atau dekat. Segalanya mungkin terjalin dengan izinNya, indahnya ukhwah. Maka, jangan dipersiakan ikatan yang tersimpul ini.

4. Zuhud - mengambil dunia sekadar yang perlu. Di dalam hati tiada kecintaan pada kehidupan di dunia. Zuhud yang sebenarnya adalah mengutamakan kehidupan akhirat dari dunia.

Firman Allah s.w.t bermaksud :"Tetapi kamu (orang-orang kafir) memilih kehidupan duniawi. Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal." (Surah Al-A’laa: 16-17)

Wahai dunia,
Segala yang tercipta ini milikNya,
Tiada satu pun milikku,
Hanya satu ku cari di dunia ini,
Ku cari redha Penciptaku,
Kerana janjiNya ku pasti,
Pasti terjadi tanpa mungkir.

5. Sabar - Bersabar dengan ujian dan dugaan daripada Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t maksudnya : "Sesungguhnya orang yang bersabar akan diberikan pahala mereka tanpa hisab" (Surah az-Zumar: 10).

Wahai diri,
Bersabarlah dengan segala aturan buatMu,
Dirimu diciptakan bukan sia-sia,
Untuk berbakti hingga hujung nyawa,
Sabar itu kurniaan buatmu,
Nikmat menuju tempat janji temu,
Bertemu dengan Pencipta Yang Agung.

6. Syukur - Melahirkan rasa berterima kasih kepada nikmat Allah s.w.t yang banyak diperolehi.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Siapa yang tidak bersyukur dengan pemberian yang sedikit, dia juga tidak akan bersyukur dengan pemberian yang banyak. Siapa yang tidak mensyukuri manusia, bererti dia juga tidak mensyukuri Allah. Memperkatakan nikmat Allah adalah tanda syukur, dan mengabaikannya adalah kufur. Berjemaah itu dirahmati, sedangkan berpecah belah itu mengundang azab."(Hadis Riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad)

Syukur. Kadangkala kita lupa untuk bersyukur, walaupun kita tahu semua ini daripadaNya, tetapi kita selalu lupa. Kenapa lupa? Kerana diri tidak mahu ingat, puas hati hanya sekadar tahu. Sedarlah diri, jangan kita lupa!

7. Ikhlas dan benar - Melaksanakan sesuatu amalan semata-mata kerana Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t maksudnya : "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu wahai Muhammad dengan membawa kebenaran,oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat kepadaNya."

Ikhlas punya rahsianya yang tersembunyi, sirrullah, rahsia Allah. Manusia hanya mampu berusaha dan menyerahkan segala amal ibadah itu untuk dinilai olehNya. Ya, manusia itu lemah, seringkali niat yang ikhlas itu lari disebabkan hadirnya rasa riak, takabbur dalam diri. Sedarlah diri, diciptakanmu daripada segumpal tanah.

Dirimu sebaik-baik kejadian, jangan disalahguna nikmat kurniaanNya. Kerana nikmat itu untuk kita mendekatkan diri kepadaNya, bukan lari jauhi Dia, lalai dengan dunia.

8. Tawakkal - sentiasa berserah diri kepada Allah s.w.t. setelah berazam, seterusnya diikuti dengan usaha.

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud : "Dan (ingatlah), sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya)."
(Surah al-Thalaq ayat 3).

Tawakkal menjadikan kita hamba yang bersyukur dengan segala kurniaanNya. Semuanya Allah sediakan, tetapi mengapa kita masih menzalimi diri kita? Mahu apa lagi?

Lemahnya diri ini..

9. Redha dengan Qadha' dan Qadar

Firman Allah lagi maksudnya : "Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (luh mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah ".(Surah Al-Hadid ayat 22)

Wahai diri, segala perjalanan hidup ini telah tertulis sejak azali lagi. Jalanilah dengan hati yang tenang mengingati Tuhanmu. Moga kelak temui jalan menuju kemuncak cinta Ilahi.

Allah berfirman maksudnya : "Tidak luput darpada pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarah di bumi atau pun di langit. Tidak ada yang lebih kecil dan tidak (pula) yang lebih besar daripada itu melainkan (semuanya tercatat) dalam kitab yang nyata (luh mahfuz). " (Surah Yunus ayat 61)

10. Mengingati mati - Merasai hidup di dunia ini adalah sementara dan di hari akhiratlah kehidupan yang kekal abadi.

Sabda Nabi saw bermaksud ” Sepintar-pintar manusia ialah orang yang sentiasa mengingati mati dan sentiasa bersiap sedia menghadapinya, mereka itulah orang yang bijaksana”.

Tiada apa yang kekal,
Mengapa perlu sombong,
Mengapa perlu meninggi diri,
Sedarkah itu hanya pinjaman,
Kelak dunia ni bakal ditinggalkan,
Yang dibawa hanya bekalan,
Bekalan pertimbangan,
Penentu tempat yang bakal dihuni,
Diduduki selama-lamanya.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Semoga kita sama-sama baiki diri untuk menjadi hambaNya yang tahu bersyukur. Jangan kita lupa, perjalanan hidup ini kelak akan terhenti. Lukisan hidup ini kita yang lukis, kita yang lakarkan sama ada memilih untuk lakaran yang baik atau sebaliknya. Lukisan dan lakaran diatas kerja lukisan itu punya peraturannya, jangan melebihi garisan, border-linenya.

Ya, hidup kita punya peraturan, syari'at yang perlu dipatuhi. Bukan segalanya boleh dilanggar. Di jalan raya juga ada peraturan, jika peraturan ini dilanggar. Tunggulah surat saman. Ya, kita mampu bayar. Tetapi 'saman' Allah merupakan azab pedih di nerakaNya, pedihnya tiada tandingan.

Berusaha, dan terus berusaha menjadi hamba yang terbaik :) Selamat mencuba, ayuh praktikkan. InsyaAllah.

Waallahua'lam.

16/10/2010 Selagi helaan nafas masih ada, ku akan gunakan masa ini sebaiknya. [walaupun kekadang rajin tidur, InsyaAllah, kuatkan azam kurangkan tidur] :)

InsyaAllah bulan Nov ku pulang ke pangkuan keluargaku. Bersama dia, buat aku gembira, dia kurniaan terindah, paling berharga buatku di dunia ini.

Ya Allah, kurniakanlah kesihatan yang baik buat dia. Isi segala kesunyian dia dengan ingatan padaMu. Aku sayang dia Ya Allah.

Biarlah tiket mahal, tiket mahal tidak akan menghalangku untuk pulang :) Si kepala batu memang begitu [Jadi tak pantun ni?]

Thursday, October 14, 2010

Y 342 : Tiga Segi

Assalamua'laikum wa rahmatullah,

Alhamdulillah, subhanallah wa alhamdulillah..

Hati tenang lihat awan di langit, putih :) berarak mengikut arah tiupan angin. Matahari bersinar menerangi setiap penjuru alam. Bulan menerangi di malam hari, membuat mata-mata ini terpukau melihatnya. Pepohon hijau bertiup, sekali sekala daunnya memantul cahaya indah ciptaan Ilahi. Buat hati tenang, mengingati Allah.

Cuba perhatikan.



Usah gundahkan jiwa yang tandus, usah kacau dek tempias hawa nafsu dan bisikan musuh utama yang sentiasa menunggu kesempatan lalai,alpanya makhluk Tuhan. Kuatlah wahai diri, wahai hati, wahai akal yang mengawal tingkah laku. Masa kan kita lupa, kekuasaan Yang Maha Pencipta? Penyerahan disertai dengan usaha meningkatkan kualiti dalam pengabdian kepadaNya itu lebih utama.

Hayya..taqarrub ilallah!

Hidup ini punya tuntutan, sesibuk mana kita sekali pun tuntutan itu sentiasa di atas bahu kita, untuk dilaksanakan. Tuntutan apa? Tuntutan melaksanakan amanah Tuhan, jua makhlukNya. Dalam melaksanakan tuntutan ini, asas utama dalam agama perlu sentiasa utuh untuk memastikan amanah itu kelak terlaksana tanpa melanggar peratuan (syari'at) yang telah di tetapkan. Juga penting memastikan amanah ini tidak mengundang kemurkaan Yang Maha Kuasa.

Asas utama?

Ya, asas utama iman kita. Perlu sentiasa di top-up, jangan tunggu hingga expired baru mahu top-up ya. Islam itu datang dahulu sebelum iman, kemudian kelak iman itu akan dituruti dengan ihsan. Berimankah kita?
Iman itu pula terbahagi kepada tiga dimensi,

Pertama, percaya sepenuhnya dalam hati ataupun tashdiq bil-qalbi

Kedua, mengucapkan kepercayaan itu dengan kata-kata sebagai pengakuan secara lisan iaitu qaul bil-lisaan

Ketiga, membuktikan kepercayaan dengan amal perbuatan melalui anggota badan iaitu amal bil-jawarikh
Cukupkah sekadar mengatakan, "Siapalah aku, tidak sebaik si Fulan. Si Fulan itu lengkap, semua tahu, iman mantap."

Adakah dengan kerendahan hati sebegini akan membantu kita?

Sampai bila, "Siapalah aku, tidak pernah belajar agama pun waktu sekolah dulu. Banyak main-main."

"Aku bukan budak sekolah agama. Mana tahu sangat tentang agama ni."

Adakah agama dipelajari sewaktu di sekolah sahaja?
Adakah hanya pelajar dari sekolah agama sahaja yang wajib mengamalkan suruhanNya?

Tidak!

Sampai bila mahu begini sedangkan Allah memberi kita peluang untuk mencari jalan keluar yang baik, pengakhiran yang baik. Allah beri pilihan, kenapa masih ragu-ragu?

Jawapannya sudah ada. Kita juga tahu apa jawapan yang betul. Tetapi kenapa masih mencari-cari jawapan itu? Kita punya pilihan.

Kita semua ada tuntutan. Tidak kira kecil atau besar. Untuk melaksanakannya memerlukan kesabaran. Juga ilmu, untuk lakukan apa jua sekalipun perlu ada ilmu. Ilmu boleh dicari, boleh dipelajari. Perlu sentiasa re-check diri agar selalu upgraded :) Activate our iman, express it!

Aku juga manusia biasa, makhluk Tuhan. Dahulunya selalu leka. Dahulunya juga akal ini hanya terhenti pada satu titik noktah. Dahulunya juga pernah sedih, pernah kecewa.

Mengaku makhluk Tuhan?

Ayuh bersama tingkat amalan, bersihkan jiwa daripada segala keraguan atas kekuasaanNya. Masih belum terlambat, Allah masih memberi kita masa ini. Adakah untuk dipersiakan?

Ya, Islam itu mendahului iman. Begitulah indahnya, ketika kecil kita diajar cara-cara mengerjakan solat, dididik menahan lapar dan dahaga di bulan Ramadhan walaupun pada masa itu kita tidak tahu apa-apa langsung. Zero! Kemudian, meningkat usia dengan bertambahnya ilmu, juga istiqamah dalam pengamalan, iman menyelinap masuk ke dalam hati. Dari hari ke hari, kekhusyukan itu pula mengambil tempat sehingga seolah-olah Allah melihat kita.

"Ihsan adalah kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihatNya. Walaupun kamu tidak dapat melihatNya, yakini Allah sentiasa mengawasimu." [Riwayat Bukhari dan Muslim]
Indah :)

Kalau dari kecil tidak diajar? Jangan khuatir, masih belum terlambat untuk belajar, kudrat Allah kurniakan bukan untuk perkara, hal-hal yang dunia sahaja. Jom belajar! Dah pandai pun, perlu belajar lagi, amalkan supaya tidak lupa, tidak tersalah.

Tetapi perlu juga beringat, jangan sesekali memandang rendah atau menghina mereka yang tidak faham agama. Faham sangatkah kita? Hidayah Allah itu milik semua, sesiapa sahaja boleh perolehinya, tidak kira kita minta atau tidak, sedar atau tidak. Pelita hidayah itu hanya milik Allah. Penyuluh di kala kegelapan, penunjuk jalan kebenaran. InsyaAllah.

Suka ingatkan bahawa hidup ini bakal tiba ke penghujungnya. KeMATIan itu pasti tiba tanpa diundang. Semoga kita sama-sama mendekatkan diri kepadaNya. Sucikanlah jiwa kita, semoga rasa indah hidup ini adalah semata-mata keranaNya.

Beruntunglah bagi orang yang menyucikan jiwa [Surah as-Syams : 9]
Islam..
Iman..
Ihsan..

Gabungan yang mantap!

Semoga hari ini lebih baik daripada semalam. Moga esok lebih baik daripada hari ini dan begitulah seterusnya. Pambaikan demi pembaikan dilakukan, hanya keranaNya. Masih belum terlambat untuk mulakan, gagal? Mulakan semula :) Jatuh, bangun semula.

Waallahua'lam.

15/10/2010 Jangan mudah mengalah, hidup bukan untuk itu. Rancang nak tulis pendek-pendek, jadi panjang lagi. Semoga tulisan ini dapat mengingatkanku selalu.

Top-up..walaupun sekarang dah pakai line :)

Tenang setenangnya melihat alam, bulan selalu menampakkan kewujudannya di atas muka bumi ini di malam hari :)

Wahai diri, kena lebih kuat bermujahadah, kelak tanggungjawab kian bertambah, perlu berusaha lebih. Kalau rasa malas, lawan dengan rajin. Mampukah?

:) Jom lawan malas, kurangkan tidur juga.

Mujahidah mana ada yang selalu tidur, kerehatannya bukan di dunia. Cuba, cuba lagi! Semoga Allah tunjukkan jalan, permudahkan segala urusan. Segala dengan izinNya.

:) Tiga segi -- bukan cinta tiga segi -- ia adalah ISLAM, IMAN dan IHSAN.

Tuesday, October 12, 2010

Y 341 : Buku

Assalamualaikum wa rahmatullah,

Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan.
Moga buku ini sebagai perantaraan ilmu Tuhan buat diri ini, alhamdulillah hari ini digenggamanku ada sebuah buku. Sempat capai sewaktu di Popular Delta Mall, Sibu :)

Ya Allah, kurniakan kami benih hidayah dan cahaya keimanan..



Menuai Hidayah Iman...Subhanallah indah tajuknya :)
InsyaAllah, mari manfaatkan segala yang ada.

Waallahua'lam.

Sunday, October 10, 2010

Y 340 : Buat Dia

Assalamualaikum wa rahmatullah,

Tujukan khas buat dia, pesanan bergambar daripada seorang sahabat ku terima semalam, khas buat dia. Di doakan dia agar dia sentiasa dilindungi Allah, diperkuatkan iman dalam memperbaiki amalan dan meningkatkan ketaqwaan kepadaNya.

Ya ALLAH, peliharalah hatiku. Jangan sampai aku mencuri imannya tanpa ku sedari. Ku mohon sungguh-sungguh ya ALLAH, kuatkan imanku dan imannya
Ini bukan ayat touching tetapi hanya doa buat dia.



Kadangkala yang salah itu jadi tanpa kita sedari. Kadangkala juga yang salah itu nampak betul pada pandangan kita sedangkan ia hanya mengundang kemungkaran ALLAH.

Apa yang penting? Jangan terus leka..beringat selalu.

Waallahua'lam.

10/10/10 Ku padam kilat-kilat kesan jejaknya, takkan tekan-tekan lagi. Tidak mahu jadi hamba yang tidak tahu bersyukur. Nau'zubillah. Doakan ummah seluruhnya.

Siapa dia? Dia imamku, walaupun aku masih tidak tahu siapa dia, kan ku doakan selalu :)

Saturday, October 9, 2010

Y 339 : Kenapa Tidak?

Assalamualaikum wa rahmatullah,

:) Hanya mampu tersenyum dalam segala hal. Senyumlah wahai hati, moga kembang subur bunga-bunga hiasan di taman larangan.

Jom praktik, muhasabah diri..

Jika virus dalam laptop, komputer seringkali kita update, KENAPA TIDAK DIRI INI?
Jika telefon bimbit sentiasa terisi, di top-up selalu, KENAPA TIDAK DIRI INI?
Jika perut lapar, pastinya sentiasa terisi, KENAPA TIDAK DIRI INI?



KENAPA TIDAK DIRI INI yang selalu diupdate dengan ilmu Ilahi,
KENAPA TIDAK DIRI INI yang di top-up dengan ibadah wajib dan sunat,
KENAPA TIDAK DIRI INI yang sentiasa terisi dengan mengingati Pencipta bumi,
Ya, tidak salah juga jika mengingati MATI,
Kerana hidup ini tiada yang abadi.

Jom kongsi 3 Sifat Ahli Syurga :

• Memaafkan orang yang melakukan kezaliman kepada kita.
• Bersedekah kepada orang yang bersifat bakhil.
• Membantu orang yang melakukan kesalahan kepada kita.

Di ambil daripada Kitab Tambihul Ghafilin.

KENAPA TIDAK?

Waallahua'lam.

9/10/10 Makin jelas, adakah pasti? Teruskan mencari rahsia yang tersembunyi. Satu demi satu dipersembahkan, adakah masih tidak mencukupi? [rahsia tersembunyi]

:)

Thursday, October 7, 2010

Y 338 : Atur

Assalamualaikum wa rahmatullah,

Langkah merancang kitaran,
Merancang laluan kehidupan mendatang,
Di corak dengan keindahan,
Keindahan sementara,
Dihias dengan kebahagiaan,
Kebahagiaan yang menipu,

Rancangan bersulam rasa,
Akhirnya binasa,
Beginilah jadinya,
Sentiasa beringat,
Akan segalanya bawah aturanNya,
Buat diri tenang,
Hikmah hidup berTuhan,
Tiada diulit kerugian,

Aturan yang tiada kepastian,
Aturan buatan manusia,
Aturan Allah itu pasti,
Pasti terlaksana pada waktunya,
Tiada diselami keraguan!

Waallahua'lam.

7/10/2010 Aku belajar lagi, bukan semua perancangan itu lancar pelaksanaannya. Ada yang akan terhenti selamanya. Tak mungkin yang indah itu berulang lagi.

Kata-kata dusta, tak mahu dengar lagi. Masa kan sanggup ungkap perkataan itu walaupun ada yang menanti di sana. Lupakan. Mahu sendiri! Batu sungguh! [Skrip sebuah cerita]

Tuesday, October 5, 2010

Y 337 : Jejak

Assalamualaikum wa rahmatullah,

Ya, dunia ini hanya berbentuk sfera. Tiada berpenjuru, tiada berpenghujung tetapi kehidupan makluk di atasnya hanya semetara, kelak masanya akan tiba untuk pulang kepada Pencipta.

Hari ini terima SMS daripada cikgu sekolah rendahku, dahulu dia mengajar di semenanjung, mengajar aku [tiada selesa guna aku, tak guna 'aku' dalam perbualan seharian] Bahasa Melayu semasa di tahun 5 :)

"Salam. Amal masih buat praktikal di Hospital Sibu kah?"

Balasku, "Setahun Amal praktikal di Sibu."

"Cikgu ada di wad materniti. Mengandung anak perempuan."

Balasku, "InsyaAllah, malam ni Amal pergi hospital. Jumpa di sana ya."

Subhanallah, wa Alhamdulillah :)

Allah ketemukan aku dengan cikgu, pendidik, murabbiku yang telah sekian lama tidak bertemu. Hampir 10 tahun. Dunia ini kecil, dengan izinNya pertemuan ini terjadi. Kebetulan aku kini sedang posting Obstetrics and Gynaecology [O & G -- segala hal kesihatan wanita] Kini setiap hari berhadapan dengan ibu-ibu,atau bakal-bakal ibu bagi yang pertama kali mengandung.

Muda-muda, ada yang sebaya denganku. Ada juga yang lebih muda dariku. Untuk menghormati mereka, ku panggil mereka 'kakak'. Janggal pula jika di panggil adik :)

Kembali ke kisah cikgu kesayanganku, semoga segalanya baik-baik ya cikgu :) InsyaAllah Amal datang ke majlis kesyukuran anak cikgu nanti.

Tekanan darah cikgu tinggi, sayu lihat cikgu. Moga Allah permudahkan cikgu melahirkan anak ke-3 nanti. Betul-betul, sangat-sangat rindu dia :) Wahai anak murid sekalian, hargailah pendidik kita. Nampak mata cikgu bersinar-sinar, gembira bertemu bekas anak muridnya.

Sebelum pulang, bertemu cikgu. Cikgu sedang baring, ku duduk di sebelah.

"Cikgu, Amal balik dulu ya. Esok InsyaAllah Amal datang lagi."
Suka lihat cikgu gembira :)

Cikgu..
Terima kasih kerana mengajar Amal :)
Allah, terima kasih kerana kurniakan aku pendidik seperti dia.

Ya Allah, permudahkan urusan dia. Dia pendidikku, banyak berjasa dalam agama ini.

Waallahua'lam

5/10/2010 Indahnya ukhwah ini! Ingat sampai bila-bila. Nak lekat entry ni guna gam gajah :)

Ku fikir-fikir dengan segala yang terjadi, Allah hanya izinkan cinta yang halal bagiku.
Kuat, tetapkan pendirian. Biar keras, tidak akan berulang lagi.

Sunday, October 3, 2010

Y 336 : Seni [Bah.2]

Assalamualaikum wa rahmatullah,

Alhamdulillah mari sambung lagi. STOP! Study dulu, mengantuk nanti penulisan akan diteruskan, InsyaAllah. Iktibar disebalik kisah, manfaat yang dicari. Semoga redha Allah iringi setiap bait kata-kata ini, InsyaAllah.

Dalam 15 minit itu cikgu Athirah berpesan, "Lukis cantik-cantik ya. Siapa lukis cantik-cantik, cikgu bagi hadiah." Selalu menggalakkan anak-anak muridnya.

"Apalah cikgu nak bagi ni. Best2.." Aman bermonolog sendiri tanpa didengari teman-teman yang lain.

15 minit berjalan, murid-murid tekun melukis. Melihat ketekunan mereka, cikgu Athirah menambah lagi 10 minit.

Masa tamat.

"Baiklah, mari kita lihat satu persatu." Cikgu Athirah meronda dari satu meja ke satu meja.

Bermacam-macam lukisan dilihatnya, bagi yang perempuan, lukisan disebelah kanannya banyak yang melukis bunga-bunga disebabkan di atas meja guru ada sejambak bunga hiasan di dalam pasu. Ada juga yang melukis jam tangan dan sebagainya.

Bagi yang lelaki, disebelah kanan kertas lukisan ada orang sedang bermain bola. Kebetulan kelas bersebelahan dengan padang, kebetulan juga ada pasukan bola sepak sekolah sedang berlatih.

Ada juga beberapa orang pelajar melukis gambar cikgu Athirah. Cikgu Athirah tersenyum :)




Disebelah kiri, ada yang melukis muka kawan yang tidak disukai di dalam kelas, ada yang melukis buku banyak-banyak yang menandakan banyaknya buku yang perlu dibawa ke sekolah setiap hari, ada juga yang melukis cermin mata sendiri. Al-maklum sahajalah kecil-kecil lagi perlu pakai cermin mata tebal :) Kasihan, rimas agaknya.

"Semua lukisan cantik-cantik. Tahniah. Semua akan dapat hadiah. InsyaAllah esok cikgu bawa ya." Kebetulan esok ulangtahun kelahiran cikgu Athirah, dari awal lagi bercadang ingin membelanja anak-anak muridnya ini.

"Anak-anak murid yang cikgu sayangi, kita perlu sedar bahawa melukis juga ada peraturan. Arahan cikgu supaya melukis diatas kertas lukisan. Tahniah! anak-anak patuhi. Arahan cikgu lagi di sebelah kanan dengan lukisan apa yang disukai dan sebaliknya di sebelah kiri. Tahniah! Semua ikut arahan cikgu. Cikgu kagum dengan ketekunan kamu semua, melukis dengan kesungguhan. Melukis juga perlu ada teknik.

"Hidup ini juga ada peraturannya, yang Allah telah tetapkan. Ada yang dilarang, ada yang perintahNya. Wajib kita patuhi."

"Sedar atau tidak anak-anak murid yang cikgu sayangi, bila cikgu kata ada hadiah, baru mula bersungguh-sungguh melukis. Semua mahu hasilkan lukisan yang terbaik. Begitu juga dengan kita sebagai orang Islam, setiap yang baik, diberi ganjaran pahala dan InsyaAllah di akhirat kelak bekalan pahala itu akan membawa kita ke syurga. Kita akan cuba buat yang terbaik, beribadah, bukan sekadar solat 5 kali sehari semalam tetapi lebih daripada itu. Bukan cuma ibadah wajib. Kita boleh berbuat baik dengan orang ramai, cikgu-cikgu, kawan-kawan."

"Ada anak-anak murid cikgu bersungguh-sungguh berbuat baik?" Soal cikgu Athirah.

"Ada!" Jawab Adi bersungguh-sungguh terserlah daripada yang lain.

"Bagus Adi bersemangat sungguh kamu ya."

"Kenapa cikgu suruh lukis 2 lukisan, kiri dan kanan?" Tanya Adi.

"Macam ini, di dunia ini ada yang akan kita suka dan tidak suka. Cuma nasihat cikgu, kita perlu tahu apa yang sepatutnya kita suka dan apa yang sepatutnya kita benci atau tidak suka. Adakah kita patut melukis gambar kawan-kawan kita di sebelah kiri?"

Ada yang cuba menyorokkan lukisan mereka. Malu-malu.

"Kita ada pilihan untuk suka dan benci tetapi perlu ada sebab untuk itu. Jika benci sebab dia pandai, sepatutnya kita cuba belajar daripada dia. Jika tak suka sebab dia gemuk, adakah kita sempurna sangat?" Masing-masing tengok badan sendiri.

"Semalam, Aman kata cikgu suruh bawa tangan. Tangan kan selalu kita bawa. Kenapa cikgu pesan macam tu?" Adi pelik dengan arahan yang itu daripada temannya Aman kelmarin.

"Selain tangan, kita boleh menggunakan kaki dan mulut juga untuk melukis. Cikgu berpesan sedemikian supaya sebelum ke sekolah kamu semak, semuanya sudah ada kah? Tengok tangan, dua-dua ada, nak pastikan tiada yang tertinggal."

:) tersenyum memanjang cikgu Athirah di dalam kelas.

"Cuba Adi lukis lukisan yang sama dengan menggunakan mulut atau tangan, samakah hasilnya?"

Adi mencuba.

"Tidak sama cikgu, tak cantik."

"Oleh itu, kita perlu bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah pada kita. Allah kurniaan tangan yang sempurna kepada kita. Untuk apa? Untuk berbuat kebaikan pastinya . Ada pernah lihat orang melukis dengan mulut atau kaki, mereka kurang upaya. Tetapi lihat lukisan mereka. Cantik bukan? Itu anugerah Allah buat mereka, bakat semulajadi. Maka, kita perlu sentiasa bersyukur dan gunakan setiap anggota kurniaan Allah ini untuk berbuat baik, beribadah kepada Allah."

Mereka angguk-angguk tanda faham.

"Ada yang malas berdoa lagi? Ada yang mahu tinggalkan solat lagi? Adakah kita mahu menjadi hamba Allah yang tidak bersyukur?"

"Tak..Tak mahuuu..." Mereka menyahut.

"Lagi satu, adakah kamu semua melukis untuk mendapatkan ganjaran atau memang bersungguh-sungguh melukis dengan baik dan mengikut arahan supaya melukis cantik-cantik? Ha..Ini kena tanya diri sendiri."

"Allah menganugerahkan pahala kepada mereka yang berbuat baik dan menyediakan syurga bagi mereka yang patuh dan taat dengan segala perintah dan laranganNya. Tetapi kita ingkar sebab kita tak nampak mana pahala dan syurga itu. Tetapi anak-anak murid sekalian perlu ingat hidup ini pasti akan ada matinya. Ingat setiap amalan kita akan ditimbang, disukat dan tiada yang tertinggal. Nasib baik tadi cikgu tak kata, siapa yang lukisannya buruk akan cikgu denda. Entah-entah ada yang kena."

:) Kata-kata tajam buat anak muridnya.

"Mahu pahala atau dosa, mahu berbuat baik atau jahat?"

"Mahu pahala...mahu berbuat baiiikkk..."
Sahut anak muridnya.
Susah juga menghasilkan sebuah kisah pendek. Alhamdulillah, akhirnya di sini. Cuba buat kisah lain pula lepas ni, InsyaAllah. Ambil iktibar dan manfaat sebab kadang-kadang kita lupa.

Ini versi kanak-kanak :) InsyaAllah versi dewasa penerangan disebalik kisah ini akan diterangkan nanti. Sesungguhnya Allah melihat kesungguhan kita, bukan hanya pada hasilnya.


Waallahua'alam.

4/10/2010 Terasa ingin duduk tepi pantai. Lihat langit dan laut membiru, bilakah ada peluang lagi? Menanti saat yang akan tiba..saat bertemu Pencipta.

Ingat akan MATI, kerana ia sentiasa menghampiri, kelak bakal mendampingi.

:) selalu!

Y 335 : 2005

Assalamualaikum wa rahmatullah,

Tekan-tekan papan kekunci laptop ke blog lama, tiba-tiba terasa rindu hendak ziarah ke sana semanjak sekian lama tidak jejak ke sana. Mula aktif berblog sejak 2005 rupanya, bukan sewaktu di matrikulasi. Sudah lebih 5 tahun menulis, tidak penat ke?

Macam-macam dah ditulis, ayat pun memang ayat zaman kanak-kanak. Pendekatan juga berbeza, ada yang macam ganas bila baca balik :) Moga lebih banyak yang bermanfaat daripada sia-sia, InsyaAllah.


Dulu warna blog --> merah jambu
Sekarang tak main merah jambu, main warna biru :)

Dulu style ayat --> kanak-kanak (tetapi ada juga yang seperti dewasa sangat)
Sekarang lebih berhati-hati dalam berbahasa.
Kerana bahasa itu indah, indah jika mengagungkan ciptaan-Nya.
Zikrullah, juga selawat kepada kekasih-Nya.

"Dahulu dan sekarang pastinya ada beza, tetapi hakikat hidup dan matlamat akhirnya tetap akan sama selama-lamanya. Tiada keraguan kerana akhirnya pastikan tiba tanpa diundang, bertemu kelak dengan Pencipta langit dan bumi, juga segala isinya"

Waallahua'lam.

3/10/2010 Nak sambung cerita, kesibukan mula melanda. Alasan? Hidup banyak alasan kan? Ubah!

Saturday, October 2, 2010

Y 334 : Seni [Bah.1]

Assalamualaikum wa rahmatullah,

Waallahua'lam siapa rajin ziarah blog yang tidak seberapa ini :) Who knows, they know. Hidup ini percaya atau tidak penuh dengan seni. Seni yang sungguh unik, mungkin kali ini mereka yang ingin memahami dapat menghayati :)

[ayat semakin berbunga-bunga]

[metafora dan personafikasi diaplikasikan]

Mari bercerita,
"Esok ada kelas pendidikan seni cikgu Athirah. Cikgu pesan suruh bawa sehelai kertas lukisan, water colour dan berus. Ha, cikgu pesan, jangan lupa bawa tangan untuk melukis nanti." Jelas Aman kepada Adi yang tidak hadir ke kelas semalam disebabkan demam selsema.

"Baik bos!" Balas Adi.

Aman sebagai ketua kelas diamanahkan untuk memberitahu sahabat-sahabat yang tidak hadir.

Keesokan hari menjelang..

"Assalamualaikum cikgu Athirah." Suara Aman bergema diikuti pelajar-pelajar lain.

"Waalaikumussalam semua. Apa khabar hari ini? Ada doa pagi-pagi? Semua solat Subuh pagi tadi?" Begitulah soalan harian dipagi hari. Mengingatkan pelajar-pelajarnya.

"Sihat, cikgu" Ada yang tersengih-sengih. Itu tanda lupa doa, lupa solat dan ada juga yang jawab dengan semangat. Cikgu Athirah amat memahami anak muridnya.

"Lain kali jangan lupa ya. Baiklah, keluarkan barang-barang yang cikgu pesan semalam. Hari ini kita akan melukis sambil berfikir." Arahan cikgu Athirah dipatuhi.

"Baik, sekarang lipat kertas lukisan itu kepada dua. Kemudian lihat sekeliling, disebelah kanannya, lukis benda yang kamu suka dan disebelah kirinya, lukis benda yang kamu benci. Cikgu bagi masa 15 minit ya. Sekejap lagi cikgu mahu tengok seorang-seorang punya lukisan."

Arahan diterima, saraf tunjang menerima impulse terus dihantar ke otak untuk diproses. Anak-anak muridnya terus bertindak dengan effector organ ciptaan Tuhan.


15 minit berjalan..



Tik tok..tik tok..
Bersambung :)
2/10/2010 Cerita ilham Tuhan. Bersiap sedia, mahu bergerak ke hospital malam ni. Sambut baby! InsyaAllah..seram. Sambut dengan kasih sayang ya :D

Friday, October 1, 2010

Y 333 : Hanya 2

Assalamualaikum wa rahmatullah,

Malam ini malam sabtu, beberapa hari lepas gatal tangan godek-godek blog sendiri. Baca tulisan sendiri, InsyaAllah menjadi inspirasi buat diri sendiri juga. Alhamdulillah sudah 4 tahun lebih menulis, ada sahaja perkara, cerita yang hendak di tampal dalam blog ni. Sebelum ni ada blog lain, lama guna blog yang itu hingga satu saat, rosak script HTMLnya sebab selalu ditukar-tukar :) Hingga lahir blog ini, sehingga ke hari ini.


Antara dua?

Ya, mahu terus menulis atau tidak? Itu juga pilihan, pilihan perlu dibuat dengan akhirnya satu keputusan diperoleh. Alhamdulillah hari ini, setiap jumaat ada usrah :) bicara hal pahala, dosa, syurga dan neraka.

Sekurang-kurangnya ada pengisian dalam kesibukan menuntut ilmu Tuhan. Biar bergetar hati ini, jangan dibiarkan layu. Hidup biar punya matlamat, niat biar tepat dan utuh agar akhirnya memperoleh redhaNya.

Antara dua..
Pahala atau dosa?
Syurga atau neraka?

Di mana ada kelahiran, di situ juga ada pengebumian.
Di mana ada kehidupan, di situ juga ada kematian.

"Dan sudah tentu mereka tidak akan mencita-citakan mati itu selama-lamanya, dengan sebab dosa-dosa yang telah mereka lakukan dan Allah sentiasa mengetahui akan orang-orang yang zalim itu." [Surah Al-Baqarah : 95]
Ya, kematian itu PASTI!
Samada hutang dosa itu dilangsaikan atau sebaliknya. KEMATIAN tetap akan berlaku.

"Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan)." [Surah al-Ankabut : 57]
"Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." [Surah Al-Munafiqun : 11]
Tiada siapa yang dapat lari, sejauh mana larian itu. Qada' dan Qadar Allah itu tetap akan terlaksana dalam apa cara sekalipun dengan izinNya. Mahu lari ke hujung dunia? Dunia ini tiada berpenjuru, tiada hujungnya. Hari pemusnahan akan tiba, runtuhlah segalanya. Langit yang kukuh kini kelak akan runtuh, bercantum keduanya, langit dan bumi.


Maka dibangunkan kelak di alam pengadilan. Berhimpunlah manusia-manusia dari setiap pelosok dunia, tanpa sebarang pengecualian. Maka bersedialah dengan bekalan yang dibawa bersama. Pahala atau dosa yang kita bawa?

Pahala dan dosa itulah bekalan kita.
Bukan harta yang banyak bertimbun..
Bukan juga pangkat dan jawatan yang tinggi..
Bukan juga sanjungan manusia..
Bukan juga pujian manusia..

Maka berhati-hatilah, kerana belum tentu amalan baik dipandangan manusia itu juga mendapat tempat, redha disisi Allah. Belum tentu ibadah kita mendapat tempat dalam penilaian pahala di sisiNya.

Mari muhasabah diri :) Jangan sesekali berputus asa dalam usaha membaiki diri. Dalam usaha mencari redhaNya. RahmatNya tidak akan pernah lari, sentiasa ada tetapi manusia itu yang melarikan diri daripada jalan yang telah Allah bentangkan buat hamba-hambaNya.

Waallahua'lam.

1/10/2010 Dapat satu idea. InsyaAllah ingin sekali membukukan penulisanku. Dengan izin Allah, aku akan usahakan. InsyaAllah. Sekurang-kurangnya bila ku tiada lagi, ku ada tinggalkan sesuatu untuk dimanfaatkan bersama.

Ya, hidup bersyariat menghasilkan hidup yang teratur :) Maka, patuhilah segala syariatNya.

Semalam, akhirnya ku lihat seorang ayah mendukung anak yang baru lahir, lalu diazankannya. Anak itu keluar dari rahim ibu yang melahirkan. Wajahnya bersih, mata masih tertutup. Semoga kelak menjadi anak yang soleh :) Amin.

Si ayah, bersedialah menjadi pemimpin, imam keluarga yang bertanggungjawab dan amanah kelak.

Suka cubit-cubit pipi baby baru lahir, lembut. Suka tengok baby lama-lama, no stress! Alhamdulillah :)

Y 332 : Ada Kuasa!

Assalamualaikum wa rahmatullah,

Cuba senyum sekarang. Lihat muka di cermin, alangkah indahnya ciptaan Tuhan. Kurniaannya hanya pinjaman tetapi kuasanya memang luar biasa.

Dengan senyum, penanda sedekah kita..
Dengan senyum, segalanya berubah ceria..
Dengan senyum, redanya hati yang gundah..
Dengan senyum, lupa segala duka..
Dengan senyum, lembut hati tenang suasana :)

Tengok cermin, subhanAllah indahnya ciptaan Tuhan. Satu-satunya ciptaan yang unik di atas muka bumi ini. Maka syukurilah sebelum terlambat, kerana masa penamat kita kian tiba bila-bila masa tanpa amaran.



Indah hidup dengan senyuman!
Waallahua'lam.

1/10/2010 Apa alasan tidak mahu senyum? :D

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

Blog Archive

 
Blogger Templates