Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Friday, May 30, 2008

Nasihat Imam Al-Ghazali

Assalamualaikum~

Jumpa lagi buat sahabat2 yang mengenali dan salam ta'aruf buat kawan2 yang mengunjungi blog nih..Entry kali ni nak berpesan-pesan akan nasihat Imam Al-Ghazali. Pintu-pintu syaitan masuk ke dalam hati :

1. Pintu marah dan syahwat.
2. Hasad dengki dan tamakkan keduniaan.
3. Kekenyangan makanan.
4. Kegemaran menghias diri dan rumahtangga.
5. Keinginan mengampu.
6. Gopoh dan tidak menyelidiki terlebih dahulu.
7. Harta dan wang ringgit.
8. Lokek dan takutkan kemiskinan.
9. Keterlaluan fanatik dan taksub kpd mazhab serta mendendam dan menghina.
10. Perbuatan memikir tentang zat dan sifat2 Allah dan perkara2 tanpa ilmu pengetahuan dan
di luar aqal fikiran.
11. Sangkaan buruk sesama kaum muslimin.

Rujukan:
Himpunan nasihat tokoh2 Islam sedunia oleh Zabidi Hj. Nawawi.

Cuba teliti satu per satu..mgkin lebih daripada satu ada dalam diri kita.Pasti akan kan? Jangan dinafikan sesuatu yang jelas. Jelas?? Ha! Maknanya ia boleh dibendung..pasti boleh. Peringatan buat diri sendiri juga..terutama bab makan tu =D Dalam peningkatan usia ni, kadangkala kita mudah alpa, lupa, lalai..kisah itu, kisah ini. Mari bersama kita perbaiki diri. Cuti o0o0 cuti, bila akan berakhir?? Tapi dalam masa yang sama, kalau boleh nk bawa mama sama2 study..hu3 tapi demi mama juga, amal pergi menuntut ilmu~ love u, mama!!!

Tuntutlah ilmu sampai ke hembusan nafas terakhir. Terngiang2 kata arwah ayahanda tercinta, "Try till you succeed" Ni msg yang pernah babah hantar =) "Belajar bersungguh-sungguh, biar dapat NO.1" Ingat selalu (dekat di hati...) Ni ada firman ALLAH yang saya kira dapat dimanfaatkan bersama =D

(Surah Al-Hijr : Ayat 99)

Maksudnya : dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang beriman. (Surah Al-I'mran : Ayat 139)

"Usah lemah dalam perjuangan, carilah kekuatan menghadapi semua ini dengan mendakapi iman di dada"

Waallahua'lam~

0 Buah fikiran:

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

Blog Archive

 
Blogger Templates