Kali ni nak kongsi ttg lagenda hidup..lagenda? tidaklah menarik tetapi ambillah pengajaran, mungkin jika kalian ada pengalaman yang sama, mungkin kita boleh bkongsi kisah dan cerita =) Bagi diri ini, SENYUM itu amat berkuasa dalam menyembuhkan kesedihan ibarat bekalan makanan ketika perang dan DOA sebagai senjata utama hadapi musuh ketat kita (tapi kadang2 kita terikut jugak kan, maka berhati2 lah saudara2 seagamaku!) Sejauh mana ketatnya musuh itu..hm, think it urself!
20/12/2004 - Amal disuspect hidap CANCER! nonsense, andaian doc mybe terlalu awal. Sejak akhir2 ni sebelum dimasukkan kedalam wad. Amal mmg x lalu makan, muka selalu pucat, berat badan turun mendadak, berpeluh dan rasa x sihat hanya di waktu malam. Kaki amal bengkak tanpa sebab waktu tu. Symptom ni berlalu 3 bulan sebelum masuk ke hospital. PMR?? lakukan seperti biasa kerana x rasa macam sakit. Sesungguhnya, ALLAH jualah yang memberi kekuatan itu padaku tanpa disedari. Alhamdulillah~
2 minggu amal menetap di wad (seronok..x juga) doc masih binggung sebab kes ni jarang terjadi. Tapi amal still nampak sihat cuma badan susut kot =) Semasa nak ambil result PMR, tpaksa minta kebenaran keluar sekejap sebab teringin nak ambil sendiri result tu. Alhamdulillah, mgkin kali ini rezeki amal. Next day, buat biopsi (mybe sejenis pmbedahan kecil..not sure) utk ambil tulang yang bengkak tu (for investigation and research) sebelum tu dah lalui X-Ray, MRI (Magnetic Resonance Imaging) mcm masuk terowong tu, CT Scan mcm masuk cincin yang besar (ingat lagi bentuk bnda tu, sakit gak nk masuk bnda tu...hu3) Itulah pengalaman yang bharga. Sakit atau tidak hanya ALLAH yang tahu.
Mulai itu, hidupku berubah..Terima kasih ya ALLAH. Sakit yang Engkau berikan banyak mmbantu diri dalam mmperbaiki diri yg lemah ini. Alhamdulillah. Selama setahun lebih amal berlawan dengan penyakit ini, Tuberculosis Osteomyelitis.
14/12/2006 - Sekali lagi..sepanjang dua tahun sebelum ni. Setiap 2 bulan ada check up di HKL dan Pusat Respiratori. Mamalah yang banyak berkorban..Terima kasih, mama! Sayang sangat2 dekat mama =D Sekali lagi, sebelum SPM, doc memaklumkn amal perlu melakukan sekali lagi pembedahan kerana bahagian tulang yg diambil dahulu masih berlubang (tulang x mahu tumbuh agaknya..kurang kalsium mgkin) Kali ni amal x rasakan apa2, x tahu kenapa (sedih, x juga..) Selepas smgu selesainya SPM, amal masuk wad lagi. Esoknya masuklah amal ke bilik pembedahan. Semasa diatas kereta sorong (hm, katil yang leh gerak tu..) doc kata, "Taknak salam mak ke?" amal angguk, mmg nak siapa taknak. Waktu tu, air mata bcucuran tak dapat ditahan. Sebelum ni amal mmg x pernah tunjukkan rasa sedih kepada mama amal. Cukuplah tanggung sendiri. ALLAH sentiasa disisi =) (doc tu saje je tau..tersedu2 org. Pastu doc tu pujuk pulak, he3)
Prosedur : Tulang di pinggang amal diambil sedikit untuk dimasukkan kedalam tulang kaki amal yang berlubang (biarlah fizikalku tidak sempurna, semua tu x penting lagi!)
Itulah pengalaman yang indah bila dikenang semula, amat bernilai =) tidak mungkin akan berulang dalam keadaan yang sama. Dengan itu juga, amal menjadi amala athirah hari ini. Inilah amal, mungkin pemikirannya agak berlainan but i'm still da same. Nakal tu takleh buang, harap kwn2 tak amik hati. Amal tetap amal..he3 =D
Ujian itu indah belaka jika dihayati setiap apa yang ALLAH ingin sampaikan kepada hambaNya. Jangan menyerah sebelum berjuang. Jika menyerah tentunya anda kalah, tetapi jika anda teruskan, tidak mustahil musuh dapat ditewas, halangan dapat ditempuhi. " ALLAH sesekali tidak akan membebankan makhlukNya kecuali yang berkemampuan"
Semoga 10 tahun akan datang, selepas amal membaca entry ni akan menjadikan amal lebih kuat (itu antara sebab amal blogging - kenangan di usia tuaku..bkn shj untuk diri sendiri, juga sahabat2 bagi bkongsi ilmu2 berguna). Kepada kawan yang sempat ziarah amal dekat hospital dulu. Syukran'alaik jiddan2! (termasuk sahabat baik amal! thanks a lot..moga ukhwah ini terus bkekalan) Especially to my MAMA too!
"Usah berputus asa, wahai sahabat kerana putus asa itu hanya membawa kepada gaung kebinasaan. Berusahalah kerana disana masih ada sinar harapan"
Waalahu'alam ~~<(@)
6 Buah fikiran:
salam...mmm, ujian yg enti (akhawat kn ni?) lalui, mmg mencabar, terutamanya pd usia tu. pahala sabar tu besar, asalkn x mengeluh bila diuji.
antara nikmat yg sering dilupai manusia, manusia sering lalai...nikmat kesihatan.
tp kita x leh lupa, ALLAH jgk uji hamba2NYA dgn nikmat lain, nikmat kesenangan. yg ni pn bahaya. ramai org gagal dlm ujian ni. dia x sedar, dia rasa mcm dekat dgn ALLAH,
padahal dia makin jauh dr ALLAH, sbb lalai dalam nikmat kesenangan, yg menyebabkn dia lalai dr mengingati ALLAH, ALKHALIQ.
ana suka sgt ayat kat bawah ni, dr sahabat ana, penguat hati meneguhkn jiwa dan iman tatkala diuji.
Sahabatku...
tenanglah dlm mengharungi setiap ujian drpdNYA
Kerana kau sdg berurusan dgn Zat yg Maha Berkuasa atas urusanNYA
Yg Maha Bijaksana atas hambaNYA,
Yg Maha Pengasih terhadap makhlukNYA
dan Yang Maha Indah dlm segala pengaturanNya.
~people-boxes~
Ujian ni hanya secebis daripada ujian dan rintangan yang dilalui oleh junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W..Habibullah =)
Maka, sebelum mengeluh..fikirkanlah adakah layak bagi kita bg itu sedangkn ujian yang ALLAH turunkan ini hanya sebahagian berbanding dengan nikmatNya yang melimpah ruah..sepatutnya kita bersyukur, janganlah kita tergolong dalam golongan yg tidak bsyukur, nauzubillah!
salam, amal.hehe.segan nak bgtau.amal dah pro,hehe.
btw, amal mcm mana skrg?sihat?
under treatment lg ke?dah lama tak contact amal kan.hurm.
atiqah!! hehe, alhamdulillah skrg sihat insyaALLAH..appoinment pun dah berakhir, insyaALLAH..ubat?? hehe, x perlu makan lagi..alhamdulillah, semua dah ok..skrg perlu fokus pada matlamat hidup utk dunia dan akhirat. atiqah, ble cuti? nnt leh kluar jalan2..hehe
erm..~ finally~
tahu gak ur prob..~
huhu~ mahzan tahu tp
x nak cita.. keke~
tak kesah~
amal mmg kuat..
all da besh;)
tu bukan probs actually..
bkn nk sembunyi..
tp dh blalu kan..
cuma kali ni cerita buat pngajaran =D
gud luck 4 becoming chem engineer!
Post a Comment