Salam takziah diucapkan kepada keluarga arwah Pak Anjang. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya di IJN pada kira-kira jam 1.30pm hari ini, 2 Jun 2008. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang2 yang beriman dan beramal soleh, InsyaALLAH. Mak Cik Yah, Kak Nawwar, Kak Sakinah, dan lain2 diharapkan tabahkan hati. Sesungguhnya daripadaNya kita datang, kepadaNya jua kita kembali.
Salam Takziah juga buat Pak Uda atas pemergian Mak Uda minggu lepas. Moga ditempatkan dalam golongan orang2 yang beriman dan teguh imannya terhadap ALLAH. Kesabaran diuji, kerana di sana jualah letakkan kelunakkan hati hambaNya yang akan lebih akrab denganNya, InsyaALLAH.
Di kesempatan ini juga, Salam Takziah buat keluarga Mak Long atas pemergian Pak Long pada awal Januari 2008. Moga rohnya dicucuri rahmat dan bersama orang2 yang beriman kepadaNya, InsyaALLAH. Sesungguhnya kita jua akan kembali kepadaNya, cuma masa yang tidak diketahui bila. Lebih indah apabila cinta mati daripada cintakan dunia.
"Kita bakal menyusul, bersediakah kita?"
Pemberitahuan. Email utama amal telah bertukar ke amalathirah@yahoo.com. Sesiapa yang nak add amal ke dalam YM kalian. Gunalah ID ini : amalathirah. Email lama masih digunakan tetapi bukan untuk YM dan bukan lagi yang utama. Make a revolution..mybe =)
Ingatkan mati ini kadangkala menghidupkan jiwa yang gersang. Membuatkan kita lebih mengenal Pencipta kita Yang Maha Berkuasa. Menambah azam dan tekad bagi menempuh saki-baki hidup ini untuk berbakti pada agama, tidak dilupakan kedua ibu bapa walaupun babah dah tiada lagi tapi pasti dia sentiasa ada di hati (dekat di hati..) Mission still incompleted..So, need to push harder! Push..push..push..InsyaALLAH, I'l do my very best! Ya ALLAH, permudahkanlah urusan dan jalan kami menuju redhaMu, kejayaan di dunia dan akhirat~
Waallahua'lam ~~(@)
0 Buah fikiran:
Post a Comment