Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Thursday, May 8, 2008

Penat+Letih+Lesu+Battery Low? (",)


Assalamualaikum ~~<(@)

=) moga hari ini dimulakan dengan senyuman. Ok tak gambar kat atas ni? Comel kan tapi agak ganas..Rupa tidak membawa apa2 makna dalam perjuangan. Yang membezakan kita disisi ALLAH hanya iman dan taqwa. Kena ingat ini selalu..Selain itu, perlu diingatkan (untuk diri sendiri juga...) tugas sebagai khalifah di Bumi ALLAH ini tidak pernah terlepas dari pundak kita semua. MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA. Tetapi cara yang betul yang menuju redha ALLAH, insyaALLAH akan menuju ke arah matlamat yang ditetapkan.

Pertama sekali, nak ucapkan selamat pulang ke KMPk kepada semua ajk orientasi matrikulasi sesi 2008/2009..curahkanlah segala ilmu yang kalian ada, serba sedikit pengalaman sebagai bekalan adik2 sesi ini. Adik2, dengar amanat dan wasiat abang2 dan kakak2 facy eh, akk x berpeluang tapi insyaALLAH akk akan sampai kesana nnt =D

Ni ada sedikit info yang nak dikongsi bersama. Al-maklumlah sepanjang cuti ni ralit menghabiskan bacaan dari buku yang dibeli semasa BOOK FAIR 2008 dkat PWTC. Tajuk buku ni : 47 Rahsia Pemulihan Tenaga Mengatasi Keletihan Harian..Actually, bagi saya ini bukanlah rahsia tetapi cuma kita yang jarang pratikkan. Btul tak?? Karya 'Abdullah Al-Qari b. Haji Salleh. 47 rahsia? Di sini, cukuplah rasanya dikongsikan satu-dua, insyaALLAH lebih.

  • Hendaklah menunaikan solat 2 rakaat.

Sesungguhnya ALLAH jualah yang mendatangkan letih dan kesukaran itu. Maka, kepadaNya jualah kita memohon. Tetapi disini timbul "Ala letihlah, nak dirikan solat pun macam tak larat je. Bagaimana hendak bangun solat, sedangkan saya dalam keletihan ni?". Persoalan ni sudah tentu menghantui kita kan? Jawapannya : "LAKUKANLAH IA MENURUT KEMAMPUAN, KEMUDIAN BERMOHONLAH KEPADA ALLAH"

Sewaktu membaca al-Fatihah, di ketika membaca ayat 5 dalam surah ini, yang bermaksud : "Kepada Engkaulah kami sembah dan kepada Engkaulah kami memohon pertolongan" (maaf, tulisan jawi masih diusahakan) Maka, pohonlah dalam hati hajat yang dikehendaki itu.

  • Perbanyakkan istighfar kepada ALLAH

Astaghfirullah al-'azim, ertinya : "Saya memohon keampunan daripada ALLAH yang Maha Agung". Ini adalah sependek2 istighfar. Mudahkan..apa lagi, cubalah!

  • Perbanyakkan membaca Hauqalah

La haula wala quwwata illa billah, ertinya : "Tiadalah daya dan tiadalah kekuatan itu melainkan dengan (daya dan kekuatan) ALLAH." (maaf tulisan jawi sedang diusahakan) Segala yang ada pada kita ini adalah milik ALLAH..kudrat, tenaga, hatta kebijaksanaan sekalipun datang dari yang Maha Esa. Ingat ni selalu ya, sahabat! (peringatan buat diri sendiri juga..)

  • Berdoalah

"Doa adalah senjata bagi seseorang mukmin (orang yang benar-benar beriman kepada ALLAH)". Hadith riwayat Al-Hakim. Hadith ini merupakan hadith sahih. Maka tidak syak lagi, (ayat macam dalam karangan SPM plk rasanya...) doa seorang mukmin itu mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Doa perlulah diiringi dengan hati yang ikhlas. IKHLAS? persoalan yang sukar dijawab. InsyaALLAH akan terangkan pd masa akan datang.

  • Hendaklah selalu berwudhuk

"Siapa yang berwudhuk dan mengelokkan wudhuknya, nescaya terkeluarlah segala kesalahan (dosa)nya daripada tubuhnya sehingga kesalahan-kesalahan yang keluar daripada bawah kuku-kukunya." Hadith riwayat Mulism. Sesungguhnya wudhuk itu sebenarnya dapat memberi kesegaran, seteruskan menghilang keletihan dan kelesuan.

Nampaknya bukan satu-dua. cukuplah dulu. Tapi yang penting, ikhlaskan diri. InsyaALLAH apa yang kita lakukan itu tidak sia-sia, bukan sekadar penat, letih semata-mata tetapi diberkati ALLAH serta bermanfaat untuk orang ramai, InsyaALLAH.

Soalan bonus..Cuti ni, apa yang best duk rumah? Jawapannya : MASAK! huhu (x sedap pun xpe..makan, rezeki! Apa2 pun ALLAH jangan dilupakan) Bagi yang baru menikmati cuti, SELAMAT BERCUTI dan SEMOGA CUTI KALIAN BERMANFAAT!

0 Buah fikiran:

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

Blog Archive

 
Blogger Templates