Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Friday, May 30, 2008

Nasihat Imam Al-Ghazali

Assalamualaikum~

Jumpa lagi buat sahabat2 yang mengenali dan salam ta'aruf buat kawan2 yang mengunjungi blog nih..Entry kali ni nak berpesan-pesan akan nasihat Imam Al-Ghazali. Pintu-pintu syaitan masuk ke dalam hati :

1. Pintu marah dan syahwat.
2. Hasad dengki dan tamakkan keduniaan.
3. Kekenyangan makanan.
4. Kegemaran menghias diri dan rumahtangga.
5. Keinginan mengampu.
6. Gopoh dan tidak menyelidiki terlebih dahulu.
7. Harta dan wang ringgit.
8. Lokek dan takutkan kemiskinan.
9. Keterlaluan fanatik dan taksub kpd mazhab serta mendendam dan menghina.
10. Perbuatan memikir tentang zat dan sifat2 Allah dan perkara2 tanpa ilmu pengetahuan dan
di luar aqal fikiran.
11. Sangkaan buruk sesama kaum muslimin.

Rujukan:
Himpunan nasihat tokoh2 Islam sedunia oleh Zabidi Hj. Nawawi.

Cuba teliti satu per satu..mgkin lebih daripada satu ada dalam diri kita.Pasti akan kan? Jangan dinafikan sesuatu yang jelas. Jelas?? Ha! Maknanya ia boleh dibendung..pasti boleh. Peringatan buat diri sendiri juga..terutama bab makan tu =D Dalam peningkatan usia ni, kadangkala kita mudah alpa, lupa, lalai..kisah itu, kisah ini. Mari bersama kita perbaiki diri. Cuti o0o0 cuti, bila akan berakhir?? Tapi dalam masa yang sama, kalau boleh nk bawa mama sama2 study..hu3 tapi demi mama juga, amal pergi menuntut ilmu~ love u, mama!!!

Tuntutlah ilmu sampai ke hembusan nafas terakhir. Terngiang2 kata arwah ayahanda tercinta, "Try till you succeed" Ni msg yang pernah babah hantar =) "Belajar bersungguh-sungguh, biar dapat NO.1" Ingat selalu (dekat di hati...) Ni ada firman ALLAH yang saya kira dapat dimanfaatkan bersama =D

(Surah Al-Hijr : Ayat 99)

Maksudnya : dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang beriman. (Surah Al-I'mran : Ayat 139)

"Usah lemah dalam perjuangan, carilah kekuatan menghadapi semua ini dengan mendakapi iman di dada"

Waallahua'lam~

Wednesday, May 28, 2008

Ceritera Pagi Hari

Assalamualaikum wbt ~~(@)

Rasulullah SAW bersabda : "Takutlah ghibah(mengumpat). Ia lebih buruk dari zina. Lelaki berzina lalu taubat, Allah menerima taubatnya. Sedangkan Allah tidak mengampuni orang yang ghibah(mengumpat) sebelum orang yang diumpat memaafkannya"

Hari ni nak berkongsi hadith yang dihantar oleh seorang sahabat YM, starish_as =) Syukran'alaik, ya ukht..sekurang2nya bila diletakkan disini, ia dapat menjadi panduan kepada kalian semua, insyaALLAH. Kadangkala, kita tidak boleh lari dari mengumpat kerana mungkin terlepas pandang atau sebagainya. Tetapi, kita mampu kawal diri kita daripada melakukannya. Jadikan istighfar sebagai benteng pertahan sementara diri. Waallahua'lam~

Semalam tamatnya riwayat Ayat-ayat Cinta The Movie, akhirnya..bisa juga ku abisin ceritera ini..he3 =D definitely same with da novel! Best la jugak..cuma kita dah tahu jalan ceritanya. Dah tahu penghabisannya. Hm, let's relate it! Adakah hidup ini kita tahu penghujungnya bila? Tidak tahu kan..Maka apa yang perlu kita lakukan? Kita perlu tamatkan kisah hidup ini dengan perkara2 yang manfaat, yang membawa kepada redha ALLAH. Biarlah 'ending'nya menggembirakan dan bukan menyeksakan. Faham kan? Fikir2kan lah~ (student sastera pn insyaALLAH, sure bleh phm kan..)

Hati batu? Adakah diri ini si hati batu? Uish, kata2 itu sebagai doa, nauzubillah min zalik. But mybe in certain part we must be..Biarlah, batu pun berguna kan..leh digunakan utk mempertahankan diri, hidupkan api didalam hutan. Tetapi sampai bila hati ini akan seperti batu..not sure for this. Wait n see..Siapa mampu bertahan, maka mampu baginya menghadapi kebal, keras dan dapat memecahkan batu ini. Ish, dah mula dah, berfalsafah pagi2 ni agak menggembirakan!

Pagi ni, sempat buatkan spaghetti utk abg2 yang hendak memulakan hari2 mereka. Sedap ke tak, abg ejat? Ok tak spaghetti tu, abg a? Sedap....(hu3, jawab sendiri la nampaknya) Get ready for the lunch! Wah, berwarna-warni eh..warna-warna kehidupan (",)

Monday, May 26, 2008

New-Look..Just the banner

Assalamualaikum~

Sekian kali, amal athirah menulis lagi..there's the new banner for my main blog. Baru je buat, masa yg dperuntukan x lama sgt (mybe...) ni di ibaratkn sbg second edition cz sblum ni dah buat utk makrifatulme.blogdrive..Bagilah komen apa yang patut. Hm, Juz nk share kata2 nih:

"Orang yang baik, bukanlah orang yang tak pernah melakukan kesilapan tetapi mereka adalah orang yang apabila melakukan sesuatu kesalahan, dia segera sedar dan berhenti melakukannya, kembali ke jalanNYA"

Tetapi, alangkah sedihnya, zaman ini..baik atau sebaliknya seseorang itu dilihat dan dinilai dari paras rupa, dr pandangan pertama..Jika bpakaian baik, maka baiklah org itu, jika sblknya..anda yang tentukan? Betulkah begitu? Sedarkah kita? Kadangkala kita tidak memberi peluang kepada mereka yang inginkan perubahan ke arah kebenaran. Sedangkan pintu maghfirah ALLAH itu sangat luas, sesiapa sahaja boleh berubah asalkan ada kemahuan. Pintu keampunanNya lebih luas daripada dosa2 yang pernah kita lakukan. Ubah perspektif diri ke arah yang lbh baik, dalam mencari redha ALLAH. InsyaALLAH~

Ni adalah sedutan perbualan dalam ym dengan seorang kawan di matrikulasi..Di suatu petang (petang tadi..)

(perbualan dijalankan tanpa mulut berkata2, hanya tangan yang bbicara)

cutter_xx : result cmna? bape??

amal_89z : alhamdulillah, biase2 aje. Adk la gtau dlu cz dlu akk yang gtau dlu. dpt bape?

cutter_xx : dlu adk yg gtau dlu.

cutter_xx : result trial SPM, result SPM, result sem1. Skrg akk gtau dlu.

amal_89z : mana ade..akk yg slalu gtau dlu.

cutter_xx : adk yg slalu gtau dlu.

(pergelutan berlaku tanpa melibatkan apa2 aksi dan tinbak balas berbalik)

amal_89z : 3.XXXXXXX ke?

cutter_xx : a'ah la tu..akk?

amal_89z : yela2, akk gtau. akk dpt 3.XX (sensor nih..he3) alhamdulillah..

amal_89z : result adk kira okla tuh. Congratez!

(perbualan diteruskan lagi...lagi...lagi)

amal_89z : .............................................(akan di isi kemudian)

cutter_xx : biasela dak pandai..

amal_89z : ish..biase2 aje la =) dia tu yg pandai..apply petronas plk tu

cutter_xx : mne ade..klau pandai, dah dpt 4 flat

amal_89z : x smstinya org pandai kne dapat 4flat. Pandai x pndai kita ditentukan 5 thn akan dtg (insyaALLAH) siapa kita pada masa tu..

cutter_xx : btul kak

** The moral of the story is never give up with ur life, bcause it might be changed if you really want to change it, willing to take risk. Dalam menuntut ilmu tu, dakwah dan tarbiyyah jangan dilupakan. Biarlah kedua2nya seiring mengikut arus..(kerjasama antara arus elektrik dgn bahan kimia, menghasilkan suatu tenaga yang dapat melakukan perubahan - wpun blainan cas, amazing!) Pandai atau tidak itu tidak penting, kita serupa..Semua mampu mengecapi kejayaan. Ayuh lakukan perubahan. Asalkan ada usaha, doa dan tawakal kepada ALLAH, insyaALLAH jaya menanti kalian!

Salah dan silap harap diteguri kerana segala kekurangan itu datangnya dari kelemahan diri ini. Ambillah segala kebaikan yang ada. Waallahua'lam~

Saturday, May 24, 2008

Ciri-ciri Keimanan ^-^

Assalamualaikum ~~(@)

Bersua lagi..rajin update skrg ni eh? Hu3..sementara waktu masih ada. Ni adalah ciri2 keimanan yang perlu kita pupuk dan revise slalu. Al-maklum shj lah, manusia mudah lupa. Tapi jangan pula kita buat2 lupa kerana itu akan menempatkan kalian dalam kalangan orang-orang yang rugi..Na'uzubillah min zalik! Senarai ini dipetik daripada karya U.Fathi Yakan, Bahtera Penyelamat. Ini adalah ciri-cirinya :

1. Al-Ta'ibun - orang2 yg sentiasa bertaubat
2. Al-'Abidun - orang2 yg beribadat
3. Al-Hamidun - orang2 yg bertahmid memuji kebesaran Ilahi
4. Al-Sa'ihun - pengembara2 di jln Allah
5. Al-Raki'un - orang2 yg bnyk ruku'
6. Al-Sajidun - orang2 yg sujud kpd Allah
7. Al-'Amiruna bil-Ma'ruf - orang2 yg menyuruh kpd Ma'ruf
8. Wa-yanhauna 'anil-Munkar - orang2 yg menghalang perkara2 Mungkar
9. Al-Hafizuna Li Hududillah - orang2 yg memelihara hukum2 Allah

Semoga kita tergolong dalam kalangan orang2 yang beriman. Insya-ALLAH, sementara masa masih ada, jangan kita lupa tanggungjawab yg senantiasa ada di pundak kita ni. Peringatan buat diri sendiri jugak..Be a FIRST CLASS PERSON in every aspect!

Ni adalah gambaran semasa Minggu Pengurusan Pelajar Baru Sesi 2008/2009, 12-16 Mei 2008 di Kolej Matrikulasi Perak =) Ni baru gelagat pelajar. Belum lagi gelagat AJK orientasi (AJKO) yang ala-ala keanak-anakan..he3, kalah adik2 tu. Kepada KMM008, akk harap adik ingat matlamat yang adik ungkapan hadapan akk n miss hani tempoh hari. Gud luck, moga sukses selalu =D


"Kejayaan itu bukan garisan penamat yang merupakan destinasi tetapi ibarat chekpoint yang berkehendakan kita meneruskan perjalanan" Renungkanlah...~

Waallahu'alam~

Thursday, May 22, 2008

Tentang Diri...10 S.U.K.A

Assalamualaikum, sahabat2..

Entry ni agak santai, mls nk lelapkan mata lagi..Suka? Apa den suko ek? Ni bukan waktu cuti shj tp spanjang masa. Mgkin agak pelik, or biasa2 aje. Tapi inilah hakikat :

SUKA makan (sejak duk rumah ni, inilah hobi seharian..he3, xpatut2)*
SUKA menghadap pc/laptop or seangkatan dengannya*
SUKA putih (fav colour)
SUKA berangan (ini semestinya tidak dapt dinafikan)*
SUKA goyang kaki (awatnya...)
SUKA berkawan (kadang2 ad sampai x ingat, d mana jmpa, d situ bkawan)
SUKA tidur (zZzZz...no komen)*
SUKA membaca (tgk buku jugak)
SUKA masak (sedap atau tidak..tidakku endahkan, cewah)
SUKA memerhati (lbh kurang mcm detektif..observer yg berjaya! Ni bahaya)

Kebanyakannya lagho kan? Hurm, apa nak buat..insya-ALLAH cuba ubah mana yang berkenaan..insya-ALLAH akan jadi ajko utk pengurusan pelajar baru PDT 2008/2009 Jun ni. Semoga mendapat tempat di U kelak, insya-ALLAH. Mohonlah kepada ALLAH, kerana sesungguhnya kepadaNya jua kita memohon pertolongan. Asalkan kita tidak berputus asa dengan ALLAH, maka ALLAH juga tidak akan putus asa dengan kita dengan permberian rahmahNya, insya-ALLAH~

Monday, May 19, 2008

Perhatian! x-student MATRIK 07/08...~

Pembetulan...Harap maaf =)
PERHATIAN!!!

Kepada semua pelajar matrikulasi 2007/2008, anda boleh menyemak keputusan peperiksaan akhir anda pada 22 Mei 2008 selepas jam 10 pagi secara online di
web site bahagian matrikulasi atau secara SMS dengan menaip MAK (jarak) No i/c, seterusnya send ke 33778. Harap Maklum.

Kepada rakan2 seperjuangan, semoga berjaya! Terimalah segalanya dengan hati yang terbuka kerana itu yang tbaik buat kita hambaNya yang lemah, yang perlu banyak memperbaiki diri. Kepada yang berjaya, alfoon mabruk'alaik. Kepada yang kurang berjaya, perjalanan kita bukan setakat di matrikulasi malah masih jauh. Teruskan usaha, insyaALLAH jaya menanti kalian kelak di dunia dan akhirat, InsyaALLAH~

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka> dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129

Waallahua'lam =) senyum sokmo!

Sunday, May 18, 2008

Seminar Persediaan ke IPT 2008/2009

Assalamualaikum~

Sudah smgu tak update blog. Alhamdulillah..akhirnya tcapai jua hasrat nak jadi ahli jawatan kuasa orientasi Minggu Pengurusan Pelajar Baru Matrikulasi 2008/2009 =) seronok dapat bkenalan dengan adik2.

Seminar Persediaan ke IPT 2008/2009 diadakan di UTM, Jalan Semarak. Bermula jam 9 pagi. Sedikit malangnya, x ramai yg hadir =( sedey je..tp byk juga pengetahuan yang dapat diambil. Pengalaman mengajar erti kehidupan yang lebih bmakna, d samping mengenali ALLAH yang Maha Esa. Kebaikannya, dapat berkenalan dengan kawan baru. Sesungguhnya ukhwah itu ada di mana2 tanpa mengmbilkira tempat dan masa. (mcm2 tlintas di pikiran) Yang penting tunggu result keluar dulu, 20 mei nih (seram dalam ketenangan..hu3)

Prof Dr Esah dan Encik Azhar amat ramah orgnya. Senang di ajak bborak, bbual..tak rasa janggal. Nice meeting u, prof! see u again. Myb i don't choose UTM for our further study..cz UTM courses more focus on engineering and tech. But I like UTM lecturer..friendly! Kepada adik ain semoga berjaya dlm setiap lapangan hidup ini! Moon, ingat amal slalu yeh..kepada yang lain2, wish u all the best. 20 MEI 2008...Result will comes out! wait for it. Ssungguhnya ukhwah ada d mana2, dan selalu ada =)

Image Hosted by ImageShack.us

Saturday, May 10, 2008

I'd Fall In Love..Really?

Aku telah jatuh CINTA! or in english we can say it as I'd fall in LOVE..ayat mantap nih! Boleh jadi tajuk lagu or tajuk drama bersiri or tajuk teater..wah3, sejak bila ni~

Betul ke amal? Dengan siapa? He3..(True or false? Who know me, will know the answer) No la! Jatuh cinta dengan manusia tu takdelah. Just want to share this pic. KEMPEN CINTAI ALLAH DAN RASULULLAH =) Mantapkan ukhwah, cintailah sahabat kerana ALLAH. Peliharalah ukhwah itu agar ia tidak tercemar dengan perbuatan yang mengundang kemungkaran ALLAH. Tajuk entry ni mmg takde kena mngena. Cuma sebuah TAJUK! =D

Hm, mngantuk pula rasanya. Baru balik dari SEMINAR PERSEDIAAN KE IPT sesi 2008/2009 di Universiti Teknologi Malaysia..InsyaALLAH akan diceritakan kemudian. Best! Ada kawan baru..later k?
see this...


Carilah cinta ALLAH, kerana disana cinta yang sejati dan hakiki. Tidak dapat ditukar ganti. Usah leka dengan cinta manusia yang belum tentu membawa ke syurga. Waallahu'alam ~~<(@)

Friday, May 9, 2008

Lagenda Hidup ~~<(@)

Assalamualaikum.

Kali ni nak kongsi ttg lagenda hidup..lagenda? tidaklah menarik tetapi ambillah pengajaran, mungkin jika kalian ada pengalaman yang sama, mungkin kita boleh bkongsi kisah dan cerita =) Bagi diri ini, SENYUM itu amat berkuasa dalam menyembuhkan kesedihan ibarat bekalan makanan ketika perang dan DOA sebagai senjata utama hadapi musuh ketat kita (tapi kadang2 kita terikut jugak kan, maka berhati2 lah saudara2 seagamaku!) Sejauh mana ketatnya musuh itu..hm, think it urself!

20/12/2004 - Amal disuspect hidap CANCER! nonsense, andaian doc mybe terlalu awal. Sejak akhir2 ni sebelum dimasukkan kedalam wad. Amal mmg x lalu makan, muka selalu pucat, berat badan turun mendadak, berpeluh dan rasa x sihat hanya di waktu malam. Kaki amal bengkak tanpa sebab waktu tu. Symptom ni berlalu 3 bulan sebelum masuk ke hospital. PMR?? lakukan seperti biasa kerana x rasa macam sakit. Sesungguhnya, ALLAH jualah yang memberi kekuatan itu padaku tanpa disedari. Alhamdulillah~

2 minggu amal menetap di wad (seronok..x juga) doc masih binggung sebab kes ni jarang terjadi. Tapi amal still nampak sihat cuma badan susut kot =) Semasa nak ambil result PMR, tpaksa minta kebenaran keluar sekejap sebab teringin nak ambil sendiri result tu. Alhamdulillah, mgkin kali ini rezeki amal. Next day, buat biopsi (mybe sejenis pmbedahan kecil..not sure) utk ambil tulang yang bengkak tu (for investigation and research) sebelum tu dah lalui X-Ray, MRI (Magnetic Resonance Imaging) mcm masuk terowong tu, CT Scan mcm masuk cincin yang besar (ingat lagi bentuk bnda tu, sakit gak nk masuk bnda tu...hu3) Itulah pengalaman yang bharga. Sakit atau tidak hanya ALLAH yang tahu.

Mulai itu, hidupku berubah..Terima kasih ya ALLAH. Sakit yang Engkau berikan banyak mmbantu diri dalam mmperbaiki diri yg lemah ini. Alhamdulillah. Selama setahun lebih amal berlawan dengan penyakit ini, Tuberculosis Osteomyelitis.


14/12/2006 - Sekali lagi..sepanjang dua tahun sebelum ni. Setiap 2 bulan ada check up di HKL dan Pusat Respiratori. Mamalah yang banyak berkorban..Terima kasih, mama! Sayang sangat2 dekat mama =D Sekali lagi, sebelum SPM, doc memaklumkn amal perlu melakukan sekali lagi pembedahan kerana bahagian tulang yg diambil dahulu masih berlubang (tulang x mahu tumbuh agaknya..kurang kalsium mgkin) Kali ni amal x rasakan apa2, x tahu kenapa (sedih, x juga..) Selepas smgu selesainya SPM, amal masuk wad lagi. Esoknya masuklah amal ke bilik pembedahan. Semasa diatas kereta sorong (hm, katil yang leh gerak tu..) doc kata, "Taknak salam mak ke?" amal angguk, mmg nak siapa taknak. Waktu tu, air mata bcucuran tak dapat ditahan. Sebelum ni amal mmg x pernah tunjukkan rasa sedih kepada mama amal. Cukuplah tanggung sendiri. ALLAH sentiasa disisi =) (doc tu saje je tau..tersedu2 org. Pastu doc tu pujuk pulak, he3)

Prosedur : Tulang di pinggang amal diambil sedikit untuk dimasukkan kedalam tulang kaki amal yang berlubang (biarlah fizikalku tidak sempurna, semua tu x penting lagi!)

Itulah pengalaman yang indah bila dikenang semula, amat bernilai =) tidak mungkin akan berulang dalam keadaan yang sama. Dengan itu juga, amal menjadi amala athirah hari ini. Inilah amal, mungkin pemikirannya agak berlainan but i'm still da same. Nakal tu takleh buang, harap kwn2 tak amik hati. Amal tetap amal..he3 =D

Ujian itu indah belaka jika dihayati setiap apa yang ALLAH ingin sampaikan kepada hambaNya. Jangan menyerah sebelum berjuang. Jika menyerah tentunya anda kalah, tetapi jika anda teruskan, tidak mustahil musuh dapat ditewas, halangan dapat ditempuhi. " ALLAH sesekali tidak akan membebankan makhlukNya kecuali yang berkemampuan"

Semoga 10 tahun akan datang, selepas amal membaca entry ni akan menjadikan amal lebih kuat (itu antara sebab amal blogging - kenangan di usia tuaku..bkn shj untuk diri sendiri, juga sahabat2 bagi bkongsi ilmu2 berguna). Kepada kawan yang sempat ziarah amal dekat hospital dulu. Syukran'alaik jiddan2! (termasuk sahabat baik amal! thanks a lot..moga ukhwah ini terus bkekalan) Especially to my MAMA too!

"Usah berputus asa, wahai sahabat kerana putus asa itu hanya membawa kepada gaung kebinasaan. Berusahalah kerana disana masih ada sinar harapan"

Waalahu'alam ~~<(@)

Thursday, May 8, 2008

Penat+Letih+Lesu+Battery Low? (",)


Assalamualaikum ~~<(@)

=) moga hari ini dimulakan dengan senyuman. Ok tak gambar kat atas ni? Comel kan tapi agak ganas..Rupa tidak membawa apa2 makna dalam perjuangan. Yang membezakan kita disisi ALLAH hanya iman dan taqwa. Kena ingat ini selalu..Selain itu, perlu diingatkan (untuk diri sendiri juga...) tugas sebagai khalifah di Bumi ALLAH ini tidak pernah terlepas dari pundak kita semua. MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA. Tetapi cara yang betul yang menuju redha ALLAH, insyaALLAH akan menuju ke arah matlamat yang ditetapkan.

Pertama sekali, nak ucapkan selamat pulang ke KMPk kepada semua ajk orientasi matrikulasi sesi 2008/2009..curahkanlah segala ilmu yang kalian ada, serba sedikit pengalaman sebagai bekalan adik2 sesi ini. Adik2, dengar amanat dan wasiat abang2 dan kakak2 facy eh, akk x berpeluang tapi insyaALLAH akk akan sampai kesana nnt =D

Ni ada sedikit info yang nak dikongsi bersama. Al-maklumlah sepanjang cuti ni ralit menghabiskan bacaan dari buku yang dibeli semasa BOOK FAIR 2008 dkat PWTC. Tajuk buku ni : 47 Rahsia Pemulihan Tenaga Mengatasi Keletihan Harian..Actually, bagi saya ini bukanlah rahsia tetapi cuma kita yang jarang pratikkan. Btul tak?? Karya 'Abdullah Al-Qari b. Haji Salleh. 47 rahsia? Di sini, cukuplah rasanya dikongsikan satu-dua, insyaALLAH lebih.

  • Hendaklah menunaikan solat 2 rakaat.

Sesungguhnya ALLAH jualah yang mendatangkan letih dan kesukaran itu. Maka, kepadaNya jualah kita memohon. Tetapi disini timbul "Ala letihlah, nak dirikan solat pun macam tak larat je. Bagaimana hendak bangun solat, sedangkan saya dalam keletihan ni?". Persoalan ni sudah tentu menghantui kita kan? Jawapannya : "LAKUKANLAH IA MENURUT KEMAMPUAN, KEMUDIAN BERMOHONLAH KEPADA ALLAH"

Sewaktu membaca al-Fatihah, di ketika membaca ayat 5 dalam surah ini, yang bermaksud : "Kepada Engkaulah kami sembah dan kepada Engkaulah kami memohon pertolongan" (maaf, tulisan jawi masih diusahakan) Maka, pohonlah dalam hati hajat yang dikehendaki itu.

  • Perbanyakkan istighfar kepada ALLAH

Astaghfirullah al-'azim, ertinya : "Saya memohon keampunan daripada ALLAH yang Maha Agung". Ini adalah sependek2 istighfar. Mudahkan..apa lagi, cubalah!

  • Perbanyakkan membaca Hauqalah

La haula wala quwwata illa billah, ertinya : "Tiadalah daya dan tiadalah kekuatan itu melainkan dengan (daya dan kekuatan) ALLAH." (maaf tulisan jawi sedang diusahakan) Segala yang ada pada kita ini adalah milik ALLAH..kudrat, tenaga, hatta kebijaksanaan sekalipun datang dari yang Maha Esa. Ingat ni selalu ya, sahabat! (peringatan buat diri sendiri juga..)

  • Berdoalah

"Doa adalah senjata bagi seseorang mukmin (orang yang benar-benar beriman kepada ALLAH)". Hadith riwayat Al-Hakim. Hadith ini merupakan hadith sahih. Maka tidak syak lagi, (ayat macam dalam karangan SPM plk rasanya...) doa seorang mukmin itu mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Doa perlulah diiringi dengan hati yang ikhlas. IKHLAS? persoalan yang sukar dijawab. InsyaALLAH akan terangkan pd masa akan datang.

  • Hendaklah selalu berwudhuk

"Siapa yang berwudhuk dan mengelokkan wudhuknya, nescaya terkeluarlah segala kesalahan (dosa)nya daripada tubuhnya sehingga kesalahan-kesalahan yang keluar daripada bawah kuku-kukunya." Hadith riwayat Mulism. Sesungguhnya wudhuk itu sebenarnya dapat memberi kesegaran, seteruskan menghilang keletihan dan kelesuan.

Nampaknya bukan satu-dua. cukuplah dulu. Tapi yang penting, ikhlaskan diri. InsyaALLAH apa yang kita lakukan itu tidak sia-sia, bukan sekadar penat, letih semata-mata tetapi diberkati ALLAH serta bermanfaat untuk orang ramai, InsyaALLAH.

Soalan bonus..Cuti ni, apa yang best duk rumah? Jawapannya : MASAK! huhu (x sedap pun xpe..makan, rezeki! Apa2 pun ALLAH jangan dilupakan) Bagi yang baru menikmati cuti, SELAMAT BERCUTI dan SEMOGA CUTI KALIAN BERMANFAAT!

Sunday, May 4, 2008

Kafir..Kenapa mengkafirkan?!

Assalamu'alaikum pembuka bicara hari ni..

Dua hari yang menarik..sabtu dan ahad =) Nak juga kongsi serba sedikit aktiviti sepanjang dua hari ni.

Sabtu - Amal, Zati, Haliza & Shafini hang out together to TS. Juz walking around tapi bukan utk cuci mata. Ukhwah perlu dibina, saja main bowling..he3. tak reti pun & tak pernah main..main campak+baling+lontar, sume ada..bo0o0o0mm! amal baling (baling ke..throw) bola tuh (9kg..hu3) tapi..bola tu amal sedekahkan ke dalam longkang. maybe takde bakat dalam bidang nih (now's da tyme to try da new arena..he3) Then, teman kawan beli kasut..wah3, pandai depa mmilih (eden takde sense nk beli kasut, bnda2 lain ni..dunno why - malas kot or mmg x reti). Lastly, havin' a luch at KL sentral =D Moga ukhwah bkekalan~ (p/s: shbt2 matriks, bila nak keluaq sama2???!)

Ahad - Karnival sukan Alumni (SPex). Akhirnya, jawatankuasa alumni dibubarkan. Maka berakhirlah tugasku =B tapi akan terus bagi sokongan dekat alumni sekolah. Harap dapat bantu adik2 dalam proses mhadapi peperiksaan nih. Jumlah kutipan hari ini : RM 4XX.00.. alhamdulillah, harap dapat digunakn ke arah yg bmanfaat o_o

Inilah hari-hariku..insyaALLAH lps ni kne lebih mantapkn perancangan, masa inilah masa yang paling ssuai utk mmbaiki diri..lepas ni? bila lagi kan??





HERE, the main thing that I want to share with my blog visitors. I wanna share one hadith (Sabda junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W) :

Daripada Umar R.A, daripada Rasulullah S.A.W, sabdanya: "Bila seseorang itu mengkafirkan saudaranya, maka jadilah (hukum kafir) itu dengan salah seorang daripada keduanya."
(Hadis Riwayat Muslim)


Rasulullah mengingatkan bahawa apabila blaku ptuduhan di kalangan umat Islam dgn kkufuran antara satu sama lain, maka pastilah kkufuran itu akan tkena antara mereka sama ada yang mnuduh atau yg dituduh. Oleh yg demikian, tuduhan kafir mkafir ini amatlah dilarang (larangan keras tau...) dalam agama. Janganlah kita termasuk dalam golongn yang sering kafir mkafirkan ni.

Tepuk dada, tanya iman. Adakah kita layak mnentukan tahap iman dan ketaqwaan seseorg itu? Sedangkan kita hanya manusia biasa yang sering tdedah dgn dosa dan noda. Sedangkan lidah lagi tergigit. Sedangkan lidah yang tdk bertulang itu boleh tgigit, apatah lagi anggota yang besar luas pmukaannya ni. Bebas mlakukan kesilapan sekiranya tidak dikawal.

Dengan mengingati ALLAH, insyaALLAH segala tindakan anggota dan hati kita akan terkawal. Zikrullah itu indah jika diamalkan dan istiqamah dalam mlaksanakan. Oleh itu, moga zikrullah ini mampu mjadikan kita ummah yang senantiasa bsyukur dgn nikmat dan rahmatNya. Moga juga mampu mngatasi gelodak hawa nafsu dikala muda ini (Ingatlah sentiasa, nafsu tidak akan puas wpun umurmu meningkat, saudaraku) Perangi habis-habisan! InsyaALLAH~

Waallahu'alam --<(@)

Thursday, May 1, 2008

Life For A Year - Part III

Assalamualaikum.

Ni nak kongsi cmne jadual dekat matrik..tp x semua matrik pakai jadual yang sama. Sedikit persamaan tu mybe ada =) secara umum nih~

Jam 0600 - Bangun! Solat subuh..( kekadang awal, lewat tu jarang2..tgk kul bape tido) Kalau boleh, amalkn baca yassin pagi atau al-ma'thurat (moga dpermudahkan perjalanan hari2 anda)

Jam 0745 - Gerak! Bgerak ke dewan kuliah/ bilik tutor/ makmal/ bilik peperiksaan. Agak jauh..cz kolej kediaman P1 mmg paling jauh dari tempat2 tu =) tp xpe..jalan jangan x jalan..he3

Jam 0800-1300 - Lacture tyme! (based on schedule) Masa mnuntut ilmu..no rest!

Jam 1300-1400 - Ni waktu rehat..solat Zohor (makan kalau lapar n bkesempatan)

Jam 1400-1600 - Kembali menuntut ilmu daripada lecturer yang mantap, insyaALLAH. "Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China".

Jam 1600-1800 - Free! Buatla ape yg disukai..makan, belek2 buku (solat jangan lupa~) Kadangkala ada kelas tambahan or lecture..depends on that certain lecturer.

Jam 1900-2100 - At al-Maghfirah, insyaALLAH. The best place in KMPk =) kadang2 ada lecture cz nk abiskan silibus..hu3.."Difficulty and obstacles will teach us how to undergo this life".


Jam 2100-0000 - Study...study...study. Kalau penat, rehat jap (makan2, minum2..he3). Pastu, ngantuk, then..sleep tyme! Qiam bagi yang mampu..kerana itulah yang baik bagi kamu.





Beginilah hidupku di matriks sehari-hari. Sem2 ada kokurikulum, so, agak busy sikit bbanding dengan sem1..kelab olahraga?? itulah kelab yang mnjdi pilihan hati..hu3 (actually, xde pilihan..rela dalam paksa) Bnasib baik, pensyarah penasihat, Mr Ganesan baik..banyak bg tunjuk ajar & takde la paksa2 sgt dlm aktiviti olahraga tu (juz enjoy..have fun!). Antara aktiviti2 best sebagai setiausaha kelab olahraga:

  • Mendaki Bukit Kledang, Ipoh (den capeq...lagi setapak nak sampai ke puncak, tetapi ALLAH lebih mengetahui tahap kemampuan diri ini) At least, dapat sampai ke atas walaupun tinggal lagi satu level nak sampai ke puncak.
  • Mengendali TREK EKSPLORASI MINDA 2008. Banyak halangan perlu tempuh..dengan pengerusi (yang agak muda..muda ke? so, pikiran pun gak muda..hu3..maaf, pengerusi) ahli kelab mmg best..full comitment! Akhirnya, semua berjalan spt yang d rancang.
  • Hangout! Main bowling dengan ahli kelab di Jaya Jusco, Ipoh. Tapi waktu tu hormon x stabil..hu3 (pengerusi r nih..tensen den!) So, x main =(

Selain study..study n study, ada gak aktiviti lain spt Karnival Sukan Kolej, Jualan Mesra Rakyat, Hari Serikandi, U.N.G.A, Pertandingan2 sempena Hari Kemerdekaan, Sambuatn Ma'al Hijrah, Sambutan Maulid Nabi S.A.W dan banyak lagi.

Jualan Mesra Rakyat - I'm involved! Best..dapat cipta skill baru memasak tapi kuali besar, api dapur pun kena besar...berhaba!!! tolong2..he3 (Ingat! azab di neraka nnt bukan setakat berhaba tetapi berapi..paham kan? pandai!) Sampai sekarang yang masih d praktikkan adalah KEK BATIK..he3. Selain tu dapat belajar kerja berpasukan..Ukhwah harus mantap!

Hidup di matriks bukan study semata-mata sebenarnya tetapi banyak aktiviti lain yang membawa kepada pembaikan diri yang membawa manfaat kepada diri dan rakan2 seperjuangan. InsyaALLAH. Maybe ada yang berpandangan, pelajar yang masuk U lebih baik dari masuk matriks. Statement ni subjektif, terpulang kpd siapa yang menilai. Pelajar matriks juga akan masuk U. So, it's the same, right?

Tidak kira anda belajar dimana. Sama sahaja. Bergantung pada diri anda dan sejauh mana anda yakin dengan janji2 ALLAH. Janji2 ALLAH itu pasti. Menuntut ilmu itu bukan terletak pada hebatnya pensyarah itu, bukan pada gahnya universiti itu. Tetapi terletak pada diri kita, bakal menjulang nama agama kita, bangsa juga kita jualah yang akan menjadikn sesebuah universiti itu terkemuka dengan izin ALLAH. Usah memandang dgn mata yang buta, usah mendengar dgn telinga yang tuli.

Try to enhance urself before u try to change others. Obstacles will come and go at anytime, juz strive the way to approach the star upon the sky. Keep the star..not just achieve it and let it go..hu3. What kind of language I use..Is't broken language? Let it be..hu3 =D

Waallahu'alam. I need ur comment to improve my writing here..tegurlah, teguran amat dialu-alukan. Syukran 'alaik =) Senyumlah selalu walaupun ia tidak semanis madu, tetapi itulah pengubat luka hati. (ayat..he3..)

Yang baik itu datangnya dari ALLAH, segala kekurangan datangnya dari kelemahan hamba ALLAH yang lemah ini. Perbetulkanlah yang mana tidak.

Waallahu'alam.
 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

Blog Archive

 
Blogger Templates