Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail
Showing posts with label Diri. Show all posts
Showing posts with label Diri. Show all posts

Tuesday, December 15, 2009

3 + 2

Assalamualaikum,



Walaupun tak dapat balik..
Harap dapat hantar bayang-bayang pun jadilah :)



Dua orang hero dalam hidupku selepas arwah babahku..
Kalian akan mendirikan masjid tidak lama lagi..
Tahun hadapan? Insya-ALLAH :)

Kami hanya 3
Tinggallah adikmu ini sendiri..
Tiada tempat bergurau senda..
Hehe..mama kan ada!

Kak Mira & Kak Noni..
Selamat mengenali keluarga kami!

Mama, rindu mama ni!
Lepas exam block ni amal balik!
Ummu Naasih, see u there too!

Sebagai penamat entry kali ini, alangkah baiknya dapat berkongsi sesuatu walaupun sedikit, semoga bermanfaat buat bekalan menjalani hari-hari mendatang ini. Dalam hadith Nabi S.A.W diriwayatkan bahawa sahabat bertanya:
"Apakah amalan yang paling disukai oleh Allah Taala?"

Baginda menjawab: "Sembahyang pada waktunya."

Sahabat bertanya lagi: "Selepas daripada itu?

Baginda menjawab: "Berbuat baik kepada kedua ibu bapa."

Sahabat bertanya pula: "Berjihad fi sabilillah."
Abdullah Ibn Amru telah berkata: "Seorang lelaki telah datang kepada Nabi S.A.W untuk berbai'ah dan berhijrah, sedangkan ia meninggalkan ibu bapanya menangisi pemergiannya."

Kemudian Rasulullah bersabda: "Pulanglah kamu dan gembirakanlah mereka berdua sepertimana engkau telah membuat mereka menangis." (Riwayat Bukhari)

Ya! Menuntut ilmu itu satu jihad. Berda'wah itu satu jihad. Tetapi jangan dilupa pada satu perkara di mana tempat pembaktian kita yang sebenarnya selepas ALLAH. Kita sanggup pergi usrah, berjemaah tanpa pulang ke rumah pada waktu cuti, pergi makan angin bersama kawan-kawan, ianya tidak salah cuma pastikan restu ibu bapa itu bersama-sama kita di mana sahaja kita berada. Gembirakanlah hati mereka di kala kesempatan yang ada ini.

Berhubunglah selalu. Zaman canggih serba moden, banyak kemudahan tersedia. Telefon, internet, chatting room, hantar surat pun boleh :) Tiada alasan lagi kan?

Tanpa mereka siapalah kita..ALLAH kurniakan ibu bapa yang terbaik buat kita. Usah kita persiakan. Waallahu'alam.

16/12/2009 Pada 26/12/2009 abangku yang ke-2 akan bertunang. Semoga rumahtangga yang akan dibina kelak berkekalan hingga ke akhir hayat dan senantiasa di bawah lembayung rahmat-Nya, Insya-Allah :)

Friday, July 17, 2009

Basic Finance

Assalamualaikum,

Al-kisahnya semalam, belajar BASIC FINANCE. Dahsyat! Tak disangka-sangka akan ambil course ni sebagai course pelengkap. Berlawanan dengan apa yang akan amal belajar sepanjang 5 tahun di Sarawak ni. Sudah sebulan lebih di Sarawak sejak sesi pembelajaran tahun 2 bermula. CNS? Block yang paling susah bak kata kakak-kakak senior.

InsyaALLAH kejap lagi nak pergi CPC. Gunakan masa dan waktu terluang. InsyaALLAH malam ni ada mesyuarat UPPS (Unit Perwakilan dan Pengurusan Surau) Perubatan di surau selepas isyak untuk membincangkan muktamar agung.

Lupa sering dikaitkan dengan kelalaian manusia. Tetapi sedarkah kita bahawa lupa itu merupakan satu keperluan dalam hidup kita. Sedarkah? InsyaALLAH malam ni amal akan hurai berkenaan dengan hal ini. Actually, perkara ini ada dihuraikan oleh kak Nadrah a.k.a kak Cak sewaktu usrah tengahari tadi. InsyaALLAH.

Nak berehat sebentar. Sahabat-sahabat dan pembaca-pembaca yang rajin singgah, tinggalkanlah komen dan pendapat anda. At least, kunjungan anda ke blog ini diketahui. Maaf, sudah jarang menaip disebabkan kesibukan yang tidak dapat dielakkan (sibuk?? alasan..) InsyaALLAH akan cuba menaip perkara-perkara yang bermanfaat buat semua. Entry malam ini..LUPA VS ALPA

Kalimah indah tersusun bicara,
Bertemu kelak di lain kalam,
Hidup didunia janganlah alpa,
Kelak diri akan tenggelam.

Suka pantun. Orang berbudi kita berbahasa =)
[Jumaat : 17/7/2009]

Tuesday, July 14, 2009

Buat adik-adikku..

Assalamualaikum,

Dalam kegelapan, malam ni xdapat nak fokus study sbb lebah datang menyerang. Semua pelajar dibenarkan masuk ke dalam rumah masing-masing tetapi dilarang memasang lampu. Patuh pada arahan, sekiranya tidak tanggung sendiri akibatnya. Gelap......pedih mata mengadap laptop.

Alhamdulillah dapat satu idea. Kalau perintah manusia boleh kita patuhi, kenapa tidak perintah ALLAH? Jika kita melanggar perintah ALLAH, tunggukan tiba saat dan waktunya, azab seksa yang akan kita tanggung. Semoga dijauhkan azab seksa tersebut dan dihindari daripada perbuatan yang membawa kemurkaanNya.

Buddy? Semasa orientasi, pelajar-pelajar baru diagihkan mengikut system buddy. Apakah system ini? =) Sendiri pun tidak berapa pasti. Yang pasti, ingin membantu adik-adik yang baru masuk supaya tidak terkena culture shock (atau lebih baik lagi jika disebut study shock). Sekarang amal ada 2 orang buddies, dua-dua comel (buddy yang baca, anggap sahaja ini gurauan). Nama mereka ABU ZARIN ZAHARI dan NINA SYAZANA RAHMAT. Kami bertiga anak bongsu! (betul ke abu..nina?) Senior buddy mereka ada di Sibu. Kelak mereka akan berjumpa.

Buat adik-adikku,
Semoga kalian istiqamah dalam perjuangan,
Teguh dengan tekad dan azam,
Berniatkan ALLAH yang Maha Esa,
Putus asa tidak kan terdetik,
Walaupun ujian sebesar mana menimpa,
Hidup bukan selalu disinari cahaya mentari,
Akan engkau rasai kelak kehidupan disini,
Sebagai pelajar perubatan mithali,

Adik-adikku,
Perjalanan ini masih jauh,
Banyak lagi perlu engkau dalami,
Untuk menjadi insan yang berguna,
Untuk bangsa dan negara,
terutama agamamu, ISLAM,

Adik-adikku,
Jangan sesekali engkau berbangga dengan ilmu itu,
Kerana ilmu ini bukan ilmu mu,
Cukuplah sekadar rendahkan hatimu,
Ucapkanlah ALHAMDULILLAH,
Ilmu itu hanya milikNya,

Semoga kelak kejayaan itu milik kita,
Moga redhaNya seiring dengan perjuangan ini.

11.22PM : 14/7/2009

Sunday, June 28, 2009

Indah Kenalan~

Assalamualaikum.

Hari ini 28 Jun 2009, hari kedua bagi pendaftaran pelajar baru UNIMAS. Tidak sabar rasanya nak bertemu dengan adik-adik ni. Al-maklumlah, anak tunggal dalam keluarga (Hehe, kesian abang-abang, mesti rasa terpinggir) Saya anak tunggal! =) Actually, adik beradik ada tiga tetapi lahirnya diri ini ditakdirkan menjadi anak tunggal perempuan dalam keluarga. Manja? Sama sekali tidak!

Hari ini kami ada rehlah di Waterfall Matang. Tempatnya menarik, dapat rapatkan ukhwah sesama kami, tapi adegan terjun-terjun dijauhkan sama sekali. Seramai 15 orang sertai rehlah ni. Nak cerita tentang ni, kena buat dalam satu entry. InsyaALLAH malam ni amal teruskan menaip lagi.

Ukhwah itu manis jika benar-benar kita hargai dan ikhlas menghadapinya. Sahabat yang baik tidak semestinya berada sentiasa dekat dengan kita tetapi dapat mengingatkan kita kepada Yang Maha Esa, susah senang bersama. Sahabat yang baik hanya datang sekali, bak kata seorang teman disini. Mungkin ada betulnya. Setuju!

Amal ada seorang sahabat baik, kami sekolah bersama sejak di sekolah menengah. Pada mulanya amal menganggap dia sangat garang dan tegas. Tetapi bila lama menjadi kenalan, tidak seperti yang disangka. Selama lima tahun kami berjuang bersama-sama dibangku sekolah. Tamat tingkatan 5, kami mengikut haluan masing-masing. Sekarang dia sedang menuntut di Kolej Universiti Islam Selangor dalam bidang Tarbiyyah Islamiyyah, tahun ketiga. Tahun akhirnya, maaf haliza, masa graduation nanti amal tak dapat datang. Balik dari Sarawak mesti jumpa dia, sanggup merentas lautan, bak kata amal =)


Engkau sahabat, engkau teman..

Lupa nak perkenalkan, namanya Norhaliza binti Muaidi. Wah! terkenallah haliza lepas ni. Ada lagi 2 sahabat baik yang tidak diceritakan disini. Low profile lebih baik kan. Hee..Hari tu semasa cuti 2minggu sempat singgah, ziarah KUIS, jumpa haliza dan majidah.

Semoga ukhwah kekal berpanjangan ke nafas terakhir. InsyaALLAH blog ni ada pewarisnya, jika ditakdirkan amal pergi berjumpa yang Maha Mencipta, harap haliza dapat teruskan blog ni. Boleh kan haliza? Nanti amal bagi password. So, pelawat setia blog ni, teruskan kesetiaan anda. Ada ke? Hehe..

Sekian dulu. Jam 1512 petang. Hargai sahabat anda. HARGAI ORANG SEKELILING ANDA! Wallahu'alam.

Friday, June 26, 2009

Harimu..

Assalamualaikum pembaca sekalian tidak kira sahabat handai atau sesiapa yang melawat blog yang tidak seberapa ni. Actually tengah makan, tapi keinginan untuk menulis tiba-tiba datang. Hidup berkompaskan Al-Quran dan sunnah, ke pelosok mana sekalipun tidak akan tersesatan. Sabtu lepas adalah HARI BAPA SEDUNIA! dah wish ke belum? ke ada yang lupa =) mesti ada. Hari tu dengar di IKIM, HARI BAPA SEDUNIA disambut setiap weekend minggu ketiga bulan jun.
"SELAMAT HARI BAPA BUAT BAPA-BAPA SEDUNIA!"
Sebenarnya hari bapa adalah setiap hari, tidak perlu tunggu minggu ketiga pada bulan jun. Betul tak? Begitu juga dengan hari ibu dan hari guru. Perhargaan buat mereka adalah sepanjang masa. Terdetik nak menulis sajak khas HARI BAPA.
Bapa, abi, abah, papa, BABAH..
Gelaran itu membezakan kalian,
Daripada jutaan yang lain,

Pengorbanan?
Tiada tandingan,
Nasihat?
Sejuta pengertian,
Gurau sendamu,
Didikanmu tiada ganti,
Anak didikanmu meningkat dewasa,

Anak-anak sekalian,
Dimana kalian letak jasa mereka?
Berapa kali engkau mengungkap kata sayang buat mereka?
Berapa kali engkau menziarahi/menghubungi mereka?

Lakukan sekarang,
Kerana esok belum tentu secerah hari ini..
Buat bapa-bapa sedunia, juga khas buat allahyarham ayahanda tersayang. TERIMA KASIH atas setiap curahan kasih sayang kalian. Jasa kalian menggunung tinggi, lelah untukku daki. Semoga ALLAH merahmatimu, menganugerahkan mahkota paling berharga di akhirat kelak. BABAH, dikau bapa TERBAIK buatku. Amal rindu, sayang babah tetapi ALLAH lebih rindu dan sayang babah. SayangNya tiada tandingan, lebih-lebih lagi diri ini, hambaNya yang lemah.

Pembaca sekalian, selagi ibu bapa anda masih ada disisi, jangan sesekali mensia-siakan mereka. Merekalah orang yang paling berharga didunia! Peluklah mereka selagi mereka masih ada =)

Sayangi keluarga anda sepertimana anda ingin ALLAH menyanyangi anda!

Thursday, May 22, 2008

Tentang Diri...10 S.U.K.A

Assalamualaikum, sahabat2..

Entry ni agak santai, mls nk lelapkan mata lagi..Suka? Apa den suko ek? Ni bukan waktu cuti shj tp spanjang masa. Mgkin agak pelik, or biasa2 aje. Tapi inilah hakikat :

SUKA makan (sejak duk rumah ni, inilah hobi seharian..he3, xpatut2)*
SUKA menghadap pc/laptop or seangkatan dengannya*
SUKA putih (fav colour)
SUKA berangan (ini semestinya tidak dapt dinafikan)*
SUKA goyang kaki (awatnya...)
SUKA berkawan (kadang2 ad sampai x ingat, d mana jmpa, d situ bkawan)
SUKA tidur (zZzZz...no komen)*
SUKA membaca (tgk buku jugak)
SUKA masak (sedap atau tidak..tidakku endahkan, cewah)
SUKA memerhati (lbh kurang mcm detektif..observer yg berjaya! Ni bahaya)

Kebanyakannya lagho kan? Hurm, apa nak buat..insya-ALLAH cuba ubah mana yang berkenaan..insya-ALLAH akan jadi ajko utk pengurusan pelajar baru PDT 2008/2009 Jun ni. Semoga mendapat tempat di U kelak, insya-ALLAH. Mohonlah kepada ALLAH, kerana sesungguhnya kepadaNya jua kita memohon pertolongan. Asalkan kita tidak berputus asa dengan ALLAH, maka ALLAH juga tidak akan putus asa dengan kita dengan permberian rahmahNya, insya-ALLAH~

Friday, October 12, 2007

SELAMAT MENYAMBUT HARI LEBARAN YG BAKAL MENJELANG

Assalamualaikum,

Dikesempatan ini, an ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat keluarga, sanak-saudara, guru-guru, sahabat handai tidak kira dimana anda berada (dalam or luar negara) Jangan dekati mercun! huhu..Act, dh lama x menulis dlm ruangan blog ni..so, mcm blank la..hehe..takpe2, bisa diatur =P

Ni antara msg2 raya yg an kira menarik untuk dikongsikan bersama:

Kian berlabuh tirai RAMADHAN, Lambaian syawal kian menanti, luhur hati mohon kemaafan, moga hidup ALLAH berkati. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI! Maaf zahir batin. *Siti Aisyah*

Tangan kuhulur tak kesampaian, Senyum kuukir tak kelihatan, SMS kukirim tanda ingatan, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ku ucapkan. *Aadila Fatin*

Tiada kata seindah zikir, Tiada bulan seindah RAMADHAN, Izinkan kedua tangan bersimpuh, Maaf untuk lisan yang tidak terjaga, Janji yang terabai, Hati yang berprasangka & sikap yang pernah menyakitkan, mohon maaf zahir dan batin. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI! *Zati Amni*

Buat sahabat2 matriks, final exam makin menghampiri kita. Sudahkah kita bersedia??! (peringatan buat an skali..uhuks) Ingatlah tujuan asal kita disana..risau juga mmikirkan exam nih..Yang penting usaha sehabis baik, insyaAllah ada jaya. Semoga berjaya & bertemu dalam sem2 akan datang. InsyaAllah..ilalliqa' wa ma'assalamah =)


"Sekuat mana injakan kaki melompat, sampai satu tahap kita akan turun semula kebawah. Ingatlah asal kejadianmu, kerana dari asal itulah kamu dijadikan dan dari asal jugalah kamu melangkah mencipta kejayaan"
*kalimah diatas mempunyai maksud yg agak abstrak. harap dapat diterjemahkan dengan betul*
Waallahu'alam.
 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

 
Blogger Templates