Tetapi bila tengok tarikh hari ini secara automatik akan ada tarikh bakinya.
*Tiba-tiba rasa macam menafikan, itu abnormal*
Maka, bersedialah dengan segala apa yang bakal dilalui nanti.
InsyaAllah, sentiasa doa dan harapkan yang terbaik.
InsyaAllah.
Apabila disebut soal pernikahan, perkahwinan.
Yang akan muncul dalam sudut pemikiran itu adalah;
"Seronoknya kahwin..."
"Bestnya nak nikah, nak kahwin lah lepas ni..."
"Wah, nak kahwin time study lah macam ni..."
Yang ada,
BAHAGIA. INDAH.
Tidak dinafikan, itu ada dalam kehidupan.
Dan itu juga yang diharap-harapkan bagi setiap pasangan.
Tetapi cukupkah hanya sekadar bahagia satu harapan?
Harapan tanpa pelaksanaan?
*Ok, sila ketuk diri sendiri. Tak perlu pandang kiri kanan*
Bersedialah, ujian, dugaan itu tidak akan menyepi.
Doakan yang terbaik :)
JOM kita luaskan sudut pandang kepada arah yang sangat pasti.
Ke arah yang confirm akan berlaku, InsyaAllah.
Apabila sudah lama tidak menulis, inilah akibatnya, satu pendahuluan yang sangat panjang :) Buka MATA untuk melihat lebih jauh ke hadapan, lihat pada ruang yang ada matlamat, bukan hanya ruang yang diisi dengan angan-angan kosong. InsyaAllah.
Tajuk HANTARAN, pastinya hendak perkatakan soal hantaran. Ya, pasti! Apabila ada perkahwinan, pasti ada persiapan hantarannya. Siap dengan warna tema, perhiasan untuk hantaran dan sebagainya. Masing-masing cuba memberikan hantaran yang terbaik kepada pasangan masing-masing. Ada yang murah, ada yang mahal, sampai berlebih-lebih (muhasabah!).
Dahulu waktu abang kahwin, siap kata, "Kena ada dulang-dulang ke? Tak boleh ke letak semua dalam kotak, kita hias kotak tu cantik-cantik. Senang nak bawa sekali."
Sekarang?
*Terkena ke batang hidung sendiri*
Antara HANTARAN yang common diberikan adalah:
- SET SOLAT
- AL-QURAN
- CINCIN (bagi lelaki)
- PAKAIAN KERJA/HARIAN
- JAM TANGAN
- PERFUME
- KASUT
- MAKANAN/BUAH-BUAHAN
Namun, apabila kita muhasabah diri dalam-dalam, ternyata kita terlepas pandang.
Kita pentingkan HANTARAN buat manusia,
Hingga melalaikan HANTARAN buat Pencipta.
Kita dahulukan HANTARAN buat bakal pasangan,
Hingga lupa HANTARAN yang perlu disiapkan untuk DIA.
Kita hias HANTARAN buat bakal pasangan kita secantik-cantiknya,
Hingga tidak ingat untuk hias HANTARAN ISTIMEWA buat ALLAH.
Ya, kita (saya, kamu, kamu dan kamu) kadangkala terlepas pandang perkara yang penting ini. Kita bukan terlepas pandang pada satu benda tetapi banyak perkara. Sehingga kita tidak nampak ladang-ladang pahala dunia yang boleh dibawa ke SANA nanti.
Apa HANTARAN kita buat DIA?
Bagaimana hendak persiapan HANTARAN ini?
Jawapannya tiada disini, kerana jawapan itu sudah ada dalam diri kita.
Perbaiki diri, walaupun berulang-ulang kali GAGAL. Itu bukan alasan untuk berhenti kan. Bangkit semula, gunakan kudrat yang Allah beri ini dengan sebaiknya. Sedar atau tidak MUWASOFAT TARBIYYAH (sifat-sifat yang lahir daripada tarbiyyah Islam) ini ada dalam HANTARAN kita.
- SET SOLAT (Shahihul Ibadah - Ibadah yang shahih)
- Perbaikilah kualiti solat kita sehari-hari. Fahami setiap bacaan dalam solat dan rapikan pergerakan serta betulkan niat pada awal hingga akhirnya. Dan pertingkatkan ibadah sunat (usaha!)
- AL-QURAN (Salimul Aqidah - Aqidah yang sejahtera)
- Fahami maksud ayat-ayat cinta Allah dan hayati sebaiknya. Di dalam kitabNya ada segala kisah yang boleh diambil iktibar, peraturan, hukum-hakam, perihal akhlak sebagai panduan menjadi seorang muslim yang betul-betul super kuat. Ada alasankah untuk kita meninggalkannya?
- Berpegang teguhlah kita pada Al-Quran dan As-Sunnah. InsyaAllah tidak akan sesat sampai bila-bila. InsyaAllah. (usaha!)
- PERFUME (Matinul Khuluq - Akhlak yang mantap)
- Akhlak yang baik itu wangi harumannya. Sehingga mereka yang datang dekat pun akan dapat juga wanginya itu. Bersederhana dan tidak berlebihan.
- CINCIN (Qadirun 'Alal Kasbi - Mampu berdikari)
- Selepas akad nikah selalunya akan ada part sarung cincin. InsyaAllah perkahwinan akan menjadikan kita lebih matang dan mampu berdikari. InsyaAllah. Walaupun dahulunya sangat bergantung pada keluarga. Ingat, bantuan Allah itu 24 hours! InsyaAllah.
- KASUT (Mutsaqqaful Fikri - Berpengetahuan Luas)
- Ringankanlah langkah kaki kita ke majlis-majlis ilmu, happy circle dan ke tempat-tempat yang dapat mendekatkan diri kita dengan Allah. InsyaAllah cari redha Allah. (usaha!)
- Selain itu, kuatkan langkah kaki untuk keluar bersenam. Jaga kesihatan (Qawwiyul Jism - Sihat tubuh badan) kerana muslim yang sihat lebih disukai oleh Allah.
- JAM TANGAN (Harishun 'Ala Waqtihi - Sangat menghargai masa)
- Gunakan masa itu dengan sebaiknya. Hindari diri daripada perbuatan yang sia-sia.
- Apabila masa dijaga, InsyaAllah teratur segala urusan (Munazhzhamun Fi Syu'unihi - Teratur segala urusan). (usaha!)
- MAKANAN (Nafi'un Li Ghairihi - Bermanfaat kepada orang lain)
- Amat digalakkan makan secara berjemaah :) Mana tahu kan ada sahabat-sahabat kita yang lapar, berilah manfaat pada yang memerlukan. InsyaAllah, berkat hidup.
- PAKAIAN HARIAN (Mujahadatul Li Nafsi - Menguasai diri)
- Tutuplah aurat, bermujahadahlah. Walaupun kadangkala terasa berat, bukan mujahadah namanya kalau ringan tanpa memerlukan kesungguhan kan :) Indah!
Utamakan HANTARAN yang terutama. InsyaAllah HANTARAN yang lainnya akan ikut sama. InsyaAllah :) |
JOM persiapkan HANTARAN TERISTIMEWA ini!
HANTARAN hanya buat-Mu :)
Apa temanya?
Temanya REDHA :)
InsyaAllah.
Kejarlah AKHIRAT, InsyaAllah DUNIA akan iringi sama.
Kalau kejar DUNIA, belum tentu AKHIRAT ikut sama.
JOM muhasabah!
Waallahu'alam.
10/5/2013 Penulisan terpanjang rasanya :) Moga bermanfaat buat diri *ketuk-ketuk*
0 Buah fikiran:
Post a Comment