Exam. Terlalu sinonim dengan pelajar atau lebih dekat lagi
dengan mahasiswa. Setelah bergelar mahasiswa atau pelajar, mahu atau tidak,
perlu berdepan dengan exam. Dan exam ini tidak ada yang mudah, senang, macam
kacang dan seumpama dengannya.
Semestinya yang keluar daripada mulut mahasiswa atau pelajar
ini adalah;
“Susahnya, tak pernah baca pun..ada ke dalam buku..”
“Mencabar betul, pusing-pusing soalan dia..sedangkan nak jawapan sikit je..”
“Soalan pendek, nak jawapan panjang..markah punya banyak..”
“Apa soalan tu nak..tak faham lah..”
“Macam senang tapi confius lah..pilihan jawapan lebih kurang je..”
Atau sebaiknya;
“Alhamdulillah, selesai satu paper..dah buat yang terbaik, tawakkal ‘ala Allah..” Monolog dalaman.
Cuma dengan satu paper exam, bermacam-macam respon kita dapat. Yang membezakan kita adalah tahap ilmu dan level iman kita pada waktu itu. Ada yang memandang exam ini daripada sudut negatif, dan selebihnya ada yang melihat daripada sudut yang positif. Beruntunglah bagi mereka yang memandang daripada sudut positif. Alhamdulillah. Moga jiwa-jiwa yang positif itu akan membawa kita dekat kepada Pencipta, InsyaAllah.

Begitu juga ujian Allah. Allah turunkan ujian dalam bentuk
yang sama tetapi respon makhluk ciptaanNya masing-masing berbeza. Contohnya,
ujian kehilangan barang. Barangan kesayangan hilang, siapa tidak sedih kan.
Namun reaksi yang berbeza-beza dapat kita lihat bagaimana kita berhadapan
dengan ujian ini.
Bila barang hilang, ada yang kata;
“Eh macam mana boleh hilang ni, sapa yang amik ni..memang
nak kena..”
“Kalau aku tahu sapa amik barang aku ni, habis lah dia..”
“Suka-suka hati je nak amik barang orang, tak cukup duit ke nak beli sendiri..menyusahkan orang je..”
Bila barang hilang, sebaiknya katakanlah;
“Inna lillahi wa inna ilaihi rajiuun..aku halalkan, mungkin orang tu lebih memerlukan..”
“Inna lillahi wa inna ilaihi rajiuun..moga Allah memberi hidayah kepada insan yang mengambil barang tu supaya kembali ke jalanMu, amin..”

Bukan susah untuk kita berlapang dada dan menerima apa jua
aturan Allah dengan hati yang tenang. Cuma kena beringat selalu bahawa segala
apa yang ada di atas muka bumi ini bukan milik kita. Tetapi milik Allah. Maka
jalan cerita kisah hidup kita juga ada dalam pengetahuanNya. InsyaAllah.
OK kadangkala kita lupa, biasalah manusia itu pelupa macam
saya. InsyaAllah akan terus beringat, cari jalan untuk ingat dan berusaha untuk
sentiasa ingat. InsyaAllah.
Contoh lainnya, ujian kematian. Insan tersayang pergi buat
selama-lamanya, siapa tidak sedih kan? Sedangkan Rasulullah juga menangisi
pemergian Khadijah. Namun ada hadnya dalam kita bersedih, tidak sampai
memudaratkan diri sendiri.
Ada yang kata, “Apa lah erti hidup ini tanpa insan
tersayang..” Terus hanyut dalam kesedihan sehingga lalai melaksanakan hak
Allah. Solatnya entah kemana, terus melayan rasa sedih dalam satu jangka tempoh
masa yang lama. Na’uzubillah, minta-minta dijauhkan.
Sebaiknya katakanlah, “Inna lillahi wa inna ilaihi
rajiuun..sesungguhnya daripada Allah kita datang, dan hanya kepadaNya kita
kembali.”
Ya. Apabila berpisah ruh daripada jasad, tiada apa yang
tinggal di atas muka bumi ini melainkan sedekah jariah, amal kebajikan, dan
ilmu yang bermanfaat. InsyaAllah. Maka semai benih-benih kebaikan atas muka
bumi ini sebanyak-banyaknya. JOM sebar kebaikan atas muka bumi Allah ini
seluas-luasnya. InsyaAllah.
Lihat kan. Satu bentuk ujian, namun punya respon yang
berbeza. Yang membezakan tindakan kita pada masa-masa akan datang adalah iman
dan taqwa. Jika ujian dihadap dengan turutan hawa nafsu semata-mata, maka
mulalah hati jauh daripada Allah. Bila hati sudah menjauh, jasad dan selainnya
akan turut menjauh. Na’uzubillah. JOM tingkatkan iman dan taqwa!
Moga kita-kita akan terus mendekat dengan Pencipta.
InsyaAllah.
Exam. Akan mendekatkan kita dengan ilmu. Namun jika dekat
dengan ilmu tanpa dekat dengan Pencipta, maka rugilah kita. Mula stay up, mula
mata lebam-lebam macam panda bear. Sanggup! Demi memperoleh ilmu untuk exam.
Kalau tiada exam (tiada kalau-kalau, exam tetap ada), mula
lalai, mula leka dengan perihal yang lain. Kali ini ada package combo, jauh
daripada Allah, jauh daripada ilmu. Maka sangat-sangatlah rugi.
Kesimpulan ringkas. Exam itu penting!
Sangat penting.
Sangat penting.
:)
JOM nyanyi bangau oh bangau sikit...
Exam oh exam, kenapa engkau ada?
Macam mana aku nak tiada, manusia perlukan aku..
Macam mana aku nak tiada, manusia perlukan aku..
Exam oh exam, kenapa engkau susah?
Macam mana aku nak senang, manusia tak cukup ilmu..
Macam mana aku nak senang, manusia tak cukup ilmu..
Hadapi exam-exam mendatang dengan tenang. InsyaAllah. Tidak
kiralah exam dunia mahupun exam akhirat. Hadapi kedua-duanya dengan tenang ya.
InsyaAllah.
Waallahu’alam.
0 Buah fikiran:
Post a Comment