Sekarang nombor itu akan berterusan hingga ke akhirnya.
1234 adalah singkatan bagi 4 haribulan 3 2012. Apakah 4/3/2012 ini? Ia tarikh langkah pertama saya dalam menerima si dia, iaitu bekas tunang saya yang kini bergelar suami tersayang. Keputusan untuk bertunang dalam jangka masa yang lama (rasanya setahun tidak lama) mengajar diri untuk tawakkal padaNya 100%, tidak kurang. Bertunang dengan seorang yang hanya baru dikenali nama dan rupanya, seperti tidak jejak di bumi nyata. Mampu berserah, moga ini yang terbaik. Insya Allah.
"Betul ke ni?" Cetusan hati.
Awalnya dirisik oleh kakak ipar beliau. Membuat diri rasa seperti 'apa sedang berlaku ni'. Istikharah dan istisyarah menjadi panduan dalam membuat keputusan. Susah! Bukan mudah untuk tetapkan pendirian setelah apa yang telah berlaku sebelum ini. Kedatangan keluarga beliau, membuatkan lampu merah bertukar green light :) Kesungguhan dan hormat, bukan suatu yang diharapkan tetapi itu yang dapat membuka mata untuk memikirkan perkara dengan lebih serius. Insya Allah.
Sepanjang pertunangan, kerap kali keluarga beliau datang ke rumah untuk ziarah apabila dapat tahu saya pulang bercuti ke semenanjung. Tidak pernah beliau datang seorang diri, selalunya bersama keluarga. Mulalah tangan sejuk-sejuk bila dapat tahu keluarga beliau hendak datang ziarah. Oh tidak!
Perbincangan perihal perkahwinan dan pernikahan ini banyak melibatkan persetujuan dua belah keluarga. Restu kedua ibu bapa kami harapkan, moga disitu ada barakah dan rahmatNya. Insya Allah. KIta bukan hanya berkahwin dengan si dia sahaja, tetapi 'berkahwin' sekali dengan keluarganya :)
Dah setahun bertunang, "Betul ke ni?"
Masih ada lagi persoalan ni.
"Bertunang macam tak bertunang"
Yelah kan, lihat orang lain bertunang. Semasa bertunang, mereka mesra. Kita ini pula macam kayu, ketuk sekali, bunyi sekali (sampai macam tu sekali, aduhai). Tidak pernah bertanya khabar, "Apa khabar?" Tidak pernah tanya pasal makan minum, "Dah makan ke belum?". Paling common soalan beliau, "Macam mana study?"
Tahu, beliau risau takut-takut pelajaran terganggu waktu tunang.
Insya Allah, tetapkan matlamat, betulkan niat.
Dalam masa yang sama, persiapkan diri untuk bergelar isteri. Mantapkan muwasofat tarbiyyah, usahakan. Walaupun mungkin tidak sempurna, mula gerak untuk ubah. Namun, tidaklah semata-mata untuk bergelar isteri tetapi selalu ingatkan diri bahawa bersiap untuk bertemu Tuhan itu lebih utama. Bersedia ke arah itu akan mempersiapkan kita untuk yang lainnya. Insya Allah.
Pertunangan kami hanya diketahui oleh ahli keluarga dan sahabat terdekat. Bukan tidak mahu dihebahkan tetapi lebih elok didiamkan terlebih dahulu (hipotesis yang dapat dibuat pada masa itu adalah, lebih lama bertunang, lebih besar dugaannya). Kami mengambil keputusan untuk hanya mendiamkan, namun tidak menafikan.
"Rahsiakan pertunangan dan hebahkanlah perkahwinan" [HR Ahmad]
Ya, besar hikmahnya!
Alhamdulillah, hati lebih terpelihara :)
Yang lainnya lebih terjaga, Insya Allah.
Tidak berhubung ke?
Eh kami berhubung. Berhubung bilamana ada keperluan. Bukan setiap hari. Remove beliau daripada friend list di mukabuku pada masa itu dianggap satu jalan yang baik bagi kami untuk lebih memelihara hati masing-masing (remove dia!). Mungkin ada yang tidak bersetuju tetapi bagi saya, ia sangat membantu. Waktu itu, saya lebih banyak berhubung dengan ahli keluarga beliau (cari-cari info lagi).
Hari demi hari berlalu. Setahun 3 bulan pertunangan yang dirasakan lama itu seperti sekelip mata berlalu. Dugaan demi dugaan datang. Bertahan dan terus bertahan.
Dalam hati, "Jika benar dia jodohku, tetapkanlah hati ini. Permudahkanlah."
Masa itu, masih ada persoalan, "Betul ke ni?"
Berat ni!
Ramai yang bertanyakan, "Macam mana dia boleh kenal akak/Amal?"
Diringkaskan cerita, beliau boleh dikatakan pembaca setia blog saya tanpa saya sedari (undetectable!). Boleh dikirakan bertahun-tahu juga dia menunggu masa itu. Masuk tahun ini, sudah 5 tahun lebih. Alhamdulillah, terima kasih kerana membaca dalam diam.
Diammu,
Memelihara imanku dan imanmu,
Diammu,
Menjaga rasa jiwaku dan rasa jiwamu.
Itulah hikmah diam, ia bukan suram.
Hanya tunggu masa untuk bersuara, apabila betul-betul sudah sedia.
Terima kasih, sayang!
Dalam waktu pertunangan ini, adakala kami akan jumpa dalam program Alumni, Get To Know, Thousand Words for Gaza dan MPPB (Minggu Pengurusan Pelajar Baru). Ya, kami boleh berbincang di alam maya dengan lancar (selalunya kami guna YM!). Tetapi...apabila bersua muka sewaktu program, seperti tidak pernah kenal. Sehingga ada yang menegur.
"Amal nak tahu, akak tengok kamu dua ni macam dalam dua dunia berbeza."
Pendek kata, macam alien (hehe!). Macam tidak pernah kenal, sedangkan waktu itu dah bertunang. Jadi alien sekarang better than jadi alien lepas kahwin nanti (ada pula macam tu ya). Sehinggakan mama tengok pun geleng-geleng kepala apabila melihat gelagat kami. Gelagat pilih baju pengantin, saya survey. Apabila sudah jumpa yang berkenan, minta kakak ipar call beliau, minta beliau datang tengok sendiri.
Dalam hati berkata, "Macam mana nak kahwin ni, tengok muka dan call dia pun tak sanggup."
Sehinggakan beberapa saat sebelum nikah pun, masih ada, "Betul ke ni?"
Kali ini, menjawab dalam hati dengan yakin, "Insya Allah, betul. Yakin kerana Allah!"
Bisikan syaitan, sila ketepi!
Tawakkal dan doa paling utama selepas usaha :)
Sehinggalah saya dan beliau dinikahkan.
Dengan sekali lafaz, SAYA kini isteri DIA.
Alhamdulillah.
Syukur hanya padaMu, ya Rabb...
Kisah kami baru bermula, moga sakinah, mawaddah wa rahmah akan terus bersama!
Menyuburkan mahligai syurga dunia kami yang akan dibawa ke akhirat nanti.
Insya Allah.
Jagalah HAK ALLAH, nescaya ALLAH akan menjaga hak kamu :)
Yakinlah!
Lagi satu, jangan kita persoalkan, 'kenapa kau tak kahwin lagi?'
Jangan kita persoalkan, 'Kau, bila lagi ni?'
Itu bukan urusan kita, itu urusan Allah, kita hanya mampu usaha.
Mereka sedang diuji, kita juga sedang diuji.
Doakan yang terbaik! :)
Kahwin awal. Ini bukan pertandingan atau perlawanan.
Semua sudah ada dalam aturanNya.
Doakan yang terbaik, kerana akhirnya, kita semua tetap akan bertemu Tuhan.
Pray for the best!
Pray for ummah!
Doakan kami agar kami selalu ingat matlamat hidup kami :) Insya Allah. Hanya redha Allah yang kami cari. JOM! # bersama suami dan anak buah # |
8 Buah fikiran:
wah akak!! saya tertanya-tanya mcm mana orng yg x pernah kenal boleh berkahwin.. rupa2 nya mcm ni.... berkenalan dlm tempoh pertunangan malalui saudara2... itu ikut Islam.. sukanya tgkkk!! moga2 kekal hingga ke syurga akak :)
:) Alhamdulillah..mohon doakan kami, akak baru bertatih-tatih lagi dalam alam rumahtangga ni..Insya Allah, yang paling penting, sentiasa memperbaiki diri. ni adik akak yang mana ye? tak ada mention nama :)
Persediaan menemui Pencipta itu lbh utama. Insya Allah yang lain akan iut sekali :)
I'm emm......impressed? ;)
Hehe.Betulla.Seriously.Impressed---
Semoga kak Amal sekeluarga dirahmati dan diredhai Allah, Ameen~
Amin ya Rabb...
:) Insya Allah. Sama-sama kita semai kasih dan sayang dalam keluarga kita. Moga sentiasa dalam mardhotillah :) Insya Allah.
wow.. impressed!!
semoga baitul muslim yang dibina bahagia dan menggapai mardatillah :)
means,akak kawen time study ke?
susah x? juz wondering..
wow.. impressed!!
semoga baitulmuslim yang dibina menggapai mardatillah :)
means,akak kawen time study ke?
juz wondering.. tq
Doakan kami. Insya Allah, jzkk Allah khair atas doanya. Aminn. A'ah, kahwin masa study, PJJ. Setiap jalan y kita pilih ada cabarannya yang tersendiri:) Insya Allah hadapi dgn tenang, bykkn doa. Insya Allah itulah pendekat kami :)
hehhe.. akak... akak x kenal saya pun.. bukan bdk kmpk, bukan unimas.... saya mmg follow akak melalui blog n fb... huhu.. n kita penah chatting jgk ^^ saya ada penah tanya akak ttg kos medik .. heheh
Post a Comment