Dalam sebulan, macam-macam berlaku. Seperti biasa, dalam timeline hidup ada agenda dan urusan yang akan terus berjalan. Tidak kira zaman.
JOM cakap pasal zaman sikit.
Zaman kanak-kanak itu indah tetapi apa yang paling tak best
bila kena pergi sekolah, kena bangun di awal pagi, pakai uniform sekolah yang
perlu digosok, kena basuh kasut (kalau jadi pengawas tu, kurang sikit kena
basuh kasut kan), kena siapkan kerja sekolah bagai, setiap malam kena susun
buku ikut jadual (kalau tak ikut jadual tu, alamatnya beg jadi berat macam
berat batu bata 3-4 biji). Tetapi yang paling best bila cuti sekolah, boleh
goyang kaki.
Zaman universiti itu mematangkan. Siapa dahulunya bersekolah
di sekolah harian, kini perlu berjauhan dengan keluarga. Ada yang ke timur
barat, utara selatan. Ada kena seberang laut, oversea ataupun over the sea.
Kelas ikut jadual, ada yang mula awal pagi, ada yang mula petang. Beg ringan
sungguh, cuti pun panjang (kecuali si penulis dan sahabat yang seangkatan). Baju, seluar, kain, silalah
basuh sendiri.
Kalau dekat rumah dulu, mak tengok, mak kata,
“Budak ni lah kan, baju tertimbun-timbun…” Mak pun basuhkan
baju.
“Budak ni...kasut hitam macam apa entah…” Mak pun cucikan.
“Aduhai…tidur dah, baju tak gosok lagi tu, esok kelam
kabut…” Mak pun gosokkan.
Terima kasih MAK!
(Mama, ibu, ummi, bonda…)
(Mama, ibu, ummi, bonda…)
Itulah kenangan, tidak dapat dijual, tidak dapat dibeli
pastinya. Sekarang, tiada makna cuti, sentiasa berbekal dengan tugasan, tidak
kira tugasan bagi agenda kecil atau pun besar. Otak sentasa menjalankan
fungsinya, tidak boleh goyang kaki lagi. Otak kena diperah-perah sikit.
Ciptaan Allah tidak pernah exhausted untuk menjalankan
tugasnya, cuba bayangkan kalau otak ini malas-malas nak berfungsi, shut down
sekejap lah. Maka apa akan jadi? Cuba bayangkan kalau jantung ini penat untuk
pam darah keseluruh badan, rehat kejap lah. Maka akan akan jadi?
Cuba bayangkan.
Daripada zaman sekolah hingga kini, si otak,si jantung ini
sangat-sangat amanah melaksanakan tugas mereka untuk memberi kita peluang
menjadi insan yang lebih baik. Bukan daripada zaman sekolah, sejak dalam zaman
rahim lagi, kalau tidak percaya, cuba tengok sendiri scanning ibu-ibu
mengandung, jantung sudah mula berdenyut. SubhanAllah!
Saya, kamu, kamu dan kamu? Amanah itu macam tenggelam
timbul, sekejap nampak sekejap tidak. Sekejap ingat sekejap lagi lupa.
Perubahan masa sering membawa kita berubah bersama. Tidak salah berubah ikut
peredaran masa kan. Tidak salah. Cumanya, perubahan itu bersama, bergerak
seiring dengan panduan daripada Al-Quran dan as-sunnah. Senang kan.
Kembali ke zaman sekolah, buat saya terfikir, dahulu masa
sekolah sepatutnya saya ambil peluang ini untuk belajar dari hati, bukan untuk
exam semata-mata. Belajar hingga sampai ke dasar pemikiran yang boleh
permanently save, bukan short term memory.
Kalau dulu saya buat betul-betul…Sorry, kini saya berada di
alam realiti bukan fantasi ok!
Kalau dulu saya ikut cakap abah…Sorry, masa itu berlalu dan tidak akan kembali ok!
Kalau dulu saya ikut cakap abah…Sorry, masa itu berlalu dan tidak akan kembali ok!
Tidak ada istilah kalau itu, kalau ini. Setiap timeline
hidup kita ini, semua Allah dah aturkan. Hatta, berjalan setapak pun, nafas
sehela pun, semua dalam aturan Allah. Maka, lalui dengan sebaiknya, ambil
peluang dan ruang untuk mendekatkan diri kepada Allah dalam apa jua cara
sekalipun.
Selama ini menulis untuk ketuk pintu-pintu dalam diri yang
tertutup, bagi tebuka untuk benarkan kebaikan masuk terus ke dalam hati,
InsyaAllah. Itu pun dengan izin Allah.
Zaman terus berlalu, cuma bagaimana kita guna zaman ini
untuk pecut ke zon putih yang InsyaAllah menjanjikan seribu satu kebaikan di
dunia kekal abadi itu kelak.
JOM pecut, jangan risau.
Tak kena tangkap gambar dengan AES, no saman.
InsyaAllah setiap pecutan ada redha, ada pahala.
Tak kena tangkap gambar dengan AES, no saman.
InsyaAllah setiap pecutan ada redha, ada pahala.
Best kan?
JOM pecut sekarang!
JOM pecut sekarang!
JOM top-up Syukur!
Waallahu’alam.
0 Buah fikiran:
Post a Comment