Dan (bagi) orang-orang yang apabila mereka diperlakukan dengan zalim mereka membela diri.Ya, kita-kita hanya manusia yang punya kelemahan, bebas melakukan kesalahan. Kita bukan maksum seperti Rasulullah. Tetapi adakah itu menjadi sebab untuk kita mengabaikan peluang untuk melakukan kebaikan?
Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang serupa, maka barang siapa memaafkan dan berbuat baik, maka pahalanya atas (tanggungan) Allah. Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang zalim.
Dan sesungguhnya orang-orang yang membela diri sesudah teraniaya, tidak ada satu dosapun terhadap mereka.
Sesungguhnya dosa itu atas orang-orang yang berbuat zalim kepada manusia dan melampaui batas di muka bumi tanpa hak. Mereka itu mendapat azab yang pedih.
Tetapi orang yang bersabar dan mema'afkan, sesungguhnya (perbuatan) yang demikian itu termasuk hal-hal yang diutamakan.
[Surah asy-Syura : 39-43]
Dari Sarawak ke mana ya?? :)
Ya, sabar dan memaafkan itu senangnya hanya pada kata-kata tetapi nikmat disebaliknya lebih daripada apa yang kita jangka. Tidak tercapai akalmu. Sedangkan Rasulullah itu memaafkan ummatnya. ALLAH Maha Pengasih lagi Maha Pengampun. Kita?
Bila muhasabah kembali, jika ada manusia yang membuat kita marah atau sedih atau seangkatan dengannya, maka fikirlah bahawa ujian buat manusia itu bukan sekadar daripada musibah yang jelas kita nampak sahaja. Manusia juga adalah ujian buat manusia. Dengan itu, manusia itu diajar, ditarbiyyah melalui manusia yang hakiki daripada Allah.
Buka mata hati untuk melihat isi alam ini, InsyaAllah moga tenang hati-hati yang masih mencari-cari hikmah tersembunyi. Usah gundah gulana dalam mencari-cari, tenanglah hati dengan pergantungan dan pengharapan hanya padaNya. Kerana itu lebih baik, InsyaAllah.
Cukup sekadar satu nukilan seorang hamba.
Wallahua'lam.
0 Buah fikiran:
Post a Comment