"Wahai teman, usah bersedih dengan kesusahan. Kerana belum tentu kesenangan itu membahagiakan"Betul atau tidak? Itu bukan persoalan yang mesti dijawab, atau soalan yang memerlukan jawapan. Itu semua datang daripada dalam diri kita. Bukan susah untuk rasa senang. Kenapa begitu? Kerana apabila kita yakin dengan segala aturan Allah, apabila kita percaya inilah jalan-jalan kehidupan yang Allah sediakan untuk kita, kita automatik akan berasa senang dan tenang.
Barang siapa yang beriman kepada Tuhannya, maka dia tidak akan takut kekurangan dan tidak pula akan teraniaya. [Surah Al-Jin:13]
Tidak perlu risau, gundah gulana andai ditimpa kesusahan.
'Kau tak rasa, boleh la cakap macam tu. Kau tak kena lagi susah macam ni.'
Wahai diri, wahai teman,
Aturan Allah bagi setiap manusia itu berbeza-beza. Diuji olehNya dengan pelbagai cara, dalam pelbagai keadaan dan situasi. Cuma yang membezakan, bagaimana kita menghadapinya, bagaimana kita belajar daripada setiap bentuk ujian itu. Ujian itu adalah pentarbiyyahan yang amat bermakna. Andai dibiarkan ujian itu berlalu tanpa meninggalkan impak yang baik pada diri kita, maka rugilah kita-kita.
Putus asa tidak ada dalam kamus hidup seorang muslim. Kerana apa? Kerana terpandu dan terarah, juga terbimbing. Cuma adakah kita mahu dipimpin? Atau pergi mencari tempat pergantungan yang akhirnya mengecewakan? Allah itu Maha Esa, mempunyai segala sifat kesempurnaan.
Pernah dengar tak? Orang berkata..
'Susah senang adalah asam garam kehidupan.'
atau mungkin..
'Susah senang adalah pahit manis kehidupan.'
Ya, itu kenyataan, hakikat yang perlu kita lalui. Dalam masakan juga, semua rasa kena seimbang bukan? Agar tidak terlalu pedas atau manis. Semua rasa perlu ada, maka terhasillah satu masakan yang benar-benar mantap. HEBAT! Kerana itu juga, dalam kehidupan ini perlu adanya kesusahan dan kesenangan. Bukan untuk menguntungkan atau menyusahkan sesiapa, tetapi itulah rencana Ilahi yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Rahsia alam, rahsia disebalik kejadian, semuanya ada dalam pengetahuanNya.
Perhatikan betul-betul, 'susah senang' Pernah dengar orang kata 'senang susah'?
Kerana apa?
Sesungguhnya disamping kesukaran ada kemudahan,
Sesungguhnya disamping kesukaran ada kemudahan. [Surah Al-Insyirah:5-6]
Yakinlah bahawa dalam kesusahan adalah satu nikmat kebahagiaan.
Maka berusahalah ke arah kebahagiaan itu.
Namun, apabila telah berusaha dengan bersungguh hati keranaNya, maka serahkanlah segala apa yang telah kita usahakan itu kepadaNya. Kerana padaNya ada segala sesuatu. Selepas berusaha itu, maka janganlah diri ini bersenang-lenang kerana berpuas hati dengan segala yang telah diusahakan, tetapi berusahalah untuk urusan yang seterusnya.
Apabila engkau telah selesai (mengerjakan sesuatu pekerjaan), maka bersusah payahlah (mengerjakan yang lain), dan kepada Tuhanmu, berharaplah. [Surah Al-Insyirah:7-8]
Mungkinkah sehingga satu tahap akan ada rasa susah untuk berasa susah? Apabila segalanya diserahkan kepada totally selepas berusaha dan benar-benar faham erti hidup berTuhan, maka akan ada istilah susah untuk susah.
Moga satu ketika nanti, 'susahnya nak rasa susah.' (Jangan mengeluh pula andai terlalu senang)
Ucaplah ALHAMDULILLAH, INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJIUUN..
Muhasabah dikala berkesempatan.
Waallahua'lam.
7/3/2011 Study! Amal, ada tugas penting di rumah nanti. Berusaha!
InsyaAllah pulang bawa bahagia :)) Mahu ronda-ronda Wangsa Maju (Wangsa Maju je?) Pemandu amatur :) Kenangan memandu ke Kota Damansara (itu yang paling jauh setakat ni).
Nasib baik hanya sesat jalan, bukan sesat ajaran.
0 Buah fikiran:
Post a Comment