Cuti?
Penulis blog ni tiada cuti.
Kami-kami di sini semua sudah rindukan keluarga.
Lebih-lebih lagi pada mereka yang sudah lama tidak pulang ke tanah air.
Bersabar ya.
InsyaAllah makin jauh makin dekat di hati.
:) Senyumlah wahai hati.
Walaupun ku tahu hati tidak mampu tersenyum.
Kerana kerjanya berat, melawan hawa nafsu, juga membezakan baik dan buruk dengan taakulan akal kurniaan Allah. Moga-moga lepas ini mampu tersenyum juga.
Cuti. Sebagai hamba Allah kita tidak pernah punya cuti. Surat cuti pun tidak ada. Setiap hari bertugas untuk duniawi dan ukhrawi. Buat terbaik untuk dunia dan akhirat. Mampukah kita bertugas tanpa cuti?
Ya, sesungguhnya mampu itu milik Allah. Allah tidak membebani hambaNya, semuanya bersesuaian dengan kemampuan kita. Jangan risau ya :) Jikalau diri terasa lelah, bersyukurlah kerana dengan penat lelah itu dapat menghalang kita daripada melakukan perkara-perkara yang Allah tidak suka. Bersabarlah wahai diri, berharaplah, bergantunglah hanya padaNya.
Selepas kesulitan itu ada kemudahan.
Mari bersungguh-sungguh dalam semua perkara. Bersungguhlah kerana Allah.
Bersungguh-sungguh membuat persiapan bertemu Tuhan.
Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap. [94:7-8]Berharap pada Allah, kita tidak akan tertipu, malah jaminannya PASTI.
PASTI terjadi dengan segala ketetapanNya.
Mari jadi hamba yang bersungguh!
Waallahua'lam.
27/11/2010 Mak Cik, semoga Mak Cik kuat ya :) Seronok berkawan dengan Mak Cik.
Berkawan dengan semua orang, walaupun orang tu pernah buat kita :( Kerana sedarkah kita, mereka juga banyak mengajar kita. Senyumlah, berkawan-kawan antara nikmat yang perlu di syukuri. Berkawan kerana Allah.
:)
4 Buah fikiran:
sabarlah ye
moga dgn kesabaran itu ada kebaikannya :)
Baik..
InsyaAllah, mari jadi orang yang bersabar :) Amin~
salam'alaik
moga tabah dan tenang selalu dengan ujian yang hadir... setiap kesulitan ada kemudahan...insyaAllah
uhibbukifillah =)
To hidayah:
W'salam'alaik..InsyaAllah terus tabah, kuat, tenang dan bersedia untuk belajar lbh byk daripada kehidupan :)
Uhibbuki fillah wa lillah :)
Selamat bercuti!
Post a Comment