Jom belajar sesuatu :)
Bagaimana hendak menjadi seorang yang pemaaf?
- Tidak perlu menang setiap masa.
- Memikirkan bahawa orang lain juga mempunyai masalah.
- Ingat bahawa Allah mengangkat darjat orang yang suka meminta maaf dan juga memaafkan orang lain.
- Berdoa semoga kesabaran itu milik kita :)
- Bersangka baik.
- Memikirkan kebaikan yang pernah kebaikan orang itu.
Kenapa perlu memaafkan?
Kita bukan manusia yang serba serbi sempurna. Bukan malaikat, apatah lagi Pemerintah Dunia. Tetapi ketidaksemprnaan itu bukanlah syarat untuk kita melakukan kemungkaran.
Kita hamba berstatuskan hamba, bukan siapa-siapa.
Rasa diri lebih baik?
Pada pandangan Allah, taqwa jadi tarikan.
Saidina Umar pernah berkata, "Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab."Moga-moga muhasabah itu menjadi salah satu rutin harian kita.
Moga-moga dengan memaafkan dapat menjadikan kita manusia yang hebat.
Manusia yang punya sifat kemanusiaan.
Yang mengerti hukuman bukan hak diri.
Apa ada pada kemaafan?
Pada kemaafan,
Ada sifat manusia,
Ada rasa sebagai hamba,
Pada kemaafan,
Ada limpahan rahmah,
Ada kasih bersaudara.
Maka, maafkanlah..
Waallahua'lam.
13/11/2010 Nota kaki, lama tidak tulis.
Prof pernah kata, "To be a better person, you have to start from somewhere."
Kata tajam, tetapi sangat-sangat suka.
Itu rahsia menjadi orang hebat :)
Dr. pernah kata, "Pelajar yang hebat akan duduk dihadapan. Seperti solat jemaah, penuhkan saf-saf hadapan." Ya, ISLAM is the way of life :)
0 Buah fikiran:
Post a Comment