Hari-hari dilalui, penuh dengan onak dan liku. Pandang kiri, pandang kanan, semua milik Tuhan, hakikatnya tidak kekal. Pandang atas, pandang bawah, keduanya akan kelak bersatu (langit dan bumi) dengan perintah Tuhan. Tiada siapa yang dapat lari, yang dijanjikan pasti akan tiba jua.
Mata melihat langit, terpukau, terpesona dengan rahmat Yang Maha Kuasa.
Limpah kurniaanNya penuh kasih dan sayang.
Juga adil dan saksama.
Adakah tempat yang tiada langitNya di atas?
Apabila malam, tanpa segan silu bulan muncul indah di hadapan mata.
Tetapi semua ini tidak lama.
Hari-hari ini, malam-malam ini akan berakhir.
Berlalu pergi, sama ada memberi peringatan atau dilihat dengan mata yang buta.
Untuk mengisi masa yang ada, nafas pinjaman Tuhan. Semua antara kita mahu menjadi manusia yang baik, manusia yang berfungsi untuk agama terutamanya. Manusia yang hebat dengan sifat kemanusiaan, manusia yang tidak kufur nikmat malah bermujahadah untuk memenuhi kriteria hamba yang beriman, bertaqwa serta bersyukur kepada Pencipta.
Berjuang untuk menjadi hamba yang terbaik!
Mereka yang berjuang untuk melawan hawa nafsu kerana hendak menempuh jalan Kami, sesungguhnya Kami akan tunjukkan jalan Kami. Sesungguhnya Allah itu berserta dengan orang yang berbuat baik. [Surah al-Ankabut:69]Sejujurnya untuk berjuang, pastinya banyak halangan yang perlu ditempuhi. Hipotesis semakin dan semakin boleh diaplikasikan. Semakin bertekad kita untuk berubah ke arah kebaikan, berjuang menjadi hamba yang baik. Pasti halangan, ujian yang harus ditempuhi juga berganda dan ini bergantung pada sejauh mana tahap iman kita, juga setinggi mana pergantungan kita kepadaNya.
Hidup dan matiku, hanya untukMu.
Rasulullah pernah bersabda, "Seorang mujahid (iaitu seorang yang berjihad) ialah orang yang melawan hawa nafsunya kerana Allah. [Riwayat al-Tirmizi]Bersungguh dijalanNya.
Andai letih, pasti akan ada kekuatan dariNya.
Segala sudah tercatat dalam firmanNya, kekuatan itu hanya milikNya.
Dalam kitab Minhaj al-Abidin, Imam al-Ghazali telah menggariskan tiga prinsip asas dalam melawan hawa nafsu. Jika rasa tidak mampu, kita manusia harus terus mencuba dan mencuba walaupun suatu ketika dahulu pernah menempuh jalan buntu ataupun tersalah jalan.
Pertama, menahan atau menyekat sumber kekuatan hawa nafsu kita. Bagaimana caranya? Iaitu dengan berpuasa, kerana disitu letaknya sumber kekuatannya. Selain itu, peliharalah mata, telinga juga hati daripada perkara-perkara yang lagha (sia-sia) serta daripada perkara yang melalaikan. Melalaikan, membuatkan kita lupa Allah, Pemilik hati. Maka hati ini hanya tenang dengan mengingati Pemiliknya.
Hawa nafsu itu diibaratkan seperti kuda liar, boleh dijinakkan jika betul caranya.
Kedua, bebanilah hawa nafsu kita dengan urusan ibadah. Ini termasuklah solat lima waktu, qiamullail, juga dengan mengingati Allah. Nafsu itu tidak pernah puas dan kehendaknya tidak pula pernah terbatas. Maka, berwaspadalah sentiasa.
Ketiga, sebagai hamba, pastinya pergantungan pada Allah tidak dilupa. Maka berdoalah kepada yang meniupkan hawa nafsu dalam diri kita. Bantuan Allah dalam usaha menewaskan nafsu amat, tersangat penting. Jangan lupa untuk berdoa, jangan kita sombong yang kononnya merasakan diri ini kuat dalam segala hal. Sedangkan kitalah insan yang lemah.
Ya Allah, bantulah aku mengingatiMu, bantulah aku mensyukuri nikmatMu, dan bantulah aku untuk memperbaiki ibadah kepadaMu.Wahai insan lemah,
Langkahanmu longlai tanpa kudrat daripadaNya,
Gerakanmu sumbang tanpa pimpinanNya,
Maka, letaklah pergantungan padaNya,
Juga harapan menduduki syurgaNya.
Waallahua'lam.
16/11/2010 Aku melihat seorang ayah menjaga anaknya yang sakit. Sayu. Anaknya yang kurang sihat itu punya Down Syndrome. Ayahnya setia menunggu disamping anaknya yang berumur 9 tahun itu.
Wahai anak, itulah pengorbanan seorang ayah. Ayah yang menghargai kurniaanNya.
Wahai anak, maka ingatlah untuk menghargai mereka.
Allah...Allah...Allah.
SALAM EIDUL ADHA BUAT SEMUA :)
Walaupun Eidul Adha ini punya kenangannya yang tersendiri buatku.
Babah, tiga hari lagi genap tiga tahun kita tidak bersama.
Moga berbahagia disana.
0 Buah fikiran:
Post a Comment