Lama dah meninggalkan blog ni. Ada hampir seminggu. Akhirnya ku menjejakkan kaki ke rumah semula selepas seminggu berada di KMPk bagi mengurus Minggu Pengurusan Pelajar Baru PDT 2008. Adik2 mmg best..lebih2 lagi KMM214 =) Adik akmal, akram, hanif, naim, wajdi, faiz, ain, syue, yasmin, hajar dan hani. SEMOGA BERJAYA menghadapi liku2 hidup di matrik yang semestinya mncabar. Best of luck! Penulisan bagi MPPB PDT 2008 akan dikeluarkan kemudian setelah gambar2 telah di edit. Alhamdulillah selain melayan kerenah adik2 di matrik, ada dua berita gembira diterima.
Pada 17 Jun 2008 - Menerima panggilan daripada pihak RCMP-UniKL. Pemberitahuan kejayaan temuduga yang telah dihadiri sebelum ini. Alhamdulillah~
Universiti : Royal Medicine College of Perak - University of Kuala Lumpur
Kursus : Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery (MBBS)
Pada 18 Jun 2008 - Result UPU muncul jua akhirnya. Selama sebulan lebih menunggu.
Universiti : Universiti Malaysia Sarawak
Kursus : Doctor of Medicine (MD)
Pada mulanya, mmg agak dalam dilema. Tak tahu nak pilih yang mana satu. Dua2 ada kelebihan masing. Selepas 2, 3 hari berfikir, akhirnya keputusan dibuat. UniKL menjadi pilihan atas sebab2 yang telah dikenal pasti. Ramai kwn bkata, "UniKL kan IPTS..mahal!" Bagi diri ini, IPTS or IPTA semua sama. Mengenai duit, ilmu itu lebih berharga dan lagi satu, family is my priority. 5tahun? Lebih molek kiranya amal berdekatan dgn mama amal, selepas pemergian babah, alhamdulillah amal lebih banyak memahami. It's da time! Tugas anak terhadap ibunya.
UniKL, wait for me! SELAMAT MENJEJAKKAN KAKI KE U buat semua rakan2 samada lepasan matrik ataupun tidak. Menuntut ilmu itu satu kewajipan dan tiada nilai tandingnya. Carilah ilmu walau dimana kalian berada. Ilmu itu bukan sahaja berada di IPT atau sekolah2 tetapi ada dimana2 sahaja. Sambil duduk2 pun kita boleh peroleh ilmu. Betul ke? Ya, asalkan kita rajin berfikir. Sesungguhnya, berfikir sesaat itu lebih baik daripada solat sunat sepanjang malam. Waallahua'lam~
"YA ALLAH, PERMUDAHKANLAH URUSAN HAMBAMU INI"
4 Buah fikiran:
Terima kasih untuk blog yang menarik
Kini saya d UNIMAS..
Nampaknya perancangan ALLAH itu lebih baik :)
salam..bole kongsi pasal iv rcmp tu?? soklan2 test?? ape yang die slalau tanye..dalam bm ke bi?? test pulak slalu nye soklan ape?? sorry byak tanye..hehe..bole email kan ke noorzitah@gmail.com..harap akk dpt mmbantu :)
Waalaikumussalam wbt.
Interview tu dalam BI :) bawa resume sekali. Nanti akan ditanya, kenapa nak jadi doktor? Kalau diberi peluang sambung specialist, nak jadi apa? Why? Aka ditanya pasal isu semasa sikit.
:) Insya Allah moga dipermudahkan ya.
Post a Comment