Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Monday, June 30, 2008

Setapak Kaki Melangkah

Assalamualaikum~

Tiba saat menghitung hari untuk menjejakkan kaki ke universiti. Kebanyakan kawan2 yang telah pun menjejakkan kaki mereka ke universiti ahad lepas. SEMOGA AZAM DAN TEKAD SENTIASA TERSEMAT DALAM DIRI! Wpun adalah sesetengahnya x sempat bersua, tapi insyaALLAH ikatan itu tidak akan putus. Buat pengetahuan kawan2, ini keputusan terakhir amal selepas fikir sepanjang2nya, untuk kebaikan semua insyaALLAH :

University Name : University Malaysia Sarawak (UNIMAS)
Course : Doctor of Medicine (MD)
Duration : 5 Years
Location : Kota Samarahan, Sarawak

Sesiapa tersesat ke sarawak, singgah la ye =) Datang jangan tak datang!

Doakan kejayaan bersama. Moga diri kita istiqamah menuntut ilmu kerana ALLAH demi redhaNya, insyaALLAH. Usaha bersungguh-sungguh insyaALLAH akan membuahkan hasil yang baik sekiranya niat kita ikhlas dan matlamat kita juga jelas. Jangan diabaikan restu kedua ibu bapa. Itulah azimat kejayaan kerana redha ALLAH terletak pada restu kedua ibu bapa. Waallahua'alam. Ini pula sajak khas buat sahabat baikku (siapa? Sesiapa sahaja yang bergelar sahabat baik)


Teman,

Allah mempertemukan kita hari ini,
Untuk kita telusuri hidup bersahabat,

Allah keluarkan air mata tangisan,
Untuk kita syukuri nikmat Tuhan,

Allah hiasi bibir kita dengan senyuman,
Untuk membibitkan sebuah penghargaan,

Allah turunkan musibah buat insan,
Untuk hamba kesayangan,
Supaya dapati darinya pengajaran,

Allah kurniakan nikmat rahmatNya,
Untuk hamba yang dikasihiNya,
Agar bertambah utuh iman,
Istiqamah dalam menagih cinta Tuhan,

Teman,

Allah jalinkan ukhwah sesama kita,
Untuk dihiasi kelemahan dengan satu kebaikan,
Yang mambawa kepada halawatul iman,

Allah pisahkan kita berjauhan,
Agar hubungan kita bertambah erat ikatan,
Dengan doa tulus yang berpanjangan,

Terima kasih teman atas segalanya huluran tangan,
Atas segala buah fikiran,
Tidak lupa akan kesetiaan,

Maafkanlah wahai teman atas segala kekhilafan,
Sengaja atau tidak disengajakan,
Sesungguhnya diriku ini lemah,
Bukan maksum seperti Rasul junjungan,

Bertemu dan berpisah kita keranaNya,
Salam mahabbah buatmu,
Sahabat, teman sejati..

Sajak ni dicoretkan khas. Bukanlah copy and paste. Buatmu sahabat, sukar bagi diri ini melupakan detik bersama =) Amal bukan pelajar sastera yang dpt meluahkan dengan segala maksud tersirat. Pelajar sains, mcm ni lah ayatnya..He3 =D

"Wahai, orang2 yang beriman, masuklah kamu ke dalam ISLAM secara keseluruhannya, jangan kamu ikut jalan2 syaitan" (Surah al-Baqarah : 208)

0 Buah fikiran:

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

Blog Archive

 
Blogger Templates