Ayuh kita mengejar kehidupan akhirat yang kelak lebih membahagiakan, insya-ALLAH didalam syurga yang kekal abadi. Sedangkan cintakan mati itu lebih mulia daripada idamkan kehidupan sempurna didunia. Kesusahan dan kesenangan merupakan ujian dariNYA yang melambangkan kasih dan sayangNYA yang tidak pernah berbelah bahagi terhadap hambaNYA. Lebih indah lagi akhirat sana sekiranya ganjaran syurga yang hakiki, tambahan pula dengan dunia yang dihiasi dengan seruan syiar Islam yang harmoni. Kan lebih indah..Mampukah umat Islam mengecapi kegemilangan dahulu kala? YA! BOLEH jika diusahakan. Jika itu yang dinawaitukan.
Surah Al-Anbiyaa' : 35
Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan kebsusahan dan kesenangan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kami kamu akan dikembalikan.
Waallahua'alam~~(@)
Di kesempatan ini, saya ingin merafa'kan seinfiniti kesyukuran kepada Yang Maha Esa diatas segala nikmat, ujian, dugaan yang telah dikurniakan kepada insan bergelar manusia ini yang diuliti dengan kelemahan yang membawa kepada kerendahan hati, Insya-ALLAH. Juga kerana telah mengurniakan rakan2 dan teman2 yang banyak memberi semangat dan dorongan sama ada yang baru mengenali atau sudah lama mengenali diri ini. TERIMA KASIH SEMUA ATAS SEGALA BANTUAN YANG KALIAN HULURKAN. InsyaALLAH saya tidak akan lupakan. Moga ukhwah terus terjalin dan tiada pemutusnya. Uhibbukum fillah wa lillah jiddan2~ Buat rakan2 sekalian :
Insya-ALLAH berangkat saya ke RMCP-UniKL pada 6 Julai..tempoh pengajian 5 tahun, Insya-ALLAH. Doakan ilmu yang kita pelajari mendapat keberkatan daripadaNYA. Moga impian dan matlamat akan terlaksana, InsyaALLAH. Ya ALLAH permudahkanlah urusan hambaMU ini menuju redhaMU~
Ma'at taufiq wan najjah buat semua! Ilalliqa'~~(@)
0 Buah fikiran:
Post a Comment