Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Monday, June 30, 2008

Ingat Janji Kita..Khaira Ummatin

Assalamualaikum~

Dahulu agamaISLAM merupakan agama yang asing diperkenalkan oleh Rasul junjungan, Muhammad SAW secara terang-terangan. Adakah ia kembali asing? Anasir luar senantiasa mencari peluang mengembangkan sayap mereka. Sedangkan kita, masih alpa dengan kenikmatan dunia.

"ISLAM bermula dalam keadaan dagang, ia akan kembali dagang. Beruntunglah orang yang berpegang dengan ISLAM ketika ia dagang" -Riwayat Muslim-

Hidup hanya sekali~ Tak tahan..tiga patah perkataan yang penuh makna. Adakah hidup kita hanya sekali? Hidup kita ada EMPAT KALI (ada yang b'pendapat tiga kerana kehidupan di alam barzakh dan akhirat disatukan) :
  • Kehidupan di Alam Roh

Dimana kita telah berjanji atas nama ALLAH yang Maha Esa untuk patuh kepada segala perintahNya dan meninggalkan segala apa jua laranganNya. Adakah janji itu tinggal janji? (Peringatan buat diri ini juga) Bersama muhasabah diri. Masihkah kita diatas landasanNya~

  • Kehidupan Dunia

Dunia yang fana. Hanya sementara. Dihiasi dengan kemewahan untuk menguji manusia Ingatkah kita terhadap janji2 kita? Dihias juga dengan wanita-wanita, yang kadang kala menghadirkan fitnah dunia. Kesenangan dan kesusahan itu lumrah yang perlu kita tempuhi. Kerana janji2 ALLAH itu pasti~

  • Kehidupan Alam Barzakh

Dunia dimana manusia yang roh telah meninggalkan jasadnya disoal. Persoalannya? Mampukah kita menjawab soalan itu dengan bekalan kita pada hari ini?

  • Kehidupan Hari Pembalasan (Kiamat-Kebangkitan)

Sekalian manusia dari setiap pelosok dunia dikumpulkan dari setiap abad dan kurun. Menunggu amalan masing2 dihisab. Kepanasan bagi mereka yang sedikit amalan kebajikannya. Sanggupkah kita menanggungnya? Sedangkan panas di dunia ini sudah dikeluhkan. Renungkanlah~

"Hari ini telah aku sempurnakan bagi kamu agama kamu, Aku sempurnakan nikmatmu, Aku redha bagi kamu ISLAM sebagai agamamu" (Surah al-Maidah : 3)

Maka, apa tunggu lagi. Selamat beramal! Kerana insyaALLAH kita adalah sebaik-baik umat ciptaanNya sekiranya amalan amar ma'ruf nahi mungkar terlaksana.

"Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi manusia, menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran serta kamu beriman dengan ALLAH" (Surah al-Imran : 110)

KHAIRA UMMATIN yang dilahirkan dengan punya tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Pertama : Amar ma'ruf, Kedua : Nahi munkar dan Ketiga : Beriman. Hadzrat Umar RA pernah berkata : Kebaikan mana yang ingin kamu sebarkan, hendaklah kamu perkatakan dan keburukan mana yang ingin kamu lenyapkan, hendaklah kamu diamkan.

Waallahua'lam ~~(@)

0 Buah fikiran:

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

Blog Archive

 
Blogger Templates