Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail
Showing posts with label Agenda. Show all posts
Showing posts with label Agenda. Show all posts

Sunday, December 12, 2010

Y 362 : Tunang & Tua



Alhamdulillah, selesai juga majlis pertunangan semalam. Nampak berjalan lancar :) Semoga segala urusan selepas ini dipermudahkanNya.

Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..

Selepas ini, mesti sibuk dengan persiapan nikah dan walimahnya. Hati mesti berdebar-debar menanti hari itu. Moga hati tenang sentiasa dengan zikir padaNya. InsyaAllah, jodoh kita dalam pengetahuanNya.



Atiqah, kamu jangan nakal-nakal ya. Pasti banyak persiapan bagi bergelar isteri kelak. Ini sahabat, teman sekolah rendahku dahulu, lama kami tidak bersua. Allah temukan kami dalam facebook. Kecilnya dunia, banyak kenangan kami bersama.

"Bukan Amal yang bertunang ya, sahabat Amal yang bertunang."

SELAMAT BERTUNANG, mabruk'alaik.
Moga-moga semua urusan dalam redha dan rahmatNya.
InsyaAllah.

Persiapan untuk bergelar isteri. Aku sendiri tidak tahu dari mana hendak mula buat persiapan, al-maklumlah belum bertunang lagi. Oleh yang demikian, tidak fikir sangat tentang itu. Adakah patut? Seperti tidak patut :)

Sekarang tengah buat persiapan untuk kembali kepadaNya, yang kita sendiri tidak tahu akan waktunya. Yang penting, perlu bersedia setiap masa. InsyaAllah, jika kita membuat persiapan untuk itu, persiapan yang lain akan turut serta.

Umur semakin meningkat, tahun hadapan, sudah ada 2 no sama duduk dekat-dekat -- 22 tahun. Sikap, perangai tidak ubah seperti kanak-kanak pun ada. Berubah jadi dewasa!

:)
Tersenyum sendiri.
Ya, Allah permudahkan urusan kami.

Dan satu lagi, hari ini 12/12/2010 seorang sahabatku sudah jejak umur sebaya denganku -- 21 tahun. Sama-sama tua :) Semoga Allah berkati setiap langkah kita dalam perjuangan ini.

[Walaupun dia tak baca blog ni, nak lekat juga gambar dia]



Hari tu ada tanya dia, "Apa azam, matlamat tahun baru ni?"

Tahu apa dia jawab? :) Rahsia, cukuplah kawan-kawan sudah buli dia hari ini. Cari jangan tak cari ya paien. Cari sampai dapat, didoakan selalu.

Dalam perjuangan, pasti ada dugaan,
Walau lelah dalam langkahan,
Teruskan perjuangan!

InsyaAllah, sama-sama kita jadi doktor muslimah yang berguna untuk agama ya.

Semarakkan semangat BADAR dalam perjuangan :)
Al-maklumlah sekarang tengah semangat baca buku perang. Nak kumpul strategi.

Waallahua'lam.

12/12/2010 Sin Chan, kakak rindu kamu :) Jangan nakal-nakal, jangan sakit lagi.

Jika di jemput, perlukah dipenuhi :) Sekurang-kurangnya singgah pun jadi. Macam-macam terjadi, seperti segalanya dipermudahkan. Tetapi masih ada satu perkara yang perlukan kepastian. Jangan ada yang bersedih lagi.

Yakin akan janjiNya :)

Siapakah aku? Insan yang suka menyakat orang :)

Tuesday, June 2, 2009

Panorama Indah d' Kota Bharu, Kelantan

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh
30 Mei 2009
: Jam 0730
Bold
Bertolak dari rumah, kami sekeluarga ke Kota Bharu, Kelantan. Lokasi cuti-cuti Malaysia kali ini. Al-maklumlah cuti bukan selalu, susah nak dapat. Cuti kali ini cuma 2 minggu, alhamdulillah ini pun dah cukup baik. Perjalanan jauh, pasti menarik!

Bersarapan di Bente (betul ke eja ni? hmm..) Nasi Lemak sebagai santapan pagi ini. Teruskan perjalanan lagi. Abang pandu kereta 140km sejam agaknya, memang laju. Seram..perjalanan dijangka mengambil masa 8-9jam. Lagipun belum tempah mana-mana hotel lagi di sana.

: Jam 0445

Susahnya nak cari hotel dengan jalan di bandar Kota Bharu yang banyak sehala. Pusing-pusing satu bandar agaknya dengan kereta yang 'comot'. Al-maklumlah sepanjang perjalanan cuaca tidak menentu, hujan..panas..hujan..panas. Abang Aizat dah start demam. Dengan lori-lori balak dan lori-lori askar yang memercikkan air-air tanah kepada kereta. Hehe..kasihan.

Tibalah kami dihadapan sebuah hotel, tidaklah begitu mewah. Memadai sekadar untuk bermalam. Matlamat utama nak berjalan-jalan sekitar Kota Bharu ni. Lebih kurang 19 tahun lamanya tidak menjejakkan kaki di sini. MGU nama diberi kepada hotel ini. Hotel ini untuk pengetahuan semua merupakan hasil kerjasama sebuah koperasi, Majlis Guru Ugama (kalau tak silap ni nama penuh MGU..) tetapi sekarang dah ditukar namanya kepada Hotel Firdaus (kenapa Firdaus yang dipilih? Kebetulan agaknya..) Hotelnya sederhana tetapi selesa, ditengah-tengah bandar Kota Bharu.

Sempat juga messege sahabat-sahabat yang juga orang kelantan untuk bertanyakan lokasi-lokasi menarik yang boleh dilawati. Thanks for your information..syukran! Antara tempat-tempat yang dicadangkan adalah :
  • Rantau Panjang
  • Pantai Cahaya Bulan
  • Pantai Irama
  • Muzium Negeri Kelantan
  • Masjid Muhammadi
  • Pasar Siti Khadijah
  • KB Mall
31 Mei 2009
: Jam 0830

Tiba masa cari kedai makan untuk bersarapan. Kemudian kami berangkat ke Rantau Panjang. Perjalanan mengambil masa dalam 1 jam. Menarik perjalanan, semua tak tahu arah. Main redah sahaja tetapi alhamdulillah berjaya sampai ke destinasi dengan berpandungan sign board dan firasat hati dariNya.

Dalam perjalanan, ke sana..pemandangan, cantik! Hijau dan biru, sinergism yang serasi tetapi jauh berbeza. Juga nampak tempat pengajian seorang sahabat, tetapi tidak pasti sama ada pengajiannya disitu atau di kawasan lain, Kolej Kemahiran Tinggi Mara nama diberi. Dalam perjalanan pulang, sempat singgah di Restoran Ema, mee bandung jadi santapan untuk tengahari. Alhamdulillah!

Petangnya selepas rehat, bergerak ke pasar Siti Khadijah. Rambang mata. Macam-macam ada, rambang-rambang akhirnya tak beli apa-apa di situ. Jalan punya jalan sempat juga singgah di Arked Uda berdekatan dengan pasar SK.

Singgah di sebuah kedai, beli beberapa helai tudung, semasa bayar, mak cik itu bertanya, "anak sekolah(mengaji) di mane? dari sekolah agame? (ikut laghot klate..hee)"

"Sekarang belajar di sarawak, tgh cuti. Tak, saya bukan pelajar sekolah agama, sekolah biasa je, mak cik." Mak cik berkata lagi,"Baguslah suka labuh-labuh, molek-molek mace nih." (rasanya dpt dikenalpasti apa yang ingin mak cik ini ingin sampaikan) Sempat juga dia tanya berapa adik-beradik, tinggal di mana. Mak cik yang comel, kecil sahaja orangnya. Jumpa lagi mak cik!

Penat berjalan, malamnya berehat dan makan malam!

1 Jun 2009
: Jam 0840

Bergerak pulang ke Kuala Lumpur. Sebelum itu, singgah sarapan dahulu seperti biasa. Masa balik macam nampak sekolah lama haliza tetapi tak berapa pasti akan itu, SRK Melor kalau tak silap nama sekolah tersebut.

Masa balik ada babak kejar mengejar. Mungkin kami dikejar. Alamak, tidak! Ada bas transnational mengejar kami dari belakang. Abang memandu pecut ke hadapan, sempat memotong 2-3 buah kereta. Bas itu terus memotong dan memotong. Dahsyat bas ni! Adegan pendek sahaja, kebetulan memang bas itu laju.

Rehat dan solat di tempat rehat (di mana ye? tak ingat..) Makan apa? makan mee hoon sup. Menu makan ingat, tempat tak ingat pula.

: Jam 0500

Alhamdulillah. Tiba di rumah. Percutian yang tidak mungkin dilupakan!
Mama kata destinasi tahun hadapan adalah terengganu. InsyaALLAH, kita hanya merancang. Bukan senang dapat bercuti bersama keluarga. Ini kali pertama kami sekeluarga bercuti bersama sejak pemergian ayahanda/babah tersayang ke pangkuan Ilahi pada 23 Disember 2007. InsyaALLAH saki-baki cuti yang tinggal akan digunakan sebaik mungkin. 4 hari lagi sebelum berangkat pulang meneruskan perjuangan di bumi kenyalang. Nampaknya mungkin kedua cuti ini sangat-sangat pack. Esok akan ke sekolah, esok-esoknya pula akan ke matrikulasi, esok-esok-esoknya pula ada meeting reunion..Lesen tidak diperbaharui lagi ni. InsyaALLAH sempat. Semoga hari-hari sahabat semua diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah.

Panorama Indah d' KUIS

Assalamualaikum warahmatullah wa barakatuh
29 Mei 2009
: Jam 0930

Bermulalah perjalanan menaiki LRT yang terlebih dahulu memerlukan tenaga untuk melangkah kesana. Wah, kena berjalan ke stesen LRT Wangsa Maju, ingat nak suruh mama hantar..hee, mama kena jaga anak orang. Exercise sekali sekala..apa salahnya. Lagipun sejak cuti ni mana ada pergi exercise mana-mana pun. Aish..berat badan, alamak! bertambah sudah =)

: Jam 0940

Jumpa Hazy di stesen LRT tu. Kebetuan dia baru sampai. Kami berdua menaiki LRT dari stesen Wangsa Maju ke KL Sentral. Kemudian, menaiki komuter ke Bangi. Sampai di KL sentral, kami terkial-kial cari kedai top-up (kredit dh abih ni, kne beli..jap g ssh nk call haliza) Lepas tu, beli tiket ke Bangi, lepas tu mulalah was-was nak turun ikut tangga mana. Hehe..kami ni, macam-macam =)

Dalam perjalanan..uish, mulut ni banyak sangat cerita. Hazy..hehe, cerita..cerita..cerita, kami bercerita. Cerita tentang apa?? Erm, macam-macam, tentang universiti masing-masing dengan pergerakan Islamnya. Setiap universiti ada cara yang tersendiri dalam menyampaikan msg dakwah masing-masing. Tetapi yang pasti, di UKM lebih aktif..itu memang diakui. Ada juga cerita tentang pusat pengajian Islam yang lain dengan anak-anak didik kelahirannya.

Cerita tentang anak buah Hazy memang kelakar..hehe, mesti cute. Semoga kakak ipar Hazy selamat melahirkan anak dalam kandungannya (due date 1 Jun kan Hazy? Macam mana sekarang?)

: Jam 1130

Sesampainya kami di Bangi, masa nak naik prebet, lagi satu hal (tak reti la plk ni, cmne ni hazy. Jom tnya pak cik tu) Kebetulan ada seorang pak cik sudi hantar ke kami ke Kolej Universiti Islam Selangor aka KUIS. RM4 seorang, alhamdulillah tak mahal sangat.

: Jam 1150

Alhamdulillah, kami selamat sampai di KUIS, tempat yang selama ini ingin dilawati. Wah, cantiknya pemandangan subhanallah! teruja melihat keindahan sekita KUIS ni. Tetapi sebelum tu, Haliza, Majidah, Hazirah dan Amal sempat makan tengahari bersama-sama. Haliza belanja, thanks!

: Jam 1230

Sempat jalan-jalan di sekitar KUIS (sebahagian dulu..luas tu) Kawasan luas, panas..terik juga. Seronok dapat melawat tempat orang ni. Ajak orang ke tempat sendiri, tak tahu bila mereka boleh datang (selamat datai ke sarawak..) Sempat berbincang lagi, "apa kata kita buat KUIS ni macam ala-ala kat negara arab, yela..panas-panas ni, macam sama je, sesuai ni..takyah nak pergi jauh-jauh" Pendapat yang bernas!

: Jam 0440

Kami berdua bertolak pulang. Penatnya jalan sekitar KUIS ni. Besar kawasannya. Seperti biasa naik komuter ke KL Sentral dan seterusnya menaiki LRT ke Wangsa Maju. Tetapi kali ni Hazy turun di Terminal Putra, rumahnya di Gombak. Dalam LRT, kena kepit!! Waa, tak tahan ramai sangat orang, peak hour la katakan. Ada seorang lelaki ca-ya-nun-alif pegang besi dekat tepi tu tapi..siku dia betul-betul atas bahu Amal, siku sentuh bahu juga kadang-kadang tu. Waa..macam mana ni! Amal menghimpit ke tepi, dia pun semakin ke tepi. Aiyak, sempit! Betul-betul terkepit! Amal cuba ke tepi lagi, sampai ke pintu. Alamak! Dah tak tahan rasanya ni, oxygen please! Bertahan dan bertahan sehingga sampai di Wangsa Maju. Lega! Itulah pengalaman terhimpit dan terkepit yang amat dahsyat!
Terfikir juga, kalau dapat LRT boleh terhimpit macam tu. Bagaimana dalam kubur kelak? Adakah luas kubur kita? Adakah selesa seperti di dunia? Fikir-fikirkan, hidup kita bukannya lama, tetapi kadang-kadang alpa dan lupa (peringatan buat diri sendiri juga) Inilah pengalaman di KUIS. Sambil menziarahi sahabat-sahabat Haliza dan Majidah di sana, menuntut di tahun ke 3 sempat melihat keindahan alam ciptaanNya. ALLAH mencipta sesuatu itu bukan sia-sia dan tidak akan sia-sia. Itu pasti!

Friday, May 29, 2009

Sireh Pulang lagi (",)

Assalamualaikum

Sireh Pulang ke Gagang kali ke-5 akan diadakan pada 19 hingga 21 jun 2009 bertempat di tidak lain dan tidak bukan, di matrikulasi kesayangan kita, Kolej Matrikulasi Perak. Bukan senang dapat berkumpul beramai-ramai, al-maklumlah masing-masing sibuk dengan urusan menuntut ilmu dan bekerja. Apa kata kali ini luangkan masa anda untuk datang beramai-ramai memeriahkan majlis itu nanti. Dikhabarkan macam-macam ada.
Untuk maklumat lanjut boleh layari blog ini, www.nassz.blogspot.com, ini adalah blog pengarah program ini, saudara MD NAZRUL BIN MAT SAMAN. Kediaman semua disediakan, jangan risau-risau..kedatangan anda dialu-alukan tanpa paksaan.

**tetapi :(

Alangkah ruginya, waktu tu amal ada di sarawak sebab dah memulakan sesi pembelajaran yang baru. Apa boleh buat.."Kata rindu dan sayang pada KMPk tapi...." ayat pedas ini dalam blog nassz tu. Apa boleh buat, sayang memang sayang..kenangan memang banyak tapi waktu yang menghalang. Mungkin tahun hadapan, tapi buat bulan hujung jun macam takkan boleh datang je..uwaaa, sebab sesi pembelajaran bermula selalunya pada pertengahan jun. Apa boleh buat, tiada rezeki nampaknya hendak bertemu rakan-rakan semua.

**tetapi :)

InsyaALLAH, khamis dan jumaat depan akan berangkat ke matrikulasi yang disayangi. Walaupun tak dapat datang program alumni tapi insyaALLAH tetap akan ke sana, berjumpa adik-adik dan pensyarah-pensyarah yang banyak berjasa. Adik-adik KMM214(2008/2009) yang menantikan kedatangan akak tu, sabar-sabar ye..InsyaALLAH khamis depan akak akan sampai ke sana.

**tetapi :]

Selasa hingga Jumaat nanti, di SMK Sungai Pusu ada perkampungan SPM. Cikgu minta bantuan bekas-bekas pelajar, insyaALLAH akan kami bantu sedaya kami walaupun tak banyak. Mungkin Khamis dan Jumaat minta excuse sebab hendak ke Matrikulasi Perak. Tak sabar nak jumpa adik-adik di SMKSP dan Matrikulasi Perak! Usah tapi-tapi lagi, teruskan perjalanan hidup seharian dengan udara kurniaanNya.
Banyak lagi hendak ditaip tapi rasanya cukup dahulu. Alhamdulillah tadi selamat menziarah haliza dan majidah di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), pemandangannya sangat indah. Subhanallah, Maha Suci ALLAH, mencipta segala yang ada diantara langit dan bumi yang terbentang luas ini. InsyaALLAH untuk ziarah ini, akan ditulias dalam satu entry khas.

InsyaALLAH Sabtu hingga Isnin ini, hendak pergi jalan-jalan makan angin (makan angin je...) cuti-cuti Malaysia di Kelantan. Jalan-jalan tenangkan fikiran, luaskan pemandangan. Semoga selamat pergi dan pulang, insyaALLAH. Waallahu'alam.

29 Mei 2009 (Jam 2326)

Friday, May 22, 2009

Pulang ke Kampung Halaman

Assalamualaikum

InsyaALLAH esok akan berangkat pulang ke semenanjung menemui keluarga tersayang, sahabat yang dirindui, guru-guru dan sanak-saudara yang jauh dimata, dekat di hati (mcm ikut skrip je..) Alhamdulillah result telah selamat keluar, alhamdulillah setinggi kesyukuran dirafa'kan kehadratNYA diatas kurniaNYA. Alhamdulillah, amal lulus End of Year Examination, insyaALLAH akan masuk ke 2nd year selepas cuti nanti.

Dugaan sebagai pelajar perubatan memang tidak dapat dinafikan. Kalau x menitis air mata tu memang tak sah. Pahit, masin, semua ada. Manisnya sedikit cuma yang dapat dirasa, insyaALLAH bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Semoga nikmat kesenangan kelak akan digunakan di jalan yang hak. Sesungguhnya hidup ini bukan untuk bersenang-senang. "Jika ALLAH sudah beri segala nikmat sekarang, di akhirat apa yang akanku dapat?" Pernah seorang sahabat bertanyakan ini kepada Rasulullah. Bagaimana zaman sekarang? Ada yang memikirkan sedemikian?

Semoga ALLAH meredhai, berkati setiap usaha kita. Usaha tu lebih menilai daripada result semata-mata. Ingat, hidup kita akhirnya akan kembali kepadaNYA, tujuan hidup kita bukan 'A', bukan juga 'doktor' atau sebagainya. Alangkah baiknya kita sandarkan segalanya padaNYA, dapat 'A' kerana ALLAH, membuktikan agama ISLAM menitikberatkan ilmu, ilmu untuk kemaslahatan ummah. Jadi 'doktor' kerana ALLAH, meningkatkan kesedaran akan cara hidup ISLAM walaupun sedang ditimpa musibah seperti sakit. Alangkah baik begitu. Mari bersama kita praktikkan =)

InsyaALLAH beberapa aktiviti telah dirancang sepanjang cuti ini. Rancangan penting supaya tabiat membuang masa dapat dkurangkan =) Antaranya:
  • Ziarah ke Matrikulasi Perak
  • Ziarah ke SMK Wangsa Maju Seksyen 2
  • Ziarah ke SMK Sungai Pusu, Gombak
  • Talk @ SMKSP & SMKWM2
  • Cuti-cuti Malaysia ke Kelantan
  • Kemaskini Blog2
  • Baca buku (suatu kemestian)
  • Kemas Bilik dan kawasan sewaktu dengannya
  • Cooking time! (Mama, saksikan skill baru amal memasak =>)
  • Ziarah sahabat di KUIS dan UIAM
InsyaALLAH rasa padat 2 minggu cuti final ni. Harap bermanfaat dan bertambah ilmu dan iman. InsyaALLAH akan datang 'Warkah Kehidupan' mengungkap erti kesabaran yang abstrak untuk ditentukan tahapnya.

Waallahu'alam.


p/s: sambung kemas beg..tak habis2 lagi.

Wednesday, May 20, 2009

2 Neo-Blogs

Assalamualaikum

InsyaALLAH dalam masa terdekat ini akan ada 2 blog baru dimana menempatkan himpunan laman web-laman web yang bermanfaat buat semua. InsyaALLAH.
  • Himpunan laman web Islamik (I-WOL)
  • Himpunan laman web Hal-Ehwal Perubatan (Xcell-Med)
InsyaALLAH kita cuma merancang. Actually untuk kemudahan diri sendiri, tapi tidak salah untuk berkongsi. Ilmu bukan milik sesiapa tetapi milik Dia, jangan kita bermegah dengan ilmu yang ada, tetapi bersyukurlah dengan ilmu yang ALLAH kurniakan pada kita.

Sebelum ini ada sebuah hadith yang telah dikongsikan tapi rasanya alangkah baiknya jika kita ulang semula. Hadith yang ringkas tetapi maksudnya, simboliknya menarik.

Dari Abu Musa r.a katanya, Nabi s.a.w bersabda:”Perumpamaan petunjuk dan ilmu pengetahuan yang Allah mengutuskan aku untuk menyampaikannya seperti hujan lebat jatuh ke bumi. Bumi itu ada yang subur menghisap air, menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dan rumput-rumput yang banyak. Ada pula yang keras, tidak menghisap air sehingga tergenang. Maka Allah memberi manfaat dengan ia kepada manusia. Mereka dapat minum dan memberi minum (binatang ternak dan sebagainya), dan untuk bercucuk tanam. Dan ada pula hujan yang jatuh ke bahagian lain iaitu di atas tanah yang tidak menggenangkan air dan tidak pula menumbuhkan rumput. Begitulah perumpamaan orang yang belajar agama yang mahu memanfaatkan apa yang aku disuruh Allah menyampaikannya, dipelajarinya dan diajarkannya. Dan begitu pula perumpamaan orang yang tidak mahu memikirkan dan mengambil peduli dengan petunjuk Allah yang aku diutus untuk menyampaikannya.” (Riwayat al-Bukhari)



Ilmu,
Ibarat pokok yang rendang buahnya,
Boleh dipetik sesiapa yang mahukannya,
Malah buahnya gugur bila tiba masanya,
Indahnya pokok yang rendang,
Rendangnya bukan ke mana,
Ia merendang ke akhirat..

Waallahu'alam
 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

 
Blogger Templates