Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Friday, May 22, 2009

Pulang ke Kampung Halaman

Assalamualaikum

InsyaALLAH esok akan berangkat pulang ke semenanjung menemui keluarga tersayang, sahabat yang dirindui, guru-guru dan sanak-saudara yang jauh dimata, dekat di hati (mcm ikut skrip je..) Alhamdulillah result telah selamat keluar, alhamdulillah setinggi kesyukuran dirafa'kan kehadratNYA diatas kurniaNYA. Alhamdulillah, amal lulus End of Year Examination, insyaALLAH akan masuk ke 2nd year selepas cuti nanti.

Dugaan sebagai pelajar perubatan memang tidak dapat dinafikan. Kalau x menitis air mata tu memang tak sah. Pahit, masin, semua ada. Manisnya sedikit cuma yang dapat dirasa, insyaALLAH bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Semoga nikmat kesenangan kelak akan digunakan di jalan yang hak. Sesungguhnya hidup ini bukan untuk bersenang-senang. "Jika ALLAH sudah beri segala nikmat sekarang, di akhirat apa yang akanku dapat?" Pernah seorang sahabat bertanyakan ini kepada Rasulullah. Bagaimana zaman sekarang? Ada yang memikirkan sedemikian?

Semoga ALLAH meredhai, berkati setiap usaha kita. Usaha tu lebih menilai daripada result semata-mata. Ingat, hidup kita akhirnya akan kembali kepadaNYA, tujuan hidup kita bukan 'A', bukan juga 'doktor' atau sebagainya. Alangkah baiknya kita sandarkan segalanya padaNYA, dapat 'A' kerana ALLAH, membuktikan agama ISLAM menitikberatkan ilmu, ilmu untuk kemaslahatan ummah. Jadi 'doktor' kerana ALLAH, meningkatkan kesedaran akan cara hidup ISLAM walaupun sedang ditimpa musibah seperti sakit. Alangkah baik begitu. Mari bersama kita praktikkan =)

InsyaALLAH beberapa aktiviti telah dirancang sepanjang cuti ini. Rancangan penting supaya tabiat membuang masa dapat dkurangkan =) Antaranya:
  • Ziarah ke Matrikulasi Perak
  • Ziarah ke SMK Wangsa Maju Seksyen 2
  • Ziarah ke SMK Sungai Pusu, Gombak
  • Talk @ SMKSP & SMKWM2
  • Cuti-cuti Malaysia ke Kelantan
  • Kemaskini Blog2
  • Baca buku (suatu kemestian)
  • Kemas Bilik dan kawasan sewaktu dengannya
  • Cooking time! (Mama, saksikan skill baru amal memasak =>)
  • Ziarah sahabat di KUIS dan UIAM
InsyaALLAH rasa padat 2 minggu cuti final ni. Harap bermanfaat dan bertambah ilmu dan iman. InsyaALLAH akan datang 'Warkah Kehidupan' mengungkap erti kesabaran yang abstrak untuk ditentukan tahapnya.

Waallahu'alam.


p/s: sambung kemas beg..tak habis2 lagi.

4 Buah fikiran:

atiqahmohammadkhuzaini said...

salam amal, haliza kat mane ye sekarang?
kalau jumpe die, kirim salam ye?

Anonymous said...

salam adikku, mabruk!!!!
alhamdulillah semuanya dari Allah juga, jgn lupa ya adikku syg..

betul, mesti beringat, hidup tidak selalunya indah, kepahitan hidup mesti dilalui juga sbg hambaNya barulah keimanan kita dpt didiga tahapnya di sisinya.

wlwpun ujianNya sepahit mana pun smpi tak tertahan hati ini, kite mesti beringat (yg utk diri akak juga) bahawa kemanisan kejayaan yg abadi yg kekal selama2nyalah yg mesti kita cuba kecapi
adoi pjglah pulak..akak sokong Amal n Allah is always with us...Innallaha ma'ana!!

kak fatin

AMAL ATHIRAH ZARZILAH said...

--> to kak fatin

Syukran'alaik
Alhamdulillah, semuanya berkat pertolonganNYA, juga limpahan rezeki dariNYA.

Hidup ini pada pandangan mata kita ianya manis..tapi hakikatnya pahit bagi mereka yang beriman dan benar2 berfikir..Hidup didunia ini pahit kerana manis di akhirat kelak yang dijanjikan oleh ALLAH.

ALLAH tidak pernah, tidak sesekali memungkiri janji..cuma manusia yang kadang2 terlupa akan janji yang pernah mereka lafazkan dulu.

Waallahu'alam.

Terima kasih kak fatin sbb sudi lawat blog yg ak seberapa ni =) sokmo..uhibbuki fillah~

AMAL ATHIRAH ZARZILAH said...

--> atiqah mohammad khuzaini

salam, atiqah..haliza skrg belajar di KUIS, dakwah Islamiah..insyaALLAH tahun terakhir..insyaALLAH nnt amal smpaikan =)

all da best..may ALLAH blessed~

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

Blog Archive

 
Blogger Templates