Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Tuesday, December 6, 2016

Milk Booster Ibu-ibu

Jari-jemari menari-nari atas papan kekunci, sebelah tangan memegang roti (hehe!) Macam mana tak bam-bam, makan saja kan. Insya Allah ingin berkongsi 20 makanan yang boleh menambah susu badan. Setiap orang ibu mesti ada aim masing-masing.

 'Saya nak susukan anak at least 6 bulan.'

'Saya nak susukan anak selama 2 tahun. No formula milk okay!'

Lihat, betapa gigihnya ibu-ibu kita ini. Tidak pernah menyerah untuk memberikan yang terbaik kepada anak-anak mereka. Kita sebagai anak? Sudahkah kita menghargai ibu-ibu kita?


Ini adalah 20 makanan yang Insya Allah dapat meningkatkan penghasilan susu ibu;
1. Makanan mengandungi vitamin B seperti kekacang, atau dal.

2. Jambu batu – makan begitu sahaja.

3. Sawi, kacang panjang, kacang buncis, jagung muda – goreng atau sup.

4. Daun atau pucuk meranti masak lemak putih, tumis air atau goreng.

5. Oat – dijadikan minuman, biskut, bubur atau salutan pada makanan sebelum dimasak.

6. Madu – gunakan sebagai pemanis dalam minuman, sapuan pada roti atau cicah pada lempeng atau pancake

7. Alfalfa - sejenis tumbuhan yang mempunyai galactogue yang membantu merangsang penghasilan susu.
8. Barli – minum air barli atau makan bubur barli.

9. Pucuk manis – boleh buat masak lemak bersama ubi keledek.

10. Pucuk pegaga – dijadikan ulam atau jus.

11. Daun kucai – goreng bersama tauge dengan tauhu dan tempe.

12. Air soya dan produk soya seperti tauhu, taufufa, tempe. Soya membantu memekatkan lagi susu ibu.

13. Horlicks

14. Susu, produk tenusu dan pil kalsium.

15. Teh hijau jepun

16. Makanan mengandung yeast seperti roti, donut, tapai pulut dan sebagainya.

17. Bawang putih mengandungi banyak sulfur yang bagus untuk sendi dan membantu penghasilan susu.
18. Kacang merah: rebus kacang merah tanpa gula. Minum air dan kacangnya sekali.

19. Halba-dijadikan minuman atau dimasukkan ke dalam masakan makanan. Halba secara khusus diketahui digunakan untuk membantu proses penghadaman. Halba juga digunakan sebagai galactagogue (agen pengeluaran susu) oleh ibu yang menyusu untuk menambah susu yang kekurangan bekalan. Kajian telah menunjukkan halba adalah pemangkin pengeluaran susu ibu dan penggunaannya didapati membantu meningkatkan pengeluaran susu kepada kuantiti yang banyak.
20. Kurma-paling mujarab bagi saya..boleh dicampurkan ke dalam makanan atau minuman harian. Memakan makanan sunnah seperti kurma juga boleh membantu memperbanyakkan susu.
Moga ini menjadi satu ikhtiar kita untuk memberikan yang terbaik kepada anak-anak kita. Memang akan stress sekiranya kita dapati susu badan semakin berkurang hari demi hari. Nak buat macam mana kan? Kita mesti positif, lawan stress, rebuild cas positif dalam diri.

Doa dan terus berdoa.
Insya Allah, semuanya daripada Allah jua.

Lagi lebih penting, jangan dilupa satu konsep penting iaitu demand and supply. Kalau susu tidak dikeluarkan (dipan/direct BF), macam mana pula susu yang baru akan dihasilkan kan?

Jom usaha hingga jaya!

Firman Allah yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya” [Surah 2 – Al Baqarah : Ayat 172]

0 Buah fikiran:

 

IMPIAN

Tulisan ini [8:53] menyedarkan diri ini bahawa nasib itu kita tentukan atas aturan Allah, tidak harus leka dengan dunia.

Tulisan ini [17:72] membuka mata diri ini untuk melihat dunia dari kacamata Islam yang syumul.

Tulisan ini [35:5] meletakkan diri dalam zon berjaga-jaga dengan dunia agar tidak mudah terpedaya.

Tulisan ini [95:4] tidak akan sia-siakan ciptaanNya yang sebaik-baik kejadian, maka berbaktilah.

Dengan izin Pemilik jiwa,
Mencapai kemucak cinta Ilahi ke syurga hakiki.
Melengkapi sebahagian iman ini. Insya Allah.

Bergelar doktor Islami menuju rahmah nur jannah. InsyaAllah.

AZ-ZIARAH

 
Blogger Templates